You are on page 1of 12

ISLAM SEBAGAI AD-DIN

OBJEKTIF:
1. Mengetahui pengertian Islam dan syariat Islamiyah
2. Menjelaskan ciri-ciri Islam dan keistimewaannya
3. Memberi gambaran Islam sebagai sistem cara hidup yang lengkap.
________________________________________________________________

PENGERTIAN ISLAM

Pengertian Islam

Daripada sudut bahasa, Islam berasal daripada perkataan arab ‘salima’ bermaksud
kesejahteraan.

Daripada sudut istilah, terdapat beberapa takrif kepada Islam seperti yang berikut:

i. Islam ditakrifkan seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW apabila Jibril
bertanya tentang Islam dalam hadith yang berikut:

”Wahai Muhammad, ceritakan kepadaku tentang Islam. Rasulullah SAW bersabda:


”Engkau bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad
sebagai pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di
bulan Ramadhan dan melaksanakan Haji di Baitullah bagi yang memiliki kemampuan”
(riwayat al Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadith di atas, Islam bermaksud perlaksanaan kepada kelima-lima rukun


Islam yang difardhukan ke atas setiap Muslim.

ii. Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt serta mentaatiNya yang
lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu
tanpa perhitungan pahala dan dosa.

Firman Allah swt:-


“Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya
menyerah diri segala apa yang ada dilangit dan bumi, baik dengan suka mahupun
terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan”.
(Surah Ali Imran ayat 83)

Sesungguhnya tanda bukti penuh ketundukan kepada Allah swt ialah reda menerima
agamaNya yang diiringi pula dengan penuh kesedaran. Ini adalah lantaran Islam
menurut pengertian ini adalah merupakan agama yang diredai Allah, agama yang
diwahyukan kepada Rasul-Rasul a.s. untuk disampaikan kepada manusia.

iii. Islam adalah peraturan (an Nizam), perundangan yang lengkap bagi mengatur
kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh
Rasulullah saw daripada Allah SWT, disampaikan kepada manusia serta
menyatakan apa yang mengenai orang yang mengikut dan menentang sama
ada dosa dan pahala.

1
Firman Allah SWT:
“Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima
daripadanya dan di akhirat nanti dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi” (Surah
Ali Imran ayat 85)

iv. Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah swt kepada
RasulNya saw, yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang
berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebut di dalam Al-
Qur’an dan As-Sunnah adalah perintah untuk disampaikan kepada manusia.

Firman Allah swt:


“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika
tidak kamu kerjakan (apa yang diperintah itu) beerti kamu tidak menyampaikan risalah
Allah dan Allah memelihara kamu dari gangguan manusia”

v. Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang
terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan aqidah,
amalan dan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin
dengan penuh keikhlasan.

Firman Allah swt: “Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia
berlaku baik, maka baginya ganjaran di sisi Tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka
dan mereka juga tidak berdukacita”
(Surah al-Baqarah ayat 112)

vi. Islam merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang dikemukakan
kepada setiap manusia, iaitu:
a) Dari mana ia datang?
b) Mengapakah ia dijadikan?
c) Ke manakah ia dikembalikan?

Jawapan soalan satu adalah terkandung didalam Firman Allah surah Al Hajj ayat 5,
Surah Al Mukminun ayat 12-14, dan surah At Tariq ayat 5. Jawapan soalan dua
terkandung didalam surah Az Zariyat ayat 56.Manakala jawapan untuk soalan tiga ada
di dalam Al Qur’an Surah Al Insyiqaq ayat 6, Surah ar Ruum ayat 11, Surah Az Zumar
ayat 7, Surah An Najm ayat 42, dan Surah al Alaq ayat 8.

