You are on page 1of 34

ISL 3 Apakah kepentingan wujudnya interaksi positif dan negatif antara pelbagai tamadun?

Dari segi interaksi dalam lingkungan budaya dan bangsa yang sama, Kesan positifnya ialah semua sempadan adalah sama, perbezaan kecil dari segi variasi kerana perbezaan geografi, mudah berinteraksi & perubahan adalah kecil, malah berlaku pemantapan atau tertutup dan devian mudah dikenali dan ditolak kerana masih kekalkan sempadan yang ada. Manakala kesan negatif ialah pemimpin yang ingin kuasai, akhirnya timbulkan kacau-bilau, semangat nasionalisme sempit,contohnya Jepun serta persaingan kuasai sumber ekonomi negara lain untuk penuhi keperluan ekonomi kapitalis. Contohnya ialah negara Barat menjajah seluruh dunia dengan matlamat 3G. Selain itu, dari segi interaksi dengan budaya dan peradaban yang berbeza. Aspek positifnya ialah jika tidak mahu menguasai pihak yang lain, jika pemimpin tidak mahu menjadi jaguh, kemajuan teknologi bukan tujuan untuk menjajah serta sentiasa berdialog, terbuka dan toleransi. Manakala aspek negatif ialah beranggapan tamadun tertentu bersifat mutlak.

ISL 4 Jelaskan nilai-nilai universal antara Tamadun. Nilai universal pertama ialah nilai kepercayaan.Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun. Semua tamadun sama ada berasaskan kepercayaan samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi doktrin keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains. Idea ketuhanan yang transcendence (kudus) sama ada dengan panggilan Ti, Brahman atau Sang Hyang Tunggal menyebabkan institusi dan ajaran keagamaan agama lain juga di hormati. Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah tamadun yang menitikberatkan persoalan ketuhanan dan kerohanian yang bersumberkan wahyu. Agama memberi tenaga, fikiran dan penggerak kepada dinamisme sesebuah tamadun. Dalam tamadun Jepun pula banyak dipengaruhi ajaran Shintoisme yang menanamkan rasa kebangsaan dan semangat patriotisme. Konsep ini disokong dengan semangat Bushido iaitu sanggup membunuh diri jika gagal melaksanakan perintah. Sungguhpun setiap tamadun mempunyai nilai kepercayaan, tetapi amalannya dan kefahaman mengenainya adalah berbeza. Misalnya tamadun Islam meletakkan kepercayaan kepada Allah sebagai matlamat utama dalam pekerjaan dan pembinaan tamadun berbanding tamadun lain yang menganggap manusia sebagai penentu kemajuan dan Tuhan tidak dijadikan asas utama. Nilai universal kedua ialah nilai ekonomi dan kebendaan. Nilai ekonomi atau kebendaan menjadi matlamat utama, pada kebanyakkan tamadun khususnya Barat sehingga menghalalkan semua perkara bagi mencapai matlamat nilai kebendaan. Berbeza dengan Islam di mana nilai ekonomi perlu berlandaskan syariat iaitu mengambil persoalan hukum halal dan haram serta mendapatkan keredhaan Allah. Manusia merupakan pemegang amanah dan bukan pemilik harta secara mutlak. Harta dan kebendaan hanya alat untuk mencapai keredhaan Allah. Justeru, amalan-amalan ekonomi seperti riba, menipu, menyorok barang, rasuah dan sebagainya adalah diharamkan dalam Islam.

Aktiviti ekonomi yang berteraskan syariat Islam bukan sahaja mampu mewujudkan hubungan perpaduan sosial menerusi konsep nikmat sama dirasai malah meningkatkan ekonomi negara dan mengurangkan aras kemiskinan. Tanpa kekuatan ekonomi, umat Islam akan berada di bawah paras kemiskinan dan ditakuti dengan kemiskinan akan membawa kepada kekufuran seperti yang diingatkan oleh Rasulullah. Pengalaman dan penglibatan Rasulullah dan para sahabat terlibat secara aktif dalam bidang perniagaan dan penternakan serta pertanian telah menyumbang kepada kegemilangan tamadun Islam di Madinah dan sebagai model bagi umat Islam

menguasai ekonomi untuk melahirkan tamadun Islam yang hebat bagi mengimbangi penguasan ekonomi Barat. Nilai universal yang ketiga ialah nilai kerja. Nilai kerja bermaksud etika atau budaya kerja. Nilai kerja tamadun atau masyarakat Barat melihat kepada keuntungan dari segi kebendaan berbanding etika kerja sebenarnya. Masyarakat Jepun dan Korea yang sering dikaitkan dengan nilai kerja yang penuh berdisiplin dan beretika seperti juga yang dituntut dalam Islam namun ianya tetap terarah kepada kepentingan dan keuntungan dunia. Berbeza dengan Islam, nilai kerja hendaklah berlandaskan tuntutan syariat dan mencari keberkatan daripada Allah s.w.t. Dalam Islam, bekerja memenuhi keperluan hidup secara halal merupakan amalan mulia dan dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi syarat-syarat berikut: dilakukan dengan niat kerana Allah, kerja yang dilakukan menepati kehendak syarak, dilakukan dengan penuh tanggungjawab, menjauhi larangan Allah dalam melaksanakan tugas dan kerja seperti menipu dan rasuah serta tidak melalaikan dan meninggalkan ibadah khusus. Allah amat menyukai umatNya yang rajin bekerja dan tidak hidup dengan meminta-minta. Justeru kegemilangan tamadun Islam yang pernah dikecapi dulu adalah hasil kerja umat Islam dalam berbagai bidang di samping penerokaan berbagai ilmu pengetahuan yang berterusan. Dorongan Islam supaya umat Islam sentiasa bekerja untuk mencapai keselesaan dan kejayaan jelas ditegaskan dalam laungan azan Hayya alal falah (marilah menuju kejayaan).

