You are on page 1of 6

Pengenalan

Pembinaan negara bangsa merupakan suatu asas yang disandarkan bagi


menggapai kelangsungan taraf negara maju.
Melalui konsep ini, sesebuah negara akan menjadi lebih kuat dengan
corak mentaliti dan kesepaduan yang ada dalam diri masyarakat tersebut.
Sistem pendidikan merupakan medium yang terbaik untuk digunakan bagi
merealisasikan impian ini.
Hal ini demikian kerana pendidikan merupakan asas transisi kepada
penghasilan modal insan untuk memacu ke arah pembinaan negara.
Dalam konteks pembinaan negara bangsa, pendidikan merupakan satu
pendekatan yang terbaik bagi memastikan perencanaan konsep negara
bangsa itu menjadi satu kenyataan.
Dalam hal ini, negara memerlukan pendidik yang seimbang dari setiap
aspek seperti jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
Hal ini menuntut agar warga pendidik peka dengan konsep negara
bangsa yang menekankan kewujudan sebuah negara yang berdaulat
dengan rakyatnya hidup bersatu padu menerusi satu identiti yang sama
tanpa menghilangkan identiti asal setiap kaum.

Konsep dan Pengertian Negara Bangsa


Negara bangsa merupakan suatu keadaan tertinggi yang ingin dijelmakan
oleh sesebuah negara.
Konsep ini mengetengahkan gabungan makna daripada dua frasa
menjadi satu pengertian iaitu frasa negara dan frasa bangsa.
Berdasarkan autoriti Kamus Dewan Edisi Keempat, negara merujuk
kepada suatu komuniti yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah
oleh kerajaan manakala frasa bangsa merujuk kepada suatu komuniti
yang mempunyai identiti budaya, fahaman, agama dan bahasa tersendiri.
Tuntasnya, konsep negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang
diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identiti.
Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sebuah negara yang
berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh
sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan
sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan.
Berakarumbikan semangat perpaduan, konsep negara bangsa cuba
direalisasikan melalui Wawasan 2020 yang mengimpikan Malaysia
berstatus negara maju pada tahun 2020.
Masyarakat disemai dengan semangat patriotik yang tinggi bagi
melahirkan masyarakat yang sanggup berkorban apa sahaja demi
kepentingan dan kemajuan negara.
Kesepaduan dan pemuafakatan yang terjalin dalam kalangan sejagat
akan memudahkan misi dan visi untuk mencapai taraf negara maju.

Justeru, konsep negara bangsa dikatakan perlu dibina dari akar umbi bagi
memastikan kelangsungan proses pembinaannya berlaku secara
berterusan.
Sistem pendidikan dilihat menjadi wahana terbaik dalam merealisasikan
hasrat ini.
Hal ini demikian kerana pendidikan merupakan asas kepada
pembentukan sesuatu bangsa yang berdaulat kerana bangsa yang
berdaulat merupakan bangsa yang berilmu dan berjaya menggunakan
akal sebaik mungkin bagi memperoleh kesempurnaan dalam kehidupan.
Sistem pendidikan bukanlah tempat untuk kita menjalankan ujikaji
sebaliknya kita semua harus yakin bahawa perkembangan sistem
pendidikan yang berlaku pada hari ini telah meletakkan keupayaan untuk
kita melahirkan generasi yang betul-betul memahami konsep negara
bangsa.

Isu-isu berkaitan Pembinaan Negara Bangsa


Isu Bahasa
Bahasa merupakan alat komunikasi yang digunakan oleh manusia
dalam perhubungan sesama jenis.
Melalui bahasa, manusia dapat menyampaikan buah fikiran,
perasaan dan hasrat kepada individu lain.
Isu bahasa merupakan suatu isu yang sering dibangkitkan dalam
pembinaan negara bangsa.
Hal ini demikian kerana dalam proses pembinaan negara bangsa,
bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi melalui Perkara
152, Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, bahasa Melayu turut dijadikan sebagai bahasa
Kebangsaan yang meletakkan bahasa Melayu sebagai maruah dan
citra negara.
Melihat kepada keadaan ini, bahasa Melayu dikatakan mempunyai
kuasa, pengaruh dan kewibawaan untuk menentukan tempat dan
kekuatannya dalam negara ini.
Hakikatnya, bahasa Melayu sebenarnya ingin dijadikan medium
utama sebagai alat komunikasi dalam membina negara bangsa.
Kini, bahasa penjajah mula mengambil alih posisi bahasa ibunda.
Kalau sebelum merdeka, British mentadbir negara dengan
meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, kemudiannya,
kita telah berjaya memartabatkan kembali bahasa Melayu pada era
pasca merdeka.
Namun begitu, situasi ini seolah-olah mengulangi semula sejarah
lampau setelah timbul persepsi serong segelintir masyarakat

