You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL,


08000, SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN

Nama : NUR FARAH NADIA BINTI STEVE

Angka Giliran : 2022252310035

No. K/P : 041006020792

Program : PPISMP

Ambilan : JUN 2022

Kumpulan/Unit : BAHASA MELAYU

Nama Pensyarah : HASNUL HISHAM BIN HASHIM

Tarikh Hantar : 25 SEPTEMBER 2022

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar : Tarikh : 6 OKTOBER 2022


SEJARAH PEKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK DAN BAHASA MELAYU KUNO
SERTA PENGARUH BAHASA ASING DALAM BAHASA TERSEBUT

PENGENALAN

Bahasa Melayu ialah sebuah bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan bangsa yang dikenali
sebagai bangsa ‘Melayu’. Menurut Perkara 160 di dalam Perlembagaan Malaysia ‘Melayu’
ditakrifkan sebagai sebuah bangsa yang menganuti agama Islam dan merupakan penduduk asal
di tanah Semenanjung Malaysia (Shamsul Aizuwani Nawi et al, 2020). Menurut Amat Johari
Moain (1992) pula, istilah ‘melayu’ merujuk kepada sebuah suku kaum ataupun etnik yang
menetap di Asia Tenggara dan mengamalkan budaya serta adat resam kebudayaan Melayu.
Bahasa Melayu dikatakan berasal daripada rumpun bahasa Austris kerana bahasa melayu
tergolong di bawah rumpun Austronesia barat daripada keluarga Indonesia. Penggunaan bahasa
yang meluas menyebabkan berlakunya pepecahan subkeluarga dalam bahasa ini. Pewarisan
turun-temurun daripada rumpun Austronesia ini menyebabkan berlakunya perubahan makna
kata, struktur ayat, bunyi dan maksud (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008). Perubahan-perubahan
tersebut telah mewujudkan Bahasa Melayu yang digunapakai oleh kita pada hari ini.

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga penutur asli bahasa Melayu masih lagi belum
diketahui sehingga hari ini kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki. Asal usul
orang Melayu kuno mengalami kesulitan untuk dikaji kerana bukti yang menjadi pendukung bagi
kajian tersebut adalah sedikit dan berada dalam skop yang kecil (Hasan, Y., 2014). Akan tetapi,
beberapa orang ahli linguistik berpendapat bahawa tempat asal wujud bahasa Melayu adalah
terletak di kawasan Nusantara dan Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh Asmah Haji Omar
(1985) yang berpendapat bahawa bahasa Melayu merupakan cabang daripada rumpun
Austronesia dan berasal daripada Asia. Beliau mengatakan bahawa perpindahan penduduk
daripada dataran Asia ke bahagian Nusantara adalah berperingkat dan tidak melalui sebuah
laluan sahaja. Perpindahan kelompok ini mewujudkan subkeluarga Indonesia di dalam rumpun
Austronesia di Nusantara. Hatta, Shamsul Aizuwani Nawi et al (2020) menjelaskan bahawa
kelompok bahasa yang memiliki ciri-ciri yang sepadan akan menganggotai rumpun bahasa yang
sama. Oleh itu, bahasa Melayu tergolong di dalam rumpun bahasa Austronesia kerana ciri-ciri
bahasa yang digunakan dibawah rumpun ini adalah sepadan dengan bahasa Melayu.
AUSTRONESIA

