You are on page 1of 35

Tamadun Islam

Pengenalan tamadun islam : Kelahiran tamadun islam adalah daripada islam itu sendiri. menurut Syed Qutb, islam itu lah tamadun. Oleh itu, untuk memahami tamadun islam, kita perlulah memahami islam itu terlebih dahulu. Islam merupakan ajaran yang dibawa dan disampaikan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul semenjak Nabi Adam A. S. sehinggalah rasul yang terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Untuk mengajak manusia beriman kepada Allah S. W. T Tuhan Yang Esa, pencipta dan pemilik segala yang ada di bumi dan di langit seluruhnya. Dalam sejarah ketamadunan manusia, Allah mengutuskan rasul dan nabi silih berganti untuk mengajak dan mengembalikan manusia mengikut jalan kehidupan yang benar. Tanpa petunjuk dari Allah S. W. T, manusia akan sesat kerana akal fikiran dan pengalaman manusia amat terbatas. Islam berbeza dengan agama-agama yang lain kerana agama islam tidak sekadar agama yang mengatur hal-hal kerohanian bahkan ia meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Islam adalah cara hidup yang menjadi panduan dalam semua perkara termasukla hal-hal keduniaan dan hal-hal kerohanian.

Sumber tamadun islam : Tamadun islam dibangunkan berpandukan dua sumber iaitu sumber

ketuhanan(wahyu) yang merupakan sumber utama iaitu Quran dan Sunnah. Kedua ialah sumber kemanusiaan(akal fikiran) yang merupakan sumber sampingan seperti ijtihad, khazanah tamadun dan budaya lain. Quran ialah wahyu yang diturunkan oleh Allah S. W. T kepada Nabi Muhammad S. A. W melalui perantaraan malaikat Jibril A. S. Quran merupakan mukjizat agung yang diturunkan kepada Rasulullah S. A. W mengandungi prinsip-prinsip asas agama islam dan ilmu pengetahuan untuk digunakan oleh manusia bagi membangunkan ketamadunan mereka. Sunnahadalah setiap perlakuan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah S.A.W. Sunnah merupakan sumber utama tamadun islam selepas Quran. Sunnah adalah pelengkap kepada alquran iaitu menjadi sumber inspirasi umat islam dalam membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun. Ijtihadialah ilmu dan kepakaran. Umat islam digalakkan menjalankan penyelidikan dan penerokaan bagi memajukan tamadun mereka.

Asas tamadun islam : Tamadun islam dibangunkan di atas 3 dasar iaitu akidah, syariah dan akhlak. Pertama ialah akidah yang bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap muslim. Ia adalah perjanjian yang diikat di antara makhluk dengan pencipta iaitu Allah S.W.T. Syariah ialah undang-undang, peraturan dan ketetapan Allah S.W.T. Ia diperuntukkan kepada manusia bagi mengatur hubungan manusia dengan penciptanya, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam untuk mencapai

kesejahteraan, keamanan dan kedamaian di dunia serta kebahagian abadi di akhirat. Akhlak ialah sikap rohaniah yang memuliakan perbuatan manusia terhadap Allah S. W. T, terhadap diri sendiri dan makhluk lain.

Ciri-ciri keistimewaan tamadun islam: Tamadun islam mempunyai banyak keistimewaan. Salah satu ialah Rabbani iaitu bermaksud tamadun islam tidak boleh dipisahkan sama sekali daripada aspek ketuhanan. Allah S. W. T adalah punca segala kekuasaan dan manusia adalah hambanya. Kedua ialah Sesuai dengan fitrah dan akal manusia. Ketiga ialah tidak membebankan dan keempat ialah sempurna dan menyeluruh. Keenam ialah keseimbangan antara rohani dan jasmani dan akhir sekali ialah sesuai sepanjang zaman.

Pengertian Tamadun Islam KONSEP TAMADUN ISLAM

Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas, Tamadun Islam membawa satu takrif keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. (1)

Ibnu Khaldun menghuraikan maksud peradaban atau Tamadun Islam ini sebagai

pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat

membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan

mempunyai nilai-nilai seni. ( 2) Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam konteks Tamadun Islam iaitu madaniah, tamadun, hadarah dan umran. Ibnu Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah memberi erti umran sebagai kawasan tanah yang didiami , tinggal menetap , berkembang subur dan maju. Hadarah pula ialah satu daerah , kota , bandar , kampung atau tanah yang diusahakan. Perkataan tamadun pula membawa erti, memiliki ciri-ciri hidup bandar atau bertamadun dari aspek yang akan diterangkan dalam ciri-ciri tamadun nanti.

ASAS-ASAS TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam mempunyai asas-asas yang kukuh yang membolehkannya menjadi satu tamadun yang hebat di dunia. Asas-asas tersebut ialah: AKIDAH Merupakan iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah. Akidah merupakan asas tamadun islam yang paling utama sekali. Kekuatan akidah dapat membantu manusia membezakan antara yang buruk dan yang baik dan dapat membina tamadun dengan cara yang diredhai. SYARIAH Syariah pula merupakan asas Tamadun Islam yang kedua penting selepas akidah. Ia mengandungi peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia. Sifatnya yang muktamad menyebabkan manusia tidak berhak mengubahnya. Segala masalah yang timbul semasa proses pertamadunan dapat diatasi dengan adanya syariah.

AKHLAK Menurut Islam, akhlak bererti meletakkan keimanan kepada Allah dalam bentuk praktis. Segala perilaku dan perbuatan mestilah berteraskan keimanan untuk membina tamadun yang kukuh dan disegani.

AGEN PELENGKAP TAMADUN ISLAM ILMU PENGETAHUAN Ilmu menurut perspektif Islam hendaklah bermula dari ilmu yang sifatnya rabbani ( ketuhanan ). Keilmuan mengikut Tamadun Islam merupakan nilai yang tidak terpisah dari Islam. Akidah Islam tegak di atas keilmuan. Perhatian Islam terhadap kepentingan ilmu jelas di dalam Al-quran. Dalam surah Al-Alaq, terdapat perkataan Iqra ( bacalah ) dan Qalam ( pena ). Ilmu yang tinggi dapat menyuburkan daya keimanan dan pemikiran seorang pembina tamadun. Oleh kerana kepentingan ilmu memberi kebaikan masa hidup dan mati manusia, Islam mewajibkan ke atas setiap muslim menuntut ilmu pengetahuan (3). KEKUATAN MATERIAL Nilai kebendaan juga penting dalam Tamadun Islam kerana Al-quran Sunnah menekankan ibadah dalam bentuk material seperti menunaikan zakat , jihad mali ( harta ) dan lain-lain. Kekuatan material dapat membantu dalam pembangunan sains dan teknologi seperti penyediaan teknologi persenjataan untuk mempertahankan kalimah Allah dan maruah Islam.( 4 )

CIRI- CIRI TAMADUN ISLAM Ciri-ciri Tamadun Islam amat penting bagi mewujudkan tamadun yang kukuh dan maju. Antara ciri-ciri Tamadun Islam ialah:

1.

Penggunaan

tulisan.

Membantu

mempercepatkan

proses

penyebaran

kebudayaan Islam dan meningkatkan perkembangan ilmu yang memberi kesan terhadap perubahan dalam semua aspek kehidupan umat. 2. Kemunculan kota atau bandar bagai menampung pertambahan penduduk yang sedia ada dan yang datang untuk pelbagai aktiviti lain.

