You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990, LEMBAH PANTAI,

KUALA LUMPUR.

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH (SK)

TUGASAN 2 :

PENULISAN ESEI

(BMM1014)

NAMA ISKANDAR ZULKARNAIN BIN MOHD ZAN

ANGKA GIILIRAN 2020192310107

NO. KAD PENGENALAN 020219100531

KUMPULAN KUMPULAN G6

PENGENALAN SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA


NAMA KURSUS
MELAYU

NAMA PENSYARAH ENCIK AHMAD ROZI BIN ABU

TARIKH HANTAR 26 OKTOBER 2020

TARIKH MAKLUM
BALAS
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan ......................................................................................................................3

2.0 Konsep bahasa Melayu Moden .......................................................................................3

3.0 Perancangan taraf bahasa Melayu ...................................................................................4

3.1 Bahasa kebangsaan....................................................................................................4

3.2 Bahasa rasmi...............................................................................................................4

3.3 Bahasa pengantar........................................................................................................4

4.0 Kedudukan bahasa Melayu Moden di Malaysia,huassaajajdiajaijsfgrgrdgddhdthdhdt


serantau dan antarabangsa………………………………………………………………………...5

4.1 Malaysia……………………………………………………………………………………..5

4.2 Peringkat serantau……………………………………………………………………..…5-6

4.3 Peringkat antarabangsa …………………………………………………………………6-7

5.0 Isu dan cabaran bahasa Melayu di Malaysia, esfsfsfsfsfsddvsdvsdvdsvsdvsdvsdvsd


serantau dan antarabangsa………………………………………………………………….……. 7

5.1 Malaysia……………………………………………………………………………………7-8

5.2 Serantau ……………………………………………………………………………….….8-9

5.3 Anatarabangsa……………………………………………………………………….…...9

6.0 Rumusan ……………………………………………………………………………………....10

7.0 Rujukan………………………………………………………………………………………11-12

1.0 Pengenalan

2
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang pernah menjadi suatu bahasa Lingua
Franca yang digunakan diseluruh Asia Tenggara sejak abad ke-7 hingga abad ke-19 masihi
Hashim Musa, (2014). Bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan daripada
Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden. Tahap-
tahap perkembangan ini telah melalui beberapa proses yang lama. Sehinggalah kini, kita
dapat menuturkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaaan kita. Sebagai rakyat
Malaysia kita mestilah mengetahui keduduakn Bahasa Melayu Moden di Negara kita dan
cabaran-cabarannya.

2.0 Konsep Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Moden merupakan bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hingga
kini. Ia berkembang selari dengan penguasaan negara-negara Eropah di Asia Tenggara.
Kedatangan Eropah bukan sahaja telah memonpoli ekonomi tetapi juga telah meliputi
banyak aspek termasuk bahasa dan budaya untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka.
Beberapa perkataan daripada bahasa penjajah telah dibawa masuk ke dalam bahasa
melayu sehinggalah tulisan rumi sedikit demi sedikit menggantikan tulisan jawi.

Bahasa Melayu Moden bermula daripada abad ke-19 iaitu berdasarkan hasil
karangan Abdullah Munsyi. Pengkaji bahasa berpendapat bahawa zaman Abdullah Munsyi
adalah zaman peralihan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Moden. Bahasa
Melayu Moden merupakan kesinambungan daripada Bahasa Melayu Klasik. Akan tetapi,
Bahasa Melayu Moden ini mempunyai pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Walaupun
begitu, Bahasa Melayu Moden tidak menerima system didalam pembentukkan bahasa
Inggeris juga tidak mengetepikan bahasa Sanskrit dan bahasa Arabyang digunakan
sebelumnya. Bahasa Melau Moden telah berkembang pesat di Tanah Melayu setelah
merdeka. Perkara 152 Perlembangaan Malaysia telah menetapkan bahasa Melayu
berperanan sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum,
bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah dan institut pengajian tinggi. Perancangan
bahasa telah dilakukan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya perancangan
ini bahasa melayu dapat dipertingkatkan status bahasa moden yang dapat mengungkapkan
pelbagai konsep dan ilmu didalam kehidupan pada masa kini.