Perkataan Autronesia merupakan gabungan daripada dua perkataan iaitu austro daripada unsur
kata latin yang bermaksud ‘selatan’ dan nesos daripada bahasa yunani yang bermaksud pulau
(Shamsul Aizuwani Nawi et al, 2020). Selain itu, pendapat daripada Asmah Haji Omar (2008)
menjelaskan bahawa perkataan Autronesia berasal daripada Bahasa Yunani Kuno yang
bermaksud pulau-pulau selatan iaitu benua Asia. Austronesia terbahagi kepada dua rumpun iaitu
Austronesia barat dan Austronesia timur. Rumpun Austronesia barat terdiri daripada keluarga
Indonesia. Keluarga Indonesia dipecahkan kepada dua subkeluarga iaitu subkeluarga Indonesia
pusat dan subkeluarga Filipina-Formosa. Bahasa melayu dikategorikan di bawah rumpun
subkeluarga Indonesia. Pada tahun 1972, UNESCO telah menganjurkan dua buah projek yang
dinamakan sebagai “The Malay Culture Study Project” dan Oceanic Culture Study Project” yang
meliputi kawasan di timur daripada keluarga Melanesia, Mikronesia dan Polinesia seperti negara
Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar (Asmah Haji Omar 2008). Projek
daripada UNESCO tersebut menjelaskan bahawa Melayu merupakan sebuah bangsa yang
memiliki sebuah keluarga bahasa yang sama, berkulit sawa matang, rambut lurus dan memiliki
bentuk tubuh yang hampir sama dan tinggi yang sederhana (Samsul Aizuwani Nawi, 2020). Oleh
itu, penduduk yang tinggal di Negara Malaysia dan Indonesia menggunakan bahasa yang hampir
sama dan berada dalam rumpun Austronesia serta dikelaskan di dalam subkeluarga yang sama.

Gambar diatas
menunjukkan
kawasan lingkungan
bagi rumpun
Austronesia

Sumber: 2013 A.
Gutman & B. Avanzati
BAHASA MELAYU KUNO

Bahasa Melayu Kuno berkembang di Nusantara seawal kurun ke-7 hingga kurun ke-13. Bahasa
Melayu Kuno dipengaruhi oleh budaya dan fahaman yang dibawa daripada Barat iaitu India.
Golongan brahmin dan mubaligh india yang beragama hindu datang ke Tanah Melayu dengan
sukarela untuk berdagang disamping mengembangkan fahaman agama yang dianuti mereka.
Kebanyakkan masyarakat yang tinggal di Nusantara mengamalkan kepercayaan dinamisme dan
animisme di dalam kehidupan mereka. Selepas kedatangan India daripada barat, pendududuk di
Nusantara mulai menganuti agama Hindu-Buddha. Pengaruh Hindu-Buddha di Nusantara dapat
dilihat pada zaman kerajaan Alam Melayu iaitu daripada Kerajaan Srivijaya dan Majapahit.
Kedua-dua kerajaan ini menganuti dan menerapkan budaya Hindu serta agama Hindu-Buddha
ketika zaman pemerintahannya. Hatta, beberapa buah budaya Hindu-Buddha yang diamal oleh
mereka pada ketika itu dapat dibuktikan melalui kewujudan beberapa buah inskripsi. Sebagai
contoh, inskripsi Telaga Batu. Inskripsi ini digunakan untuk upacara pesetiaan antara golongan
diperintah dengan golongan pemerintah. Upacara ini dijalankan oleh rakyat bagi menunjukkan
kesetiaan mereka kepada pemerintah kerajaan Srivijaya dengan meminum air sumpah (Ridzuan
Hasan et al, 2019). Selain itu, terdapat beberapa buah inskripsi lain juga seperti inskripsi
Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur, dan Karang Brahi yang dijumpai pada abad ke-7.

