You are on page 1of 21

1

PENDAHULUAN

Sebenarnya pemerintahan dan kepemimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al-
Rasyidin merupakan contoh pemerintahan dan kepemimpinanan yang terbaik yang pernah
disaksikan di muka dunia ini. Antara ciri-ciri yang menonjol dalam pemerintahan dan
kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al-Rasyidin adalah keadilan, kesamarataan,
kebebasan dan ketelusan.
Rasulullah s.a.w. merupakan ketua negara Islam yang pertama. Pemerintahan
Rasulullah s.a.w. juga tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang telah diperintahkan oleh
Allah s.w.t. dalam al-Quran iaitu mendaulatkan hukum Allah, menegakkan keadilan,
kebebasan dan ketelusan, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, membina
perpaduan dan menjamin keamanan dan keharmonian.

Khulafa al-Rasyidin bermaksud para pengganti Rasulullah yang berada di atas jalan
kebenaran. Mereka ialah pemerintah kerajaan Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Mereka terdiri daripada Abu Bakar al-Siddiq r.a., Umar bin al-Khattab r.a., Uthman bin
Affan r.a. dan Ali bin Abi Talib r.a. Oleh kerana mereka mewarisi kerajaan Islam yang
diasaskan oleh Rasulullah s.a.w., mereka mempunyai tanggungjawab dan peranan yang besar
untuk memastikan keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan yang telah diasaskan
oleh Baginda terus berkekalan dalam pemerintahan dan kepemimpinanan mereka.




2

1. PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN DALAM
ISLAM

1.1 Zaman Rasulullah

Rasulullah s.a.w. berusaha untuk mendaulatkan semua hukum-hakam yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam semua aspek. Ini termasuk hukum yang berkaitan
dengan aspek politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, sosial, pendidikan,
kekeluargaan dan lain-lain. Dalam aspek politik dan pentadbiran umpamanya, Rasulullah
s.a.w. melaksanakan sistem pentadbiran secara syura iaitu secara perundingan dan mesyuarat
seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Dalam aspek undang-undang, Rasulullah s.a.w. juga melaksanakan sepenuhnya
sistem perundangan seperti yang dikehendaki oleh al-Quran baik dalam aspek jenayah
mahupun dalam aspek mal (sivil). Perundangan Islam yang terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu hudud, qisas dan tazir berteraskan keadilan dan kesaksamaan tanpa
mengira perbezaan darjat, status sosial, ekonomi, bangsa dan sebagainya. Orang yang
bersalah tetap bersalah dan dikenakan hukuman yang setimpal sekalipun dia golongan
bangsawan dan begitu juga sebaliknya.


Dalam bidang ekonomi, Rasulullah s.a.w. mematuhi sistem ekonomi yang diasaskan
daripada Al-Quran yang menekankan keadilan. Untuk menjamin keadilan dan
memastikan agar kekayaan tidak dibolot oleh segolongan kecil ahli masyarakat
sahaja, maka pelbagai institusi ekonomi diwujudkan oleh Islam. Antara institusi itu
ialah institusi zakat, sedekah, baitul mal, waqf, pusaka, kharaj dan lain-lain. Melalui
institusi-institusi ini, hak orang kaya dijamin keselamatannya, manakala orang miskin
pula dibela dan dibantu dengan sewajarnya. Sistem ekonomi Rasulullah s.a.w.
menghapuskan amalan riba yang sebelum ini diguna pakai oleh orang Yahudi
Madinah ke atas orang Arab.





3

Dalam aspek sosial pula, Rasulullah s.a.w. berusaha melaksanakan perintah al-Quran
dari segi kehidupan sosial yang aman, makmur dan harmoni. Dengan itu, pelbagai
institusi sosial diwujudkan seperti institusi persaudaraan dan kekeluargaan
(munakahat), institusi masjid, kejiranan dan lain-lain. Langkah pertama Nabi
Muhammad s.a.w. menjadikan masjid sebagai pusat segala urusan harian yang
meliputi bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan termasuk urusan pentadbiran dan
pemerintahan negara adalah merupakan tindakan yang sangat besar kesannya kepada
kebajikan negara.


Baginda juga mewujudkan beberapa jawatan dan antara jawatan yang diwujudkan
ialah naibin atau nuwwab. Orang yang memegang jawatan ini bertindak sebagai
timbalan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan mengetuai pentadbiran negara ketika
Baginda tiada di Madinah, sama ada untuk tujuan ketenteraan ataupun dakwah.