3. Wujudnya ketidakseragaman jenis bangsa yang memeluk Islam dan akhirnya turut sama-sama membentuk peranan yang sebuah masyarakat Islam yang aktif dan kerja

maju.Perbezaan

dimainkan

mealahirkan

pembahagian

seterusnya wujudnya suatu bentuk ekonomi bandar.

4. Wujudnya bangunan-bangunan bersejarah yang menjadi keagungan generasi berikutnya seperti istana-istana , masjid-masjid dan monumen-monumen penting yang lain. 5. Kewujudan negara Islam. Menurut sebahagian penulis antarabangsa, Islam adalah satu ciri Tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang Islam hanya boleh dilakukan dengan bebas di dalam negara Islam.

SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM AL QURAN Al Quran merupakan sumber yang mengarahkan perjalanan tamadun sepanjang sejarah perkembangannya. Cara hidup atau kebudayaan semua orang Islam adalah sebahagian besarnya dipengaruhi oleh ayat-ayat dan idea-idea Al Quran. Kalau tidak kerana adanya Al Quran , nescaya Tamadun Islam tidak wujud di dunia ini. ( 5 ) AL SUNNAH. Al Sunnah membawa maksud apa apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dari segi perkataan , perbuatan , persetujuan atau sifat kejadian , akhlak dan sirahnya sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi rasul. ( 6 ) Peranan Al Sunnah ialah menjelaskan perkara perkara yang tidak dijelaskan dalam Al Quran dan memberi tafsiran bagaimana untuk melaksanakan apa yang kurang jelas dalam Al Quran. AL - IJTIHAD Ijtihad merupakan pencurahan daya pemikiran secara bersungguh-sungguh untuk dapat sesuatu hukum syara mengenai suatu masalah yang tidak terdapat hukumnya secara qatI atau secara putus dari Al Quran dan AL Sunnah. Ijtihad adalah asas keempat dalam pembinaan hukum Islam dan melaluinya hukum baru di

sekitar dasar umum yang ditetapkan oleh Al Quran dan Al Sunnah dapat ditetapkan.

TAMADUN ASING Islam tidak menolak segala hasil tamadun-tamadun asing yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun, ia bersifat mengambil dan memberi. Islam tidak menentang perkembangan kemajuan tamadun selama ia mendatangkan kebajikan kepada manusia, tetapi akan menentang tamadun palsu yang membawa kemusnahan. ( 7 )

MATLAMAT TAMADUN ISLAM

Hubungan Manusia dengan Allah

Manusia dapat mengenal Allah melalui rukun iman yang enam dan berhubung dengannya melalui rukun Islam yang lima. Pelaksanaan rukun Islam yang lima membuktikan ketinggian iman dan daya kegigihan untuk mematuhi , menyembah dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Hubungan Manusia Dengan Manusia Allah S.W.T mengatur cara bagaimana manusia itu berinteraksi di antara satu sama lain dalam membentuk keluarga , jiran , masyarakat , negara , ekonomi kebudayaan dan pendidikan. Pematuhan syarak penting ke arah pembentukan masyarakat dan tamadun khalifah Allah di muka bumi. Kesempurnaan masyarakat hanya dapat disempurnakan dengan adanya tolong-menolong , kerjasama dan perpaduan.

Hubungan Manusia Dengan Alam Allah menetapkan bagaimana manusia harus bertingkahlaku apabila berhadapan dengan alam. Segala yang ada di lautan dan di daratan dijadikan oleh Allah untuk kepentingan dan kebahagiaan manusia. Penerokaan angkasa lepas , cari gali di perut bumi

dan lain-lain meningkatkan keimanan kepada Allah dan Tamadun Islam ke arah kepentingan hidup manusia sejagat.

KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM Bersumberkan Kepada Al Quran Dan Al Sunnah Ajaran-ajaran yang dibawa oleh Al-Quran , bimbingan serta panduan yang terdapat didalamnya telah mewujudkan tamadun yang unggul.

Bentuk Tetap Berbentuk tetap dan bersandarkan kepada kitab Allah , maka ia terpelihara dari keinginan dan hawa nafsu kerana perkara-perkara yang berkaitan dengan halal haram , baik buruk , apa yang boleh dan apa yang tidak boleh , semuanya jelas tertera di dalam kitab Allah dan Sunnah Rasul- Nya.

Terbuka Tamadun Islam menerima dari pengalaman-pengalaman yang berguna dan mempersembahkan kepada tamadun asing hasil serta pencapaian yang diperoleh.

Bersesuaian Dengan Fitrah Manusia. Ajaran-ajaran Islam bertujuan untuk kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat , maka tidak hairanlah jika Tamadun Islam yang berteraskan kepada ajaranajarannya selaras dengan fitrah dan keperluan manusia. Bersifat Syumul Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman , lebarnya mengatur segenap aspek kehidupan manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat.

PENUTUP Konsep Tamadun Islam yang mencakupi pelbagai aspek jelas menunjukkan bahawa Tamadun Islam suatu tamadun yang lengkap dan kukuh kerana ianya berlandaskan

Al Quran dan Al Sunnah. Justeru itu Tamadun Islam merupakan suatu proses pembentukan yang bertolak daripada kalimah tauhid yang diikrarkan oleh setiap anggota. Dengan perkataan lain ikrar itu menjadi kaedah atau asas bagi suatu sistem yang lengkap dan praktik. Alasan ini dapat dikukuhkan dengan firman Allah dalam Surah Yusuf , ayat 40 yang bermaksud : Keputusan hukum itu kepunyaan Allah. Dia memerintahkan supaya jangan tunduk memperhambakan diri melainkan kepada-Nya. Itulah Addin ( agama ) yang benar.

Friday, July 24, 2009 Sumbangan Islam Dalam Bidang Astronomi by Anon

ASTRONOMI

Pengenalan Astronomi daripada sudut bahasa bererti ilmu bintang iaitu peraturan bintang - "law of the stars". Astronomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu Falak atau Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian / pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar Bumi dan atmosfera bumi . Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik.

Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ilmu sains. Sejarah pertumbuhan ilmu ini sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam. Pengesahan dari al-Quran ke atas Ilmu Bintang serta kecenderungan orang Arab kepada ilmu ini menjadikan satu dorongan yang kuat kepada kajian terperinci tentang astronomi. Ilmu falak atau astronomi mendapat perhatian yang serius pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah sehingga diletakkan ke tahap yang ketiga selepas ilmu tauhid serta fiqh dan kedoktoran dari segi kepentingannya . Pada ketika itu, astronomi tidak hanya dipelajari dan dilihat dari perspektif keperluan ibadat khusus saja. Ia sebagai asas kepada perkembangan bidang sains lain seperti ilmu pelayaran, pengembaraan, ketenteraan dan pemetaan.

Sumbangan dalam bidang ini bermula apabila Muhammad Ibn Ibrahim al-Fazari menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India bertajuk "Siddharta" ke dalam Bahasa Arab pada tahun 155H/771M. Seterusnya beliau menterjemahkan pula "Jadual Pahlavi" yang diberi nama "Zij",diikuti dengan penterjemahan karya-karya astronomi berbahasa Yunani. Antara saintis-saintis Islam yang berjaya mengkaji ilmu astronomi terdiri daripada Yakub Ibn Tariq, al-Kwarizmi, al-Battati, al-Farghani, al-Suffi, al-Biruni, al-Tusi dan Umar al-Khayyam.

Balai cerap telah banyak dibina di kawasan wilayah Islam. Antaranya Jundishapur, Baghdad dan Tadammur. Terdapat juga balai cerap di Kaherah, Isfahan, Malaga, Almeria, Samarqand dan di bandar-bandar Islam yang lain. Hasil pembinaan balai cerap juga dapat membantu pengkajian bagi menentukan arah kiblat yang tepat walau berada di mana sahaja kita berada di dunia termasuk di Malaysia.