Nilai universal yang keempat ialah nilai kemanusiaan. Nilai kemanusiaan merupakan nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Nilai ini tidak akan wujud melainkan sebuah kelompok masyarakat itu memahami hakikat kejadian manusia secara menyeluruh. Nilai kemanusiaan dalam Islam merupakan yang perlu dipupuk dan nilai kebendaan hanya sebagai nilai tambah. Tamadun Islam adalah diasaskan atas dasar masyarakat yang meletakkan nilai kemanusiaan yang mengamalkan sifat bertimbangrasa, lemah lembut, kasih sayang, adil dan sebagainya. Kasih sayang merupakan nilai kemanusiaan yang paling murni. Tanpa kasih sayang, segala urusan akan pincang. Orang yang dikasihi Allah s.w.t dan disukai masyarakat ialah orang yang hidup untuk dirinya dan untuk orang lain serta memikirkan kebaikan ummah. Kasih sayang sesama manusia menguatkan hubungan sesama manusia walaupun berlainan agama dan bangsa.Bagi menjamin keamanan sejagat Islam melarang manusia melakukan angkara dan pencerobohan terhadap hak orang lain sama ada dengan lidah, tangan atau apa-apa jua sekali pun. Dalam Tamadun China pula terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih sayang. Konsep ini merujuk kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap ekspresi jantung manusia. Dalam Tamadun Hindu terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang boleh membawa kepada tiadanya kekejaman terhadap sebarang makhluk sama ada manusia ataupun binatang. Nilai universal yang kelima ialah nilai keilmuan. Semua tamadun menerima kepentingan ilmu pengetahuan dalam membangun dan membina sesebuah tamadun. Bangsa yang meneroka dan menguasai ilmu pengetahuan akan dapat mewujudkan tamadun yang gemilang. Keutamaan ilmu jelas dirakamkan di dalam wahyu yang pertama diturunkan (al-Alaq: 1-5). Umat Islam perlu mempunyai kesedaran tentang kewajipan menuntut ilmu kerana tanpa ilmu umat Islam tidak akan maju sedangkan umat Islam diibaratkan oleh Allah sebagai ummah wasatan iaitu umat yang mam pu meneroka dan membangun alam ini dengan ilmu yang dipelajari. Tiada lagi bangsa yang maju dan berjaya tanpa penguasaan ilmu. Begitu juga keimanan seseorang tidak

dapat ditegakkan dengan kukuh dan mantap, serta amalan seseorang tidak diterima tanpa ilmu. Konsep mencari ilmu dalam Islam berbeza dengan tamadun-tamadun lain di mana perolehan ilmu hemdaklah berlandaskan konsep tauhid. Proses transformasi tidak akan berhasil jika tujuan ilmu tidak mensasarkan Allah s.w.t sebagai matlamat utama, maka akan berlakulah pegawai yang meminta rasuah, doktor yang menipu dan sebagainya. Sejarah telah merakamkan bagaimana umat Islam dahulu telah berjaya mengembangkan ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang hingga melahirkan peradaban yang gemilang seperti di Andalus dan di Baghdad yang kemudiannya menjadi penyumbang kepada kebangkitan tamadun Eropah. Nilai universal yang keenam ialah nilai akhlak. Akhlak dalam Islam merupakan sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Tanpa akhlak mulia kehidupan manusia akan menjadi lebih huru-hara dan mementingkan diri. Antara faktor perutusan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang rasul ialah untuk memperelok akhlak manusia. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu merangkumi hubungan manusia dengan Allah s.w.t, sesama manusia dan makhluk lain termasuk alam persekitaran. Dalam tamadun Cina, terdapat konsep dao (jalan) dan li (tatasusila) dalam ajaran Konfusius yang menekankan peraturan akhlak dan kehidupan berasaskan tiga perhubungan manusia dengan Tuhan, sesama manusia dan perhubungan politik. Dalam ajaran Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan di mana manusia perlu hidup bersederhana dan elakkan kekerasan sebagai jalan penyelesaian. Dalam tamadun India, ajaran Hindu menekankan konsep Dharma (jalan kehdupan berlandaskan kebenaran) dan karma (apa yang dialami manusia adalah hasil perbuatan yang lalu atau sekarang); perbuatan baik akan mendapat balasan baik dan perbuatan buruk akan mendapat balasan buruk. Menurut ajaran ini, manusia perlu mencapai mokhsa iaitu kebebasan dari rantian kelahiran semula. Nilai universal yang ketujuh ialah nilai keadilan. Nilai keadilan amat besar ertinya dalam kehidupan dan perhubungan manusia kerana ianya mampu mewujudkan keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun. Sebagai contoh kerajaan yang

melaksanakan keadilan sosial akan membahagikan kekayaan negara kepada seluruh rakyat di mana menghadkan monopoli golongan kaya dan meningkatkan pendapatan golongan miskin, maka dengan ini akan merapatkan jurang perbezaan. Ini bermakna kekayaan tidak hanya dinikmati oleh golongan kaya malah turut dirasai oleh golongan miskin. Sejarah telah merakamkan bahawa salah satu sebab keruntuhan sesebuah tamadun ialah apabila pemerintah atau kerajaan tidak lagi berlaku adil terhadap rakyatnya dengan melakukan kezaliman dan mengabaikan hak-hak rakyat. Nilai universal yang kelapan ialah nilai kekeluargaan. Menurut Malik bin Nabi untuk membina sebuah tamadun, ianya bermula dengan membina masyarakat yang berperadaban dan untuk itu ia bermula dengan pembentukan keluarga. Keluarga yang dimaksudkan lazimnya keluarga extended yang mempunyai hirarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum wanita dan lelaki. Menurut konfusius, kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang terpenting. Pengabaian

terhadap konsep kekeluargaan bermakna penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan dalam Islam pula mementingkan kasih sayang dan saling hormat menghormati. Ini bermakna kedudukan wanita dan lelaki bukanlah menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka mestilah menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat menghormati. Nilai universal yang kesembilan ialah nilai alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama kerana alam sekitar dianggap sebagai anugerah tuhan. Dalam Islam, manusia sebagai khalifah Allah berkewajipan memelihara alam dari sebarangn kerosakan. Begitu juga dalam ajaran agama-agama lain. Ada sesetengah tamadun lain memelihara alam sekitar sehingga alam sekitar disembah dan dilihat sebagai Divine Power. Dalam ajaran Shinto, tuhan disebut kami yang merangkumi binatang-binatang, tumbuhan yang dianggap mempunyai kuasa yang boleh memberi kesan kepada manusia. Dalam agama Buddha, manusia dikatakan mempunyai hubungan harmonis dengan alam sekitar melalui konsep Esho Fuai iaitu manusia dan alam saling berkaitan dan memerlukan.