4

1.2 Zaman Khulafa Ar-Rasyidin

Kedudukan mereka yang terdiri daripada Abu Bakar al-Siddiq r.a., Umar bin al-
Khattab r.a., Uthman bin Affan r.a. dan Ali bin Abi Talib r.a. hampir sama dengan
Rasulullah s.a.w. dan sentiasa mendampingi Baginda semasa Baginda masih hidup, para
Khulafa al-Rasyidin dapat memahami konsep dan falsafah pemerintahan Islam seperti yang
dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Dengan itu mereka dapat menghayati ajaran kepemimpinan
Baginda dengan mudah.
Berikut merupakan sumbangan Khulafa al-Rasyidin semasa pemerintahan dan
kepemimpinan mereka:



5



6

2. KONSEP DAN TUJUAN BERPOLITIK DALAM
KENEGARAAN ISLAM

2.1 Pengertian Politik Dalam Islam

Politik adalah 'ilmu pemerintahan' atau 'ilmu siyasah', iaitu 'ilmu tata negara'. Politik
dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan
melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan. la bertujuan untuk
menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai
syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang.
Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya: "Dan katakanlah: Ya Tuhan
ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik
dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong." (AI-Isra':80)
Di atas landasan inilah para 'ulama' menyatakan bahawa: "Allah menghapuskan
sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan Nya meIaiui al Qur'an"


2.2 Konsep Berpolitik Dalam Islam

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanul Arab, Al-Suus bereti kempimpinan.Jika
seseorang diangkat menjadi pemimpin maka boleh dikatakan sawwasuhu wa asasuhu,
wasasa al-amr siyasah yang seseorang mengatur urusan politik. Bila dikatakan sawassa
pulanun amra bani fulan membawa erti Si Fulan itu member mandat untuk mengetuai Bani
Fulan. Dalam kamus Al-Munjid, takrif siasah disebut sebagai mengedalikan urusan sebuah
Negara.memperbaiki keadaan dan urusan manusia dan mentadbir urusan sesebuah negeri.
Menurut Al-Nasafi, siasah ialah mengawal masyarakat dengan sesuatu yang
membawa kepada kemaslahatan sama ada dengan cara lemah lembut atau kekerasan.
Manakala siasah menurut Ibn Aqil pula bermaksud perbuatan yang boleh membawa manusia
lebih hampir dengan kebaikan dan menjauhkan mereka daripada kerosakkan sekalipun
dengan perkara yang tidak disyariatkan oleh Rasulullah.
Menurut Abdul Wahab Khalaf, siasah membawa erti mentadbir urusan awam dalam
negara Islam dengan sesuatu yang dapat melaksanakan kepentingan dan menolak bencana
selagi tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip dalam syariat Islamiah.

7

2.3 Tujuan Berpolitik Dalam Islam.

Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan
dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syari'at Islam.
Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dengan
adanya pemerintahan yang mendukung syari'ah, maka akan tertegaklah al Din dan
berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan tuntutan al Din tersebut.



8

3. PERBEZAAN ANTARA AMALAN SYURA DENGAN
AMALAN DEMOKRASI.

3.1 Amalan Syura

Syura dari segi bahasa beerti rundingan, bicara atau timbangan permuafakatan.
Manakala dari istilah syara' terdapat banyak pengertiannya diantaranya, syura adalah
perbincangan yang dilakukan keatas permasalahan dunia atau agama dan mencari
penyelesaian yang terbaik. Amalan sistem syura ini adalah perintah Allah kepada
hambanyauntuk menyelesaikan perselisihan pendapat di antara umat Islam. Firman Allah di
dalam surah As-syura ayat 10 yang bermaksud:
'Apa-apa perselisihan antara kamu dalam sesuatu perkara, maka kembalilah
hukumnya itu kepada Allah'
Juga firman Allah didalam surah An-Nisa' ayat 59 yang bermaksud:
'Jika sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka kembalilah kepada Allah
dan Rasulnya, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat'
Syura adalah salah satu kaedah penyelesaian masaalah di dalam Islam yang muafakat
kearahnya didasarkan kepada usul syariat Islam.Di zaman Rasullullah baginda sering
meminta pandangan sahabatnya mengenai sesuatu perkara yang berkait dengan kehidupan
mereka.
Matlamat syura ialah menentukan hala tuju ketetapan Am, mengembalikan ummah
untuk memikul kesediaan tanggungjawab. Islam sebagai asasbagi ummah, manakala ummah
adalah sebahagian daripada pelaksanaan sistem syura.Dalam konteks negara Islam, Ahli
Majlis Syura mestilahterlantik di kalangan orang-orang tertentu yang mahir dalam pelbagai
bidang dengan di awasi oleh syura ulamak yang dikenali sebagai Majlis Syura
Kerajaan.Bermesuarat itu adalah kewajipan yang mesti di tunaikan oleh orang-orang beriman
dalam semua perkara dan mencari muslihat dengan dua syarat:
Syura itu tidak diharuskan dalam perkara-perkara yang telah menjadi nas yang telah
di putuskan melainkan kerana membincangkan bagaimanakah untuk melaksanakan
nas tersebut.