Balai-balai cerap tersebut dilengkapi berbagai peralatan astronomi, antaranya termasuklah astrolab yang membolehkan yang berfungsi sebagai :

i. Mengukur jarak antara sesuatu bintang diukur, ii. Pengukuran paksi bumi dan luas bumi. iii. Alat ini juga boleh digunakan untuk mengira latitud matahari dan bintang-bintang di galaksi.

Tokoh Astronomi Islam

Al-Battani Orang yang memperkenalkan ilmu trigonometri sfera ke dalam ilmu falak yang digunakan sehingga hari ini. Al-Battani membuat hitungan mengenai tempoh masa bagi satu tahun sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat.

2. Al-Khawarizmi

Beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna di dalam bidang astronomi. Beliaulah yang bertanggungjawab mencipta "safihah" sebagai

penyempurnaan kepada alat astrolab yang dicipta oleh Mohammad bin Ibrahim alFazari.

3. Ali bin Abd Rahman atau Ibn Yunus Beliau menerbitkan satu jadual yang sangat berguna mengenai pengiraan waktu berdasarkan matahari seperti mengikut satu artikel dalam (David A King, 1986) yang bertajuk Ibn Yunus Very Useful Tables for Reckoning Time by The Sun.Tempoh perkiraan dengan teknologi sekarang mendapati tempoh it sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 46.08 saat. Beliau juga telah melaksanakan hampir seratus cerapan gerhana matahari dan bulan serta ijtimak planet. Dia melakukan cerapan sedemikian bagi menyemak data parameter planeteri yang dsediakan oleh ahli falak Yahya bin Abi Mansur, ketika pemerintahan Khalifah Al-Makmun (kira-kira pada tahun 810 Masihi).Hasil kajian Ibn Yunus menjadi sumber data bagi pembentukan model peredaran bulan termasuk pengiraan perubahan sekular (secular variations) bagi pergerakan bulan dan planet oleh S Newcomb (1878) dan R Newton (1970), yang diguna pakai sehingga hari ini.

4. Nasiruddin al-Tusi Beliau merupakan ahli astronomi Dinasti Bani Umaiyah yang terakhir. Beliau berkhidmat sebagai pengarah di Pusat Kaji Bintang Umaiyah yang dibina oleh Hulagu Khan. Di sinilah beliau menyusun jadual astronomi yang diberi nama "al-Zij al-Ilkhani" yang dikatakan sebagai tanda penghormatan beliau kepada Hulagu Khan, karya beliau termasyhur di seluruh Asia dan China.

5. Ibn al-Zarqiyali Beliau mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintangbintang dan matahari. Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu kegiatan perdagangan dan pelayaran telah berkembang dengan pesat.

6. Al Bategnius

Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harani. Lahir di Harun (Turki) dan mati di Samarak, Iraq. Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan lintang buruj di garisan khatulistiwa. Beliau juga mempunyai penyelidikan yang teliti dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakanya. Beliau merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat. bukunya Al Zaiju al Sabik". Bukunya terdiri dari muqaddimah dan 57 bahagian tentang cara-cara pengiraan, sifat buruj, kadar miring, bintang dan permasalahan nya, berjenis-jenis taqwim, ukuran masa dan tempoh tahunan, alat-alat astronomi dan cara membuatnya. Karangan karangan beliau yang lain ialah Zaiju al Ralqani" , Syarah Arbauu Maqolat Li Batlimous", Kitab Ta dil Kawakib" , Kitab Marifatul Matoliu al Buruj fima Baina Arbai al Falak"dan beberapa rencana di bidang geografi. Beliau merupakan seorang yang genius dalam bidang astronomi Islam kerana mampu menyatukan ketelitian kajian dan kemampuan mengembangkan teori astronomi sehingga digelar Batlimous Arab.

Showing posts with label Bidang botani. Show all posts Friday, July 24, 2009 Sumbangan Islam Dalam Bidang Botani BOTANI

Pengenalan Botani merupakan salah satu bidang kajian dalam biologi yang mengkhususkan diri dalam mempelajari seluruh aspek biologi tumbuh-tumbuhan.Dengan demikian, dalam botani dipelajari semua disiplin ilmu biologi untuk mempelajari

pertumbuhan.metabolisme, perkembangan, interaksi dengan komponen biotik dan abiotik, serta evolusi tumbuhan.Bidang botani telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh masyarakat Islam ketika itu

Tokoh Botani 1. AL JAHIZ (164-255H / 780 868M) Beliau ialah Abu Osman Amru b. Bahr yang bergelar Al Jahiz (besar) kerana matanya yang besar, lahir, membesar dan meninggal di Basrah Iraq. Diriwayatkan beliau telah menghasilkan 350 buah buku di dalam berbagai bidang seperti biologi kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu ekonomi, perdagangan dan geografi.Dalam bidang botani beliau telah menulis buku Al Zaru wa al Nakhl" dan "Al Maadin". Perbahasan buku ini selain menerangkan keadaan tumbuhan, ianya juga menyentuh masalah tanah dan serangga.

2. Ibn Al-Baitar

Beliau ialah Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar. Beliau merupakan seorang ahli botani dan farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan. Beliau lebih dikenali sebagai Ibn Al-Baitar, beliau dilahirkan di sebuah kota dikenali Malaqa atau Malaga di Sepanyol pada akhir kurun ke-12. Beliau belajar ilmu botani daripada Abu al-Abbas al-Nabati. telah menyusun sebuah buku yang

menyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses daripada binatang, tumbuhtumbuhan dan bahan bahan galian. Karyanya al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah dan al-Jami'fi al-Adwiyah al-Mufradah paling berpengaruh dibidang farmakologi. Sebahagian karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman. Pada tahun 1219, beliau meninggalkan Sepanyol untuk menjalankan kerja-kerja mengumpul tumbuh-tumbuhan menerusi pengembaraan di bahagian utara susur pantai benua Afrika.Pengembaraan itu menjangkau sehingga ke benua Asia Kecil. Cara beliau mengembara sama ada di darat atau laut tidak diketahui sehingga hari ini.Bagaimanapun antara tempat-tempat yang beliau singgah dan lawati ialah Bugia, Qastantunia (Constantinople), Tunis, Tripoli, Barqa and Adalia. Sumbangan utama Ibn Baitar ialah Kitab al-Jami fi al-Adwiya al- Mufrada yang merupakan salah sebuah kompilasi botani yang terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan perubatan

3. Al-Riyasa Ibn Jarit (meninggal 1193M)

Beliau menulis mengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Belau adalah seorang doktor dari Mesir yang juga doktor peribadi kepada Salahuddin al-Ayubi.

4. Al-Ghafiqi (meninggal 1165M) Beliau berasal dari Cordava telah berjaya mengkelaskan tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika.Belau telah memberi nama tmbuh-umbuhan yang dikajinya dalam bahasa Arab, Latin dan Barbar. Beliau telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 buah jenis pokok buah-buahan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain selepasnya Karya beliau iaitu Al-Adwiah AlMufaradhah mengenai herba perubatan telah menjadi rujukan oleh pakar-pakar yang lain dalam bidang tersebut.

5. Al-Nabati Beliau menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika Utara, Arabia dan Lautan Merah dan menghasilkan Al-Rihlah, yang menceritakan tentang tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya.