ISL 5 Nyatakan teori kedatangan Islam ke dalam Tamadun Melayu. Teori pertama ialah Islam datang dari India. Pijnappel, Snouck Hugronje, B. Harisson, Thomas Arnold, Morquette dan R.O Winstedt antara pengkaji Barat yang mengatakan Islam datang dari India menerusi aktiviti perdagangan cuma berbeza pendapat dari daerah mana ianya datang. Menurut Pijnappel, Islam dari daerah Gujerat dan Malabar yang dibawa oleh pedagang berbangsa Arab. Buktinya ialah nama Gujerat dan Malabar banyak disebut dalam sejarah awal kepulauan Melayu dan juga

penemuan batu nesan oleh Morquette di Pasai bertarikh 1428M dan di Gerisik bertarikh 1419M yang menyamai batu nesan yang terdapat di Gujerat. Menurut R.O Winstedt , batu nisan di Bruas, Perak mempunyai persamaan batu nisan di Gujerat. Selain itu, menurut S.Q Fatimi, Islam di Nusantara datang dari Bengal, Coromandel, India melului aktiviti perdagangan. Thomas Arnold (The Muslim World) menyatakan Islam dibawa oleh pedagang India muslim dari Malabar di daerah Selatan India berdasarkan persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie sedangkan di Gujerat bermazhab Hanafi. Ibn Batutah (ahli pelayaran Islam) turut mengatakan bahawa Islam dibawa dari India berdasarkan pakaian yang dipakai oleh raja-raja Pasai menyamai pakaian raja-raja di India dan Merah Silu (Malik al Salih) dulunya adalah seorang hindu kemudian memeluk Islam dan mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang Bengal. Menurut catatan sejarah, kesultanan Pasi telah menerima Islam pada tahun 1042M dan sultan Malik al-Salih bukanlah raja pertama Pasai tetapi sudah diperintah oleh raja sebelumnya, Meurah Giri (Mahmud Shah). Batu nesan Malik alSalih menunjukkan beliau meninggal pada 1297M, sudah tentu beliau menerima Islam lebih awal, sedangkan Gujerat menerima Islam sekitar 1301M. Teori yang kedua ialah Islam datang dari China dan Champa. Catatan Marco Polo (pengembara Venice) telah merakamkan bahawa beliau telah singgah di Perlak selepas menjelajah China pada akhir kurun 13M dan mendapati sudah ada penempatan orang Islam di situ. Hal ini disokong oleh P.E De Josselin de Jong berdasarkan wujudnya hubungan perdagangan antara Pasai dengan China. Gardener dan Emmanuel

berpendapat bahawa Islam telah sampai ke China melalui jalan darat pada zaman Khalifah Uthman b Affan dan kemudian zaman Umayyah dan Abbasiyah. Selain itu, catatan sejarah China juga menyebut tentang kewujudan pedagangpedagang Arab dan kawasan penempatan Arab di Canton. Pada tahun 878-879M, tercetus pemberontakan di Canton ekoran rasa tidak senang hati penduduk tempatan terhadap kemajuan ekonomi pedagang-pedagang Arab. Situasi ini mendorong mereka untuk berhijrah mencari tempat perlindungan dan antara tempat yang dituju ialah Champa, Kedah dan Palembang. Penemuan batu nisan seorang keturunan Arab di Pekan, Pahang, batu nisan di Leran, Surabaya dan penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu adalah antara bukti awal yang mengaitkan Islam datang dari China atau Champa Teori yang ketiga ialah Islam datang dari Arab-Parsi. Antara mereka yang menyokong teori ini ialah John Crawford, Caser Ajib Majul dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas serta Dr. Hamka. Teori mereka berasaskan bahawa telah wujud hubungan perdagangan di antara orang-orang Arab-Parsi dengan penduduk Alam Melayu sejak zaman Jahiliah lagi. Tahap kedatangan Islam dari Arab-Parsi ke Alam Melayu terbahagi kepada 3 tahap iaitu tahap persinggahan, tahap penempatan dan tahap penyebaran. Sumber Cina turut mencatatkan wujudnnya penempatan orang Arab di Sumatera pada abad ke 7M di bahagian barat pulau tersebut. Pemerintahan Khalifah Sulaiman Ab Malik (715-17M) dikatakan telah menghantar sebanyak 35 buah kapal ke muara Sabak di Jambi. Islam turut berkembang dengan usaha yang dilakukan oleh golongan Syiah. Kesannya terdapat golongan syiah di Kepulauan Sila di Sulu, Sulawesi dan Kalimantan.

ISL 6 Apakah kesan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu?

Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan. Sebahagian daripada masyarakat melayu telah meninggalkan ajaran Hindu-Buddha dan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan, hormatmenghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf. Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka. Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar untuk dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk dalam agama. Kepercayaan masyarakat melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk animisme. Dalam kepercayaan ini mereka menggangap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu ditafsirkan sebagai hantu, jembelang atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut. Islam mengubah pandangan semesta masyarakat melayu daripada

mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab suci. Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji. Masyarakat melayu juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nurul al-Quran. Perubahan yang paling utama ialah dari sudut kepercayaan yang mana masyarakat melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yang berteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah pandangan semesta orang melayu daripada zaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya, ciri tertentu dan masyarakatnya, alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada ajaran tauhid yang murni.

Selain itu, kegiatan keagamaan diadakan seperti muzakarah, kuliah dan ceramah. Perayaan dalam Islam disambut dengan penuh penghayatan seperti sambutan Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa. Mereka sudah mula mempelajari alQuran dan ilmu tafsir daripada ulama yang ada di Melaka ketika itu. Anak-anak pula dididik dengan cara hidup Islam. Perubahan sosial berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dan masyarakat. Beberapa aspek pemikiran yang wujud dapat membuktikan hakikatnya. Ajaran Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme, di mana Islam telah menekankan konsep persamaan taraf sesama manusia di sisi Allah SWT. Semua manusia adalah berasal dari Adam a.s. dan Adam a.s. dijadikan dari tanah. Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah masyarakat Nusantara dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme. Kesan kedua ialah dari segi pendidikan. Selepas kedatangan Islam golongan bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan. Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun. Dorongan belajar mula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitab-kitab. Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirnya para cendiakawan dan ulamaulama melayu yang menjadi pengawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara tokoh melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Shiekh Wan Hasan Wan Ishak. Dalam bidang intelektual dan keilmuan, Islam memberi kedudukan yang begitu tinggi dengan memperkenalkan mitod ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar dengan tuntutan Islam. Keilmuan rasional dan intelek yang diperkenalkan oleh Islam adalah pendekatan baru dalam cara berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang mementingkan akal, pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yang sihat. Selain itu, kedatangan islam di Melaka menyebabkan sistem pendidikan berlangsung di rumah ulama, masjid, madrasah dan surau. Istana yang juga berfungsi

sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan. Ilmu yang dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf. Kesan ketiga ialah dari segi bahasa dan kesusasteraan. Bukti keteguhan kedudukan agama Islam dapat dilihat daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang melayu ketika itu. Para era kerajaan melayu melaka (1400-1500M), misalnya, bahasa melayu dijadikan lingua franca bagi lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap perkembagan bahasa melayu daripada bahasa klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M). Tulisan Arab mula diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi bahasa perubahan besar berlaku apabila masyarakat melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Kedatangan Islam juga membawa perubahan terhadap warisan kesusasteraan melayu. Banyak hasil kesusasteraan melayu ditulis seperti Hikayat Nabi Muhammad SAW, Hikayat Para Nabi dan Rasul dan sebagainya. Manakala puisi yang dipengaruhi oleh sastera Islam ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai dan sebagainya. Kesan keempat ialah dari segi perundangan. Sistem perundangan tempatan mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kanun Melaka, Adat perpatih dan Adat temenggung. Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan. Contohnya, hakim boleh menggunakan budi bicaranya sama ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjarakan sahaja. Selain itu, tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terpenciri satu persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undangundang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam, undangundang mahkamah syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam, undangundang prosedur dan keterangan dan sebagainya.

Kesan kelima ialah dari segi politik dan pemerintahan. Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya, agama islam telah

diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Beberapa institusi Islam didirikan bagi mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja bertukar menjadi sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika syarat-syarat dilonggarkan oleh raja. Selain itu, kesan yang keenam ialah dari segi kekeluargaan. Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat melayu. Dalam masyarakat melayu, pembentukan jati diri dan peribadi melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan. Sistem kekeluargaan masyarakat melayu berteraskan Islam dan adat. Sejak lahir lagi seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep-konsep dosa, pahala dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun diajar bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu, mereka juga diajar supaya hormat-menghormati, bertolak ansur dalam kehidupan seharian. Kedatangan Islam ke Melaka telah mengubah sistem kekeluargaan dalam masyarakat melayu. Dalam sistem perkhawinan, didapati hukum syarak mempunyai pengaruh yang besar malah ianya dicatat di dalam Hukum Kanun Melaka. Di samping itu, kesan seterusnya ialah dari segi adat dan cara hidup. Tradisi animisme dan hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. Islam telah mengubah corak hidup masyarakat melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia. Adat resam masyarakat melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran islam. Walau bagaimanapun, setelah kedatangan Islam, adat dan cara hidup masyarakat melayu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih terus diamalkan.

Sebelum kedatangan Islam masyarakat melayu mengamalkan adat tradisi warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat melayu mula menganuti ajaran agama Islam, adat-adat dalam masyarakat melayu mula diubahsuai supaya tidak bertentangan dengan Islam. Contoh perubahan adalah seperti cara menyambut kelahiran seseorang bayi, perkhawinan, adat mendirikan rumah baru dan sebagainya.

ISL 7 Pilih beberapa orang Tokoh Islam dan nyatakan sumbangan mereka kepada Tamadun Islam.

1. Ibnu Sina Sebagai seorang ahli perubatan dan falsafah serta dalam masa yang sama beliau banyak terlibat dalam bidang-bidang lain, beliau banyak menghasilkan karyakarya dan tulisan sebagai panduan dalam sesuatu bidang khususnya dalam bidang perubatan. Beliau telah menghasilkan 250 karya yang masih kekal sehingga hari ini termasuk 116 karyanya khas dalam bidang perubatan. Penulis-penulis barat menganggap Ibnu Sina sebagai Bapa Doktor kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen juga pengalaman daripada sarjana perubatan di India dan Parsi bersama pengalaman beliau sendiri menghasilkan penemuan-penemuan baru yang lebih baik dari sebelumnya. Beliau berpendapat bahawa perubatan adalah satu cabang ilmu mengenai kesihatan dan sakit pada tubuh manusia. Beliau telah memperkenalkan satu cabang ilmu perubatan iaitu ilmu perubatan psikosomatis atau psychosomatic medicine yang menggabung ilmu psikologi dan perubatan dalam membantu pesakit yang mengalami ganguan emosi dalam hidup. Beliau telah memperluaskan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika (1981) menerangkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai. Ini merangkumi kuat atau denyutan yang lemah, masa antara denyutan, kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang, hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-

empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan. Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut. Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi. Ibnu Sina ialah tabib pertama yang secara tepat menerangkan meningitis, beliau juga telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku, juga menerangkan penyakit yang menyebabkan penyakit kuning (jaundice).

2. Al-Farabi Nama sebenar al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhan (Haliza, 2006). Beliau dilahirkan pada 260 Hijrah (874 Masihi) di Khurasan, Turki. Beliau banyak menyumbang dari segi pemikiran serta penghasilan buku dalam bidang falsafah, mantik, sosiologi, sains dan muzik.

Di dalam seni muzik, al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga berjaya mencipta sejenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar, 1983). Mahayudin (2004) pula menyatakan bahawa al-Farabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik daripada alat rabah dan qanun. Al-Farabi turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang diberi judul al-Musiqa (Haliza, 2006, Mahayudin, 2004, Abd Alim dan Syed Idrus, 1995). Menurut Mahayudin (2004), beliau juga terkenal menerusi karyanya yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On The Classification of Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan daripada karya bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah. Selain itu, beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam penciptaan not-not muzik.

3. Al-Ghazali Imam Al-Ghazali telah banyak memberikan sumbangan dalam dunia Islam. Beliau telah menulis hampir 100 buah buku yang kebanyakkannya meliputi ilmu pengetahuan seperti ilmu kalam(teologi Islam), fikah(hukum Islam), tasawuf, falsafah, akhlak dan autobiografi. Imam Al-Ghazali dipandang paling berjasa dalam mendamaikan tasawuf dan syariat sehingga tasawuf dapat diterima oleh sebahagian besar umat Islam. Sebelum Al-Ghazali, tasawuf belum dapat diterima secara meluas di dunia Islam kerana dianggap menyimpang, namun dengan kemunculan buku-bukunya yang menjelaskan pengalaman-pengalaman tasawuf yang tidak bertentangan dengan akidah, tasawuf dapat diterima dan berkembang pesat dalam lingkungan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau juga berjasa dalam mengembangkan dan menyebarkan aliran Asyariyah yang dianut oleh majoriti Ahli Sunnah Wal Jamaah.