Syura itu tidak diharus sekiranya memberi keputusan yang menyalahi nas-nas syarak
dan terkeluar dari syariat Islamiah.


9

3.2 Amalan Demokrasi

Demokrasi adalah satu idelogi ciptaan manusia yang meletakkan sesuatu hukuman itu
berdasarkan logik akal dan mendapat sokongan yang ramai. Sedangkan syura meletakkan
hukuman yang paling tinggi adalah Allah, nas -nas syara' daripada Alquran dan
Sunnah.Demokrasi meletakkan suara ramai itulah penghukum samaada halal atau haram,
samaada menepati syara' atau tidak.Lantaran itu berlakunya segala bentuk kerosakan dan
kefasidan yang mengakibatkan perselisihan antara manusia yang tidak di cerna dengan
baik.Manusia pula di pengaruhi dengan akal dan nafsu ,jika sekiranya ia tidak dipandu dan di
suluh dengan cahaya nescaya musnahlah segala apa tindakan yang dibuat.
Sesungguhnya Islam tidak menghalang demokrasi, dengan syarat demokrasi itu
mestilah mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh Islam.Bukan Islam yang mengikut
demokrasi.Islam sebagai agama yang memerintah bukan diperintah.


3.3 Perbezaan Antara Amalan Syura dengan Amalan
Demokrasi


3.3.1 Dari segi pemilihan khalifah/pemimpin:

Perbezaan dari segi pemilihan pemimpin adalah perbezaan yang paling ketara antara
sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura pemilihan khalifah atau seseorang
yang bakal memimpin negara adalah berdasarkan apa yang telah disarankan oleh Allah
S.W.T dalam al-Quran.

Menurut apa terkandung dalam al-Quran seseorang pemimpin itu haruslah
mempunyai ciri-ciri atau pun kriteria-kriteria tertentu seperti seorang yang tinggi
keimanan dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas
terutamanya dalam konteks politik atau pemerintahan negara serta dalam konteks ekonomi
dan sosiol.

Di samping itu juga, seseorang khalifah itu haruslah mempunyai kesihatan fizikal dan
mental yang baik, serta mempunyai kemahiran dalam bidang pertahanan negara
iaitu kemahiran dalam ilmu peperangan.

Dalam konteks yang berlainan, pemimpin yang dilantik mengikut sistem syura adalah
berasaskan kebenaran dan menjauhi sebarang bentuk kebatilan yakni pemimpin
yang mempunyai sahsiah dan keperibadian yang baik serta bukan dari kalangan orang yang
fasik mahupun munafik.

10

Ini selaras dengan apa yang disarankan dalam al-Quran yang sering menyuruh umat
Islam supaya mengikuti kebenaran dan menjaga kebaikan masyarakat manusia dengan tidak
mengambil kira terhadap suara dan kehendak golongan majoriti sebagai ukuran yang boleh
diterima terutamanya dari segi pemilihan pemimpin. Firman Allah S.W.T dalam Surah Yunus
ayat 32 yang bermaksud:

Maka itulah Allah, Rab (Tuhan) kamu yang sebenarnya. Apa lagi yang ada sesudah
kebenaran kecuali kesesatan, maka ke mana lagi kamu akan dipalingkan?



3.3.2 Dari segi bidang kuasa:

Dalam sistem Syura, bidang kuasa tertakluk kepada institusi kekhalifahan yakni kuasa
seseorang khalifah terhad kepada peruntukkan kuasa yang telah disyariatkan
dalam al-Quran. Maknanya seseorang khalifah itu perlu amanah dalam kepimpinannya dan
haram baginya untuk pecah amanah. Seseorang khalifah dalam sistem syura perlu
mempunyai ketegasan yang tinggi dalam soal mempertahankan syariat iaitu memperjuangkan
kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

Dalam sistem demokrasi pula, seseorang pemimpin itu mempunyai bidang kuasa yang
luas termasuklah dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat
asalkan sesuatu perkara itu dipersetujui oleh majoriti rakyat. Sesuatu perkara yang
diharamkan oleh syariat boleh menjadi halal dengan kuasa seseorang pemimpin
itu asalkan difikirkan perlu dan mendapat sokongan majoriti rakyat.Dengan kata lain, bidang
kuasa yang digunakan adalah berpandukan akal fikiran manusia
ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata dan bukan berpaksikan Al-Quran dan
As-Sunnah.

