You are on page 1of 6

IBUM 3132 TAMADUN ISLAM: TASK 2

Siti Aisyah Bt Zulkifli


18BI03009

Sila Lengkapkan Fakta Mengenai Tamadun Islam:

1. Definisi Tamadun Islam


Tamadun. Istilah tamadun merujuk kepada sifat yang abstrak dan universal, kehidupan
seharian manusia yang berasaskan pengalaman rohaniah manusia yang dilihat dalam seni kreatif,
seni bahasa, rekod perkembangan sosio ekonomi, kemajuan sains teknologi dalam sesebuah
masyarakat. Tamadun dalam bahasa melayu dipinjam daripada beberapa perkataan Arab seperti
maddana, madani, madaniyyah, hadharah, hadhariah dan ‘umran. Maddana dan madani dengan
kata dasar ‘din’ yang bermaksud agama atau kehidupan beragama adalah kata kerja yang merujuk
kepada membuka kota atau bandar juga membawa maksud memperhalusi budi pekerti.
Maddaniyah merujuk kepada material atau kebendaan. Hadharah pula merujuk kepada perbuatan
tinggal di bandar dengan perilaku kehidupan dan adab yang tinggi manakala Hadhariah adalah
pencapaian aspek rohaniah.
Jika mahu difokuskan definisi kepada tamadun islam, Menurut beberapa sarjana islam
seperti Muhammad Asad, beliau berpendapat bahawa tamadun islam dibangunkan daripada asas
Shariah dan beliau juga berpendapat bahawa Istilah tamadun Islam mengelirukan sekiranya
dijadikan sebagai rujukan kepada pelbagai ungkapan berhubung pencapaian umat islam sepanjang
zaman.
Menurut Jurji Zaidan yang bertanggungjawab memperkenalkan perkataan tamaddun, ia
merujuk kepada pencapaian umat Islam yang berpusat di kota dalam bidang kerohanian dan
kebendaan yang berasaskan agama.
Menurut Sayyid Qutb pula dalam membincangkan tamadun amat jelas mengaitkannya dengan
agama. Beliau juga menekankan bahawa prinsip dan Nilai membezakan anatara satu tamadun
dengan tamadun yang lain.
Maka dapat difahami disini bahawa tamadun Islam ialah tamadun yang memegang prinsip dan
nilai utama dalam penyembahan kepada Allah S.W.T.
2. Asas Tamadun Islam
Tamadun Islam mempunyai beberapa asas yang penting dalam mewujudkan pembangunan
kebendaan dan kerohanian umat Islam iaitu:
i. Asas keimanan
Setiap umat Islam yang beriman kepada Allah diwajibkan beriman kepada 6 Rukun Iman.
ii. Asas 'ubudiyah,

ِ ‫اْلنس إََِّّل لِي عب ُد‬ ِْ ‫وما خلَ ْقت‬


‫ون‬ ُ ْ َ َ ِْ ‫اْل َّن َو‬ ُ َ ََ
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat (kepadaKu) (Al-Quran, 51:56).