Showing posts with label bidang fizik. Show all posts Friday, July 24, 2009 Sumbangan Islam Dalam Bidang Fizik by Anon

FIZIK

Pengenalan Fizik merupakan kajian tentang fenomena alam semulajadi - strukturnya dan dinamiknya, dari skala yang terkecil seperti elektron kepada yang terbesar seperti alam semesta. Ilmu ini mengenai jirim, tenaga, ruang, masa, pergerakan dan daya. Ia merupakan asas kepada kimia, biologi moden, sains bumi dan teknologi. Kejuruteraan, perubatan moden dan teknologi komunikasi dan maklumat bergantung erat kepada kemajuan dalam fizik.

Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat supaya manusia mengkaji dan meneliti fenomena Alam agar memahami serta mencapai ilmu pengetahuan dan dapat membina tamadun di dunia ini. Antaranya ayat menjelaskan , bahawa alam yang dicipta Allah SWT ini adalah tertaluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa sahaja yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Islam tidak terbatas kepada hubungan manusia dengan tuhan, bahkan merangkumi semua aspek kehidupan.

Firman Allah : Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak pula yang lebih kecil dan tidak yang lebih besar dari itu melainkan (semua tercatat ) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)" Surah Yunusayat 61 Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahanmu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmatnikmatNya yang zahir dan batin (Surah Luqman Ayat 20)

Tokoh fizik Islam dan sumbangan mereka

1.Ibn Haitham (965-1040 M)

Nama sebenar beliau ialah Abu All Muhammad Hasan Ibn Al-Haitham.Beliau dikenali di Barat sebagai Alhazen Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah dan dianggap sebagai Bapa Optik Moden. Beliau menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti pelangi, bayang-bayang, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya.Beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, perubatan, dan falsafah.

2. Al-Biruni (973-1048M)

Nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Ketika hidupnya beliau banyak membincangkan dan

menganalisis dengan mendalam akan konsep asas fizik seperti graviti , jirim dan ruang dan gerakan bumi dimana manafaatnya dapat kita kecapi hari ini.

3. Suhrahwadi Beliau telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau menyatakan alam dan planet adalah tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing dari hukum graviti semesta. Eksperimen untuk menentukan gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat bayang-bayang, penggunaan kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomena penting dalam optik. Dalam kitabnya yang boleh diterjemah sebagai ritis fizik

Showing posts with label Bidang biologi. Show all posts Friday, July 24, 2009 Sumbangan Islam Dalam Bidang Biologi by Anon

BIOLOGI

Biologi adalah ilmu mengenai kehidupan (kaji hayat). Berasal dari kata Yunani, Bios yang berarti hidup atau kehidupan dan Logos artinya Ilmu. Ilmu biologi berurusan dengan ciri-ciri fisik dan perilaku makhluk hidup pada masa sekarang dan masa lalu, bagaimana mereka tercipta dan interaksi antara sesama mereka dan dengan alam sekitar.Pemahaman asas mengenai habitat, kelakuan dan pengkelasan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Bidang ini telah dikaji dan dicatat oleh orang-orang Islam sejak zaman Bani Umaiyah. Pada zaman tersebut mereka berminat di dalam pembiakkan kuda dan unta, sehubungan dengan itu mereka berjaya menghasilkan suatu penemuan asas untuk memulakan kajian dalam bidang zoologi dan biologi biak-baka.

Bidang botani telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh masyarakat Islam ketika itu.

Showing posts with label bidang Perubatan. Show all posts Friday, July 24, 2009 Sumbangan Islam Dalam Bidang Perubatan by Anon

PERUBATAN

Pengenalan Perubatan adalah amalan semua umat manusia dalam dunia ini tanpa mengira bangsa, keturunan atau ugama kerana sesiapa boleh diserang penyakit. Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Allah Adam a.s. sehingga sekarang dan usaha ini masih berterusan. Jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi dengan perubahan cara gaya hidup manusia dan perubahan dalam alam sekitaran. Rasullullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud Setiap penyakit ada ubat melainkan penyakit tua dan mati.

Walaupun berbagai jenis ubat telah dicipta oleh manusia, namun masih banyak lagi penyakit yang belum diketahui punca dan ubatnya. Umat Islam juga tidak terkecuali dari diserang dan berbagai usaha dan cara dilakukan untuk merawat penyakit. Rasullullah s.a.w. menggalakkan umatnya berusaha untuk mendapat ubat bagi setiap penyakit yang dihidapi. Malah Baginda menekankan pentingnya pencegahan penyakit melalui langkah-langkah tertentu.

Tokoh Perubatan Islam Sejarah Islam telah berjaya melahirkan ramai sarjana yang pakar dan tokoh yang memberi sumbangan dalam ilmu perubatan. Antara mereka Zakaria al-Razi yang menghasilkan "Kitab al-Hawi", Ammar bin Ali yang menulis "Kitab al-Muntakhab", Ibn Sina tahun (al-Qanun fi al-Tibb), Ali Ibnu Abbas al-Majusi (al-Maliki), Ali al-Tabari (Firdaus al-Hikmah), Ibnu Rusyd tahun 1126 - 1198(al-Kuliyah), dan al-Baitar yang merupakan pakar terulung dalam ilmu surgeri. Antara lainnya Al Zahrawi dan Ibnu Nafis

1. Ibnu Nafis ( 1208 - 1288). Nama sebenar beliau ialah Ala-al-Din Ibn Nafis. Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah dari Syria, beliau meninggal dunia di Kaherah. Ibnu Nafis yang turut dikenali dengan gelaran Bapa Perubatan. Selain seorang cendikiawan Islam yang mengkaji pembangunan dalam perubatan moden, beliau juga dikenali kerana kajiannya dalam ilmu logik (mantiq), falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadis dan usul fiqh.

Sumbangan Beliau i. Beliau memberi penjelasan mengenai sistem kecil peredaran darah, melalui rongga-rongga jantung dan paru-paru. Dalam kajiannya, beliau mendapati darah beredar antara jantung dengan paru-paru.

ii. Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah dari Syria. Beliau telah menghasilkan teknik pembedahan dan perawatan selepas pembedahan

Karya beliau i. Kitab Al-Shamil fi'l-sina At-tibbiyah (Suatu Kajian Men yeluruh Bagi Seni Perubatan) yang merangkumi bidang pembedahan ii. Kitab al-Mukhtar fi al-Aghdhiya, yang mengupas tentang efek diet bagi kesehatan. iii. Kitab al-Shamil fi al-Tibb, menjadi sebuah ensiklopedia yang terdiri dari 300 jilid, tapi terhenti di tengah jalan karena Al-Nafis wafat.

2. Al-Zahrawi/Albulcasis(936-1013M)

Nama sebenar beliau ialah Abul Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi beliau dikenali juga dengan Abulcasis dalam penulisan Barat dan dianggap sebagai Bapa Bedah Moden.Beliau dilahirkan pada tahun 936M di Zahra, Cordova, ibu negeri Sepanyol. Penglibatan beliau dalam bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan di Sepanyol pada abad ke-10. Umum mengenalinya sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman Pertengahan dan tidak mustahillah ketokohannya itu menyebabkan beliau digelar sebagai "Bapa Pembedahan Moden"Selain daripada bidang pembedahan, beliau juga pakar dalam bidang pergigian. Beliau telah memperkenalkan banyak pembaharuan dalam bidang ini

Sumbangan beliau Al-Zahrawi sememangnya seorang pakar bedah yang dikagumi dan dihormati ramai. Ramai pesakit dan pelajar yang datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan dan meminta nasihat. Antara sumbanganbeliau dalam bidang ini ialah : Sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan,Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga dan saluran kencing. ii. Beliau ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemofilia. iii. Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknik-teknik dalam pembedahan. iv. Beliau juga menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat. v. Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan penyakit, dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis), meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan. vi. Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat.

vii. Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Bahagian yang terakhir dalam buku ini membincangkan mengenai penyakit gigi dan pengubatannya. Ia mengandungi lakaran-lakaran alat yang diciptanya.Beliau juga mengenal pasti langkah-langkah untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat daripada tulang haiwan.