Justeru, dalam sistem syura seseorang khalifah itu juga menggunakan kuasanya
berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Sebagai contoh seseorang khalifah adalah haram baginya menerima atau memberi rasuah
kerana rasuah dikira sebagai pecah amanah dari segi pemerintahannya.
Berbeza sama sekali dengan sistem demokrasi di mana pemimpin- pemimpin yang
berfahaman demokrasi menggunakan kuasa mereka berdasarkan perlembagaan negara
yang di gubal yang mana perlembagaan yang digubal itu bukan menjadikan asas Al-Quran
dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dalam pembentukkan perlembagaan negara tersebut.

Sehubungan itu, dalam sistem syura khalifah-khalifah diwajibkan menjalankan
pemerintahan atau menggunakan kuasa yang di amanahkan berasaskan prinsip kebenaran dan
keadilan. Dalam sistem demokrasi pula, pemimpin-pemimpin menggunakan kuasanya adalah
untuk kepentingan diri dan rakyat biarpun kuasa yang di gunakan adalah menjurus ke arah
kebatilan, kemaksiatan ataupun kemungkaran. Contohnya, pemberian lesen kepada individu-
individu tertentu dalam kes penjualan arak secara berleluasa di kawasan yang mana
kebanyakan penduduknya adalah orang Islam.



11

Dari segi bidang kuasa kehakiman pula, jelas menunjukkan perbezaan yang amat
ketara antara sistem syura dengan sistem demokrasi. Dalam sistem syura, hakim
memberikan pengadilan berdasarkan keadilan dimana prinsip keadilan itu telah dijelaskan
dalam al-Quran. Contohnya, seseorang yang telah disahkan bersalah dan
dijatuhkan hukuman maka tiada lagi pertikaian atau rayuan baginya dan seharusnya hukuman
tersebut hendaklah segera dilaksanakan. Berlainan dengan bidang kuasa
kehakiman dalam sistem demokrasi yang mana seseorang hakim boleh membenarkan
seseorang yang telah disahkan bersalah dan dijatuhkan hukuman untuk
mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan sekiranya diluluskan oleh yang Di Pertuan
Agong hukuman tersebut boleh diringankan seperti yang berlaku di Malaysia.

Oleh yang demikian, prinsip keadilan dan kebenaran telah dicabuli oleh suatu sistem
yang dirangka mengikut akal fikiran manusia semata-mata. Ini jelas
membuktikan sistem syura yang diamalkan pada zaman Khulafa



3.3.3 Dari Segi Perundangan:

Di antara sistem syura dan sistem demokrasi, perbezaan yang jelas dan ketara adalah
dari segi sistem perundangannya. Perundangan dalam sistem syura adalah
berdasarkan permesyuaratan yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. Manakala dalam
sistem demokrasi pula sistem perundangan adalah berdasarkan kehendak semasa asalkan
mendapat sokongan atau majoriti daripada rakyat dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Dalam sistem demokrasi moden, ianya memiliki dua corak dalam perundangan.
Peraturan yang tetap yang tidak menerima perubahan dan pertukaran iaitu
perlembagaan yang berterusan atau undang-undang perlembagaan. Keadaan ini tidak dimiliki
oleh mana-mana aspek dalam pemerintahan sehingga kepada majlis ummah dan pimpinan.

Berlakunya mana-mana perubahan dalam kandungan perlembagaan ini setelah
dipersetujui oleh majoroti orang ramai dengan seluruh aspeknya. Peraturan yang kedua ialah
peraturan yang tunduk kepada perubahan dan pertukaran dengan gabungan suara majoriti di
dalam majlis ummah dan pimpinan atau lembaga kabinet manteri atau selain daripada itu
yakni golongan yang mempunyai wibawa politik di dalam sesebuah negara.