3.0 Perancangan taraf bahasa Melayu

3
Perancangan taraf bahasa melibatkan usaha menjadikan bahasa Melayu ini sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa engantar di daam system pendidikan.
Perancangan ini telah diasaskan pada dasar negara yang dikenali sebagai Dasar Bahasa
Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu dua daripada beberapa dasar penting
dalam proses pembinaan negara.

3.1 Bahasa kebangsaan

Ia melambangkan identity bangsa dalam sesebuah negara. Bahasa ini biasanya ditetapkan
oleh kerajaan negara tersebut. Bahasa kebangsaan merupakan satu medium penyatuan
pelbagai kaum yang terdiri daripada latar belakang sosiobudaya yang berbeza. Bahasa
Melayu telah diangkat matabatnya menjadi bahasa kebangsaan seperti ysng termsktub
dslsm Perlembagaan Malaysia. Perkara 152 (6) menjelaskan maksud rasmi bahawa ia
diitujukan kepada apa-apa tujuan kerajaan sama ada kerajaan persekutuan, negeri dan
pihak berkuasa awam. Bahasa melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan di Asia
Tenggara selain Malaysia, iaitu, Brunei, Indonesia dan Singapura. Jadi hal ini membuktikan
taraf bahasa Melayu sebagai bahasa utama di Asia Tenggara.

3.2 Bahasa rasmi

Bahasa rasmi adalah bahasa yang diguna pakai dalam semua aspek situasi rasmi dalam
negara. Bahasa rasmi tidak dikaitkan semestinya bahasa kebangsaan. Di Malaysia bahasa
Melayu yang diangkat menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi adalah bahasa
Melayu Johor. Pada tahun 19967 DYMM Agong telah mengisytiharkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

3.3 Bahasa pengantar

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan negara kita. Ianya
bertujuan uuntuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Ia telah berkuat kuasa
Akta pelajaran 1961, bahaa Melayu diangkat sebagai bahassa utama dalam institusi
pendidikan.

4
4.0 Kedudukan bahasa Melayu Moden di Malaysia, serantau dan antarabangsa

Taraf kedudukam bahasa Melayu sebagai bahasa peringkat serantau hingga


antarabangsa telah menjadi fakta dalam lipatan sejarah perkembangan bahasa melayu. Hal
ini kerana bahasa Melayu pernah dijadikan sebagai bahasa lingua franca pada suatu ketika
dahulu. Pada masa kini, bahasa Melayu telah menjadi bahasa penuturan hampir
dikebanyakkan negara-negara ASEAN. Lagi-lagi penutur bahasa Melayu di seluruh dunia
telah melebihi 250 juta orang, ini menunjukkan kematangan dan keemampuan bahasa
Melayu di seluruh dunia.

4.1 Malaysia

Di negara ini, bahasa melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan di


Malaysia. Hal ini dibuktikan melalui perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Di
kepulauan Borneo terdapat Sembilan Melayu utama. Terdapat beberapa perbahasa penting
sewaktu kemasukkan sabah ke Malaysia adalah berhubung dengan kedudukan bahasa
Melayu. Hal ini kerana memorandum 20 perkara menyatakan bahawa bahasa Inggeris
adalah bahasa rasmi Sabah sehenggalah Dewan Undangan Negeri membuat keputusan
sebaliknya. Akta Bahasa kebangsaan 1963/1967 digubal untuk menyeragamkan
penggunaan bahasa Melayu di seluruh Malaysia.

