You are on page 1of 4

KERJA KURSUS

BAHAGIAN A

NAMA : NORAKIF DANIAL BIN NOR HASSAN BAKTI

NO MATRIK : 22233131

FAKULTI : MUSIK ( PERSEMBAHAN )

KURSUS : AWA 4192 BAHASA MELAYU GUNAAN

PENSYARAH : AMIRUDDIN BIN MD ALI HANAFIAH

TARIKH : 30 NOVEMBER 2022


Sejarah Awal Perkembangan Bahasa Melayu

Pada zaman pascakemerdekaan ini , negara Malaysia masih berpegang


teguh dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan .
Persoalannya , apakah sejarah awal perkembangan bahasa kebangsaan
tersebut ? Sesungguhnya semua pihak perlu bekerjasama dan bersatu teguh
dalam memartabatkan Bahasa Melayu . Oleh itu , sejarah mengenai Bahasa
Melayu akan saya hujahkan di perenggan yang seterusnya .
Perkembangan Bahasa Melayu mempunyai tiga tahap utama iaitu Bahasa
Melayu Kuno , Bahasa Melayu Klasik dan juga Bahasa Melayu Moden . Bahasa
Melayu Kuno bermula dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan
Srivijaya . Mengikut sejarahnya , penutur bahasa tersebut berada di
Semenanjung , Sumatera dan Kepulauan Riau . Di samping itu , Bahasa Melayu
Kuno ini telah menjadi lingua franca iaitu sebagai bahasa pentadbiran . Selain itu
, bahasa tersebut juga telah banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit . Pada
zaman ini juga terdapat banyak pengaruh agama Hindu .
Seterusnya , Bahasa Melayu Klasik juga merupakan salah satu daripada
tahap utama perkembangan Bahasa Melayu . Bahasa Melayu Klasik mempunyai
zaman kegemilangan yang terbahagi kepada tiga zaman yang penting iaitu
zaman Kerajaan Melaka , zaman Kerajaan Acheh dan juga zaman Kerajaan
Johor-Riau . Pada tahap ini , penutur menggunakan bahasa istana . Bahasanya
juga mempunyai ayat yang panjang dan berbelit-belit . Selain itu , bahasa
tersebut juga mempunyai banyak ayat songsang dan kata-kata klasik .
Selain itu , Bahasa Melayu Moden juga merupakan salah satu daripada
tahap utama perkembangan Bahasa Melayu . Bahasa Melayu Moden ini
bermulanya pada abad ke-19 . Permulaan bahasa ini tercetus daripada hasil
karangan Munsyi Abdullah . Selepas Perang Dunia Kedua , British mengubah
dasar menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem
pendidikan . Selepas merdeka , Bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa
kebangsaan Malaysia . Di samping itu , Bahasa Melayu juga memainkan
peranan yang penting dan besar iaitu sebagai bahasa perpaduan .
Dasar bahasa bagi Bahasa Melayu ialah meletakkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara . Proses penentuan
bahasa melibatkan aspek perancangan bahasa secara berperingkat . Oleh
sebab negara kita mempunyai pelbagai kaum , jadi kita memerlukan satu bahasa
kebanggsaan dan bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu .
Terdapat beberapa fungsi utama Bahasa Melayu di negara Malaysia .
Antaranya ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan . Hal ini demikian
kerana bahasa tersebut melambangkan identiti negara . Ia juga melambangkan
penyatuan serta mengatasi masalah perbezaan kaum,bangsa dan juga agama .
Di samping itu , bahasa tersebut dipengaruhi oleh faktor bilangan penduduk
kaum Melayu yang ramai . Justifikasinya , Bahasa Melayu yang agak seragam
ini telah dituturkan oleh semua penduduk sebagai lingua franca termasuklah
golongan bukan Melayu .
Seterusnya , bahasa rasmi juga merupakan fungsi utama Bahasa Melayu
di negara Malaysia . Ia digunakan dalam situasi rasmi iaitu dalam urusan
pemerintahan dan pentadbiran , sistem pendidikan negara , urusan perdagangan
dan perusahaan , kehakiman dan sebagainya . Namun begitu , bahasa rasmi
tidak semestinya menjadi bahasa kebangsaan . Sebagai contoh , Singapura
mempunyai satu bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu akan tetapi mereka
sering menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi . Justeru itu ,
bahasa rasmi boleh berjumlah lebih daripada satu . Contohnya , Singapura
mempunyai empat bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Bahasa
Cina dan juga Bahasa India .
Fungsi yang seterusnya ialah bahasa perpaduan . Hal ini demikian kerana
Bahasa Melayu berfungsi sebagai alat yang menghubungkan penutur-penutur
yang menuturkan pelbagai dialek bahasa yang sama . Bahasa melayu sebagai
asas kebudayaan kebangsaan dan telah menyatupadukan rakyat berbilang
kaum . Ia juga telah berfungsi sebagai alat pengisi fikiran dan alat untuk
melahirkan pendapat dan fikiran . Fungsi yang keempat pula ialah sebagai
bahasa ilmu . Bahasa tersebut mampu menjadi perantara bagi menyampaikan
ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat yang tinggi . Bahasa tersebut juga
dipanggil sebagai bahasa ilmiah kerana ia bersifat ilmu pengetahuan , keilmuan
dan akademik . Oleh itu , Bahasa Melayu berfungsi sebagai pengantar ilmu
pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi , kedoktoran , ekonomi ,
undang-undang serta sastera dan agama .
Akhirulkalam , Bahasa Melayu bersifat dinamik . Ia juga mengalami
perubahan selari dengan pengaruh daripada pelbagai bahasa dan kebudayaan
lain . Malahan , pertambahan perbendaharaan dan istilah yang bersesuaian
dengan perubahan masa dan kehendak sosioekonomi serta politik .
Kesimpulannya , kita sebagai rakyat Malaysia yang jelita hendaklah memainkan
peranan yang penting dalam memartabatkan Bahasa Melayu agar generasi akan
datang dapat menikmati keindahannya .

You might also like