mengenai kedudukan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris


berkaitan keperluan negara dan kepentingan antarabangsa.
Konflik kedudukan bahasa ini telah membuka ruang kepada kaum
yang wujud di Malaysia untuk turut sama memperjuangkan bahasa
mereka.
Bahasa Inggeris dijadikan kambing hitam iaitu sebagai asas
perjuangan mereka setelah negara cuba mengangkat bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua demi memenuhi tuntutan semasa.
Hal ini berterusan sehingga kini khususnya kepada golongan yang
optimis kepada kaum sendiri tanpa mahu berfikiran terbuka demi
kepentingan integriti nasional.
Pembinaan negara bangsa sebenarnya akan menghapuskan
identiti bahasa sesuatu kaum kerana dalam konteks ini hanya satu
bahasa sahaja yang ingin dilambangkan untuk satu bangsa.
Dalam erti kata sebenar, bahasa sesuatu kaum itu tidak akan
hilang dalam penggunaan kehidupan seharian tetapi satu bahasa
sahaja yang akan dijadikan identiti bagi mewakili semua kaum di
Malaysia.

Isu Kebudayaan
Budaya adalah sesuatu yang melibatkan perlakuan dan tabiat yang
dilakukan oleh seseorang.
Namun begitu, apabila perlakuan ini melibatkan ruang lingkup yang
lebih besar atau melibatkan masyarakat maka keadaan ini
dipanggil sebagai kebudayaan.
Secara ilmiah, kebudayaan merangkumi pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, undang-undang, akhlak, adat resam dan
lain-lain keupayaan yang wujud dalam sesuatu komuniti (Mohd
Syariefudin,2009).
Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan salah satu negara
yang unik di dunia kerana mempunyai masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai kelompok ras dan etnik atau dikenali sebagai
masyarakat plural.
Kewujudan masyarakat majmuk merupakan satu cabaran yang
besar bagi membina sebuah negara bangsa kerana kemajmukan
yang wujud akan menimbulkan pelbagai percanggahan, konflik dan
paksaan.
Sememangnya setiap kaum mempunyai identiti tersendiri yang
harus dipertahankan, namun, keadaan ini tidak pernah menjadi
batu penghalang bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan
maju.

Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian


kebudayaan hasil daripada kepelbagaian kaum dan etnik melihat
proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan
perancangan yang teliti dan rapi bagi mewujudkan corak hidup
yang bersifat keMalaysiaan.
Dalam konteks ini, semua kaum dibenarkan mengamalkan adat
dan kebudayaan kaum masing-masing dan anggota masyarakat
diingatkan supaya saling menghormati adat dan kebudayaan kaum
lain.
Dasar Kebudayaan Malaysia yang digubal merupakan asas kepada
pemeliharaan dan pemuliharaan sesuatu kebudayaan di Malaysia.

Isu Pendidikan
Hari ini, warganegara Malaysia perlu berbangga dengan
pendidikan di Malaysia yang bertaraf dunia.
Umum mengetahui bahawa sistem pendidikan di Malaysia sudah
bermula dengan kewujudan sistem pendidikan yang tidak formal
sebelum kedatangan British di Tanah Melayu.
Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia diteruskan lagi
dengan kedatangan British sebagai kuasa Imprealisme yang
memperkenalkan sistem pendidikan yang lebih sistematik dan
berformal.
Setelah Malaysia bebas daripada belenggu penjajahan barat pada
31 Ogos 1957, sistem pendidikan di Malaysia semakin berkembang
untuk melahirkan bangsa yang berpengetahuan tinggi.
Bertujuan meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia, pelbagai
usaha telah dilakukan oleh kerajaan dengan memperkenalkan
pelbagai dasar pendidikan.
Selepas Malaysia memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957,
langkah utama yang diambil oleh kerajaan adalah mengubah dasar
pendidikan di Malaysia yang dahulunya berteraskan sistem
pendidikan Kolonial.
Dasar-dasar ini dilaksanakan bagi mengelakkan wujudnya
pertikaian-pertikaian berkaitan hak kaum masing-masing malah
Dasar Pendidikan Kebangsaan telah mengambil kira cadangan
laporan sebelumnya iaitu Laporan Fenn-Wu dan Laporan Barnes.
Atas kesedaran inilah, lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran)
Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam
Ordinan Pelajaran 1957.
Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang
menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini
kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961.

Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam


tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan
dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya
matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan
berdisiplin tercapai serta memenuhi keperluan sumber tenaga
terlatih bagi pembangunan negara.
Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.
Kedatangan British sebelum Malaysia merdeka telah memberi
impak yang lebih positif terhadap sistem pendidikan di Malaysia.
Pada zaman Kolonial ini, pendidikan formal mula diperkenalkan
oleh British berasaskan Dasar Pecah Perintah.
Perkara ini dapat dilihat melalui galakkan British terhadap
penubuhan empat jenis aliran pendidikan sekolah mengikut kaum
dan kawasan seperti sistem pendidikan sekolah Melayu, sekolah
Inggeris, sekolah Cina, sekolah Tamil.
Penubuhan sekolah yang berbeza aliran ini masih lagi diteruskan
sehingga ke hari ini.
Sebenarnya, sistem pendidikan yang diamalkan oleh penjajah ini
berjaya mencapai objektif penubuhannya kerana sehingga hari ini
kerajaan masih lagi gagal menghapuskan sistem pendidikan ini
untuk digantikan dengan sistem pendidikan satu aliran.
Hal ini demikian kerana wujud penentangan daripada kaum lain
khususnya kaum Cina yang bimbang pelaksanaan sekolah satu
aliran akan menghapuskan identiti bahasa Cina.
Kerajaan cuba menyeragamkan sukatan pelajaran yang terdahulu
dengan memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di
semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di
seluruh negara.
Hal ini bertujuan memastikan semua rakyat mendapat taraf
pendidikan yang sama sekali gus merapatkan jurang pendidikan
antara kaum bagi merealisasikan impian membentuk negara
bangsa.

Isu Demokrasi
Demokrasi merupakan suatu bentuk kerajaan yang mempunyai
kuasa menggubal undang-undang dan struktur pentadbirannya
ditentukan oleh rakyat.
Sesebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem
demokrasi dipanggil negara atau kerajaan demokratik.
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen.

Sistem pentadbiran yang diamalkan ini menjadikan Malaysia


sebagai salah satu contoh negara yang berjaya mengamalkan
Sistem Demokrasi Berparlimen dengan baik.
Sistem Demokrasi Berparlimen merupakan suatu sistem
pentadbiran yang meletakkan perlembagaan sebagai tunjang
utama dalam struktur pemerintahan.
Dalam hal ini, undang-undang digubal oleh rakyat atau wakil yang
dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang diadakan.
Secara implisitnya, sistem ini menekankan hak kebebasan asasi
dan kesamarataan tanpa berlaku diskriminasi yang bersandarkan
kepada perbezaan kaum, jantina, keturunan, agama dan status
hidup.
Namun begitu, timbul pelbagai persoalan dalam kalangan
masyarakat kita yang menyifatkan sistem pentadbiran yang
dijalankan tidak telus dan tidak berlandaskan kepada konsep
demokrasi yang sebenar.
Persoalan yang dibangkitkan ini ada asasnya kerana kalau dikaji
dengan teliti, sistem pemerintahan yang sedia ada seolah-olah
berpihak kepada sebelah pihak sahaja.
Malah, masyarakat juga boleh merasakan setiap tindakan yang
diambil oleh pemerintah adalah untuk menjaga kepentingan pihakpihak tertentu.
Pada masa yang sama, masyarakat juga terikat dengan sistem
politik perkauman yang wujud di Malaysia.
Struktur politik yang mengamalkan konsep wakil kaum masingmasing telah menyukarkan usaha mencapai matlamat untuk
menyatupadukan rakyat.
Di Malaysia terdapat 31 parti politik yang kebanyakannya
berunsurkan perkauman.
Hakikatnya, kehadiran parti politik ini menyukarkan lagi usaha
membina negara bangsa kerana corak dan fahaman parti politik ini
adalah berlandaskan kepada kepentingan kaum yang diwakili.

You might also like