4.2 Peringkat serantau

Di Singapura, pemimpin mereka telah melihat potensi bahasa melayu sebagai


bahasa perhubungan antarabangsa. Sebelum tahun 1961, bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah sahaja. Di sekolah menengah pula,
bahasa Melayu hanya diajar sebagai satu subjek pelajaran sahaja. Pada 1996, buat
pertama kali Peperiksaan Sijil Tinggi bagi bahasa Melayu diadakan dan kemasukkan pelajar
aliran Melayu bagi darjah 1 mencatatkan kedudukan paling banyak. Namun bilangannya
berkurangan selepas Singapura keluar daripada Malaysia. Kemudian bahasa Melayu yag
dipelajari dikenali sebagai ‘bahasa Melayu sebagai bahasa kedua’ (BM2).

Tetapi pihak Kementerian Pendidikan Singapura tetap proaktif dengan mengambil


beberapa langkah terhadap perkembanga bahasa Melayu. Diantaranya ialah penubuhan
Unit Bahasa Melayu di kementerian Pendidikan Singapura, Penubuhan Jabatan Bahasa
Melayu Universiti Nasional Singapura dan oenubuhan Jabatan Bahasa Melayu di Institut
Pendidikan Nasional. Selain itu, Singapura telah mewajibkan bahasa Melayu di sekolah-

5
sekolah, mewajibkan bahasa Melayu bagi kemasukan universiti tempatan, mengiktiraf
bahasa ibunda sebagai penyulam bahasa dan merealisasikan dasar sebutan baku bahasa
Melayu (1990). Dari segi persatuan pula, terdapat lebih 30 persatuan dan pertubuhan
Melayu yang dibenarkan bergiat untuk meningkatkan budaya dan persuratan Melayu. Bagi
siaran media massa, telah diadakan siaran Melayu di saluran Suria Telivision Mediacorp,
Warna FM dan beberapa majalah hiburan seperti majalah ‘Manja’. Pada tahun 2002,
sebanyak 25 buah novel Melayu telah diterbitkan di singapura. Ia juga merupakan antara
jumlah terbesar sejak Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.

Selain Singapura, contoh negara lain di peringkat serantau adalah di Kampuchea.


Mereka menguasai bahasa Melayu Cham dan sebilangan daripada mereka mahir bertutur
didalam bahasa Melayu Khmer. Bahasa Melayu Cham merupaan bahasa yang masih belum
disusun tatabahasanya secara sistematik. Atas sebab ini, DBP melalui Majlis Atarabangsa
Bahasa Melayu telah membuat satu kerjasama dengan negara Kemboja dalam usaha untuk
mengembang dan memperluaskan bahasa Melayu. Pada tahun 2003, DBP telah
mengadakan satu kursus yang disertai oleh peserta daripada usia 12 hingga 60 tahun di
Kampuchea. Mereka telah diajar bahasa Melayu baku di peringkat asas kerana mereka
tidak menguasai bahasa Melayu. Hal ini kerana tidak ada sama sekali pengajaran bahasa
Melayu secara formal di Kampuchea

4.3 Peringkat antarabangsa

Bahasa melayu telah diantarabangsakan dari sudut kandungan bahasa itu sendiri
dan sebagai bahasa diplomasi. Kedudukan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa di
kaji dalam pelbagai aspek di dalam beberapa buah negara luar. Kini terdapat lebih 130
pusat pengajian tinggi menawarkan pengajian bahasa Melayu meretas benua Amerika
hingga ke Asia Timur Jauh termasuk Australia dan New Zealand. Pengajian Melayu pertama
diadakan di Eropah adalah di Perancis pada tahun 1841.

Diantara negara yang menawarkan pengajaran bahasa Melayu adalah h di Amerika


Syarikat. Di Amerika Syarikat, Universiti Yale dan Universiti Cornell telah mula-mula
mengadakan pengajaran dan penelitian bahasa Melayu-Indonesia. Pengajian ini
diperluaslagi melalui penglibatan Universiti Hawaii dan Universiti Californi-Berkeley melalui
program musim panas. Kini Universiti Winsconsin, Universiti Ohio dan beberapa buah
university lagi telah menawarkan pengajian bahasa Melayu.