IBN SINA (981-1037M)

Nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah, dilahirkan pada tahun 981M di Afshana berhampiran Bukhara (kini dikenali sebagai Uzbekistan). Beliau yang lebih dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat Eropah merupakan pakar perubatan, sains, falsafah, muzik, matematik, puisi dan kaji bintang pada masa tersebut. Ibn Sina dianggap sebagi 'Bapa Perubatan' oleh penulis-penulis Barat kerana beliau telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen, pengalaman ahli-ahli perubatan India dan Parsi serta hasil pengalaman beliau sendiri untuk diamalkan.

Sumbangan Beliau Antara sumbangannya dalam bidang perubatan ialah :

a. Beliau telah menjalankan kajian terhadap tubuh manusia yang dikenali sebagai anatomi. Hasilnya, beliau mendapati jantung mengandungi 3 injap yang akan terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa jantung mengepam darah. b. Beliau juga memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung untuk mengenalpasti ketidakseimbangan hormon yang berkenaan. Apa yang menarik mengenai ilmu ini ialah beliau dapat memulihkan pesakit yang menghadapi masalah sakit jiwa c. Beliau turut memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan menemui ilmu yang kita kenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatis di mana ia menunjukkan perkaitan antara psikologi dengan kesihatan. Ibn Sina juga menyedari betapa pentingnya emosi dalam usaha pemulihan pesakit. Minatnya yang mendalam dalam bidang berkaitan kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak daripada hasil karyanya berkisar mengenai gangguan psikologi.

d. Beliau juga ada menceritakan simptom-simptom penyakit kencing manis (diabetes) dan masalah yang akan timbul daripadanya. e. Ibn Sina juga menjadi saintis yang pertama menerangkan mengenai bahagianbahagian berbeza pada mata seperti kornea, koroid, iris, retina, lapisan kanta dan lain-lain.

Al-Razi (864-930 M)

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariya Al-Razi.Beliau dikenali di Barat sebagai Rhazes. Beliau yang berbangsa Parsi Beliau pernah digelar sebagai Jalinus Arab (Galen of the Arab) dan pernah menjadi guru kepada Ali Ibn Rabban al-Thabari,Hunayn Ibnu Ishaq dan Ibn Sina Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia dan belajar ilmu falsafah. Ar-Razi amat menonjol dalam bidang kimia dan perubatan.

SUMBANGAN Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam bidang perubatan. Antaranya :

a. Beliau merupakan orang yang pertama yang menemui penyakit campak dan cacar b. Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab: Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan. c. Orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. d. Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan. e. Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata.Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa f. Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing.

g. Selain daripada itu, beliau juga telah memberikan sumbangan dalam usaha mengubati penyakit cacar dan campak.Al-Razi merupakan orang yang pertama membezakan kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai penyakit tersebut.

Showing posts with label bidang zoologi. Show all posts Friday, July 24, 2009 Sumbangan Islam Dalam Bidang Zoologi by Anon

ZOOLOGI

Pengenalan Zoologi adalah disiplin ilmu dari biologi yang secara khusus mempelajari haiwan. Dalam salah satu ayat Al Quran yang diturunkan di masa awal, Allah mengarahkan perhatian masyarakat Arab kepada unta, haiwan yang menjadi bagian kehidupan mereka sehari-hari: Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaima na dia diciptakan? (Al Ghaasyiyah, 88:17)

Tokoh Islam Dalam bidang Zoologi

1. Al Jahiz Al-Jahiz ialah ahli zoologi Islam yang pertama dan merupakan penulis buku "The Book of Animals" atau kitab al Haiwan(Buku Tentang Haiwan).Kitab ini menyentuh tentang psikologi haiwan, persaingan antara haiwan-haiwan untuk kehidupan dan adaptasi kepada alam sekitar. Beliau telah mengkaji lebih dari 350 jenis haiwan

Beliau telah membahagikan haiwan kepada jenis terbang, berenang dan berjalan. Haiwan yang berjalan dipecahkan pula kepada haiwan bertutur seperti manusia dan haiwan mendatang seperti binatang buas, liar dan serangga.

Pada awal pelopor sains zoologi dan antropologi, Al-Jahiz telah menemui bahawa kesan alam sekitar terhadap kehidupan haiwan dan juga memerhati perubahan spesies haiwan berdasarkan beberapa faktor. Satu lagi karya beliau ialah Al Qaul fi al Baghal yang membicarakan tentang asal kaldai, sifat dan kehidupannya.

2. Asma'i dari Basrah(739-783 M) Nama sebenar beliau Abd Al-Malik Ibn Quraib Al-Asmai.Abd Al-Malik merupakan seorang philologis yang membuat sumbangan berharga dalam bidang Zoologi, Botani, dan penjagaan haiwan. Beliau telah menulis beberapa buah buku seperti "Kitab al-Ibil, Kitab al-Khail, Kitab al-Wuhusy, Kitab al-Sya' (mengenai biologi haiwan) dan Kitab al-Khalq al-Insan" yang terakhir mendedahkan mengenai anatomi manusia.

3. Al-Damiri Beliau telah menghasilkan "Hayat al-Hayawan" dan dicetak beberapa kali di Kaherah, sebahagiannya diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh A.S.G. Jayakar.

Showing posts with label Ilmu Pelayaran. Show all posts Friday, July 24, 2009 Sumbangan Islam Dalam Geografi dan Pelayaran by Anon

GEOGRAFI DAN PELAYARAN

Pengenalan

Ilmu geografi merupakan suatu perkara yang amat penting bagi umat Islam, kerana dari ilmu inilah akan dapat diketahui di mana letaknya Makkah yang menjadi kiblat umat Islam dan juga tempat mereka menunaikan fardhu haji. Hasil daripada kesungguhan mereka mempelajari ilmu ini sejak abad ke-1H/7M lagi umat Islam berjaya sampai ke hujung selatan benua Afrika dan Bahagian Utara pula telah sampai ke Rusia.

Tokoh Geografi dan pelayaran Islam

1. Sulaiman Buku pertama dalam bidang ini telah dihasilkan pada tahun 273H/851M. Buku ini memuatkan laporan-laporan perjalanan Sulaiman al-Tajir yang berasal dari Siraf, ke negeri China dan India. Sulaiman melaporkan bahawa orang China menggunakan cap jari sebagai tandatangan.

2. Thabit Ibn Qurrah (289H/901M) Beliau telah menterjemahkan karya-karya Ptolemy berhubung dengan beberapa tempat di bumi berdasarkan letaknya Latitud dan Longitud.

3. Ibn Khurdazbih Beliau berketurunan Parsi telah menghasilkan sebuah buku geografi yang amat bernilai pada tahun 232H/846M yang diberi judul "Kitab al Masalik wa al-Mamalik". Buku yang bernilai khusus tentang topografi ini dikatakan merupakan karya pertama dalam bidang ini yang ditulis secara bebas. Ia telah dipergunakan oleh Ibn Faqih, alMaqdisi, Ibn Hawqal dan penulis-penulis geografi lain pada masa selepasnya.