4. Ibnu Khaldun Ibn Khaldun telah menuntut ilmu-ilmu agama dalam bidang fikah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu berbentuk akii seperti ilmu logik, falsafah dan matematik serta ilmu bahasa Arab daripada beberapa sarjana yang terkenal ketika itu. Beliau kemudiannya mengajar dan memegangjawatan-jawatan penting di Tunis, Algeria, Maghribi dan Mesir. Antaranya beliau pernah dilantik menjadi Ahli Persuratan di Istana Fas, hajib (menyamai taraf PerdanaMenteri) di Bougie, bertugas menjadi seorang kadi dan khatib. Sewaktu di Mesir beliau telah dilantik memegang jawatan Hakim Mahkamah Raja. Pada tahun 789 H (1387 M), sekembalinya dari menunaikan ibadat haji beliau menumpukan pula perhatian kepada bidang penulisan. Minat beliau terhadap penulisan adalah cetusan daripada pembelajaran dan pengalaman yang kaya dalam disiplin ilmuilmu tradisional dan ilmu pengetahuan semasa, terutamanya dalam bidang politik. Gabungan ilmu dengan pengalaman mi menyebabkan beliau peka dengan makna dan pengertian sejarah. Ketika itu umat Islam sedang menempuhi zaman kemerosotan kuasa politik dan peradaban Islam semakin tergugat benkutan ancaman dari kemunculan dunia Barat. Ini membangkitkan semangat beliau untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam tentang erti dan maksud tamadun yang sebenar berdasarkan perubahan- perubahan yang berlaku dalam sejarah ketamadunan manusia. Ketokohan Ibn Khaldun turut diperakui oleh ramai sarjana Barat yang menyifatkannya sebagai tokoh dan ahli fikir yang tidak ada taranya. Arnold Toynbee berpendapat bahawa falsafah sejarah yang dihasilkan oleh Ibn Khaldun merupakan sumbangan yang terbesar pernah dilahirkan oleh manusia di atas muka bumi ini. R. Flint pula berpendapat bahawa Ibn Khaldun merupakan ahli falsafah Islam yang tiada bandingannya. Menurut G. Sarton, Ibn Khaldun merupakan ahli sejarah dan falsafah agung bukan sahaja pada kurun-kurun pertengahan malah sepanjang zaman, bermula dari zaman ahh-ahli sejarah klasik sehinggalah ke zaman Machiavelli, Bodin dan Vico. R. Nicholson berpendapat bahawa tidak ada seorang Muslim yang cuba mengesan secara mendalam akan sebab-sebab peristiwa yang berlaku bagi mendedahkan kuasakuasa moral dan spiritual yang mendasari permukaannya, atau untuk mentakdiskan (menyucikan) undang-undang mengenai jatuh bangunnya sesuatu bangsa kecuali Ibn

Khaldun. Kebolehan Ibn Khaldun telah melewati usianya, dan rakan-rakan senegara dengannya hanya berasa takjub tetapi tidak mengikuti jejaknya. Manakala menurut P. K. Hitti, Ibn Khaldun merupakan ahli falsafah Islam, sejarawan Islam yang agung dan seorang daripada sarjana teragung sepanjang zaman.

5. Al- Khawarizmi Sumbangan al-khawarizmi mula menyerlah di bawah pemerintahan Khalifah AlMa'mun di Baghdad pada 813 hingga 833 Hijrah.Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau.Beliau lebih dikenali sebagai Alkhawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains islam yang terulung dalam ilmu matematik selain dikenali juga sebagai seorang ahli astronomi dan geografi. Dalam bidang ilmu matematik,beliau dikenali kerana memperkenalkan konsep matematik algorithm.Hasil kerjanya di dalam ilmu algebra sangat cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dan juga pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.Persamaan kuadratik merupakan satu persamaan di mana kuasa dua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui.Kejayaan itu akhirnya menjadikannya sebagai pengasas ilmu Algebra. Nama Algebra diambil daripada buku beliau yang sangat popular iaitu Al-Jabr wa al-Muqabilah.Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar dalam sistem angka yang dibangunkan orang Arab selain membangunkan sistem perpuluhan. Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.Diantara hasil kerja beliau ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.

Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu. Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.

6. Al- Biruni .Al-Biruni Sebagai Ahli Astronomi Bidang kajian, minat dan aktiviti al-Biruni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak tentang falsafah sehingga kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi. Bidang pengajiannya yang utama ialah astronomi berdasarkan pengakuannya sendiri. Al-Biruni mengemukakan contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi. Contoh ini menunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang bmtangbintang dan kedudukannya sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. la juga sangat berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garisan lintang atau bujur sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa astronomi sangat berguna dan sesuai menurut Islam. Teori-teori astronominya yang penting antaranya ialah teori alam semesta, kosmogeni, teori geosentrik, kalendar dan kronologi, matahari dan sebagainya. Dalam teori alam semesta, al-Biruni beranggapan bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Pada masa yang sama, beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman.

Mengenai kosmogeni, walaupun Qanunal-Mas'udi tidak membincangkan asalusul alam semesta tetapi al-Biruni membincangkannya secara terperinci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau menolak pandangan yang menyatakan bahawa dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai arus pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Bustri yang mempunyai muka surat. Mengenai teori geosentrik, al-Biruni dan cendekiawan sezaman dengannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentrik dan heliosentrik. Beliau menyatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatifyang sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai serta menerima teori dan penerangan yang terdahulu. Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah karyanya yang berjudul Kitab al- Tatbiqfi Tahqiq Harakat al-Syams yang berkaitan dengan teori ini. Mengenai kalendar dan kronologi, al-Biruni telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hari serta menulis buku mengenainya yang berjudul Ta'hiral-Mizanwa Ta'bir al-Azman. Karyanya yang berjudul Tanqihal- Tawarikh membincangkan tarikh. Manakala buku TasawwurAmral-Fajr wa al- Shafiq fiJihat al-Gharb wa al-Sharq pula membincangkan terbitnya fajar. Qanun al-Mas'udi merupakan karya terakhirnya yang membincangkan perkara di atas dengan lebih terperinci. la membincangkan siang dan malam, bulan dan tahun, bulan dan matahari, penerangan terperinci mengenai perbezaan takwim, maklumat tambahan mengenai kalendar orang India, mengubah takwim Sakkala kepada takwim Hijrah dan sebagainya. Mengenai matahari, al-Biruni membuat kajian tentangnya dan perkara- perkara yang berkaitan. Antaranya ialah mengenai sifat fizikal matahari. Al- Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberikan sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu matahari. Menurutnya, matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, samajuga seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang membakar. Al-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap matahari bergerak mengelilmgi bumi.

