You are on page 1of 4

MTE 3123 E

Tutorial Minggu 2
Cari dari laman sesawang yang mengandungi jenis-jenis penilaian alternatif dalam
Matematik.
a) Portfolio

Satu koleksi hasil kerja murid yang terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber
yang relevan dengan objektif mata pelajaran.

Digunakan sebagai rekod untuk menunjukkan pencapaian murid-murid untuk


mata pelajaran yang berlainan di sekolah.

Sebuah portfolio yang lengkap terdiri daripada pengumpulan bahan-bahan yang


berikut iaitu:
nota-nota yang disediakan oleh guru senarai semak yang disediakan oleh guru
refleksi kendiri pelajar
buku log
catatan jurnal
gambar & foto

Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada murid ialah portfolio kerja,
portfolio dokumentari dan portfolio produk akhir.

Kebaikan:
melibatkan murid dengan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Memberi guru maklumat untuk menilai pencapaian murid-murid.

Menilai tahap perkembangan murid-murid.


Memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri
mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru.

b) Pemerhatian

Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar daripada bidang afektif dan


psikomotor, khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral,Muzik
dan Pendidikan Jasmani.

Satu bentuk penilaian autentik yang membantu guru membimbing murid-murid


meningkatkan keupayaan mereka secara individu.

Bertujuan untuk membantu murid-murid mengaplikasikan pengetahuan


yangdiperoleh daripada mata pelajaran yang berlainan dalam kehidupan
seharian.

Memberi murid-murid masalah-masalah yang dihadapi dalam dunia sebenar.

Contoh-contoh penilaian autentik yang boleh dijalankan oleh guru ialah melalui
pemerhatian, projek / kerja lapangan.

Mudah dilaksanakan oleh guru tetapi susah untuk menjamin kesahihan


dapatannya, kerana pemerhatian dipengaruhi oleh daya
pengamatan,pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai (guru).

Strategi Pelaksanaan:
dibuat secara berterusan mengikut objektif yang dikenal pasti /dirancang
dibuat dengan menggunakan senarai semak/rekod anekdot
kognitif,afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran.
dibuat secara global atau analitikal mengikut objektif yang ditetapkan oleh
guru.

c) Projek

Penilaian ini merupakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid mengaplikasi


atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi sebenar.

Ciri-ciri penilaian projek:


Projek atau tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual,
kinestetik)
Berbentuk jangka panjang
Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar
Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak
mendapat jawapan yang benar.
Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif iaitu membuat projek
didalam kumpulan secara koperatif.
Pelajar dapat menjalankan tugas secara individu atau berpasukan
Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.

Menilai pelajar dari segi :


kreativiti,
kemahiran merancang,
integrasi pengetahuan,
kebolehan membuat tugasan bersama orang lain
pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji atau membentuk sesuatu
melaksana dan menghasilkan sesuatu
pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

aktiviti yang bermakna

You might also like