Apa yang penting bagi golongan ini yang mewujudkan peraturan tidak mempunyai
batasan penafsiran undang-undang perlembagaan. Berlakunya perubahan di dalam
lingkungan undang-undang perlembagaan ini tanpa mempunyai asas yang kukuh. Dengan
yang demikian wajib bagi kita untuk menghuraikan pandangan mengenai
pemerintahan dan perundangan dalam Islam yang membezakan daripada teori-teori
demokrasi dan sosiolisme moden serta tidak mencampuradukkan di antara
kedua-duanya sebagaimana yang dilakukan oleh para penulis dan pengkaji Islam dan bukan
Islam yang tertentu.




12

Daripada aspek bahagian yang tetap di dalam undang-undang, Islam memandangkan
bahawa Allah S.W.T adalah Satu-satunya yang menentukan kedudukan syariat yang menjadi
asas-asas pemerintahan, tidak ada hal seorang pun yang lain berhak campurtangan dalam hal
ehwal menggubal syariat dalam sitem Islam walaupun Nabi S.A.W sekalipun. Manakala
daripada aspek kedua iaitu (bahagian yang tunduk kepada perubahan yang mana sistem
tunduk kepadanya). Sebagaimana yang terdapat dalam sistem-sistem demokrasi dan
sosiolisme moden, yakni berhubung dengan konsep majoriti. Apayang dimaksudkan dengan
majoriti ialah mengatasi satu perdua dengan ditambah satu yang mengatasi minoriti iaitu satu
perdua kurang satu. Tunduk kepada pandangan majoriti di dalam aspek menentukan
keputusan sehingga sampai ke tahap hak untuk bersuara di antara majoriti dan minoriti.

Menurut pandangan politik Islam adalah berbeza dengan apa yang dibawa terdahulu
dengan sistem demokrasi dan sosiolisme moden. Pertimbangan dalam meletakkan
undang-undang atau mengubahnya atau mengadakannya ataupun menukar isi kandungannya
serta bentuknya berdasarkan suara majoriti yang di terima oleh Islam.
Sebaliknya Islam bukan sekadar melaksanakan syura atau permesyuaratan di dalam persoalan
pemerintahan dan pentadbiran malah lebih jauh daripada ialah Islam
menekankan kepada mengikuti kebenaran iaitu membataskan kebenaran dengan kebatilan, di
dalam bahagian yang berubah daripada sistem, bukannyamenyenangkan manusia pada
tempat-tempat yang berbeza dalam pemerintahan Islam.

Apa yang menjadi persoalan di sini adalah sama ada Islam juga mementingkan prinsip
kedaultan rakyat dan jika bukan apakah yang menjadi gaya pemikiran politik
bagi sesebuah negara Islam. Bagi menjawab persoalan ini eloklah kita merujuk kepada
pendapat seorang sarjana Islam iaitu Al-Maududi menguasai prinsip negara
Islam iaitu: "Istilah yang lebih tepat mengenai sistem politik Islam ialah negara ketuhanan
yang digelar "teokrasi" dalam bahasa Inggeris".Menurut beliau
teokrasi di dalam sesebuah negara Islam bukanlah bermaksud mengaggungkan sesuatu kuasa
seperti yang dibuat oleh paderi-paderi di zaman Eropah yang memerintah secara paksa yang
lebih mirip kepada kekuasaan syaitan.

Menurut Al-Maududi istilah teo-demokrasi adalah lebih tepat bagi sesebuah negara
Islam. Ini adalah kerana di dalam sesebuah negara Islam, rakyat akan
memerintah berlandaskan had-had yang ditentukan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah
S.A.W. Al-Maududi juga telah mengariskan tiga prinsip utama dalam sesebuah negara Islam
iaitu tidak ada orang, golongan atau kumpulan bahawa seluruh penduduk yang menangi
dalam sesebuah negara sekalipun, boleh mendakwa mempunyai kekuasaan dan kedaulatan.
Hanya Allah pemilik kekuasaan dan kedaulatan yang sebenar semua yang lain adalah
hambanya.

Allah ialah pengubal undang-undang yang sebenar dan kuasa mutlak membuat
undang-undang adalah miliknya. Orang-orang Islam tidak boleh membuat undang-
undang yang bertentangan dan tidak boleh mengubah suai sebarang undang-undang yang
ditetapkan oleh Allah, walaupun semua orang bersetuju mahu membuat undang-undang lain
atau mengubah undang-undang Allah, dan sesebuah negara Islam mestilah diasaskan di atas
hukum yang diwahyukan tuhan dalam segala sesi dan ruang lingkupnya. Kerajaan yang
memerintah sesebuah negara Islam hanya boleh ditaati dalam tugasnya sebagai badan politik
yang dibentuk untuk melaksanakan
undang-undang Allah, sekiranya ia melanggar undang-undang yang diturunkan oleh Allah,
perintahnya tidak wajib di taati oleh orang-orang Islam.
13