Beliau berfikir bahawa gerakan matahari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit. Semasa mengkaji panjang tahun solar (tropika), al-Biruni memerhatikan perubahan dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan terdapat empat rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 365.2421, 365.2398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 han, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni mi tidak jauh perbezaannya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 47 saat. Ketika menulis Qanun, beliau mengira titik yang tertmggi di antara matahari dengan bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun dan 0, 0, 7, 44, 54 dalam satu hari. Perkiraan yang telah dibuat oleh al- Biruni mi hampir sama dengan angka moden iaitu 52.2 setlap tahun dan satu darjah dalam masa 72 tahun.

Al-Biruni Sebagai Ahli Sains Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dinnya dalam bidang astronomi namun beliau juga berkemahiran dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometn, antmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau Juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik. Al-Biruni, sebagai seorang sarjana dalam bidang sains telah menghasilkan beberapa aspek mengenainya antaranya trigonometri sfera, aritmetik orang India, cahaya dan bunyi, graviti, ketumpatan, mekanik, berat dan ukuran, geografi, geodesi dan stratografi dan sebagainya. Al-Biruni menghasilkan sebuah karya berjudul Maqalid 7lm al-Haiahfi Basit alKurah sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang balk serta mudah difahami. Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Salah satu daripadanya diberi judul Jamial al Tarq al Sairah fi Marafah Awtar al Dairah yang membincangkan kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan. Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi serta mengembangkannya dengan cara yang sistematik.

Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memben pengolahan yang balk. Karangan Qanun. al-Mas'udi yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi- sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Dalam bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda. Di samping trigonometri sfera ini, al-Biruni turut menguasai aritmetik orang India. Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya berhubung dengan subjek itu antaranya ialah Rashikat al-Hind Zodiak di India, kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant, kaedah-kaedah orang India (Rusum al- Hind) dalam pengajaran aritmetik, dan Mansuhat al-Darah yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza. Mengenai cahaya dan bunyi, al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran membawa haba dari matahari dan ia dapat menembusi air serta udara. Beliau juga mendapati bahawa senjakala bermula atau berakhir apabila matahari berada di bawah kaki langit. Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan dalam penyelidikan moden. Mengenai graviti, beliau membenkan sumbangan yang pentmg dalam aspek ini. Beliau menolak pendapat Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas muka bumi kerana tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya. Mengenai ketumpatan, al-Biruni dapat menyukat dengan betui ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni menggunakan suatu alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat ketumpatan. Beliau dapat menyukat air dengan begitu tepat sehinggakan hasil percubaannya itu selaras dengan nilai moden. Beliau turut

memberikan sumbangan yang tulen dalam bidang hidrostatik. Beliau menerangkan fenomena tentang banjir, mata air dan prinsip- prinsip yang berkaitan. Al-Biruni menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan ketumpatan. Dalam bidang mekanik, beliau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi.

ISL 8 Apakah ciri-ciri pemodenan yang berjaya dilakukan oleh Maharaja Meiji di zaman pemerintahannya? Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan ketamadunan barat. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan di jiwa orangorang Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan mencipta keunggulan di dunia. Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah. Jepun juga melengkapkan sektor militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis. i. Fukoku Kyohei- Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi. Prinsip ini mendokong cita-cita bahawa segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi supaya rakyat Jepun disegani dan dihormati di dunid. Oleh itu mereka digesa bekerja kuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai keunggulan.

ii. Bunmei Kaika- Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan. Prinsip ini mendokong agar orang-orang Jepun bersemangat mencari, mengamalkan dan menyebarkan ilmu-ilmu baru berteraskan sains dan teknologi kepada seluruh anak-anak Jepun. Ini dibuat berdasarkan Jepun telah ketinggalan jauh dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi apabila membuka pintu negaranya ke atas negara-negara barat. Bagi menjamin maruah dan bangsa Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan.

iii. Shokusan Kogyo- Menjalankan Program Perindustrian Berat. Prinsip ini mendokong cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh dunia. Tokyo telah memainkan peranan sebagai pusat perindustrian dan penyelidikan di lapangan perindustrian supaya negara Jepun mampu mengeksport barang-barangnya ke seluruh dunia. Ramai orang Jepun telah dihantar ke negara barat untuk menimba ilmupengetahuan dan pulang ke Jepun sebagai perintis serta penasihat kepada orang-orang Jepun di lapangan perindustrian.

iv. Kokusai- Kankei Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa Untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan perhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini sekaligus berupaya meningkatkan perdagangan Jepun. Budaya Jepun menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orang-orang Jepun melalui konsep kaizen dan arigato

ASPEK SOSIAL Kerajaan Meiji telah menjalankan pemodenan pendidikan ke atas semua lapisan masyarakat. Rakyat Jepun percaya bahawa pendidikan boleh menjadikan Negara mereka makmur dan masyarakat akan mahir dalam bidang sains dan teknologi. Masyarakat Jepun menghayati sejarah pembinaan negara Jepun dan bersikap setia, yakin, berdisiplin dan sanggup berkorban (Bushido) setiap masa . Amanat dan amanah ini dipraktikkan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Perkembangan pendidikan zaman Meiji dilihat sebagai satu cara meyetupadukan rakyat dengan mengarahkan rakyat kea rah modenisasi nasional. Perlembagaan Tokugawa telah menjadi landasan awal pemodenan Meiji. Dasar pendidikan Meiji adalah berasaskan kepada prinsip Nasionalime, serta penyerapan budaya barat yang bersifat selektif. Kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil pemodenan pemerintah Meiji ialah:i. Membentuk sisitem pendidikan moden dan menggantikan sistem pendidikan Terrakoya. Sistem pendidikan Terrakoya yang mementingkan kemahiran membaca,menulis dan mengira dirombak dengan penumpuan utama kearah pemikiran yang kritis. Kementerian Pendidikan ditubuhkan pada tahun 1871 dan pembentukan Rukun asas Pendidikan Rasmi Negara (Gakusei 1872 ) berkesan menambahbaikkan mutu pendidikan Jepun. Jepun telah menjadikan negara-negara barat sebagai model dalam memajukan pendidikan. Jepun telah menjadikan Perancis, Jerman ,Belanda , Amerika Syarikat, Britain dan Russia.

