You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


(PISMP)

[BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH]


(AMBILAN JUN 2022)
KERJA KURSUS
SEMESTER 1, TAHUN 1
SESI JUN – DEC 2022

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD HAZIM BIN KASRIN


ANGKA GILIRAN : 2022072310035
NO KAD PENGENALAN : 040928120429
KUMPULAN/UNIT : BMSK2
: BMMB1074-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
KOD/NAMA KURSUS
MELAYU
: DR RAHMAH BINTI ABDUL GHANI / PUAN CONNIE C
NAMA PENSYARAH
AH. GANG
TAJUK TUGASAN : TUGASAN 1 (PENULISAN ESEI 1)
TARIKH HANTAR : 13 SEPMTEMBER 2022

TANDATANGAN TARIKH

Dengan ini saya mengaku bahawa


saya telah menerima maklum balas
daripada pensyarah kerja kursus ini
dan saya telah merujuk dan
memahaminya.
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
            Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta saya, Puan Connie C. Ah Gang kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini.Mereka
telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
            Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

2.1 BAHASA MELAYU KUNO

2.2 BAHASA MELAYU KLASIK

3.0 PENGARUH BAHASA ASING

3.1 ZAMAN MELAYU KUNO

3.2 ZAMAN MELAYU KLASIK

4.0 RUMUSAN

5.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan salah satu cabang keluarga besar bahasa Austronesia. Kini,
bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan bagi negara kita yang tercinta. Bukan
sahaja negara kita mempunyai sejarah, malah bahasa Melayu juga mempunyai sejarah
tersendiri. Tafsiran daripada perkataan Melayu ini pelbagai, salah satu daripadanya
perkataan “Himalaya” yang bermaksud kawasan yang tinggi dan perkataan perkataan “Mo-
lo-yeu” yang berasal dari China. Tambahan pula, tersapat sebuah perkataan yang berasal
daripada bahasa Jawa iaitu “Mlayu” yang bermaksud berlari atau mengembara.
Sebelum kita menggunakan bahasa Melayu Standard sekarang, bahasa Melayu
mempunyai beberapa tahap peralihan. Salah satu peringkat peralihan adalah bahasa
Melayu Kuno dan bahasa Melayu Klasik. Hal ini berlaku demikan kerana pengaruh daripada
kuasa asing pada era tersebut. Biar kita ambil contoh, pedagang seperti bangsa India dan
agam Islam yang menjadi pengaruh terkuat terhadap bahasa Melayu.

2.0 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Sehubungan dengan itu, bahasa Melayu Kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-
13. Manakala, bahasa Melayu Klasik pula digunakan pada abad ke-14 hingga abad ke-19.
Kedua-dua peringkat bahasa ini menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran pada era
kegemilangan bagi setiap peringkat. Setiap peringkat bahasa tersebut mempunyai ciri-ciri
yang berbeza. Ciri-ciri tersebut dipengaruhi oleh penggunaan bahasa asing seperti bahasa
Sanskrit dan bahasa Arab. Pelbagai bukti yang ditemukan bagi kedua-dua peringkat bahasa
tersebut. Berbagai-bagai batu bersurat yang terukir dengan tulisan Sanskrit dan tulisan Jawi
di Nusantara. Jenis tulisan yang digunakan itu telah menunjukkan bahawa kedua-dua
peringkat bahasa tersebut menggunakannya mengikut perubahan era.

2.1 BAHASA MELAYU KUNO

Bahasa Melayu mula berkembang setelah menerima pengaruh budaya luar yang
datang ke Nusantara. Salah satu contoh pengaruh budaya luar ialah budaya India.
Pada abad ke-7, pedagang dan peniaga daripada Indioa mempunyai hubungan
diplomatik yang baik dengan pedagang China. Mereka lazimnya bertukar barang-
barang perniagaan serta singgah di kepulauan Melayu dengan tujuan untuk
melakukan aktiviti perdagangan mereka. Tambahan pula, semasa melakukan aktiviti
perdagangan tersebut, mereka mula menyebarkan unsur-unsur budaya mereka
sendiri.
Seperti yang kita sedia maklum, bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang
digunakan oleh budaya India dan bahasa Sanskrit merupakan bahasa terpenting
bagi budaya India. Bahasa Sanskrit merupakat kesan pengaruh daripada budaya
India. Pengunaan bahasa Sanskrit ketika itu untuk menghasilkan sebuah karya
klasik, hal ehwal agam dan ilmu pengetahuan. Sementelah itu, kemasukan budaya
India dan bahasa Sanskrit di Nusantara memberikan impak yang meningkat kepada
evolusi bahasa Melayu untuk mempersembahkan kata-kata berkaitan bidang
kesenian, kebudayaan dan agama. Walhal daripada itu, bahasa Sanskrit juga telah
mempengaruhi sebahagian besar terhadap kehidupan orang Melayu.
Melalui perspektif yang lain pula, menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari
Moain, (2006 : 27), pada abad ke-4 Masihi sudah bermulanya penggunaan bahasa
Melayu Kuno. Melalui bukti yang telah ditemukan pada abad ke-4 Masihi di Dong
Yen Chau di Teluk Tourane Vietnam telah menunjukkan beberapa penggunaan
bahasa Melayu Kuno. Bahan bukti yang telah ditemukan itu merupakan sebuah
prasasti.