Kesemua prinsip undang-undang di atas jelas menunjukkan bahawa rakyat dalam
sesebuah negara Islam hanyalah pelaksana hukum-hukum yang telah ditentukan oleh
Allah. Rakyat tidak ada alasan bagi tidak melaksanakan sesuatu hukum Allah dan tidak ada
alasan bagi memansuhkan hukum Allah.Ini adalah berbeza dengan
demokrasi berat yang berlandaskan kekuasaan dan kedaulatan rakyat. Calon-calon yang
dipilih diberi mandat untuk membuat dan melaksanakan undang-undang di dalam sesebuah
negara. Undang-undang itu pula perlulah selaras dengan kehendak rakyat. Di dalam
demokrasi barat apa-apa undang-undang yang mendapat undian terbanyak perlu dilaksanakan
walaupun ia satu perkara yang buruk dan terkutuk. Misalnya tabiat minum arak. Walaupun
minum arak membahayakan kesihatan namun melalui undian majoriti, arak boleh dijual dan
diminum tanpa batasan.

Di dalam demokrasi barat juga agama dan politik dipisahkan hingga menyebabkan
rakyat kehilangan nilai-nilai moral dan etika. Akibat persaingan yang wujud dalam
sistem kapitalisme menyebabkan rakyat hilang pertimbangan dan lebih mementingkan
materialisme dan ini mengalpakan mereka daripada membenarkan dan kebaikan yang hakiki.
Sebaliknya di dalam sesebuah negara Islam prinsip syurga adalah amat dititik beratkan. Ini
adalah disebabkan semua negara Islam yang tegak di atas prinsip ketuhanan dan menguatkan
perintah dan hukum-hukum yang jelas dari Allah dan Rasul dan tidak ada pemimpin Islam
atau badan perundangan yang boleh membuat keputusan tanpa rujukan kepada Al-Quran dan
Sunnah.

Namun ini tidak bermakna bahawa had-had dan sekatan ini memperlihatkan bahawa
Allah mengkongkong manusia daripada berkembang. Allah tidak pernah
menghadkan kebebasan pemikiran dan intelek manusia. Allah menetapkan hak membuat
undang-undang hanya terletak padanya dan bukan bermaksud untuk menyekat
kebebasan manusia. Jadi demokrasi barat yang berlandaskan kekuasaan rakyat berbeza
dengan Islam kerana di dalam demokrasi Islam kedaultan rakyat adalah mengikut had-
had yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah.

Ini menunjukkan bahawa kebebasan yang ada pada rakyat juga mengikut lunas-lunas
keimanan membebaskan yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah terhad
atas dasar keinginan dan nafsu yang ada pada manusia boleh dipengaruhi oleh Syaitan. Inilah
sebabnya Allah mewujudkan had-had seperti menurut Istilah Islamnya
adalah batas-batas Allah atau Hudud Allah. Sebagai contohnya dalam ekonomi Allah telah
menetapkan beberapa batas yang menurut perintah Allah seperti zakat
harta benda, zakat pendapatan dan pencarian rezeki secara halal.

Akhir sekali apa yang menjelaskan lagi perbandingan antara pandangan Islam dan
demokrasi liberal ke atas rakyat ialah suara majoriti di dalam masyarakat Islam
yang dibina oleh fahaman taqwa dan keutamaan tidak dapat di hitung oleh batasan-batasan
kebenaran dan pembaikan sosiol.Ini adalah selaras dengan ayat al-Quran
surah al-Ashr ayat 2 dan 3 di bawah yang bermaksud :

"Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal dengan amalan yang soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati
kebenaran."


14

Secara amnya peraturan yang bergantung kepada pandangan majoriti ummat manusia
tidak akan membawa kebaikan untuk kekalkan masa depan dan tidak
mendatangkan kekecuaian kepada ummah sendiri. Jadi Islam sentiasa membataskan
kedaulatan rakyat berdasarkan peraturan dalam Al-Quran dan Sunnah.



3.3.4 Dari segi hak orang bukan Islam dalam pemerintahan
negara Islam:

Sesungguhnya dalam sistem pemerintahan atau pentadbiran negara Islam, prinsip
keadilan dan persamaan hak adalah penting dalam menjamin keselamatan dan
kesejahteraan rakyatnya tidak kiralah umat Islam mahupun bukan Islam.Ini dapat dilihat pada
zaman pemerintahan Rasullullah s.a.w yang telah berjaya menubuhkan
sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem pemerintahan dan perundangan yang
berasaskan syariat islam. Semua rakyatnya mendapat hak yang adil dan saksama.