ii. Memasukkan doktrin Shinto (agama rasmi Jepun), sistem Kokutai (semangat Kebangsaan Jepun) dan konsep Furusato (nilai kekeluargaan dan hubungan sosial). Bagi menyedarkan rakyat Jepun supaya sentiasa mengenal diri, bangsa dan tidak mudah lupa, lali atau lemah, pelajar-pelajar dan rakyat Jepun ditanamkan tiga elemen tersebut. Doktrin Shinto menekankan falsafah perjuangan dan pengorbanan dalam kehidupan seharian, falsafah kokutai menekankan rakyat mesti bersatu pada dan berjuang untuk menjadikan orangorang Jepun satu bangsa yang mulia di dunia menerusi taat setia kepada maharaja dan menjaga Negara sepanjang masa. Manakala Furusato ialah menekankan nilai ikatan kekeluargaan dan hubungan social yang rukun damai bagi membangunkan Negara yang dapat memberikan satu kehidupan yang terjamin lagi aman.

iii. Kota Tokyo berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran ilmu. Pemimpin Meiji telah menjadikan Tokyo pusat pusat kecemerlangan ilmu sejajar dengan kemudahan infrastruktur yang dimilikinya. Menjelang tahu 1880- an banyak universiti ditubuhkan antaranya Universiti Tokyo 1877, Universiti Meiji 1881, Universiti Tokyo Imperial 1885, dan Universiti Waseda 1882. Penubuhan unversiti ini telah melahirkan golongan cerdik pandai Jepun yang seterusnya menabur bakti untuk kemajuan negara Jepun.

iv. Pemerintah Meiji telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan. Ramai pakar-pakar asing dan penterjemah buku-buku asing ke dalam bahasa Jepun diambil. Pemimpin Meiji sedar mutu pendidikan akan terabai dan rakyat lambat menerima pembaharuan ilmu-ilmu moden tanpa adanya kepakaran dan buku-buku ilmuan bagi rakyat Jepun meningkatkan ilmu pengetahuan dan bidang teknologi.

ASPEK EKONOMI Pemerintah Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada Shogun Tokugawa pada tahun 1868-1912, telah mengambil daya usaha yang gigih memajukan dan memodenkan pembangunan ekonomi bagi memajukan Negara Jepun. Salah satu usaha yang dilakukan ialah memajukan industri perkapalan perdagangan untuk kejayaan ekonominya. Perusahaan kapal-kapal kecil telah digantikan dengan kapal-kapal yang besar dan berteknologi tinggi. Bagi mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah negara yang berpengaruh dan berkuasa, pada tahun 1869, pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan pembinaan kapal-kapal moden. Pengumunan ini telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Jepun melalui arahan yang bernombor 968. Pada tahun1870, pengumunan ini dijalankan sekali lagi untuk meningkatkan pertumbuhan syarikat-syarikat perkapalan Jepun. Kedua-dua pengistiharkan ini menunjukkan secara jelas pemerintah Meiji mengutamakan dan menggalakkan perdagangan luarnya.Pedagang-pedagang Barat seperti Amerika Syarikat, British, Perancis, German dan lain-lain berlumba-lumba ingin mendapatkan konsesi perdagangan terbuka luas di Jepun. Dasar terbuka ini telah menyebabkan pelabuhanpelabuhan utama seperti Tokyo, Osaka, Kyoto,Yokohama, Nigata menjadi tumpuan pertukaran perdagangan antarabangsa. Pemimpin Meiji juga turut membina kapal perang bagi mengawal dan menjamin kedaulatannya daripada sebarang ancaman daripada luar.

Pembinaan kapal-kapal perang ini ternyata telah membantu kejayaan Jepun di dalam menewaskan China pada 1894-1895 dan Rusia 1904-1905. Kemengan ini telah meninggikan lagi imej Jepun di kalangan negara-negara barat.Menerusi pelaksanaan dasar industri perkapalan moden, pemerintah Meiji telah berjaya membuka mata orangorang Jepun bahawa dasar pemencilan diri tidak lagi menguntungkan orang-orang Jepun dan Negara mereka secara keseluruhannya. Melalui perdagangan import dan eksportnya, Pemerintah Meiji juga turut memajukan pembinaan jalanraya, landasan keretapi, dan telgraf. Perkembangan ini adalah penting bagi membantu Negara Jepun melaksanakan revolusi industri berat seperti penubuhan kilang-kilang simen, besi,pembinaan pelabuhan-pelabuhan.Revolusi perindustrian berat ini tidak akan berjaya jika pengangkutan perkapalan tidak dijalankan lebih dahulu. Selain daripada perindustrian perkapalan yang ditumpukan oleh Pemerintah Meiji, berbagai-bagai program ekonomi di adakan untuk kesejahteraan rakyat Jepun. Dimulakan dengan perindustrian bercorak berat .Sebelum tahun 1870 ekonomi pertanian dan perindustrian dimulakan secara kecil-kecilan akibat kekurangan modal. Selepas tahun 1870 kerajaan tealh mengambil alih dan mula membiayai pembangunan perindustrian dengan modal yang diperolehi dari cukai dan pinjaman saudagar. Untuk terus meningkatkan lagi bidang industri, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perusahaan dalam bulan Disember 1870. Kerajaan Meiji mula mengimport mesinmesin dan menjual mesin-mesin ini kepada pengusaha tempatan secara ansuran, perindustrian utama seperti kilang kain bulu dan tekstil, simen, dan kertas ditubuhkan. Pemerintah Meiji juga membangun pertanian secara moden bagi meningkatkan daya pengeluaran pertanian khususnya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido. Tanaman padi ,teh, buah-buahan dan sayur-sayuran diberi tumpuan utama. Para pelajar telah dihantar ke luar negeri untuk mendalami bidang pertanian, khususnya di Britiain untuk mendalami cara-cara penggunaan jentera moden, baja kimia, cara mengawal penyakit, pemasaran dansebagainya.