Tasawur Islam Yang Sebenar

Islam adalah Ad Din yang sempurna. Ad Din bermaksud aturan/ sistem hidup yang
lengkap dan sempurna yang diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla melalui Rasulullah
SAW sebagai pedoman hidup bagi manusia yang terdiri dari pelbagai aspek, di
antaranya aspek aqidah (keyakinan), fikriyah (pemikiran). akhlaq dan amaliyah (praktis).
(Al Mustholahat Al Arba’ah Bainal Imamaini Al Maududi wa Muhammad Abduh, Abdul
Mutaal Muhammad Al Jabry)

Islam adalah ad Din yang lengkap dan sempurna yang membicarakan segenap perkara
dalam kehidupan manusia dan tidak ada sedikit kekurangan dan kecacatan dalam
ajarannya. Secara umumnya, ajaran Islam merangkumi segenap aspek kehidupan

2
manusia termasuklah aqidah, ibadah, syariah, akhlak, kebudayaan, ilmu pengetahuan,
ekonomi, politik, dakwah, pergaulan, jihad, kenegaraan dan bermacam lagi

 Aqidah
Ialah kepercayaan kepada Allah yang tersimpul kukuh di dalam jiwa manusia tanpa ada
sedikit keraguan terhadap kesemprnaan ajaran Islam. Inilah dasar dan pokok ajaran
Islam dan seruan yang dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebagaimana yang
difirmankan oleh Allah swt:
Bermaksud:“sesungguhnya kami telah mengutuskan pada setiap umat seorang rasul
supaya mereka menyembah Allah dan menjauhi taghut” (Surah An Nahl ayat 36)

 Ibadah
Satu ketundukan dan pengabdian kepada Allah yang esa dalam seluruh aspek
kehidupan, dalam erti kata yang lain seluruh pekerjaan dan amalan yang dilakukan
semata-mata kerana Allah dan mengikut syariat Islam, maka ia dinamakan ibadah.
Firman Allah swt:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu” (Surah
Az Zariyat ayat 56)

 Akhlak
Imam Al Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah “bawaan sifat jiwa yang tersembunyi
atau melahirkan perbuatan dengan mudah tanpa perlu berfikir terlebih
dahulu” Berdasarkan definisi inilah Imam Al Ghazali menyatakan bahwa akhlak itu ialah
sifat-sifat yang telah menjadi tabiat seseorang. Ia bukan sesuatu yang bersifat takalluf
(sesuatu yang dibuat-buat) tetapi telah menjadi perangai dan miliknya yang sebenar
bukan ia berpura-pura berperangai baik di hadapan orang pada masa-masa tertentu.
Akhlak ialah satu ajaran daripada Islam, untuk memperbaiki tingkahlaku manusia dan ia
mempunyai tempat yang tinggi dan pengaruh yang besar dalam gerakan dakwah kerana
akhlak yang baik merupakan besi magnet kepada Islam.

 Perundangan
Perundangan Islam merangkumi pelbagai aspek kekeluargaan (Islamic family law),
jenayah (Islamic criminal law/penal code), transaksi komersil (Islamic commercial law),
pewarisan (Islamic Inheritance Law) dan lain-lain Perundangan Islam memelihara lima
prinsip; iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara maruah, memelihara
akal dan memelihara harta.

 Kebudayaan
Islam mengikitraf kebudayaan asalkan ia berlandaskan kepada Islam. Di antara
kebudayaan yang berlandaskan Islam adalah cara berpakaian, Islam tidak menetapkan
cara khusus berpakaian kerana masing-masing kaum mempunyai cara berpakaian
tersendiri namun kewajipannya adalah menutup aurat bagi lelaki dan perempuan yang
tidak menampakkan susuk tubuh serta fitnah yang lebih buruk. Kaum lelaki dilarang
memakai pakaian serupa perempuan begitu jugalah sebaliknya.

 Ilmu pengetahuan
Islam datang dengan menghapuskan kejahilan manusia dan digalakkan supaya
menuntut ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan mendapat tempat yang tinggi di sisi
Islam dan para penuntutnya dianggap mulia. Ayat al-Qur’an yang pertama menyuruh
manusia supaya membaca (menuntut ilmu pengetahuan) dan banyak lagi dalil-dalil yang
meminta umat Islam supaya belajar dan menuntut ilmu.

3
 Ekonomi
Ekonomi adalah penting untuk kehidupan manusia, lantaran itulah Islam mengiktiraf dan
menerima ekonomi sebagai satu usaha meningkatkan taraf hidup manusia. Ilmu yang
berkaitan dengan ekonomi di dalam Islam telah banyak diperluaskan oleh ulama’ yang
pada dasarnya Allah menyebut tentang halalnya jual beli dan diharamkan riba’, begitu
juga diwajibkan mengeluarkan zakat, beerti ia menyentuh perihal ekonomi.