Berdasarkan ayat ini, dapat difahami bahawa tujuan atau matlamat manusia diciptakan Allah SWT
adalah tidak lain kecuali untuk beribadah kepadaNya.
iii. Asas syariah
Al Quran dan al Hadith adalah rujukan utama Islam dan adalah tamadun yang berlandaskan
kepada syarak dari setiap segi samada dalam politik, ekonomi, pertanian, perniagaan dan
sebagainya.
iv. Asas akhlak
Permulaan pembinaan tamadun mestilah berasaskan kepada akhlak, adab, etika dan yang
seangkatan dengannya. Tanpa akhlak yang mulia, manusia tidak akan mencapai ketamadunan.
Tamadun Islam adalah tamadun yang seimbang antara kebendaan dan kerohanian.
Kesemua empat asas ini berperanan serentak dalam kehidupan umat Islam dan tidak boleh
dipisahkan antara satu sama lain. Kemajuan sama ada kebendaan atau kerohanian umat Islam
hendaklah diiringi keimanan dan akidah kepada Allah SW.T. Pada masa yang sama ia adalah
ibadah dan mengikut landasan syariah serta mempunyai nilai-nilai akhlak Islam yang murni
berpandukan Al-Quran
3. Ciri-ciri Tamadun Islam
Antara ciri ciri utama Islam adalah ia bersifat kesejagatan, keterbukaan, sepanjang zaman,
toleransi, kesatuan dalam kepelbagaian, dan banyak lagi. Tetapi disini akan dijelaskan beberapa
sahaja. Pertamanya adalah Syumul iaitu sempurna meliputi seluruh aspek kehidupan samada
hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia tidak mengira Islam atau bukan Islam perlulah
adil, dalam makna kata meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya.
Kedua, sejagat iaitu bersesuaian dengan semua orang, setiap masa serta sepanjang zaman.
Ini juga bermaksud Islam merupakan sesuatu yang tetap dan tidak berubah dari apa segi pun
samada tujuan dan matlamatnya namun ia anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya.
Ketiga, Ideal dan realistik. Islam sentiasa menekankan manusia agar mencapai
kesempurnaan yang paling tinggi selagimana ia tidak bercanggah dengan ajaran Allah.
Ciri-ciri khusus pula, Ibnu Khaldun berpendapat bahawa ciri tamadun ialah kehidupan
bandar yang merangkumi agama yang lebih tinggi, sistem perundangan serta sistem negara yang
teratur. sistem tulisan yang mantap seiring bentuk seni yang jelas.
Jurzi Zaydan pula mengatakan ciri-ciri tamadun ialah memberi perhatian kepada
pemerintahan berlandaskan syariat Islam termasuklah sistem pentadbirannya. Berlakunya
perkembangan pelbagai ilmu dan mempunyai pendidikan yang tinggi. Wujudnya bangunan-
bangunan yang mempunyai ciri Islam dan kesenian Islam yang halus. Hal ini kerana pembangunan
dan pertumbuhan bandar telah diterima oleh kebanyakan sarjana sebagai ramuan utama dalam
melihat kelahiran sesuatu tamadun. Bandar-bandar Islam ini telah mengembangkan Islam dan ada
ikatan dengan kemantapan ekonomi.
4. Matlamat Tamadun Islam
Umumnya matlamat utama tamadun Islam adalah untuk mengangkat Islam sebagai satu
cara hidup yang lengkap kepada manusia. Ia juga akan menunjukkan kehebatan sistem
pemerintahan Islam yang pernah ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, dan zaman
kegemilangan Islam seterusnya. Ciri-ciri ketamadunan Islam yang telah dipaparkan melalui sistem
pemerintahan Islam daripada pelbagai zaman dahulu sewajarnya dihayati oleh setiap generasi umat
Islam dan bukan Islam. Ciri-ciri bersifat alat bantu yang diperlukan dan dilaksanakan akan dapat
melahirkan matlamat tamadun Islam dalam aspek-aspek berikut iaitu:
i. Hubungan manusia dengan Allah SWT
Tamadun Islam menyempurnakan hubungan manusia dengan Allah SWT melalui Rukun
Islam dan Rukun Iman atau juga dikenali sebagai ibadah umum dan ibadah khusus. Ia juga merujuk
kepada hubungan secara langsung antara manusia sebagai makhluk yang diciptakan, dengan Allah
selaku Pencipta. Hubungan ini adalah hubungan pengabdian secara menyeluruh kepada Allah
dalam semua aspek kehidupan bermula dari melaksanakan kewajipan seperti solat, zakat, puasa,
haji hinggalah urusan lain seperti muamalat, kemasyarakatan dan hubungan antarabangsa
disamping mematuhi syariat yang telah ditetapkan.
ii. Hubungan manusia dengan manusia
Tamadun Islam menyempurnakan hubungan manusia dengan manusia meliputi sistem
muamalah dan kemasyarakatan. Konsep ini terpancar hasil dari kefahaman yang jitu terhadap
konsep hablum Minallah. Tanpa adanya hablum Minallah, hubungan kemanusiaan akan rosak dan
tidak memiliki matlamat yang sebenarnya dalam arah tuju kehidupan.
iii. Hubungan manusia dengan alam sekitar
Tamadun Islam menyempurnakan juga menitikberatkan hubungan manusia dengan alam
sekitar. Cara yang terbaik bagi seorang manusia untuk menjalankan ini adalah dengan
mengusahakan sesuatu yang boleh membawa kepada kesejahteraan di muka bumi melalui sumber
alam yang sedia ada dalam masa yang sama didak melakukan perkara yang boleh merosakkan
alam sekitar.
5. Prinsip Tamadun Islam
Prinsip tamadun Islam adalah untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak
asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya di dunia ini.
Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa aspek penting
iaitu memelihara agama, memelihara nyawa atau jiwa, memelihara akal, memelihara maruah atau
keturunan dan memelihara harta.
Prinsip yang pertama dan terpenting dalam kehidupan seseorang Muslim ialah menjaga
keselamatan agama. Agama menjadi pemisah kualiti sebenar seorang Muslim dan amat berkait
rapat dengan aspek akidah. Islam datang untuk membebaskan minda dan kepercayaan manusia
daripada belenggu khurafat, tahyul, kemunafikan dan kesyirikan. Islam mengajak manusia
beriman kepada Tuhan yang Satu dan Esa iaitu Allah s.w.t. dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya.
Kedua, menjaga dan memelihara jiwa (nyawa) serta tubuh badan manusia. Justeru itu,
Islam telah mewajibkan setiap individu untuk menjaga keselamatan diri masing-masing dan pada
masa yang sama melarang keras perbuatan yang boleh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri
atau orang lain.
Ketiga, menjaga akal dan pemikiran. Bersesuaian dengan tujuan ini dan agar akal dapat
berfungsi dengan sewajamya, syariah Islam telah menegaskan mengenai kepentingan untuk
menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan.
Keempat, menjaga atau memelihara masuah. Oleh itu segala bentuk yang boleh membawa
kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali. Jika diperhatikan
tegahan dan larangan Allah s.w.t., ianya mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan
manusia daripada terjatuh ke lembah kehinaan.
Terakhir, menjaga keselamtan harta mengikut garis peraturan, hokum dan undang-undang Islam.
6. Sumber Tamadun Islam.
i. Al Quran

Al Quran adalah kalam Allah, mengandungi keseluruhan ajaran Islam yang merangkumi konsep
ketuhanan, sistem perundangan, alam ghaib, etika moral dan lainnya. Al Quran juga terpelihara
dari sebarang bentuk penyelewengan.

ii. Al Sunnah

Al Sunnah atau hadis Nabi Muhammad SAW adalah segala yang disandarkan kepada Rasulullah
sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan.

Bagi mencapai tahap ketamadunan yang tinggi, manusia tidak dapat lari dari mengamalkan al
Quran, as Sunnah dan segala yang disyariatkan yang menjadi panduan hidup dunia dan akhirat.

iii. Ijtihad

Ulama memainkan peranan berijtihad bagi penjelasan hokum yang tidak terdapat dalam Al Quran
dan Al Sunnah.

iv. Tamadun dan Budaya Lain

Islam bersifat terbuka dalam menerima idea tamadun lain selagi tidak bercanggah dengan syara’
bagi memperkayakan tamadun Islam.

You might also like