Jepun pula merupakan negara ke-2 yang telah mengajar bahasa Melayu-Indonesia
bermula di Tenri Daigaku (university Tenri) pada tahun 1925, menurut Alwi (1995). Di Jepun,

6
pengajian Sarjana Muda mengkhususkna bahasa Indonesia pada masa kini ditawarkan di 5
buah university, iaitu Tokyo Gaikokugo Daigaku, Tenri Daigaku, Osaka Gaikokugo Daigaku,
Universiti Kyoto Sango dan Universiti Setsunan. Selain itu, terdapat 11 lagi university yang
telah mengajarkan bahasa Melayu walaupun tidak mempunyai jabatan khas bahasa Melayu.

Keduduan bahasa melayu dapat diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Kursi


Pengajian Melayu (Eropah) pada tahun 1992. Kuri ini telah menempatkan seorang yang
bertaraf Professor di Universiti Leiden. Tujuannya adalah untuk mempertingkatkan kajian
sastera Melayu di Eropah, juag mengembankan bahasa Melayu, buday dan mempromosi
pelbagai bidang tentang Malaysia dan dunia Melayu. Penubuhan ursi-kursi ini telah
menaikkan minat para pengkaji, sarjana, pakar dan cendekiawan dalam pelbagai bidang
untuk mengkaji tentang dunia Melayu. Hal ini menunjukkan bahasa Melayu merupakan
antara bahasa yang disegani di peringkat antarabangsa.

5.0 Isu dan cabaran bahasa Melayu

5.1 Malaysia

Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan etnik yang telah bersetuju untuk duduk di
bawah satu bendera sebagai satu negara. Masyarakat pluraiti ini telah membawa Bersama
perbezaan kehendak dan kemahuan mereka demi menjaga kepentingan kaum mereka
sendiri. Bagi negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama
amatlah penting untuk mengekalkan perpaduan dikalangan masyarakat. Perpaduan amatlah
enting untuk menjamin keharmonian sesebuah negara. Bahasa melayu telah digunakan
sebagai medium perpaduan, penyampaian ilmu dan bahasa komunikasi rakyat di Malaysia.

Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan kebangsaan negara
seperti yag termaktub di dalam perkara 152 Perlembagaan Negara. Perkara 152 (1)
Perlembagaan Persekutuan adalah amat terbuka dan menyebabkan status kedudukan
bahasa melayu di negara ini ditafsir secara berbeza. Di samping itu, terdapat beberapa
pihak yang ingin memperjuangkan bahasa selain bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
kerana mengambil kira pengecualian di fasal 152 (1) (a) dan 152 (1) (b) yang tidak melarang
untuk menggunakan dan mengajar bahasa lain juga ha kerajaan negeri da persekutuan
untuk meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa lain.

Dalam menghadapi cabaran ini, penting bagi kerajaan untuk memartabatkan bahasa
kebagsaan melalui pengukuhan dasar yang telah digubal. Dasar ini perlu lebih tegas untuk

7
memastikan bahasa kebangsaan dapat dimartabatkan oleh seluruh masyarakat di Malaysia.
Menurut Zainal Kling (2010), seorang warganegara perlulah memartabatkan bahasa
kebangsaan waaupun mempunyai budaya tersendiri. Hal ini kerana semua warganegara
mempunyai wadah kepada kewarganegaraan atau kerakyatan mereka.

Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggunakan dasar Memartabatkan


Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dasar ini memastikan
supaya penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah
menengah dan sekolah kebangsaan di Malaysia serta memastikan murid menguasai
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Dasar ini telah dilaksanakan
secara berperingkat bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2010. Tujaun utama ialah memartabatkan
bahasa Melayu sebagai alat perpaduan di negara ini.