 Politik dan kenegaraan


Manusia adalah makhluk yang perlukan hubungan social (social kontrak), justeru itu ia
memerlukan bimbingan daripada pemimpin-pemimpin. Rasulullah saw telah
meninggalkan kita dengan meninggalkan soal kepimpinan (khilafah) sebagai sesuatu
yang penting di dalam membangunkan umat. Politik adalah sebahagian daripada Islam
dan sesiapa yang menganggap politik bukan sebahagian daripada Islam beerti ia telah
memisahkan agama dari landasan yang sebenarnya. Inilah fahaman ideology yang
ditanam oleh musuh-musuh Islam supaya dengannya umat Islam akan terpisah secara
berjuzuk-juzuk dari amalan Islam yang sebenar.

Islam juga memperincikan tentang prinsip-prinsip urustadbir yang baik dalam sesebuah
Negara. Islam menekankan prinsip keadilan (‘adalah), kesaksamaan (musawah),
accountability (mas’uliyyah) sebagai nilai teras pengurusan masyarakat dan Negara.
Bahkan dalam Sirah Nabawiyyah, Rasulullah telah memperlihatkan model kepimpinan
Negara yang ideal dan Rasulullah sendiri dianggap oleh para sarjana Muslim dan non
Muslim sebagai seorang Negarawan (Stateman) yang ulung.

 Dakwah
Dakwah ialah menyeru, mengajak manusia kepada pengabdian kepada Allah, ia adalah
tugas mulia yang amat penting dan inilah tugas para Nabi dan rasul di utuskan ke muka
bumi oleh Allah swt. Perbincangan mengenai dakwah akan dibincangkan dalam topik
yang akan datang.

 Muamalah (interaksi social)


Manusia adalah makhluk yang memerlukan sosial untuknya berinteraksi dengan
manusia lainnya. Oleh kerana itulah Allah menjadikan mansuia ini berpasang-pasang
supaya manusia berasa damai dan tenteram dalam kehidupan. Dalam kehidupan
bermasyarakat, Rasulullah banyak mengajar umatnya bagaimana tatacara hidup
bermsyarakat yang sebenarnya seperti menghormati orang tua, memuliakan jiran,
menziarahi orang lain, memuliakan tetamu, dan sebagainya.

 Jihad
Perkataan jihad berasal dari kata “jahada” yang bermaksud kesungguhan. Menurut
syarak ialah pengerahan tenaga dari seorang Muslim dalam mempertahanakan dan
menyebarkan Islam kerana menuntut keredhaan Allah. Kerana itu jihad adalah satu
kalimah yang besar maknanya dan tuntutannya juga amat besar dipikul oleh umat Islam.
Jihad dalam konteks yang luas boleh difahami dan diaplikasikan dalam pelbagai cara
seperti lisan, berjihad menentang hawa nafsu, berjihad dengan peperangan, dan
pelbagai lagi

 Sistem Kekeluargaan
Islam memperincikan secara detail tentang institusi kekeluargaan yang menjadi asas
pembentukan sebuah masyarakat yang kukuh. Islam menggariskan undang-undang

4
kekeluargaan yang komprehensif yang merangkumi aspek pembinaan dan pembubaran
perkahwinan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek-aspek tersebut
khususnya tentang hak dan tanggungjawab pasangan suami isteri serta anak-anak.

Takrif Al-Syariah Al-Islamiyyah

Syari’ah dalam bahasa Arab beerti aliran (al mazhab) dan jalan yang lurus. Syariah
Islamiyyah menurut istilah ialah hukum-hukum yang disyara’kan oleh Allah s.w.t. untuk
hambaNya, samada yang berkaitan dengan aqidah, ibadat, akhlak, muamalat, dan
system-sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagiaan mereka di dunia
dan akhirat. Ia juga diertikan sebagai saluran air yang mengalir yang menjadi sumber
minuman. Hukum-hukum ini dinamakan Syariah kerana lurus dan tidak menyimpang
sistemnya dari matlamatnya, seperti landasan yang lurus tidak ada bengkang-bengkok.
Berdasarkan penjelasan di atas maka syariat Islam Islam dari segi istilah syara’ adalah
“semua hukum yang diciptakan oleh Allah untuk hambanya sama ada hukum-hukum ini
diperundangkan melalui al-Qur’an atau Sunnah Nabi saw dalam bentuk perkataan,
perbuatan atau perakuan baginda”.