Abu AbdullahAl-Battani (868- 929M) Al-Battani dikenali di Barat dengan nama Albategnius. Beliau amat terkenal dalam bidang matematik dan astronomi. Penemuan beliau yang agung termasuklah menetapkan tahun syamsiah menepati penemuan pada hari ini, iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Battani juga menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik. Beliau memperincikan kaedah kiraan dengan menggunakan konsep sinus dan tangen. Buku-buku beliau dalam bidang astronomi diterjemahkan ke

dalam bahasa Latin pada abad kedua belas di bawah tajuk De scienta stellerum De numeris stellerum et motibus. Copernicus dalam bukunya, De Revolutionibus Orbium Clestium menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada Al-Battani. 5. Ibn Batuta (704 779H / 1304 1372M) Bapa Pelayaran Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Ibrahim Al Lawati iaitu ahli geografi dari Moroko. Lahir di Tanja, dan mati di Marakas, Moroko, berketurunan Libya. Beliau sangat meminati pelayaran dan pengembaraan dan telah menjelajah negara-negara Asia, Afrika dan Timur Eropah yang memakan jarak sejauh 120 ribu kilometer selama 38 tahun . Beliau sangat prihatin dalam pengembaraan. Apabila memasuki sesebuah negara, ia akan bertanya segala yang menyentuh pakaian, makanan, kebudayaan dan peralatan. Beliau pernah dilantik menjadi kadi di Delhi, India ketika mengembara di sana dan beberapa kali diutus menjadi wakil di beberapa tempat.

Pengembaraannya yang masyhur ialah pada 1/3 yang terakhir , ketika menjelajahi negara Afrika dan negara-negara Islam. Selepas itu beliau menetap di Pas, Maghribi bagi mentafsirkan hasil pengembaraannya. Salah seorang dari penulis Dar al Ifta di Pas iaitu Mohd. Ibn Juzu telah menyunting buku beliau dan menyusunnya dengan gaya bahasa yang teratur. Ada di kalangan pengkaji barat meragui sebahagian pengembaraan Ibn Batuta tetapi pendapat ini ditolak dan diakui oleh pengkaji yang lain. Pengembaraan Ibn Batuta disebarkan dalam buku Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa oleh Ibn Juza. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Ibnu Majid Nama lengkap beliau ialah Sihabuddin Ahmad bin Majid bin Amr ad-Duwaik bin Yusuf bin Hasan bin Husain bin Abi Ma'lak as-Sa'di bin Abi ar-Raka'ib an-Najdi. Tidak diketahui tanggal lahir dan kematiannya. Namun, beberapa sumber sejarah menyebut beliau hidup pada abad 9 H atau 15 M. Keluarga Ibnu Majid berasal dari daerah Gurun Nejd, Yaman.Lautan menjadi tempat yang tak asing bagi Ibnu Majid sejak kecil lagi. Beliau sering mengikuti pelayaran yang dilakukan ayahnya di kawasan Laut Merah. Ketika meningkat dewasa, pelayaran bersama kawankawannya dilakukan tidak hanya di kawasan Laut Merah, tetapi sudah melangkau Samudra Hindi. Penguasaannya ke atas kawasan Samudra Hindi mendorong dirinya membuat catatan-catatan khusus dalam bidang ini. Ayah Ibnu Majid sendiri telah

merintis penulisan buku tentang pelayaran yang diberi judul al-Hijaziyya. Buku ini membahas tentang kondisi lautan sekitar kawasan Hijaz. Ibnu Majid pula mengikuti jejak ayahnya dengan menulis buku-buku tentang pelayaran yang lebih luas dan mendalam. Beberapa karangannya menjadi pedoman pelaut ketika itu dalam mengharungi samudra yang luas. Kepandaian Ibnu Majid dalam perhitungan pelayaran mencapai puncaknya ketika ia berhasil membuat kompas dengan 32 arah mata angin. Kompas yang jauh lebih baik daripada kompas buatan ahli-ahli pelayaran lain ketika itu, terutama orang Mesir dan Moroko yang merupakan bentuk awal kompas moden.

Showing posts with label Matematik dalam Islam. Show all posts Friday, July 24, 2009 Sumbangan Islam Dalam Bidang Matematik by Anon

MATEMATIK

Pengenalan

Sarjana-sarjana Islam telah memberi sumbangan yang amat besar dan bermakna di dalam bidang perkembangan ilmu matematik. Mereka banyak mencipta perkaraperkara baru yang menjadi ilmu matematik lebih mudah dipelajari. Salah satu sumbangan paling besar sarjana Islam di dalam bidang ini ialah memperkenalkan sistem angka baru, termasuklah angka sifar. Sistem angka mula diperkenalkan ke Arab oleh sarjana India bernama Sinhid. Sistem nombor ini telah memainkan peranan yang begitu besar dalam bidang matematik. Tanpa sistem nombor dan angka adalah amat sukar bagi manusia untuk menentukan kuantiti yang difikirkan atau yang diperlukan untuk penjumlahan.

Firman Allah Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). (Surah Al-Kahfi : 25)

Ini semua membuktikan bahawa ilmu Sains dan juga Ilmu Hisab sudah ada di dalam Quran, walaupun ianya di turunkan 1400 tahun yang lalu, tetapi apa yang patut kita sematkan dalam hati kita, Kitab Quran bukanlah kitab Sains, Ilmu Hisab atau Sejarah tetapi ianya adalah kitab pedoman kepada umat Islam dalam mengecapi kesejahteraan di dunia dan juga akhirat jika beramal dengannya.

Tokoh Matematik

1. Al-Khawarizmi

Nama sebenar beliau ialah Mohammad Bin Musa Al-Khawarizmi (Meninggal 840 M). Beliau dikenali di Barat dengan nama Algorizm, Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm..beliau amat terkenal dalam bidang ilmu matematik. Beliau adalah pengasas kepada ilmu algebra, malah nama algebra diambil bersempena dengan nama buku beliau Al-Jabr walMuqabilah.

Dalam bidang trigonometri, beliau mengetengahkan konsep sinus (sine) yang kemudiannya diperkembangkan kepada tangen. Konsep algoritma yang dinamakan mengikut namanya juga diasaskan oleh Khwarizmi.

Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam

pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik. Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0). Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab.

Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab.

Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan.

2. Umar al-Khayyam telah memajukan lagi pengetahuan penemuan al-Khawarizmi dalam memuatkan pecahan-pecahan, persamaan geometrik dan algebra serta klasifikasi tentang persamaan. Proses mengkaitkan aljabar dengan Geometri telah pun dapat dilihat dengan jelasnya dalam penulisan al-Khawarizmi. Geometri analisis memerlukan tiga peringkat perkembangan iaitu penemuan sistem koordinat, mencantumkan

perhubungan antara satu sama lain dalam kaedah aljabar dengan geometri, dan akhirnya menyatakan hubungan dalam bentuk geraf.

3. Al Bironi dan Trigonometri Beliau menetapkan panjang sendeng bulatan1/10 lalu menentukan kosain dan seterusnya menjelaskan sendeng yang baki. Beliau juga mencipta kaedah untuk mengira ukur lilit bumi yang dinamakan kaedah Al Bironi.