5.2 Serantau

Sejarah telah membuktikan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa Lingua


Franca dalam bidang perdagangan suatu ketika dahulu. Terdapat juga beberapa cabaran
dan isu berkaitan bahasa melayu di negara serantau seperti Singapura. Selepas Singapura
keluar dari Malaysia pada tahun 1965 nilai bahasa Melayu merosot dari segi ekonomi.
Bangsa Melayu yang pada asalnya menjad majoriti di Singapura telah pulang ke asalnya
selepas singapura keluar dari Malaysia. Singapura terpaksa membuat pilihan semula
sebagai negara republik dengan menggantikan bahasa Melayu denga bahasa Inggeris
sebagai medium utama dalam pendidikan. Laporan Goh pada 1969 telah merombak
kembali sistem pendidikan di Singapura menyebabkan bahasa Melayu mempunyai peranan
kecil dan terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris. Perlahan-lahan ibu bapa telah menarik
anaknya dari sekolah Melayu ke sekolah Inggeris.

Pada tahun 1972 murid sekolah rendah melayu merosot kepada 553 orang pelajar
sahaja. Graduan dari sekolah Melayu juga menurun manakala pengangguran orang Melayu
meleset menjadi 70 peratus daripada 57 peratus. Hal ini mendorong kesatuan Guru-guru
Melayu Singapura memainkan peranan untuk menyelamatkan bahasa Melayu di Singapura.
Hal ini kerana murid-murid aliran Melayu merasa merendah diri sedangkan kedudukan geo-
politik singapura tersepit diantara Malaysia dan Singapura. Pertuuhan ini telah
mencadangkan bahawa bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantara manakala bahasa
Melayu diajarkan sebagai satu aliran nasional kepada semua bangsa. Cadangan ini telah
dibincangkan didalam satu persidanggan yang disertai oleh 150 kumpulan.

8
Akan tetapi kumpulan Cina membidas dengan menyatakan usul ia akan
menyebabkan sekolah Cina ditutup dan menjatuhkan bahasa Mandarin dan bahasa Melayu
menjadi tempat ketiga. Meletakkan bahasa Melayu bersaing dengan bahasa Inggeris juga
tidak mempunyai sebab ekonomi yang nyata. Akhirnya semua sekolah melayu ditutup dan
sekolah Melayu terakhir bertempat di sekolah Menengah Bartley pada tahun 1986.

5.3 Antarabangsa

Pada peringkat antarabangsa pula, kita sudah tahu bahawa bahasa Melayu pernah
menjadi suatu bahasa Lingua Franca pada ketika dahulu sewaktu zaman kegemilangan
kerajaan Sriwijaya hingga kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Akan tetapi, semua itu luntur
apabila penjajah telah datang ke Tanah Melayu. Pada masa kini, pelbagai usaha telah
dilakukan bagi meningkatkan tarak dan kedudukan bahasa Melayu. Contohnya dengan
penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) pada tahun 1997. Namun isu
pengantarabangsaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan ini masih dilihat mempunyai
kekurangan sumber material dan sumber bukan material. Menurut Lim Kim Hui & Har Wai
Mun (2013), sumber material adalah guru terlatih, pelatih guru, bahan pengajaran,bahan
kesusasteraan, kamus, komputer dan perisian komputer. Manakala sumber bukan material
adalah seperti pakar-pakar bahasa yang mampu menyumbang pengetahuan dan
kemahiran.

Jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris, British Council mempunyai 7500


kakitangan di pusat-pusat pengajian yang terdapat di 234 bandar di 110 buah negara
diseluruh dunia. Di Amerika pula, terdapat dua yayasan yang telah membantu mereka
dalam mengglobalkan bahasa Inggeris iaitu Yayasan Ford dan Yayasan Rockefeller.
Mereka telah menganjurkan nprogram seperti English as a Second Language (ESL) di
negara-negara yang bukan berbahasa ibunda Inggeris. Oleh itu, bahasa Melayu
memerlukan sumber-sumber ini untuk melangkah kea rah pengantarabangsaan. Usaha ini
dilihat bermula melalui Kerangka Standard bahasa Melayu (KSBM). KSBM yang
dibangunkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM) dengan
kerjasama beberapa university awam dan swasta serta DBP merupakan kerangka kerja
yang sama digunakan dalam semua bidang. KSBM telah menyamai kedudukan CEFR
Common Europe Framework of Reference for Language untuk mengukur kemahiran
berbahasa Inggeris diseluruh dunia. Oleh itu, kewujudan KSBM penting sebagai rujukan
tentang penguasaan bahasa Melayu di seluruh dunia mengikut peringkat berbeza, iaitu
penutur asal kepada penutur pakar.