Ciri-ciri Keistimewaan Syariah Islamiyyah

Rabbaniyyah
Rabbaniyyah bermaksud Perundanganm Syariah adalah diwahyukan daripada Allah
SWT dan bukan undang-undang ciptaan manusia. Sumber Syariah Islamiyyah ialah
Allah SWT yakni wahyuNya kepada Nabi Muhammad saw dengan lafaz dan makna,
iaitu al-Qur’an, atau dengan makna tidak lafaz iaitu as-Sunnah. Ciri ini membezakannya
sama sekali dari semua perundangan duniawi kerana ia bersumberkan dari manusia
sedangkan Syariah Islamiyah sumbernya pencipta manusia itu sendiri.

Natijah daripada cirri Rabbani dalam Syariah Islamiyyah adalah:


i. Prinsip-prinsip Syariah dan hukum-hakamnya bersih dari sebarang rupa bentuk
kezaliman, kelemahan dan menurut hawa nafsu kerana penciptanya ialah Allah
yang mempunyai kesempurnaan mutlaq. Undang-undang duniawi pula
mempunyai kelemahan kerana ia lahir dari manusia yang memiliki kelemahan
seperti kejahilan, penyelewengan, kezaliman, kelemahan, kekurangan,
terpengaruh dengan hawa nafsu, alam persekitaran, kaum atau bangsa, dan
sebagainya.
ii. Hukum-hukum Syara’ mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa orang-
orang yang beriman dengannya ama ada pemerintah mahupun yang diperintah,
justeru kerana ianya dari Allah dan pasti memiliki sifat Ad-Din. Atas dasar inilah ia
tetap dihormati dan dipatuhi dengan rela hati yang didorongi oleh jiwa yang
bersih dan keimanan yang mendalam tanpa ada unsur paksaan.

Alamiyyah (Universal)
Syariat Islam menjadi keistimewaan dengan ciri ini, ia menjadi rahmat untuk sekalian
alam, menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan untuk
manusia sejagat pada semua masa dan tempat. Syariah Islamiyyah bukan perundangan
untuk satu jenis manusia, Negara, bangsa dan kabilah tertentu sahaja, bahkan sentiasa
relevan di semua tempat dan masa.

Kekal.

5
Syariat islam kekal sepanjang zaman tanpa dinasakh dan tiada perubahan. Ia
merupakan Syariat Islam terakhir dan penutup syariat-syariat samawi. Nabi Muhammad
saw adalah rasul terakhir, tiada Nabi lagi selepas baginda. Kesejagatan Syariat Islam,
umum untuk seluruh manusia dan tidak menerima sebarang pembatalan dan tukar
ganti, sudah pasti segala peraturan dan hukum-hakamnya itu dapat mencapai
kepentingan manusia sepanjang zaman dan disemua tempat dan mampu memenuhi
segala keperluan yang dihajati oleh manusia setiap masa, dijadikannya sebagai penutup
semua syariat, peraturan, prinsip dan hukum-hukumnya sesuai dilaksanakan untuk
semua masa dan tempat.

Syumul (Menyeluruh/Komprehensif)
Syariat Islam itu suatu system yang syumul mencakupi semua urusan hidup yang
menggariskan manusia jalan iman, menerangkan dasar-dasar aqidah, menyusun
hubungan manusia dengan Tuhannya, memerintah bersihkan jiwa, dan mengatur
hubungan manusia sesama manusia. Kesyumulan Islam ini dapat dilihat pada 3
kelompok:-
i. Hukum-hukum yang berkaitan dengan aqidah seperti beriman kepada Allah dan
hari akhirat. Perbahasan hukum-hukum aqidah ini dan kajiannya terdapat dalam
ilmu kalam atau Tawhid.
ii. Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar,
amanah, menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat, mungkir janji. Hukum-
hukum akhlak ini kajiannya adalah dalam ilmu akhlak atau Tasawwuf.
iii. Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam
hubungan mereka dengan yang lain. Hukum amali ini dinamakan dengan al-fiqh,
perbincangannya dalam ilmu al-Fiqh. Syariah terbahagi kepada 2 bahagian yang
besar iaitu:
a) Ibadat seperti solat, puasa, zakat yang mana ia bertujuan mengatur
hubungan di antara individu dengan Tuhannya (man to God activities).
b) Muamalat ‘ammah yang bertujuan untuk mengatur hubungan di antara
sesama manusia (man to man activities).