Walaupun menghadapi tentangan daripada kaum Quraisy Makkah dan gangguan
daripada Yahudi dan kaum bukan Islam. Ia terbentuk berdasarkan sebuah kanun atau
perjanjian bertulis iaitu Piagam Madinah yang telah dibentuk berdasarkan wahyu. Ia
mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara orang Islam dan
bukan Islam dan merangkumi aspek politik, agama, sosiol, ekonomi dan ketenteraan. Dalam
bidang politik, semua manusia adalah berprinsipkan sama rata dalam Islam. Sistem
pemerintahan yang berasaskan sistem syura adalah tidak sama dengan sistem demokrasi yang
telah dijalankan oleh negara kita sekarang ini. Ia dapat dliihat dari segi hak dan
tanggugngjawab rakyatnya.

Melalui sistem syura, pemimpin dipilih berdasarkan akhlak yang baik, berilmu, adil
dan memeiliki kecerdasan iaitu keupayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang
pemimpin. Rakyatnya yang bernaung dibawah pemerintahan ini seharusnya taat terhadap
pemerintahan negara. Selain mempunyai tanggungjawab, mereka juga mempunyai hak
tertentu, tidak kiralah golongan Islam mahupun bukan Islam. Dalam sistem syura orang
bukan Islam boleh mengeluarkan suara memberi pendapat mereka. Sungguhpun begitu,
mereka tidak berhak campur tangan dalam pentadbiran orang Islam. Contohnya menjawat
jawatan ketua dalam bidang tertentu seperti pendidikan, kewangan dan lain-lain lagi.
Golongan ini hanya berhak menjadi wakil kepada kaumnya sahaja serta bertugas untuk
menjaga kepentingan kaumnya. Dalam menjaga kepentingan kaumnya mereka boleh
mengemukakan permasalahan yang dihadapi oleh kaumnya untuk dibincangkan bersama
untuk diselesaikan. Mereka juga boleh meminta peruntukkan kewangan daripada majlis
syura. Selain dari itu juga, mereka boleh meminta majlis syura meluluskan adat-adat
keagamaan kaumnya sebagai menjaga hubungan sosiol antara kaum. Dengan ini, jelaslah
menunjukkan dalam teori politik Islam konsep kerajaaan adalah terhad. Golongan bukan
Islam juga harus dilindungi kepentingannya seperti hartanya, nyawanya, dan lain-lain lagi
dari bahaya.Walaupun mereka bukan dari agama Islam mereka adalah tergolong dalam rakyat
yang bernaung dan tunduk serta patuh dibawah pemerintahan Islam



15

Dalam pemerintahan yang berasaskan demokrasi pula, golongan bukan Islam ini
mempunyai hak yang sama dengan golongan orang Islam. Golongan bukan Islam ini
berhak campur tangan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan. Mereka bebas untuk
bersuara dan menjadi pemimpin dalam bidang pentadbiran seperti kewangan, pendidikan dan
lain-lain lagi.Ia jelas sekali berbeza dengan sistem syura dimana golongan ini tidak terhad
untuk menjadi wakil dan menjaga kepentingan kaumnya sahaja, malah mereka berhak untuk
menjadi pemimpin kepada orang Islam. Contohnya ialah seperti bidang pendidikan, ekonomi,
kewangan dan lain-lain lagi. Sebagai kesimpulannya jelaslah sistem syura adalah sejenis
corak sistem pemerintahan yang adil dan menjaga hak-hak serta bertanggungjawab dalam
menjaga kepentingan rakyatnya. Ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan khalifah Umar
Abd Khattab dimana dibawah sistem syura tentera Islam tidak dibenarkan merampas tanah-
tanah orang bukan Islam dikawasan yang baru ditakluki. Kita juga boleh mengambil iktibar
daripada peristiwa pengadilan yang dijalankan terhadap tawanan Yahudi bani Quraisy.
Pengadilan ini dijalankan berdasarkan sistem syura.





16

4. KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN.


Secara umum adalah tentang sejarah Islam yang sekian lama bertapak di Tanah
Melayu ini, seterusnya dibinanya sebuah tamadun Islam di Nusantara melalui raja-raja
Melayu-Islam dan rakyatnya. Sejarah ini adalah suatu hakikat yang sangat besar pengaruhnya
dalam membina masa hadapan sehingga memberi pengaruh terhadap kerangka Perlembagaan
Persekutuan Malaysia yang telah dirangka, yang merupakan kesinambungan daripada sejarah
tamadun Islam di Tanah Melayu.