9
6.0 Rumusan

Kesimpulannya, impian Malaysia supaya bahasa Melayu dapat bersaing di peringkat


antarabangsa bukanlah suatu perkara yang tidak boleh dicapai. Akan tetapi, kita sebagai
rakyat Malaysia sendiri haruslah memperakui dan mempraktikkan perkara 152 (1)
Perlembagaan Persekutuan dengan penuh ikhlas. Hal ini supaya, tiada pencabulan
terhadap taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi negara kita. Selain itu, semua kaum perlulah menjunjung bahasa Melayu tanpa
mengira bangsa dan agama dengan kehendak Perlembagaan sebagai bahasa perpaduan.
Seterusnya, semua pihak tidak kiralah daripada swasta atau kerajaan perlu memainkan
peranan dalam memartabatkan bahasa Melayu dan pengantarabangsaan bahasa Melayu.
Hal ini supaya, bahasa melayu dapat dimartabatkan di Malaysia dan bersaing di peringkat
antarabangsa. Akhir sekali, kita mestilah membetulkan kembali pemikiran bahawa bahasa
Melayu merupakan bahasa yang setaraf dengan bahasa Inggeris dan tidak merendahkan
penggunaannya. Hal ini kerana masyarakat terlampau mengagungkan bahasa penjajah ini
kerana mereka menganggap bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa orang yang
berpelajaran. Janganlah kita menganggap bahasa Inggeris seperti itu kerana sekiranya
bahasa inggeris hanya untuk orang pandai, maka di eropah tiada orang-orang bodoh
sedangkan manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Akhir kata, marilah kita Bersama-
sama memartabatkan bahasa Melayu sebagai suatu kebanggan negara Malaysia.

7.0 Rujukan

10
Asmah Hj. Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Dewan Bahasa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2002). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dean Bahasa dan Pustaka.

Lim Kim Hui & Har Wai Mun. (2013). Jaringan Bahasa, Logik, Retorik dan Globalisasi. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (2010). Panaroma Bahasa Melayu Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

Jaafar bin Jambi. (2008). Cabaran dan Proses Pemantapan Bahasa Melayu. Jurnal
Pengajian Melayu. Jilid 19. Diakses pada 20 Oktober 2020 daripada
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9721

Khairuddin Mohamad , Ghazali Ismail, & Mastura Mohamed. (2015). Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu, Perkamusan & Terjemahan. Sasbadi Sdn. Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yapkim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian Melayu 1.
Petaling Jaya: Longman.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu


Memperkukuh Bahasa Inggeris.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1983). Sukatan Pelajaran Kurikulum BersepaduSekolah


Menengah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Norayu Basir. (2012). Perpaduan Etnik Menerusi Penggunaan Bahasa Melayu. Diakses
pada 22 Otober daripada
https://www.researchgate.net/publication/269223543_PERPADUAN_ETNIK_MENERUSI_P
ENGGUNAAN_BAHASA_MELAYU

Utusan Online. (5 November 2011). Pemansuhan PPSMI Kekal.

11
Zainal Kling. (2010). Kerangka Konsep untuk Paradigma Baru Perpaduan Nasional. Kertas
Prosiding Persidangan Nasional Paradigma Baru Perpaduan Bangsa, Hotel Grand Season,
Kuala Lumpur (11-12 Disember 2010).

Perlembagaan Malaysia. Diakses daripada www.Malaysian.gov.my/NM/Main?

12

You might also like