Kemanusiaan
Syariat Islam bersifat kemanusiaan sejagat kerana ianya diturunkan oleh Allah swt untuk
seluruh manusia dan rahmat Allah kepada mereka sepanjang zaman dan di semua
tempat. Intipati Syariah selari dengan fitrah manusia dan

Keadilan mutlak
Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut hitungan sebenarnya
daripada Allah. Adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan keadilan mutlak dikalangan
manusia seluruhnya dengan menegakkan persaudaraan dikalangan mereka,
memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta benda
dengan bermatlamat dunia dan akhirat.

MAQASID SYAR’IAH (OBJEKTIF UMUM SYARIAH ISLAMIYAH)

Secara umumnya, Syariah Islamiyyah diturunkan oleh Allah untuk memberikan


kesejahteraan kepada manusia dan menjauhkan manusia daripada kemudaratan.
Syariah Islamiyyah menjamin 5 perkara asasi

1. MEMELIHARA AGAMA - Allah menghukum orang yang menukar agama (murtad)


dengan hukuman bunuh sebagai balasan demi menjaga agama Allah yang agung ini

6
sentiasa terpelihara bukan untuk dipermainkan. Allah telah menerangkan di dalam Al-
Qur’an:
“Dan barangsiapa dari kamu yang berpaling daripada agamanya, lalu ia mati padahal ia
tetap kafir, maka gugurlah amal-amal mereka di dunia dan akhirat. Dan mereka akan
jadi ahli neraka yang mereka (akan) kekal di dalamnya” (Al Baqarah : 217)

2. MEMELIHARA AKAL - Allah mengharamkan benda-benda yang memabukkan


kerana hendak memelihara akal manusia. Kita dapat perhatikan orang-orang yang
mabuk disebabkan bahan-bahan tersebut perangainya sama seperti binatang mereka
sanggup melakukan sesuatu yang tidak baik tanpa perasaan malu. Islam telah
menjelaskan bahawa arak adalah ibu segala yang keji dan kotor. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw:
“Arak adalah ibu segala kejahatan” (Riwayat al Tirmidzi- bertaraf hasan)

Islam menghukum kepada mereka yang sabit melakukan kesalahan minum arak
sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadith di bawah:
"Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan
sepatu, kemudian Abu Bakar(di zamannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan.
Ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan dari orang ramai; “Apa
pandangan kamu tentang sebatan bagi orang yang minum arak?” Lalu Abdul Rahman
bin Auf berkata: “Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan
(qazaf), maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan"
(Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud).

3. MEMELIHARA NYAWA - Islam telah menetapkan bahawasanya sesiapa yang


menghilangkan nyawa manusia lain akan dikenakan hukuman bunuh balas. Ini beerti
bahawa qisas terhadap seorang adalah perlu untuk memelihara keselamatan hidup
(nyawa) orang lain, dengan ini akan memberi pengajaran yang berkesan kepada
sesiapa sahaja yang berani melakukan perbuatan tersebut.

4. MEMELIHARA HARTA
Harta perlu dipelihara dengan baik, maka Allah mensyariatkan supaya mereka yang
mencuri harta dikenakan hukuman apabila mempunyai syarat-syarat dan bukti yang
sahih. Oleh kerana itu balsannya adalah dipotong tangannya apabila syarat-syaratatau
bukti-bukti telah mencukupi bagi si pencuri tersebut. Inilah keadilan Islam supaya
manusia itu sentiasa menghormati harta atau hak orang lainnya.