2.2 BAHASA MELAYU KLASIK

Bahasa Melayu Klasik merupakan perkembangan evolusi bahasa Melayu setelah


bahasa Melayu Kuno. Pada abad ke-16, bahasa Melayu Klasik sudah bermula
sehinnga kedatangan pengaruh dari Barat yang merupakan penjajah dari tanah
Eropah. Salah satu daripadanya ialah Portugis, Inggeris dan Belanda. Seperti
bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik juga telah dipengaruh oleh bahasa dan
kebudayaan daripada negara asing khususnya agama Islam dan bahasa Arab.
Menurut Amat Juhari Moain (1992 : 1062) penggunaan tulisan rumi sering
digunakan dalam bahasa Melayu Klasik oleh David Barbosa ketika tahun 1516
Masihi setelah Portugis menawan Melaka. Seterusnya, pada tahun 1521 Masihi,
terdapat sebuah catatan yang dibuat oleh pengembara Italai iaitu Antonio Pigfafetta.
Beliau mencatatat bahawa perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padananya
dalam bahasa Itali.
Peralihan bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Klasik berlaku dalam
jangkaan abad ke-12 dan ke-13. Bermula pada abad ke-14 hingga abad ke-19,
bahasa Melayu Klasik telah dikuasai oleh bangsa Melayu sendiri dan digunakan
sebagai bahasa pengantara. Penggunaan bahasa Melayu Klasik sebagai bahasa
yang digunakan dalam bidang agama, sejarah, kesusteraan, pemerintahan dan
undang-undang, perdagangan dan perhubungan iaitu bdaya dan kemasyarakatan.
Mafhumnya, bahasa Arab merupakan kosa kata yang sering digunakan.
Pelbagai karya yang dihasilkan dengan menggunakan bahasa Melayu Klasik seperti
Hikayat Hang tuah, Hikayat raj-raja Pasai, Misa Melayu dan banyak lagi karya yang
dihasilkan dalam berebentuk tulisan jawi.

3.0 PENGARUH BAHASA ASING

3.1 ZAMAN MELAYU KUNO


Seperti yang kita tahu, pedagang India dahulu telah menyebarkan budaya dan
pengaruh adat mereka di Nusantara. Begitu juga dengan tulisan dan bahasa iaitu
bahasa Sanskrit dan bangsa Hindu telah mempengaruhi bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Sanskrit telah memberi banyak impak kepada sistem bahasa Melayu Kuno.
Perkara ini berlaku disebabkan kebanyakannya masyarakat Melayu ketika itu
berkepercayaan kepada agama Hindu dan bahasa Sanskrit digunakan sebagai
bahasa bagi kalangan bangsawan dan mempunyai kedudukan yang tinggi.
Cukup menarik juga, bahasa Melayu mempunyai sifat yang mudah dilentur
ataupun diubah mengikut keadaan semasa. Disebabkan hal tersebut, bahasa
Sanskrit mudah diterima untuk digunakan dalam bahasa Melayu Kuno. Biar kita
ambil contoh, aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari India, rangkai-rankgai
kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, kata-kata pinjaman daripada bahasa
Sanskrit serta fonem-fonem Sanskrit yang telah mempengaruhi bahasa Melayu
Kuno.

Contoh aksara Pallava

Contoh aksara Devanagari

Jadual 1.0
Ekoran daripada bahasa Sanskrit ini, semakin meningkat kosa kata bahasa
Melayu Kuno ketika itu. Sebagai analoginya, perkataan bahasa Melayu Kuno yang
digunakan berasal daripada bahasa Sanskrit seperti berikut;

Bidang Bahasa Melayu Bahasa Sanskrit


Fenomena semula - Bumi - Bhumi
jadi - Suria - Surya

Bahasa, - Sastera - Sastra


pembelajaran, - Bahasa - Bhasa
kesusteraan
Sifat/keadaan - Sempurna - Sampurna
- Mesra - Misra