Showing posts with label arkitek islam. Show all posts Friday, July 24, 2009 Sumbangan Islam Dalam Bidang Kejuruteraan by Anon

KEJURUTERAAN

Pengenalan

Kajian-kajian mutakhir menunjukkan banyak sumbangan sarjana dan jurutera Islam tersebar ke benua Eropah khususnya Andalus (Sepanyol) dan Itali. Dalam bidang kejuruteraan awam, kubah dan menara masjid menunjukkan kefahaman dan kemahiran Islam. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bidang kejuruteraan awam hidologi, menghasilkan pembinaan beberapa buah terusan. Terusan yang utama ialah terusan yang menyambungkan Sungai Nil dan Laut Merah. Pembinaan terusan ini memakan masa selama enam bulan dan panjangnya kira-kira 110km. Teknologi air bawah tanah diusahakan di Parsi. Bandar Isfahan dikelilingi oleh padang pasir, Sungai Zayandirud mengalir melalui bandar ini. Jurutera-jurutera awam Islam ketika itu telah mengalirkan air sungai ini kebeberapa anak sungai yang digunakan untuk pertanian dan minuman. Teknologi ini telah ditulis oleh Syaikh Bahauddin al-Amili seorang ahli sufi safavid yang mahir dalam Matematik dan keagamaan. Bagi negara yang dikeliling pasir pembinaan "qanat" iaitu sistem pengairan bawah tanah amat berguna kerana dapat mengelakkan pengewapan air. Rekaan-rekaan yang menarik telah dapat dihasilkan dengan kemahiran dan kepakaran sarjana Islam dalam segala bidang kejuruteraan pada zaman itu apabila dicampur dengan rekaan seni-seni halus.

Contoh kejurutera Islam Contohnya pada awal abad ke-9M, Khalifah Harun al-Rashid telah menghadiahkan sebuah jam air yang sungguh menarik kepada Raja Charlemagne.

Pada awal abad ke-8M jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat kertas dan mendirikan beberapa buah kilang kertas di Samarqand dan Baghdad sebelum akhir abad ke-8M.4

Di Sijistan dan Parsi terdapat beberapa buah kincir angin yang mana orang Islam telah melopori teknologi mendapatkan sumber tenaga dari angin melalui kaedah kincir angin. Kincir angin digunakan untuk mengepam air di dalam pertanian. Teknologi mendapatkan air dan angin telah mendapat perhatian di seluruh dunia dan ia merupakan penggerak utama sehinggalah kuasa tenaga wap diperkenalkan semasa revolusi Perindustrian di Eropah. Satu kincir angin boleh mengeluarkan lebih kurang lima hingga sepuluh kuasa kuda pada ketika itu.

Dalam teknologi perkapalan, jurutera-jurutera Islam telah membina kapal dagang dan kapal laut. Dengan kemajuan orang Islam dalam bidang astronomi, teknologi pelayaran telah dapat membawa pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia seperti China ke sebelah Timur dan hingga ke England dan Ireland di sebelah Barat. Tokoh

Sinan (1538-1588M) Beliau yang juga dikenali sebagai Mimar Sinan merupakan seorang arkitek yang merekacipta 360 struktur bangunan termasuklah 84 buah masjid, 51 buah masjidmasjid kecil, 57 buah sekolah, 7 buah madrasah untuk penghafal al-Quran yang dikenali sebagai darulkurra, 22 buah , 17 buah rumah api , 3 buah hospital, 7 buah jambatan , 48 buah rumah tumpangan, 35 tempat tempat dan rumah penginapan yang besar, 8 buah bumbung melengkung dan 46 tempat takungan air / kolam mandi. Dengan perkataan lain, beliau menjadi pengurus terkenal dalam kerja-kerja pembinaan pada zaman kerajaan Othmaniah selama hampir 50 tahun.

Showing posts with label sumbangan Islam Dalam Bidang Seni. Show all posts Friday, July 24, 2009 Sumbangan Islam Dalam Bidang Kesenian by Anon

KESENIAN ISLAM

Pengenalan Sifat tabii alam dan fitrah diri manusia sendiri yang mana perasaan seni yang tumbuh dalam diri manusia merupakan anugerah tabii dari Allah yang amat berharga. Pada diri insan Allah kurniakan jiwa, akal dan indera yang tiap-tiap satu berfungsi dan memerlukan tuntutan tuntutan yang prrlu dipenuhi bagi kesempurnaan keinsanannnya. Jiwa menuntut kerohanian, akal menuntut keilmuan dan indera

menuntut kesenian. Sedang tiap-tiap bidang pula tidak berdiri sendiri-sendiri tetapi bersatu pada puncaknya di lautan intelek dan falsafah mencari kebenaran.

Difinisi seni Seni didefinisikan sebagai sesuatu kriteria yang estetika dan ia meliputi kesusasteraan, muzik, drama, lukisan dan ukiran. Dalam Kamus Dewan ia bermaksud sesuatu karya sama ada sajak, muzik yang diciptakan dengan bakat kecekapan ataupun hasil daripada sesautu ciptaan.Herbert Read di dalam bukunya The Meaning of Art mengatakan seni sebagai percubaan untuk mencipta sesuatu yang menyenangkan hati kerana perasaan yang menyenangkan hati itu merupakan perasaan yang mengalami keindahan. Oleh itu, sesuatu objek yang diciptakan untuk

Dari segi istilah, seni adalah sesuatu yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira sama ada ia ciptaan Allah ataupun yang dihasilkan oleh fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu seni adalah nilai halus, indah, baik, berguna dan bermanfaat kepada manusia.

Pandangan Islam tentang Seni Agama Islam mengharuskan perasaan cinta kepada kesenian dan keindahan. Allah sentiasa menyeru manusia supaya memerhati keindahan yang terdapat dalam alam ini. Tamadun Islam telah menghidupkan pelbagai jenis seni dan seni-seni ini telah berkembang dalam tamadun Islam sehingga menjadi tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang unik dan berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Al-Quran menceritakan keindahan langit (Qaf, ayat 6), keindahan bumi yang terbentang luas (Qaf, ayat 7), keindahan kejadian haiwan ( al-Nahli, ayat 6), keindahan ciptaan manusia (al-Taghabun, ayat 3 dan al-Infitar, ayat 7-8)

Islam adalah agama yang berdasarkan realiti kehidupan. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia keseluruhannya sama ada aspek rohani, jasmani, pemikiran ataupun perasaan. Islam menuntut agar unsur-unsur ini dilaksanakan secara keseluruhan dalam skop yang sederhana yang dibenarkan oleh agama iaitu tidak telalu boros dan melampau dan tidak pula kikir dan sempit.

Firman Allah yang bermaksud : Wahai anak-anak Adam, pakailah perhiasan kamu keika waktu sembahyang. Makanlah dan minumlah dan janganlah kamu berlebihlebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik. (al-Araf, ayat 31-32)

Keindahan itu sebahagian dari seni. Ini bermakna Islam tidak menolak kesenian. AlQuran sendiri menerima kesenian manusia kepada keindahan dan kesenian sebagai salah satu fitrah manusia semulajadi anugerah Allah kepada manusia.Seni membawa makna halus, indah dan permai.