5. MEMELIHARA KETURUNAN
Islam menjamin keselamatan ummah dan keturunan pemeluknya. Untuk
melangsungkan zuriat manusia di dunnia ini maka disyariatkan perkahwinan.
Perkahwinan juga merupakan satu saluran yang sah bagi memenuhi naluri
manusia. Justeru itu Islam mengharamkan sama sekali hubungan jenis tanpa mengikut
saluran yang sah di sisi syarak. Hukuman yang setimpal dikenakan kepada mereka
yang melakukan jenayah tersebut adalah 100 kali sebatan bagi yang belum berkahwin
manakala yang sudah berkahwin direjam dengan batu yang sederhana sampai mati. Ini
berdasarkan kepada Firman Allah SWT:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh
perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah swt, jika
benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman

7
seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang
beriman” (Surah An-Nuur ayat 2).

CIRI-CIRI KHUSUS ISLAM

Islam memiliki ciri-cirinya tersendiri yang jauh membezakan Islam dengan agama
yang lain:

CIRI-CIRI HURAIAN

Rabbaniyyah  ‘Rabbaniyyah’ – berasal daripada kalimah ‘Rab’; Allah Yang Maha


Pentadbir lagi Maha Penentu
 Islam diturunkan oleh Allah. Manusia hanya sebagai pelaksana
segala ketentuan yang telah ditetapkan.
 Dua bahagian Rabbani :
 Rabbani Dari Sudut Matlamat dan Tujuan.
 Matlamat terakhir kehidupan ialah untuk mendapatkan
keredhaan Allah. Semua skop dalam Islam seperti
aqidah, muamalah dan akhlak adalah bertujuan
menyiapkan manusia sebagai hamba Allah semata-mata.
 Rabbani Dari Sudut Manhaj dan Sumber
 Manhaj Islam bersifat Rabbani kerana ia bersumberkan
dari al-Quran dan As-Sunnah.
 Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t mempunyai pelbagai
keistimewaan.Antaranya ialah
 Islam adalah sempurna dan tiada sebarang kecacatan
 Islam amat disanjung dan dihormati oleh penganutnya

Syumuliyyah  ‘Syumuliyyah’ bermaksud Islam agama yang lengkap dan


sempurna.
 Ruang lingkup Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia
dari sekecil-kecil urusan hingga sebesar-besar perkara.
 Perbandingan antara kesyumulan undang-undang Allah dan
undang-undang ciptaan manusia, antaranya:

Undang-undang Allah Undang-undang Manusia


 Mengambil kira unsur  Memisahkan antara
akhlak dalam semua unsur-unsur akhlak
aspek kehidupan dengan dasar undang-
undang.

 Menjadikan kosep  Meletakkan konsep


"matlamat tidak matlamat menghalalkan
menghalalkan cara cara dalam mencapai
dalam menentukan sesuatu matlamat
sesuatu perkara walaupun jalannya
(undang-undang) bertentangan dengan
contohnya : soal halal syariat Islam.) Apa yang
dan haram sesuatu penting adalah matlamat

8
perkara yang diimpikan berjaya
dicapai.

Waqi’iyyah  Iaitu Islam adalah mengikut suasana dan tempat.


(Setempat)  Konsep Islam yang universal ini diperkukuh lagi melalui dinamisme
yang terdapat dalam syariat Islam. Dengan dinamisme ini, syariat
Islam sesuai ditegakkan di mana-mana sahaja. Contohnya
perubahan fatwa dan perbezaan pendapat mengenainya boleh
berlaku disebabkan oleh perubahan zaman, tempat, suasana, niat
dan adat.
 Contoh: Islam mewajibkan menutup aurat di semua tempat di muka
bumi ini tetapi cara penutupannya mengikut tempat dan suasana
umat Islam.

Inqilabiyyah  Iaitu menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam juga tidak
(transformasi) boleh ditempel dengan sebarang unsur jahiliyyah (tidak boleh
bergabung dengan sebarang dasar selain Islam).
 Seperti dalam sirah Rasulullah SAW, walaupun Baginda pernah
ditawarkan oleh Musyrikin untuk menjadi Ketua di Makkah, Baginda
menolak kerana Baginda diminta berkompromi dengan Jahiliyah
yang diamalkan ketika itu. Sebaliknya Rasulullah di wahyukan
untuk berhijrah ke Madinah untuk mendirikan Negara yang
berasaskan Syariah yang di wahyukan oleh Allah.