4.1 Negara Malaysia Beragama Islam

Kita sedia maklum kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai yang tertinggi di
Malaysia, namun acuannya mempunyai unsur-unsur keislaman. Memang tidak disebutkan
Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber hukum tertinggi di Malaysia, tetapi agama Islam
sebagai agama Persekutuan Malaysia juga sebenarnya sudah merangkumi hal yang demikian
atau sekurang-kurangnya memperuntukkan usaha ke arah yang demikian.
Disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan: Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

1. Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

2. Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja,
kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam di Negerinya mengikut cara dan
setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk
kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang
dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat;
tetapi dalam apaapa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya
Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut
diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai
Ketua Agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

3. Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak
hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan
Agong kedudukan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri itu.

4. Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam
Perlembagaan ini.

17

5. Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong
hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya, dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui
undangundang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal
agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan
Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam




18


PENUTUP

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah sistem syura dan sistem
demokrasi adalah dua sistem yang berbeza. Perbezaan yang terdapat pada kedua-dua
sistem ini dapat dibezakan dari segi definisi, pemilihan khalifah/pemimpin, bidang
kuasa, perundangan dan hak bersama.
Berdasarkan aspek-aspek ini demokrasi di dalam Islam telah mengariskan
beberapa ciri demokrasi Islam kebebasan mengikut had undang-undang,
kesamarataan di sisi undang-undang, kerajaan melalui persetujuan dan
permusyawaratan dan proses pembuatan keputusan yang dimaklumkan melalui
perbatasan perlembagaan. Undang-undang dalam negara Islam adalah berdasarkan
sumber undang-undang Allah. Manakala undang-undang demokrasi liberal adalah
berbentuk sekular. Ini termasuklah mengenai kedaulatan rakyat.
Undang-undang Islam juga dianggap sebagai satu nusus yang dianggap sah
secara berkekalan. Mana-mana individu tidak berhak menggubalnya. Manakala di
dalam demokrasi barat tidak ada undang-undang yang sah secara berkekalan dan
boleh berubah-ubah. Ini menunjukkan bahawa rakyat di dalam negara Islam adalah
tertakluk kepada pembatasan dan undang-undang Allah manakala bagi rakyat di
sebuah negara demokrasi barat rakyat bebas menggubal undang-undang dan
diluluskan oleh kabinet.
Akhir sekali, demokrasi berprinsip kedaulatan rakyat adalah berbeza dengan
sebuah negara demokrasi Islam kerana rakyat dalam sebuah negara demokrasi Islam
mempunyai perbatasan dan undang-undang yang wajib diikuti iaitu berlandaskan
Agama. Manakala di sebuah negara demokrasi barat perlembagaan dan agama dua
sistem yang diasingkan.


19

RUJUKAN

Internet

1. Pemerintahan dan Pentadbiran Islam Zaman Khulafa Al-Rasyidin
smkkssejarahprau.blogspot.com

2. Pemerintahan Nabi Muhammad di Madinah
www.diskusisejarahstpm.blogspot.com
3. Pemerintahan dan kepemimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al-Rasyidin
www.pengajianislam.pressbooks.com

4. Kenegaraan Islam dan Perpaduan Umat | Perjalananku
www.ustabdullahzaik.wordpress.com

5. Tamadun Islam
www.tamadunislam1.blogspot.com

6. Membentuk Pendirian Berasaskan Maqasid Shariah (Asas dan Limitasinya) |
Perjalananku
www.ustabdullahzaik.wordpress.com

7. Politik Dan Kenegaraan Islam
www.scribd.com

8. Perbezaan syura dengan demokrasi
www.reocities.com

9. Perbezaan Antara Sistem Syura dengan Sistem Demokrasi
www.urusanulama-hl.blogspot.com

10. Sistem Syura vs Sistem Demokrasi
www.malaysiaria.com.my

11. Sistem Syura vs Sistem Demokrasi
www.s6.zetaboards.com

12. Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia
www.arifomar.blogspot.com

13. Selamat Datang ke Portal E-Syariah
www.esyariah.gov.my

20

14. Agama Islam Perlembagaaan Persekutuan dan Negara Malaysia
www.muftiwp.gov.my

15. Kedudukan Undng-undang Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan
www.tayibah.com


21

LAMPIRAN
1. Keratan Akhbar

You might also like