You are on page 1of 18

KENEGARAAN ISLAM

POLITIK DAN
PEMERINTAHAN

1
KENEGARAAN ISLAM
(Politik & Pemerintahan)

 Ajaran Islam merangkumi segenap aspek


kehidupan manusia, termasuk politik dan
kenegaraan
 Aspek ini berpandukan sumber ajaran
Islam dan sejarah Islam.
 Politik dan kenegaraan Islam merupakan
hak dan kewajipan setiap individu
muslim.
 Objektif penubuhan negara Islam adalah
untuk merealisasikan negara yang
selamat, aman, maju, adil, hidup
bersaudara
2
POLITIK & KENEGARAAN ISLAM

 Penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekah ke


Madinah tlh dapat merealisasikan politik dan
negara Islam
 Ia merupakan keperluan autoriti dan kuasa demi
kedaulatan ummah
 Al-Qur’an merupakan sumber rujukan utama politik
dan kenegaraan Islam.“apabila kamu memutuskan hukuman
di kalangan manusia, hendaklah kamu hukumnya dengan adil.”
(surah an-Nisa’, 5 : 58)
 Sunnah merupakan sumber kedua –“sesiapa di antara
kamu melihat kemungkaran, hendaklah diubah dengan tangan.
Sekiranya tidak mampu, hendaklah diubah dengan lidah. Sekiranya
tidak mampu, hendaklah diubah dengan hati. Itu adalah selemah-
lemah iman.”

3
Elemen Kenegaraan Islam

 Penduduk/rakyat – menetap dan mendiami sebuah


kawasan yang digelar negara. Semangat patriotik
dipupuk di kalangan rakyat jelata. Tidak terhad rupa
bangsa, peribumi.
 Sempadan negara – menentukan kawasan pentadbiran
negara
 Pemerintah – menyelia urus tadbir negara,
bertanggungjawab menjaga keselamatan,
kesejahteraan rakyat jelata. Pemerintah dipilih
pelbagai cara.
 Perlembagaan/Perundangan – bersumberkan ajaran
Islam, dikenali sebagai Syari’ah menjadi dasar dalam
segenap urus tadbir perjalanan dan pemerintahan
negara. Kedaulatan Syari’ah menentukan sesebuah
negara samada Islam atau tidak.

4
Struktur Kenegaraan Islam….

1. Khalifah/Imamah – ketua kerajaan, di


bawahnya wujud jentera kerajaan/
kementerian (wizarah) dan agensi-
agensinya.
- kuasa yang dimiliki khalifah bukan
mutlak. Ia adalah satu amanah bagi
menegakkan kerajaan berasaskan ajaran
Islam

5
Struktur Kenegaraan Islam……..samb.

2. Legislatif – badan perundangan, menyediakan


segala dasar dan perundangan berpandukan al-
Qur’an yang akan digunapakai di dalam menja-
lankan pemerintahan dan pentadbiran negara
3. Jurisdiktif – badan kehakiman (kadi). Badan ini
mengendalikan perselisihan atau pertelingka-
han, berfungsi menegakkan keadilan – teras
kepada keharmonian dan kesejahteraan negara.
Pengadilan yang dijalankan berpandukan
syari`at.

6
Prinsip Kenegaraan Islam

Perjalanan pemerintahan dan pentadbiran sebuah


negara Islam berasaskan prinsip-prinsip berikut:

1. Kekuasaan - kekuasan adalah milik mutlak


Allah – pemerintah wajib ditaati apabila ia
mentaati Allah contohnya perjalanan
pemerintahanya adalah mengikut ketetapan
syari`at.
“milikNyalah kekuasaan di langit dan di bumi.
Kekuasaan Allah mengatasi segala kuasa yang lain.”
(Ali-`Imran, 3 : 189)

7
Prinsip Kenegaraan Islam ……..samb.

2. Syura - permesyuaratan dan persepakatan .


Pemerintahan hendaklah berasaskan ‘syura’.
Majlis ‘syura’ dibentuk bagi mengendalikan
perundingan di antara pemerintah dengan rakyat
jelata.

 Majlis syura boleh melucutkan jawatan khalifah


jika dia gagal melaksanakan kewajipannya.

 Ketetapan syura hendaklah berdasarkan sebulat


suara, pandangan majoriti dan mempunyai bukti
yg jelas. Sekiranya ia adalah pandangan minoriti
ia mestilah mempunyai bukti yg jelas
kebenarannya

8
Prinsip Kenegaraan Islam ………samb.
3. Adil (al-`Adalah)
Keadilan menjadi tuntutan semua manusia. Adil
bermaksud meletakkan atau melakukan sesuatu sesuai
dan kena pada tempat dan keadaannya. Ciri adil dalam
Islam tinggi nilainya, membawa kepada taqwa – iaitu
matlamat kerohanian Islam.

“dan jangan kerana benci kepada sesuatu kaum


menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Berbuat
adillah kerana adil itu menghampirkan kamu kepada
taqwa.”
(al-Ma`idah: 8)

9
Prinsip Kenegaraan Islam ……samb.

Konsep Adil dalam Islam


- mempastikan layanan terhadap rakyat tanpa
mengira warna kulit, kaya atau miskin. Ia mesti
kena dan sesuai dengan tempat dan keadaannya,
tidak semestinya rakyat menerima sesuatu yang
sama.
- Keadilan mesti berlaku dalam segenap aspek
pemerintahan, politik, ekonomi dan sosial.
- Keadilan dalam ekonomi dan politik akan
menjamin kesejahteraan kehidupan sosial
masyarakat.

