You are on page 1of 1

Tutorial 1

Ilmu tamadun merupakan merupakan sebuah kajian yang membicarakan teori, konsep-
konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoritikal dan abstrak. Tamadun juga
merangkumi pelbagai perspektif iaitu dari segi agama, budaya dan juga bangsa sesebuah
tamadun tersebut. Tamadun Islam pula, dari sudut istilah ialah kemajuan yang dicapai dari sudut
kerohanian dan kebendaan dengan berpandukan al quran dan al sunnah Rasullullah S.A.W.
Pengertian tamadun Islam dari pandangan tokoh pula ialah menurut ibnu Khaldun dalam
Muqaddimah, perkataan madani merupakan istilah kepada masyarakat, Apabila dua kata ini
digabungkan “ madani “ dan “ umran “, maka ia membawa maksud “ masyarakat madani “ atau
masyarakat yang bertamadun. Masyarakat yang bertamadun ini mempunyai ciri-cirinya yang
tersendiri. Perkataan “ madani “ itu juga adalah berasal dari kata “madinah “ yang bermaksud “
kota “ atau bandar yang lebih merujuk kepada masyarakat manusia. Menurut Syed Mohamad
Naquib al-Attas pula tamadun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah
mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya. Abu Bakar
Hamzah menyatakan dalam bukunya “ Sejarah Kebudayaan Islam “, bahawa tamadun ialah
sesuatu yang lahir dan kembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan-
perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada seseuatu yang berupa abstrak mahupun yang
berupa material.

You might also like