Kedatangan india barat memberikan pengaruh kepada bahasa melayu kuno iaitu melalui
penggunaan bahasa sanskrit. Terdapat perubahan yang berlaku keatas tulisan rencong iaitu
bentuk tulisan terawal di Alam Melayu. Bentuk tulisan ini pada mulanya ditemui pada tahun 1892
pada sebatang tiang batu, Kota Kapur diatas beberapa buah bahan. Antara bahan-bahan
tersebut adalah kepingan logam, kulit kayu, daun-daun lontar dan batu bersurat. Penggunaan
bahasa sanskrit telah mewujudkan beberapa tulisan baru iaitu seperti tulisan pallava dan tulisan
kawi. Tulisan palava merupakan sebuah tulisan yang berasal dari india dan dibawa ke Nusantara
(Tanah Melayu) oleh orang-orang hindu (Nik Safiah, 2010) manakala Tulisan kawi pula
merupakan sistem tulisan pali yang wujud selepas Tulisan Palava. Bukti penemuan terawal
tulisan kawi adalah pada batu bersurat yang dijumpai di Joreng, Tapanuli, Sumatera Utara
(Shamsul Aizuwani Nawi, 2020) dan kemudiannya lenyap sekitar tahun 1400 Masihi apabila
berlakunya keruntuhan kerajaan Majapahit.
BAHASA MELAYU KLASIK

Bahasa Melayu Klasik merupakan bahasa yang wujud setelah kewujudan Bahasa Melayu Kuno
pada awal kurun ke-14 sehingga akhir kurun ke-18. Menurut Dr, Ismail Hussein (ahli akademik
dan aktivis sastera), peralihan Bahasa Melayu Klasik berlaku ketika kedatangan agama Islam.
Peralihan bahasa melayu kuno ke Bahasa Melayu Klasik ini dikaitkan dengan kedatangan
golongan mubaligh dan pedagang arab ke Nusantara. Mereka datang ke Tanah Melayu untuk
menyebarkan agama disamping menjalankan aktiviti perdagangan. Golongan mubaligh yang
datang menggunakan bahasa melayu untuk menyebarkan agama yang dibawa oleh mereka iaitu
agama islam (Asmah Haji Omar, 2008). Pendekatan yang diambil oleh mereka membuatkan
penduduk di Tanah Melayu dan Nusantara mulai memahami ilmu yang disampaikan. Hatta,
keadaan ini membuatkan lebih ramai penduduk tertarik dan minat dengan ajaran Islam sehingga
ramai diantara mereka mulai menganutinya lalu meninggalkan agama Hindu-Buddha dan
kepercayaan animism serta dinamisme yang mereka amalkan.
Kemuncak penyebaran agama Islam ini berlaku apabila golongan pemerintah kerajaan alam
Melayu yang beragama hindu memeluk agama Islam. Agama islam dijadikan sebagai agama
rasmi dan segala utusan serta surat rasmi ditulis dalam tulisan jawi. Bukti ini dapat dilihat melalui
surat-surat yang masih tersimpan di Arkib negara seperti surat Sultan Muhammad Jiwa
Mu’adzam Shah kepada Francis Light yang bertarikh 29 oktober 1773 (Arkib Negara).
Penyerapan tulisan jawi daripada aksara Arab dan Parsi telah melenyapkan tulisan-tulisan
daripada bahasa melayu kuno seperti tulisan rencong, kawi dan palava (Siti Hajar Abdul Aziz,
2008). Penggunaan tulisan jawi yang meluas di Tanah Melayu telah mempengaruhi kosa kata
Bahasa Melayu Kuno pada ketika itu sehingga Bahasa Melayu Kuno mengalami banyak pubahan
dari segi penggunaan kosa kata, gaya bahasa dan jenis tulisan. Perubahan keatas tulisan berlaku
apabila terdapat penambahan huruf baru pada aksara arab (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008).
Kewujudan Bahasa Melayu Klasik dapat dibuktikan dengan kemunculan tiga buah batu bersurat
iaitu Batu Bersurat Terengganu, Batu Bersurat Pagar Ruyung dan Batu Bersurat di Minye Tujuh.
Kandungan batu bersurat di Kuala Berang yang bertarikh 1303 – 1387 masihi menggunakan
tulisan jawi daripada aksara arab. Kemunculan batu bersurat ini jelas menunjukkan bahawa
pengaruh Islam di Tanah Melayu telah wujud sejak abad ke-13.
Selain itu, Bahasa Melayu Klasik juga dipengaruhi oleh penggunaan kata daripada bahasa
Cina dan bahasa Jawa. Sejak kurun ke-17, Selat Melaka telah menjadi lokasi perdagangan yang
maju sehingga menarik ramai perdagang daripada kerajaan Cina ke Tanah Melayu. Kedudukan
Nusantara yang strategik menggalakkan lagi kedatangan pedagang-pedagang daripada luar
seperti China untuk berdagang di Tanah Melayu dan Kepulauan Indonesia. Hubungan
perdagangan yang baik dengan pedagang Cina pada ketika itu telah memberi pengaruh keatas
Bahasa Melayu Klasik. Contoh, penambahan unsur bahasa Cina adalah seperti tauge, angpau
dan tong. Seterusnya, seperti yang kita ketahui, bahasa jawa merupakan bahasa serumpun
dengan bahasa Melayu dan berada di dalam subkeluarga yang sama iaitu subkeluarga Indonesia
di bawah rumpun Austronesia. Menurut Shamsul Aizuwani Nawi et al, (2020), kedatangan bangsa
Jawa ke Tanah Melayu berlaku sejak zaman pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
lagi. Penempatan bangsa Jawa di tanah melayu adalah tertumpu pada kawasan sekitar negeri
Johor, Selangor dan negeri-negeri Selat (63, 2020). Kedatangan mereka pada ketika itu telah
menyebabkan berlakunya penyerapan unsur Jawa keatas Bahasa Melayu Kuno yang
digunapakai oleh penduduk tempatan.

