You are on page 1of 5

1.

0 Pendahuluan
Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua, tamadun bermaksud cara hidup yang
berkemajuan iaitu masyarakat telah maju dalam cara hidup. Secara umumnya, tamadun
bermaksud pencapaian kemajuan dalam aspek kerohanian dan jasmani sesuatu
masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu dan fizikal. Dalam Bahasa inggeris iaitu
civilization diambil dari bahasa Latin ‘civitas’ bererti ‘bandar’. Civilization merujuk kepada
budaya manusia yang kompleks yang memiliki sains dan teknologi serta mempunyai
pengkhususan pekerjaan. Terdapat beberapa tokoh menerangkan konsep ‘tamadun’.
Menurut ibn Khaldun, dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminology al –
umran dan al – hadarah dalam abad ke – 14 yang membawa maksud sekumpulan manusia
yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang
akhirnya merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.
Sayyid Qutb pula berkata bahawa, Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh
sekumpulan masyarakat seperti sisial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang
berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam. Manakala, Collingwood
menyatakan bahawa, Tamadun ialah satu proses bagi mencapai satu tahap kehidupan yang
lebih sempurna ataupun satu proses ke arah civil yang mana hasil daripada proses tersebut
akan melahirkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu masyarakat yang mempunyai kehalusan
budi. Nama penuh Syed Muhammad al Naquib bin Ali al-Attas adalah Profesor Tan Sri Dr.
Syed Muhammad al-Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin al-Attas. Syed Muhammad al
Naquib bin Ali al-Attas ialah seorang Tokoh Melayu Terbilang 2011.

2.0 Latar belakang Syed Muhammad Naquib al-Attas

Syed Muhammad al Naquib bin Ali al-Attas merupakan cendekiawan muslim, tokoh
ilmuan Islam dan ahli falsafah islam. Beliau lahir pada 5 September 1931. Muhammad
Naquib al-Attas lahir di Bogor yang terletak di Indonesia. Nama bapa beliau ialah Syed Ali
al-Attas. Nama ibu beliau ialah Sharifah Raquan al-Aydarus. Beliau merupakan anak kedua
daripada tiga anak lelaki dalam keluarganya. Nama abangnya ialah Syed Hussein al-Attas
yang merupakan ahli akademik dan ahli politik. Nama adik lelakinya ialah Syed Zedal. Beliau
telah mempelajari Pendidikan awal pada 5 tahun di negeri Johor yang berada di Malaysia.
Pada era jajahan Jepun, beliau telah pergi ke Jawa untuk belajar Bahasa Arab di Madrasah
Al-`Urwatu’l-Wuthqa.
Pada tahun 1946 adalah tahun yang Perang Dunia ke-2 telah tamat. Pada tahun itu,
beliau kembali ke negeri Johor untuk meyelesaikan pendidikan sekolah menengah. Beliau
mempunyai minat untuk mempelajari Sastera Melayu Sejarah dan kebudayaan Barat. Syed
Muhammad al Naquib bin Ali al-Attas mahir dalam ilmu pengetahuan teologi, falsafah,
metafizik, sejarah dan kesusasteraan. Beliau juga menulis pelbagai buku dalam pelbagai
bidang dari segi pemikiran dan peradaban Islam terutamanya tentang sufisme, kosmologi,
falsafah dan kesusasteraan melayu. Contohnya, Ketika beliau mempunyai kuliah di
Universiti Malaya, beliau meulis sebuah karya kesusasteraan yang bernama Rangkaian
Ruba’iyat.

Selepas itu, beliau melanjutkan pengajian ke the Institute of Islamic Studies di


Universiti McGill yang berada di Montreal, Kanada dan menyempurnakan sarjananya. Syed
Muhammad al Naquib bin Ali al-Attas juga melanjutkan pengajian di Universiti London dan
menyelesaikan tesis doktornya dengan membuat kajian tentang dunia mistik pada tahun
1962. Syed Muhammad al Naquib bin Ali al-Attas juga mendapat anugerah Iqbal Centenary
Commemorative Medal (PAKISTAN).