Thabat dan  Thabat iaitu tetap dari segi prinsip dan hukum, manakala Murunah
Murunah iaitu anjal atau fleksibel dari segi pelaksanaan berdasarkan
(Kekal dan keperluan-keperluan tertentu..
Fleksibel)  Contoh: Solat adalah wajib dan pelaksanaannya boleh dibuat
secara jama’ dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Ketika sakit
pula, solat boleh dilakukan secara sambil duduk atau berbaring.

Islam sebagai ad Din yang sempurna: Bukti-bukti Semasa

Kestabilan Sistem Kewangan Islam dan Kejatuhan Sistem Kewangan Kapitalis

Sistem ekonomi dan kewangan Islam menawarkan solusi kepada pelbagai kegawatan
yang berlaku dalam sistem ekonomi liberal kapitalis yang diamalkan pada masa kini.
Sistem ekonomi Islam menolak unsur-unsur kezaliman dalam urusniaga antaranya riba
(usury/interest), manipulasi harga, monopoli (ihtikar) yang melampau terhadap sumber
dan hasil agihan kekayaan, elemen perjudian (gambling), dan mengharamkan transaksi
yang melibatkan barangan yang tidak halal dan mengundang mudarat seperti dadah,
senjata api dan lain-lain dalam pasaran kecuali dengan tujuan yang diharuskan.

Islam mengharamkan riba kerana riba membawa pelbagai kesan buruk kepada
masyarakat. Riba adalah satu bentuk penindasan kepada golongan yang tidak memiliki
kemampuan kewangan dan tidak menyumbang kepada kegiatan ekonomi yang sihat

9
kerana riba hanyalah semata-mata gandaan wang daripada pinjaman. Riba juga
menyebabkan berlakunya permusuhan dalam masyarakat kerana masing-masing tidak
berpuas hati kerana wujud unsur penindasan. Justeru itulah Riba diharamkan
berdasarkan Kitabullah, sunnah Rasul-Nya dan ijma’ umat Islam.

Firman Allah:
“Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba
(yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu tidak
mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya
akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu
pokok hartamu; kami tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah Al-Baqarah:
278-279).

Dari Jabir ra, Rasulullah SAW bersabda: “Rasulullah saw melaknat pemakan riba,
pemberi makan riba, dua saksinya dan penulisnya.” Dan Beliau bersabda, “Mereka
semua sama.” (Shahih: Mukhtasar Muslim no: 955, Shahihul Jami’us Shaghir no: 5090
dan Muslim III: 1219 no: 1598).

“Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya
lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm
295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal
Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )

Dalam perkembangan krisis ekonomi dan kewangan terbaru, institusi kewangan utama
konvensional (berasaskan riba) seperti Merill Lynch, Citibank dan Lehman Brothers jatuh
bankrap dan mengalami kerugian terbesar dalam sejarah masing-masing. Institusi-
institusi ini mengalami kerugian yang dahsyat kerana kebergantungan mutlak kepada
transkasi dan produk kewangan berasaskan riba. Sedangkan pada masa yang sama,
asset kewangan Islam meningkat secara konsisten melebihi 15 %.1

Puasa dan Kesihatan


Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak. Di samping manfaat fisiologi badan,
ibadah puasa turut menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi.
Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat
tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-rata 10 kalori tenaga
setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.

Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan
darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut
menurunkan berat badan. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan
Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar
perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu.
Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan
pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang
menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula
darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Solat dan Ilmu Fizik

1
Laporan Bank Negara Malaysia 2009.

10
Sabda Nabi SAW :
"Tidak ada tiga orang tidak mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan mereka
(mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah
syara’); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jemaah (kerana
dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan)" (Riwayat Imam
Ahmad).

Kelebihan Solat Berjamaah Dari Pandangan professor seorang bukan Islam di Amerika
Syarikat tentang mengapa Islam terlalu menitik beratkan solat Jemaah diceritakan
melalui kajiannya dari sudut pandangan fizik. Tubuh manusia terdiri daripada cas +ve
dan -ve. Seharian manusia bergerak di atas muka bumi ini (bertani, berjalan mencari
rezeki di hutan/laut/darat, bertemu sua, hubungan sosial, perubahan emosi dll.)
mengakibatkan cas-cas dalam tubuh kita ini menjadi tidak seimbang disebabkan
pergerakan electron-electron (cas-cas) keluar masuk dalam tubuh manusia.