KESIMPULAN

Boleh disimpulkan bahawa, pekembangan bahasa melayu memiliki tiga tahap iaitu Bahasa
Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden (Shamsul Aizuwani Nawi et al.,
2020). Setiap Bahasa memiliki perbezaannya yang tersendiri. Hal ini demikian kerana, setiap
peralihan bahasa tersebut mempunyai pengaruh yang berbeza-beza. Sebagai contoh, Bahasa
Melayu Kuno dipengaruhi daripada India dan Bahasa Melayu Klasik dipengaruhi daripada Arab.
Perbezaan dapat dilihat daripada penggunaan aksara, kosa kata, bunyi dan sebagainya. Bahasa
Melayu Kuno menggunakan aksara daripada bahasa sanskrit manakala Bahasa Melayu Klasik
menggunakan aksara arab. Oleh itu, setiap bahasa memiliki perbezaanya yang tersendiri.
Pengaruh yang berbeza-beza mewujudkan tahap-tahap bahasa yang berlainan dari zaman ke
zaman.

(1503 PATAH PERKATAAN)


RUJUKAN

Asmah Haji Omar. (1985). Susur Galur Bahasa Melayu (Edisi Kedua). Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Ampang, Selangor Darul Ehsan. (Original work published 2008)

Asmah Haji Omar. (2015). Ensiklopedia bahasa Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Nerus, Terengganu Darul Iman.

Shamsul Aizuwani Nawi, Dollah, Suhasni, & Zurihan Yusoff. (2020). Pengenalan Sejarah
Pekembangan Bahasa Melayu (M. Shuid & R. Harun, Eds.).

Perkara 160 Perlembagaan Malaysia. (n.d.-a). Wikiwand. Retrieved September 17, 2022, from
https://www.wikiwand.com/ms/Perkara_160_Perlembagaan_Malaysia

Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Am dan Pelbagai - Wikisource. (n.d.). Wikisource.org.


https://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia/Am_dan_Pelbagai

Nik Safiah Karim, Farid Mohd Onn, Hashim Bin Hj Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Ridzuan bin Hasan., Sharifah Afidah binti Syed Hamid., Muslimin bin Fadzil, & Subramaniam a/l
Raman. (2019). Sejarah Tingkatan 4 KSSM (R. bin Badaruddin & A. S. bin Mohd Yusob,
Eds.). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam Oxford Fajar.

You might also like