Pemerintah Meiji juga telah membangunkan pertanian secara moden dengan cara meningkatkan daya pengeluaran pertanian khusunya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido. Tanaman padi,teh ,buah-buahan telah diberi tumpuan utama.Tumpuan juga diberi pada program perindustrian berat .Pemimpin-pemimpin telah berusaha memperkembangkan industri besi dan keluli, perkapalan, ketenteraan, tanah, pembinaan untuk melahirkan sebuah masyarakat usahawan dan negara industri. Kemunculan Zaibatsu (keluarga perdagangan) seperti Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo dan Yasuda telah mempercepatkan proses perindustrian dan pertumbuhan kapitalisme di Jepun. Kumpulan ini telah berkembang menjadi syrikat-syarikat gergasi dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Zaibatsu Mitsui dan Mitsubishi telah bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin Meiji. Kumpulan ini menjadi penggerak dalam semua lapangan pembagunan seperti pembinaan jalan raya, landsan keretapi, penubuhan bank-bank dan sebagainya. Institusi-institusi kewangan ditubuhkan untuk menjana projek-projek perindustrian secara besar-besaran dan mengurus kewangan negara. Pada tahun 1870, sistem kewangan baru diperkenalan daripada ryo kepada yen. Sistem cukai, sistem tariff dan perlindungan turut diperkenalkan bagi mengurus ekonomi Jepun. Pada tahun 1876, Pemerintah Meiji telah menubuhkan Pusat Galakan Perdagangan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti perdagangan baru, menyusun kemudahan pengangkutan dan mengkaji masalah-masalah perdagangan di dalam dan di luar negeri. Pusat ini juga ditugaskan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di seluruh Negara. Kemuncak daripada kepesatan ekonomi ini ialah penubuhan Bank Industri pada tahun 1900.Selain itu kerajaan Meiji juga turut merangka satu bentuk sistem ekonomi baru yang sistematik. Sistem ini meliputi sistem perkembangan infrastruktur termasuk jalan raya, sistem keretapi, sistem pos dan telegraf, penerimaan organisasi saham bersama sebagai satu bentuk perbadanan, mengimport jentera serta memilik negarakan kilangkilang.5.0POLITIKSebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui pemerintahan kerajaan Jepun, pada 3hb Januari 1868, beliau telah melafaz beberapa ikrar. Ia bertujuan untuk

menaik taraf negara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di barat. Ikrar Meji mengandungi lima usul iaitu :-

i. Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen ii. Menggalakan yang menghalang bidang pelajaran. iii.Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan. iv.Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepada orang-orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam. v.Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan perlu dihapuskan.

Pada tahun 1873, sistem fiskal telah diubahsuai. Sistem bayaran cukai secara tradisional dan rampasan harta secara paksaan telah dihapuskan. Bayaran wang secara tunai dipraktikan dalam sebarang jenis urusniaga. Satu sistem cukai pusat yang moden telah ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem wang yang baru. Salah satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal kepada sistem pemerintahan secara demokrasi. Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji. Ini membolehkan kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan rakyat. Pada tahun 1876 sistem feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan terbentuklah pemerintahan pusat. pemerintah Meiji juga telah menamatkan system class. Lapisan masyarakat yang sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai, petukan, petani dan pedagang. Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan keistemewaankeistemewaan sebagai raakyat Jepun khususnya dalam lapangan ketenteraan dan pendidikan.

Pada 11hb. Februari 1886, Maharaja Meiji telah mewujudkan Perlembagaan Meiji ( Perlembagaan Negeri Jepun yang pertama dan bertulis ).Perlembagaan Meiji mengandungi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan. Pemerintah Meiji juga membuat perubahan dari dasar pemencilan kepada dasar berbaik-baik dengan negara barat.Pada tahun 1877 Menteri Luar negeri Terajima Munenori, telah membuka jalan perundingan dengan Amerika Syarikat. Kerajaan Meiji juga menjalankan dasar berbaik-baik dengan pemimpin-peminpin negara barat khususnya Britain, Amerika Syarikat, German, Perancis, Belanda, Sepanyol, Portugis dan lain-lain untuk menimba berbagai-bagai disiplin ilmu khususnya sains dan teknologi. Pemerintah Meiji juga menumpukan kekuatan tentera menubuhkan sebuah Angkatan Tentera dengan menubuhkan Angkatan Tentera Darat dan Laut bertaraf Antarabangsa Gagah Perkasa- Berani Mati (Harakiri dan Kamekaze).

ISL 9 Tamadun India mempunyai hubungan yang kuat dengan agama-agama lain. PENDIDIKAN Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik. Pendidikan pada zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan Hindu menjadi terasnya. Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki. Golongan wanita pada masa itu tidak mempunyai ruang untuk menerima pendidikan. Pendidikan pula memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting. Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda tersebut. Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Tumpuan pendidikan ialah agama. Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Pendidikan tinggi telah diberikan di Kolej Brahman. Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin tang berpendidikan, seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama. FALSAFAH Falsafah wujud dalam 2 bentuk pemikiran yang besar, iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda. Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda. Upanishad, Mahabharata, dan Bhagavad Gita merupakan antara sumber falsafah yang terdapat dalam Veda. Sementara falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainismedan Buddhisme. SAINS DAN TEKNOLOGI Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda. Ilmu matematik telah wujud dalam tamadun India dan berkembang pest pada Zaman Gupta. Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri dan telah memperkenalkansistem nombor, iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti. Sistem angka juga telah wujud dalam tamadun Yunani, iaitu herodianicdan ionic. Ilmu perubatan berkembang disebabkan kecendurungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga. SENI BINA Masyarakat telah berupaya untuk membina binaan yang sangat baik. Hal ini dapat dilihat pada binaan Great Bath. Oleh sebab kehidupan masyarakat India sangat

erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaan. Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu. Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil. Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi. BAHASA DAN KESUSASTERAAN Kelompok Dravidia dan Indo- Arya mempunyai budaya serta bahasa yang berbeza. Bagi masyarakat Dravidia di bahagian selatan India bahasanya adalah seperti Telegu, Malayalam, Kannada dan sebagainya. Bahasa utama pada Zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit. Tamadun India turut menghasilkan satera agama Hindu dan Buddha, antaranya termasuklah epik Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan yang jahat. Ramayana pula ialah cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita. SISTEM SOSIAL Dalam tamadun India, salah satu perkara penting yang harus diperhatikan dalam sistem sosial ialah kewuujudan sistem kasta. Sistem ini merupakan sebuah institusi yang sangat unik dan tidak ditemui dalam mana-mana tamadun dunia yang lain. Sistem ini mempunyai empat kasta utama, iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra. Keempat-empat kasta ini mempunyai tangggungjawabyang berbeza. Sistem kasta ini menjadi darah daging kepada sistem sosial India dan sistem ini diikuti dengan ketat. Berdasarkan sistem ini, abtara lainnya, seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang berbeza.

You might also like