10
Prinsip Kenegaraan Islam …….samb.

4. Persamaan (al-Musawah)

- Tiada diskriminasi kerana warna kulit atau


bangsa, lelaki atau perempuan. Semua rakyat
diberikan hak dan tanggungjawab yang sama
secara adil. Mereka ada jaminan di sisi
undang-undang Islam tanpa mengira minoriti
atau majoriti.
- Pemerintah melayan rakyatnya sama
mengikut peruntukan undang-undang.

11
Prinsip Kenegaraan Islam ……..samb.
5. Kebebasan (Hurriyah) – Kemerdekaan
 Semua manusia ingin bebas - ia fitrah
manusia. Bebas tidak bererti malah tidak
mungkin dirasai jika tidak mengenali batas
dan peraturannya.
 Bagi Islam, tiada kebebasan yang mutlak
dinikmati manusia. Asasnya, manusia
terikat dengan Allah lalu ia bebas dari
perkara selainNya.
 Pemerintah juga terikat dengan Allah dan
bebas dari selain dariNya.
 Rakyat berpeluang menikmati hak dan
kebebasan yang telah diperuntukkan dalam
perundangan Islam.
12
Matlamat Kenegaraan Islam
 Menegak dan melaksanakan ajaran Islam
adalah matlamat kenegaraan Islam. Kejayaan
pelaksanaannya akan membawa kesejahteraan
hidup rakyat serta memperoleh rahmat dari
Allah.
 Matlamat kenegaraan Islam bagi menjamin:
a. Akidah dan kebebasan beragama terpelihara
b. Nyawa dan keselamatan dilindungi
c. Akal dan sifat kemanusiaan terpelihara
d. Nasab / keturunan manusia terpelihara
e. Harta dan kekayaan dijamin

13
Negara Islam Madinah
 Nama asal ialah ‘Yathrib’ - ditukar menjadi
Madinah setelah menerima penghijrahan
Nabi Muhammad dan pengikutnya dari
Mekah.
 Yathrib asaslnya bukan penempatan yang
aman, sering berlaku pertelingkahan kaum
khususnya Arab dan Yahudi yang masing-
masing ada puak dan kabilah tersendiri
seperti Aus dan Khazraj. Mereka ada anutan
tersendiri.
 Kedatangan Muhammad membawa Islam
telah menyatukan penduduk pelbagai kaum
dan agama di bawah naungan sebuah ‘negara
Islam Madinah’.
14
Negara Islam Madinah ……….samb.
Sejarah mencatatkan Madinah - negara Islam
pertama, ia menepati ciri-ciri kenegaraan moden:
 pemimpin
 rakyat
 perlembagaan
 wilayah/sempadan
Madinah juga negara berperlembagaan bertulis per-
tama di dunia, sekalipun telah wujud banyak
negara sebelumnya. Perlembagaan merupakan
‘surat cara’ bagaimana sesebuah negara diurus
tadbir - politik, ekonomi, etc.

15
Negara Islam Madinah ……..samb.
Sehubungan dengan sifatnya sebagai sebuah
negara, Madinah turut mempunyai pelbagai
sistem yang berteraskan kepada Perlembagaan
Madinah seperti sistem politik, sistem sosial,
juga sistem ekonomi.
 Sistem politik - berkonsepkan khalifah, amanah
kuasa hak Allah – menjamin lima matlamat
syari`at
 Sistem ekonomi - cari kebahagiaan dunia dan
akhirat, menekankan keadilan sosial, elakkan
penindasan, kezaliman - amanah harta hak
Allah.
- riba dihapuskan – penindasan dihapuskan
- zakat – imbangi kaya dan miskin
- sedekah – semangat bantu membantu
16
Negara Islam Madinah ……..samb.
 Sistem sosial - aspek pergaulan ada batasan,
kekeluargaan, kejiranan, hubungan dengan bukan
Islam, hubungan tua dan muda, seni, budaya dan
pendidikan.
 Persaudaraan diasaskan akidah - persaudaraan
Muhajirin (dari Mekah) dengan Ansar (penduduk
asal Madinah)
 Pembinaan kekeluargaan berasaskan syari`at
 Perjanjian persahabatan dengan bukan Islam –
Perjanjian Hudaibiyyah.
 Pendidikan ditekankan – tawanan perang pernah
dibebaskan setelah mengajar anak-anak orang
Islam
 Rumah dan masjid menjadi medan pengajian

17
Penutup
 Ajaran Islam tidak mengenepikan aspek politik
dan kenegaraan - bukti negara Islam Madinah
dan diikuti kerajaan Islam sehingga terserlah
tamadun Islam.
 Kenegaraan Islam berbeza dari yang lain kerana
ia bersumberkan ajaran Islam
 kerajaan adalah amanah dari Allah untuk Allah
- bukan dari rakyat untuk rakyat.
 Matlamat kenegaraan Islam adalah matlamat
Islam.

18

You might also like