You are on page 1of 17

TOPIK 2 : ISLAM PEMBUKA

ZAMAN BAHARU
OLEH : KASSIM BIN HJ BUNTAK
PENGENALAN

 Pengembangan tamadun dan peradaban


sememangnya mengambil kira pelbagai faktor.
 Dalam konteks alam Melayu, perubahan zaman
dan identiti masyarakat Melayu berkembang
selaras dengan penerimaan pengaruh luaran
tersebut.
 Perubahan zaman yang berlaku apabila Islam
mula bertapak di alam Melayu dan membuka
zaman baharu buat ketamadunan Melayu.
2.1 PENGERTIAN ZAMAN
BAHARU DAN ZAMAN
MODEN
 Terdapat dua pengertian kedua-dua istilah iaitu :
1) Zaman Baharu
2) Zaman Moden
Zaman Moden
 Secara umumnya, istilah baharu boleh difahami
sebagai perkara yang baharu dan mempunyai
perbezaan, tidak kira sedikit mahupun banyak
terhadap perkara yang dibandingkannya.
 Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, zaman
baharu ialah satu zaman yang mempunyai ciri-ciri
yang penting yang bersifat persendirian serta
berlainan dengan zaman lampau yang akhirnya
berbeza dari sudut pandangan hidup dan juga jiwa
zaman itu sendiri.
 Beliau juga menegaskan bahawa zaman baharu
yang mempunyai unsur dalamannya sendiri telah
berjaya merubah nasib sesuatu bangsa khususnya
masyarakat Melayu.
 Zaman baharu di alam Melayu itu telah berpunca
asalnya daripada kedatangan Islam yang tersebar
ke dalam masyarakat Melayu itu sendiri.
Zaman Moden

 Ianya merupakan lanjutan daripada zaman


baharu.
 Zaman moden ini didasari oleh kemajuan insan
yang berteraskan perkakasan teknologi semata-
mata.
 Ini kerana ia hasil daripada unsur dalaman yang
telah berjaya mengubah kefahaman insan untuk
menghasilkan alat teknologi tersebut.
 Zaman moden berpunca daripada agama Islam
ini bukan sahaja telah mengubah sejarah tamadun
Eropah, malah hampir keseluruhan besar
bahagian dan wilayah dunia.
 Zaman moden difahami sebagai zaman ilmu
pengetahuan masyarakat itu bersandarkan
kepada rasionalisme.
 Zaman moden ini sebenarnya dilandasi oleh jiwa
atau semangat masyarakatnya yang berintikan
kepada rasionalisme, internasionalisme dan
individualisme.
2.2 ISLAM DALAM
PEMBABAKAN ZAMAN
 Di Timur Tengah iaitu di negeri Arab, munculnya
Islam di pentas dunia telah memberikan revolusi
yang tidak pernah dijangka oleh mana-mana
masyarakat dan peradaban dalam dunia.
 Pengaruh tamadun Islam mula masuk ke benua
Eropah apabila terbentuknya pemerintahan di
Afrika Utara.
 Sepanyol dan Portugal boleh dianggap
“jambatan” yang menghubungkan tamadun Islam
dengan negara lain di Eropah.
 Proses pemindahan tamadun Islam ke Eropah
Eropah juga berlalu melaui Perang Salib sebagai
kesan pertembungan masyarakat Eropah dengan
orang Islam.
 Dalam peristiwa perang Salib, banyak unsur
tamadun Islam yang di bawa ke negara
termasuklah dalam bidang perdagangan,
pemtadbiran politik dan ilmu pengetahuan lain.
2.3 ZAMAN BAHARU DI ALAM

MELAYU
Zaman baharu di alam Melayu telah memberikan kesan
perubahan yang ketara kepada masyarakat peribumi
iaitu orang Melayu dalam banyak perkara yang
signifikan iaitu :
a) Timbulnya unsur rasionalisme dan intelektualisme
dalam kalangan masyarakat Melayu.
b) Masyarakat Melayu mula berpaling daripada hal-hal
yang bersifat mitos, khayal dan khurafat diganti
dengan penggunaan akal budi secara tertib.
c) Mula timbul kesedaran dalam pemikiran
masyarakt Melayu tentang keesaan Allah SWT,
kudratnya dan ketinggian akal yang
menghubungkan diri mereka dengan Tuhan dan
alam semesta.
d) Masyarakat Melayu mula didehkan dengan kitab
al-Quran yang mengajar tentang kemuliaan
insan berpaksikan ketinggian akal.
e) Islam telah mengangkat darjat, taraf dan nilai
peribadi orang Melayu iaitu menjadi sama taraf
sebagai hamba Allah SWT antara seseorang
dengan yang lain.
f) Berdasarkan pengetahuan akliah, Islam telah
membebaskan sistem masyarakat Melayu
menjadikan keadilan dan kemuliaan
keperibadian insan lebih utama daripada sistem
kasta yang berasal dari Hinduisme.
g) Agama Islam boleh difahami dan diyakini oleh
semua lapisan masyarakat bukan sahaja boleh
diamalkan oleh golongan atasan sahaja.
h) Kegiatan kesusasteraan dan kesenian yang
bersifat mitos, khayal dan dongeng bertukar
kepada penulisan islamiah yang bercorak
tasawuf dan keagamaan yang luhur.
i) Lebih banyak tulisan kitab yang menekankan
soal antologi, kosmologi dan psikologi ditulis.
j) Wujud perkembangan penulisan puisi dan
sastera agama yang bersifat saintifik dan
berusaha menerangkan makna ilmu berserta
syarah dan penghuraian yang jelas.
k) Pengkajian ilmiah terhasil secara lebih serius,
demokratik dan saintifik.
l) Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar iaitu
lingua franca dalam bidang perdagangan, ilmiah,
sastera dann falsafah sehingga mengetepikan
bahasa Jawa.
m) Bahasa Melayu juga mengalami revolusi
struktur dan maknawi sehingga membentuk
pembaharuan dalam tulisan jawi.
n) Melalui peranan bahasa Melayu, semangat
kebangsaan telah berjaya ditanamkan dalam
kalangan masyarakat Melayu.
2.4 PERMULAAN SEJARAH
KESUSASTERAAN MELAYU
BARU-MODEN

 Kedatangan Islam telah membawa bersama


pandangan alam baru bagi mastarakat Melayu.
 Dalam abad ke-14, Pasai telah menjadi pusat
kebudayaan Melayu Islam.
 Pada abad ke-15, Melaka telah muncul sebagai
pusat kebudayaan Melayu Islam dan penyebaran
Islam dirantau ini.
 Fakta dan ilmu pengetahuan yang berhubung
dengan pelbagai aspek kebudayaan dan
masyarakat Melayu yang digambarkan olehnya
segera menarik minat sejarawan dan para
budayawan.
 Kesusasteraan Melayu terus bertaut rapat dengan
nilai Islam.
 Dengan kledatangan Islam yang menbawa zaman
baharu itulah, maka lahirlah bapa Kesusasteraan
Melayu Moden iaitu Hamzah Fansuri.
 Di samping itu, tokoh lain di Aceh yang turut
menyumbangkan penulisannya dalam bidang
kesusasteraan Melayu ialah Bukhari al-Jauhari.
 Tokoh lain di Nusantara yang turut mrnyumbang
ialah Raja Ali Haji dengan karya sasteranya.

You might also like