Kesenangan dan kepuasaan merupakan salah satu daripada tuntutan naluri manusia. Kesenangan dan keindahan dapat dilahirkan ke alam kenyataan melalui bentuk-bentuk tertentu sama ada artifak-artifak yang berbentuk seni bina, seni hias, seni bunyi, seni kaligrafi, seni sastera dan lain-lain. Imam al-Ghazali dalam Kimya al-Saadah menjelaskan bahawa keindahan itu terbahagi kepada keindahan lahir yang bersifat inderawi yang dapat dialami bukan saja oleh anak-anak bahkan binatang dan keindahan batin yang hanya dapat ditanggapi oleh mata hati dan cahaya jiwa. Keindahan seni dari sudut ini bukan semata-mata memberi kepuasan inderawi tetapi merupakan salah satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya keindahan alam adalah nisbi dan manifestasi Allah yang bersifat Abadi. Jika keindahan alam yang bersifat sementara itu dikagumi, maka keindahan yang Abadi itu seharusnyalah berlebihlebih lagi. Hadith nabi yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka kepada keindahan. (riwayat Muslim dalam kitab al-Iman)

Terdapat banyak cabang bidang kesenian. 1. Seni Ukiran i. Tembikar ii. Ukiran Logam

iii. Ukiran Kaca iv. Ukiran Kayu. v.Ukiran Perhiasan vi. Permata

2. Kaligrafi Khat Arab

3. Seni Bina Bangunan

4. Muzik,

5. penulisan dan puisi

Showing posts with label sumbangan Islam dalam bidang sains. Show all posts Friday, July 24, 2009 Sumbangan Islam Dalam Bidang Sains by Anon

SUMBANGAN ISLAM DALAM BIDANG SAINS

Sains Islam telah memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang sains termasuklah biologi, kimia, astronomi dan lain-lain lagi. Umat Islam Sepanyol contohnya telah menjadi teladan kepada masyarakat Eropah. Sebagai sebuah negara yang bertamadun tinggi dan berilmu, kemajuan dalam bidang seni, sastera dan sains di Sepanyol tidak ada tolok bandingnya di Seluruh Eropah. Penuntut-penuntut datang dari semua pelusuk dunia termasuklah dari Perancis, Jerman dan England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang hanya ada di bandar-bandar negara orang Islam seperti di Sepanyol. Dalam bidang Matematik, Ilmu Falak, Sains Hayat, Sejarah, Falsafah dan undang-undang semuanya hanya dimonopoli dan dikuasai oleh Sepanyol sahaja.

Antara kejayaan cemerlang mereka dalam bidang keilmuan Islam adalah disebabkan oleh keperluan mereka terhadap perkara berkenaan dalam perkaraperkara yang menyangkut soal hukum-hakam syarak. Sebagai contohnya, umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan sembahyang fardu lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan. Kewajipan ini amat berkait rapat dengan ilmu pengetahuan Geografi dan Astranomi. Mereka diwajibkan lagi dengan zakat. Ia amat berkait rapat dengan ilmu matematik dan perakaunan. Kewajipan ibadah Haji pula amat berkaitan dengan ilmu pengangkutan, geografi dan kedoktoran.Umat Islam di arahkan agar mempertahan negara dari serangan musuh. Dengan ini mereka perlulah mendalami ilmu persenjataan dan peperangan dengan sebaik-baiknya agar Islam akan tetap terus terpelihara. Mereka menuntut ilmu-ilmu yang ada hubungannya dengan hukum-hakam Allah agar mereka dapat mengabdikan diri kepada Allah dengan cara yang lebih sempurna. Sarjana Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun dan perkembangan sains dunia. Mereka menggunakan AL Quran dan As Sunnah sebagai sumber rujukan utama dalam meneroka pelbagai bidang ilmu. Sarjana Islam juga memperolehi pengetahuan menerusi penterjemahan dokumen yang dihasilkan oleh tamadun sebelumnya bagi memantap dan memperkembangkan bidang ilmu berkenaan. Peringkat pertama penterjemahan ditumpukan kepada ilmu yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah kehidupan harian seperti perubatan, astronomi, dan kimia. Peringkat kedua penterjemahan mencakupi ilmu Mantik Yunani dan Matematik Hindu. Antara penterjemah yang terkenal ialah Hunnaim Ibn Ishak (808 - 873M) Thabit Ibn Qurah (834 - 901M) yang telah menterjemahkan buku Element karya Euclid ke Bahasa Arab.Salah satu sumbangan Tamadun Islam dalam Matematik ialah sistem nombor yang digunakan pada hari ini (1, 2, 3, .....9). Sarjana Al Khawarizmi (780 - 850 M)sentiasa diingati oleh ahli sains kerana sumbangannya yang besar dalam ilmu Aljabar dan bukunya Al Jabr Waalmuqabala sentiasa dirujuk. Al Battani mengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri. Kaedah ini sentiasa dirujuk oleh tokoh astronomi Eropah sehingga abad ke tujuh belas, Para sarjana Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun dan perkembangan Sains dan Teknologi hari ini. Hakikat ini jelas diperlihatkan dengan

terdapatnya lebih daripada suku juta manuskrip sarjana Islam dalam perpustakaanperpustakaan besar hari ini. Untuk lebih jelas lagi sumbangan Islam dalam bidang sains cuba kita perhatikan sumbangan mereka pada setiap ilmu sains seperti kimia, biologo, fizik, perubatan, botani, matematik, astronomi, geografi dan pelayaran, kejuruteraan dan kesenian

BIBLIOGRAF1 Abu Bakar Hamzah, Sejarab Kebudayaan Islam, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1972. Abu Bakar Chik, Analisa Syed Qutb Mengenai Keadilan Sosial Dalam Islam, Bangi: Jabatan Syariah UKM. Latihan Ilmiah 76/77. Ahmad Shalaby, Dasar Pemerintaban Islam, (terjemahan), Singapura: Pustaka Nasional, 1967. Ali Md. Isa, IImu Kemanusiaan, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Luar Kampus USM, t.t. Hassan Langgulung, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986. Ismail Hamid, Peradaban Melayu dan Islam, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1983. Lutpi Ibrahim, "Tamadun Islam dan Pengaruhnya", dalam Ali Md. Isa, Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Luar Kampus USM, t.t. Mohd Sulaiman Hj. Yasin, Pengantar Aqidah, Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah UKM, 1980. M.A.J. Beg, The Image of Islamic Civilization, Kuala Lumpur; The University of Malaya Press, 1980. Mahmood Mohd Taib, Sejarab Tamadun Islam, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1971. Mat Saad Abdul Rahman, Perlembagaan Islam: Sumber dan Prinsip, Bangi: Ikatan Studi Islam, 1984. Mohd Amin Abu Bakar, Baitulmal dan Pelaksanaannya di Wilayab Persekutuan, Bangi: Jabatan Syariah UKM. Latihan Ilmiah 1979/80. Muhammad Yusof Awang, Konsep Harta Dalam Islam, Bangi: Jabatan Syariah UKM. Latihan Ilmiah 1978/79. Muhammad Uthman El Muhammady, Peradaban Islam, Kota Bharu: Pustaka Awam Press, 1976. Muhammad Asad, Sebuab Kajian Tentang Pemerintaban Islam, (Terjemahan), Kuala Lumpur: Thinker's Library Sdn. Bhd. 1987 Rohmat bin Jusoh, Sejarah Islam, Dungun: Pustaka Harmonis Sdn. Bhd. 1982. S. Khuda Bukhsh, Contributions to the History of Islamic Civilization Lahore: Accurate Printers, t.t. Sayid Mujtaba Musawi Lari, Western Civilization Through Muslim Eyes, Houston: Free Islamic Literatures, 1974.

Sayid Qutb, Masyarakat Islam, (Terjemahan), Bandung: Yayasan al Taufiq PT Alma'arif, 1978. Shuib Salleh, Hukum Perbubungan Masyarakat Islam Dengan Masyarakat Bukan Islam Dalam Sebuab Negara, Bangi: Jabatan Syariah UKM. Latihan Ilmiah 1974/75. Siti Fatimah Ishak, Falsafab Kebebasan Dalam Islam, Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah UKM. Latihan Ilmiah 1981/82. Syed Mohd Naquib al Atas, Islam Dalam Sejarab Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972.

You might also like