Ketidakseimbangan cas-cas ini menyebabkan keseimbangan tubuh badan dari segi


fizikal, mental, emosi juga akan terganggu. Cas-cas ini perlu diseimbangkan bagi
mengembalikan kesegaran/kecergasan/keseimbangan fizikal, mental, emosi manusia.
Kajian menunjukkan dengan bilangan rakaat dalam solat fardu lima waktu secara
berjemaah dapat menyelesaikan masalah ini. ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat,
Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat) Semasa kita melakukan solat
berjemaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu
bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh
jemaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang
berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan
rakan kita. Jemaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan
cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Pada
ketika ini proses untuk menyeimbangkan kembali cas-cas dalam tubuh manusia berlaku.

Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita
merasa segar dan sihat setelah berehat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan
ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi,
apabila kita mendirikan solat Subuh berjemaah, kita hanya memerlukan sedikit
pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh
itu hanya dua rakaat.

Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau
memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari
badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat
berjemaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini.

Halangan-halangan Terhadap Penghayatan Islam sebagai ad Din

i. Kejahilan Umat terhadap ajaran Islam yang syumul


ii. Dakwah dan sistem pendidikan yang lesu dan gagal dalam memahamkan Umat
terhadap Islam sebagai ad Din yang sempurna. Malah para pendakwah dan
pendidik juga gagal mempersembahkan mesej Islam yang selari dengan
pemikiran dan perubahan semasa.
iii. Persekitaran yang tidak membantu penghayatan Islam yang sempurna. Budaya
hiburan keterlaluan, budaya khurafat-syirik, anasir sekularisme adalah antara

11
elemen yang membiak dalam masyarakat yang menjauhkan Umat daripada
tuntutan agama yang sebenar.
iv. Konspirasi musuh Islam dalam memberikan pelbagai label yang negatif terhadap
Islam seperti Islam agama yang jumud, keganasan, anti-wanita dan sebagainya.
Media-media antarabangsa digunakan sebagai saluran propaganda dalam
menanam pemikiran yang salah ini.
v. Pemimpin yang tidak beriman dengan Islam yang syumul. Terdapat Pemimpin
dunia Islam yang hanya menjadikan Islam sebagai retorik dan slogan semata-
mata, namun tidak mempunyai kemahuan (leadership will) dalam menerapkan
ruh Islam yang sebenar dalam kehidupan masyarakat.

Langkah-langkah ke arah Menghayati Islam Sebagai Ad Din

i. Berusaha memahami Islam secara komprehensif. Ilmu dan kefahaman Islam


yang mantap adalah syarat asasi dalam melaksanakan Islam secara syumul.
Perlu diingatkan bahawa semangat dan slogan semata-mata tidak memadai
dalam menterjemahkan tuntutan Islam sebaliknya kefahaman yang mantap
menjadi asas kepada penghayatan Islam.

ii. Berusaha melaksanakan Islam yang syumul dalam kehidupan. Al Imam


Hasan al Banna dalam risalahnya menyatakan: ”Agama hanya dapat dirasakan
oleh sesiapa yang menegakkannya dalam dirinya”. Justeru dalam mencapai misi
menghayati Islam sebagai cara hidup lengkap, setiap Muslim harus sedaya
upaya melaksanakan Islam dalam kehidupan diri dan rumahtangganya sebaik
yang mungkin.

iii. Berusaha secara kolektif dalam menerang dan menyampaikan dakwah


Islamiah. Setiap Muslim hendaklah berganding bahu untuk menyebarkan
dakwah Islamiyah dengan pendekatan dan method yang sesuai dengan
zamannya bagi agar masyarakat secara keseluruhannya melihat dan meyakini
Islam sebagai solusi dalam kehidupan mereka.

iv. Menyumbang dalam usaha-usaha menjayakan sistem Islam dalam


masyarakat. Setiap Muslim mesti berperanan untuk saling sokong menyokong
sebarang inisiatif dan program yang bertujuan untuk mendaulatkan Islam sama
ada dalam aspek ekonomi, politik, sosial dan dakwah.

12

You might also like