2.0 Pandangan saya mengenai teori pengislaman ilmu Syed Muhammad Naquib al-Attas

Pengislaman ilmu pengetahuan bermaksud salah satu ciri pengislaman pada


keseluruhannya. Menurut agama Islam, ayat al-Quran yang pertama yang diturunkan oleh
Allah SWT berkaitan dengan ilmu iaitu Surah al-’Alaq ayat 1-5. Ayat al-Quran bermaksud
bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).
Syed Muhammad Naquib al-Attas membahagikan ilmu kepada dua jenis. Jenis ilmu yang
pertama itu dianugerahi Allah SWT melalui wahyu kepada manusia dan ini merujuk kepada
Kitab suci al-Quran. Kitab Suci al-Quran itu adalah wahyu yang lengkap dan muktamad
yang menjadi sebagai panduan kepada manusia. Jenis ilmu yang kedua merujuk kepada
ilmu tentang sains (ulum) yang lain, dan hal ini didapati melalui pengalaman, pemerhatian
dan penyelidikan; ilmu ini tidak berkaitan, bersifat didaktif dan merujuk kepada objek-objek
yang bernilai pragmatik. Jenis ilmu yang pertama itu adalah dikurniai Tuhan kepada
manusia secara langsung melalui wahyu, manakala jenis ilmu yang kedua itu diterima
melalui ramalan dan langkah-langkah penyelidikan secara rasional berdasarkan
pengalamannya yang wajar
Syed Muhammad Naquib al-Attas memberi beberapa teori pengislaman ilmu.
Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, sains moden adalah sesuatu perkara semata-
mata dan mengurangkan kajian tentang dunia fenomenal sehingga akar umbi. Walaupun
teknologi telah memberikan impak, ia juga telah membawa bersamanya keinginan yang
tidak rasional dan tidak pernah puas untuk memusnahkan alam. Beliau mengekalkan
kritikan yang tajam, mendakwa bahawa mengkaji dan menggunakan alam semula jadi tanpa
matlamat rohani yang lebih tinggi telah menyebabkan manusia mempercayai bahawa
manusia adalah tuhan atau rakan kongsi-Nya. “Tanpa matlamat yang benar, pencarian ilmu
akan menyimpang dari kebenaran, memerlukan persoalan kesahihan ilmu tersebut. pada
pendapat saya, alam semula jadi sangat penting untuk semua spesies yang hidup di dunia.
Berdasarkan kenyataan Syed Muhammad Naquib al-Attas, sebagai manusia yang
bertanggungjawab, kita harus menjaga alam semula jadi kerana ia berperanan penting
dalam biodiversiti ekosistem. Untuk membangunkan teknologi di negara ini, orang ramai
harus mempertimbangkan sifat semula jadi dan memastikan proses itu tidak
membahayakan ekosistem. ini mungkin mengelakkan pencemaran, pemanasan global,
kesan rumah hijau dan sebagainya. Jadi, penjagaan alam sekitar dalam proses peningkatan
teknologi yang dinyatakan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas perlu dipratikkan oleh
setiap individu dalam kehidupan seharian.

Selain itu, teori kedua yang diberi oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas adalah
menjelaskan bahawa kedatangan Islam telah mengubah perwatakan, sifat-sifat peribadi,
pemikiran, budi pekerti dan pandangan alam individu melayu daripada berciri tahyul kepada
berciri ilmiah dan fakta. Beliau membahagikan kepada tiga tahap untuk proses sejarah dan
kebudayaan dan Islamisasi di Malaysia. Pada pandangan saya, ilmu pengislaman
memainkan satu bahagian yang besar dalam kehidupan individu melayu. Ilmu pengislaman
menjelaskan nilai-nilai murni dan kepercayaan agama. Contohnya, wahyu-wahyu dalam al-
Quran yang diturunkan oleh Allah SWT ialah Surah al-A’raf ayat. Wahyu ini bermaksud
maafkan semua orang walaupun mereka melakukan sesuatu perkara yang bodoh. Jadi,
kedatangan Islam akan mengubah perwatakan seorang indiovidu islam. Contoh kejadian
adalah Nabi Muhammad membawa ajaran Islam ke Madinah dan mengubah tingkah laku
orang Jahiliah yang suka berjudi, berzina dan sebagainya.
Kesimpulannya, Syed Muhammad Naquib al-Attas telah banyak memberi
sumbangan dalam agama islam seperti menulis buku, menjadi ahli falsafah dan sebagainya.
supaya umat islam lebih mengenali agamanya dan mengikut agamanya dengan cara yang
baik untuk mengelakkan diri daripada menjadi munafik yang bermaksud merujuk kepada
individu yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya
dalam hatinya. Jadi, sebagai individu yang beragama perlu mematuhi ajaran agama dapat
membantu seseorang individu tidak terlibat dalam gejala negatif.
Rujukan

Al-Attas, S. M. A. N. (1972). Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu/Syed


Muhammad Naquib al-Attas. ABIM.

al–Attas, S. M. N. (2011). Historical fact and fiction. Penerbit UTM Press.

Al-Attas, M. N. (1969). Preliminary statement on a general theory of the Islamization of the


Malay-Indonesian Archipelago (Vol. 22). Dewan Bahasa dan Pustaka.

(Islamisasi Ilmu Di Malaysia : Satu Analisa Kritis)

Muttaqien, G. A. (2019). Pandangan Syed Muhammad Naquib Al-Attas tentang Islamisasi


ilmu. Jaqfi: Jurnal Aqidah dan Filsafat Islam, 4(2), 93-130.

You might also like