Jadual 2.0

3.2 ZAMAN MELAYU KLASIK

Bahasa Melayu Klasik telah dipengaruhi oleh kedatangan agama Islam dan bahasa
Arab. Menurut Awanga Sariyan, bahasa Melayu Klasik adalah tahap ketiga dalam
periodisasi bahasa Melayu, setelah bahasa Melayu Purba dan bahasa Melayu Kun.
Permulaan bahasa Melayu Klasik dikatakan pada abad ke-14 dan berakhir pada
abad ke-19. Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku disebabkan pengaruh
agama Islam ke Nusantara. Kehadiran pengaruh agama Islam telah memberikan
impak perkembangan yang begitu ketara terhadap bahasa Melayu Klasik terutama
dari aspek kosa kota, struktur kata serta tulisannya.
Peralihan ini dapat dibuktikan melalui batu bersurat yang ditemukan dengan
menggunakan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Batu
bersurat tersebut dijumpai di Aceh iaitu batu bersurat Minye Tujuh. Pada zaman
pemerintahan kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau, bahasa Melayu Klasik
mengalami zaman kegemilangannya. Kerajaan-kerajaan tersebut merupakan
kawasan-kawasan penting untuk melakukan aktiviti perdagangan dan perniagaan
pada ketika itu serta perkembangan Islam dan seterusnya bahasa ketika itu.
Terdapat sebuah buku yang bertajuk kitab Aqa’id al-Nasafi yang bertarikh
1590 (988). Buku tersebut merupakan salah satu naskah manuskrip yang
menggunakan bahsa Melayu Klasik. Bukan sahaja itu, terdapat juga manuskrip yang
sudah lama seperti Tutinameh (1600) dan Hikayat Seri Rama (1633). Melalui kajian
Asmah Haji Omar berkenaan kitab Aqa’id al-Nasafi, 82 peratus kosa kata yang
digunakan ialah kosa kata bahasa Melayu Klasik. Kata pinjaman yang ditonjolakn
dalam karya tersebut ialah bahasa Arab. Terdapat beberapa penggunaan penanda
wacana yang dipengaruhi oleh bahasa Arab seperti hatta, syahadan dan kalakiah.
Bertitik tolak daripada itu, gaya bahasa Melayu Klasik juga dapat dilihat
melalui ayat pasif, ayat sonsang dan ayat kompleks. Hal ini berlaku disebabkan
pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas terlihat seperti kerab-araban.
Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan terhadap sistem tulisan Jawi yang berdasarkan
aksara Arab. Contoh penggunaan tulisan jawi pada batu bersurat yang ditemukan;

Tulisan berbentuk kufi pada batu


bersurat Pekan Pahang

Tulisan berbentuk niski pada


batu nisan Sultan Almalik

Jadual 3.0

4.0 RUMUSAN

Akhirulkalam, bahasa Melayu mempunyai sejarah perkembangan yang begitu


menarik dan penting untuk diketahui oleh seluruh masyarakat di negara kita. Melalui
kajian ini, saya telah sedar bahawa tidak mudah untuk memperhebatkan sesuatu
bahasa melalui aspek-aspek tertentu. Berbagai-bagai cara yang telah dilaksanakan
oleh masyarakat dahulu untuk memastikan bahasa Melayu sentiasa digunakan
sebagai bahasa penghubung kita. Tanpa kita sedari, pengaruh daripada kuasa asing
juga memainkan peranan dalam bahasa Melayu yang digunakan sejak zaman
dahulu hingga kini.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah berbangga kerana bahasa Melayu


merupakan bahasa kebangsaan kita dan sudah banyak yang dilakukan demi
memartabatkannya. Pelbagai perlaksanaan untuk memastikan bahasa Melayu
menjadi satu bahasa yang perkataan, kosa kata serta bunyi yang serasi. Setelah
menyedari hakikat di atas, kita mestilah memelihara bahasa Melayu agar generasi
seterusnya dapat mewarisi dan mengetahui keunikan yang ada pada bahasa
Melayu.

5.0 RUJUKAN
BUKU
Safiah Karim, Nik, Farid Mohd Onn, Hashim Bin Hj Musa, & Abdul Hamid Mahmood. (2015).

Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Hashim Haji Musa. (2006). Epigrafi Melayu : sejarah sistem tulisan dalam bahasa Melayu.

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdul Rashid Melebek. (2008). Sejarah bahasa Melayu. Kuala Lumpur Utusan Publications.

Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan tamadun bangsa Melayu. Kuala Lumpur Utusan.

Autor: Awang Sariyan, & Pustaka, D. (2012). Mencari makna diri : kumpulan puisi. Dewan

Bahasa Dan Pustaka, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

You might also like