You are on page 1of 9

PKA 2683

SUBJEK : ASAS KEPIMPINAN


NAMA PENSYARAH : MARINA BINTI MUHAMMAD RAZAKI
NAMA & NO MATRIK : AIMAN HILMI BIN AZLI (21111064)

TAJUK
ABU BAKAR AS SIDDIQ SEBAGAI TOKOH SURI TAULADAN
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat


Pengenalan 3
Latar belakang tokoh Abu Bakar 4
Sebab memilih Abu Bakar sebagai suri teladan 5-7
Penutup/Kesimpulan 8
Rujukan 9

PENGENALAN
Nama sebenar Khalifah Abu Bakar (KAB) ialah Abdullah bin Uthman bin Umar bin Ka’ab
bin Sa’ad bin Taym bin Murrah al Taymi dari Bani Taim. Pada zaman Jahiliyah namanya
Abdul Kaabah kemudian ditukar nama oleh nabi kpd Abdullah. Dilahirkan di Kota Mekah 2
tahun selepas Tahun Gajah (571M) dan mempunyai hubungan yg akrab dengan Nabi
Muhammad SAW. Sejak kecil lagi, Abu Bakar terkenal dgn akhlak yg mulia, seorang yg
pemurah, jujur, baik hati dan tidak meminum arak. Abu Bakar merupakan org yg kedua
memeluk Islam selepas isteri nabi. Saidina Abu Bakar memainkan peranan penting dlm
penyebaran dan perkembangan Islam, menjadi pelindung kepada Nabi Muhammad SAW
serta sentiasa berada di mana sahaja nabi berada. Abu Bakar mendapat gelaran al-Siddiq
kerana beliau telah menunjuk-kan kepercayaan terhadap nabi ter- utama terhadap peristiwa
Israk dan Mikraj. Dalam khutbah terakhir nabi mengata-kan, “tiada sahabat yang lebih baik
terhadap diriku kecuali Abu Bakar”. Saidina Abu Bakar merupakan bapa kepada Saidatina
Aisyah isteri Rasullullah SAW. Selain itu, Beliau digelar As-Siddiq kerana membenarkan
segala perkataan dan tindakan Rasullullah SAW rentetan peristiwa Isra’ Mikraj nabi.
Abu Bakar As-Siddiq dikenali dengan sifat mahmudah seperti berani, lembut, penyayang
serta pemurah. Sifat pemurah Sahabat nabi ini dapat dibuktikan dengan kesediaan beliau
membelanjakan seluruh hartanya semasa Perang Tabuk dimana beliau hanya meninggalkan
Allah dan Rasul untuk keluarganya. Bilal Bin Rabah merupakan salah seorang hamba yang
dimerdekakan oleh Abu Bakar.
Pada tanggal 7 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah selepas memimpin umat Islam selama 2 tahun 3
bulan, beliau meninggal dunia setelah demam. Jenazah beliau dimakamkan disamping
makam Nabi Muhammmad SAW.

Semasa sakit, beliau sempat menamakan pengganti beliau setelah bermusyawarah bersama
para sahabat dan mengarahkan Saidina Uthman untuk menulis wasiat tersebut. Keputusan
beliau mendapat persetujuan para sahabat seterusnya politik Islam dapat diperkukuhkan
melalui tindakan Saidina Abu Bakar.

LATAR BELAKANG TOKOH ABU BAKAR


Abu Bakar al-Siddiq (Bahasa Arab: ‫ أبو بكر الصديق‬Abū Bakr al-Siddīq) ialah khalifah pertama
orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba
Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun
beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda)
kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq
(yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah
Saidina Abu Bakar as-Siddiq merupakan khalifah pertama umat Islam selepas kewafatan
Rasulullah s.a.w.
Ketika permulaan pemerintahannya, keadaan umat Islam agak terumbang-ambing lantaran
Rasulullah s.a.w yang baru sahaja wafat. Namun pelbagai ujian dan cabaran tersebut berjaya
ditangani oleh Abu Bakar dengan cemerlang.
Walaupun Saidina Abu Bakar hanya memerintah selama dua tahun sahaja, iaitu bermula pada
tahun ke-11H sehingga 13H (632-634M), tetapi dalam tempoh yang singkat itu banyak
sumbangan yang telah diberikan terhadap perkembangan Islam sehingga digelar sebagai
‘penyelamat umat Islam’.

Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin
melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan
sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani
Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar.Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali
Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali
Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.

Jalaluddin al-Suyuti dalam karyanya al-Khulafa al-Rashidun ('Khalifah al-Rashyidun')


menyatakan bahawa semasa perjumpaan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar orang Islam
Ansar di rumah Sa'd ibn Ubadah selepas kewafatan Nabi Muhammad (SAW), Sayidina Abu
Bakar pada mulanya mencadang dua calon sebagai Khalifah, yakni Sayidina Umar dan
seorang Sahabat lain, Abu Ubaidah ibn al-Jarrah. Perbincangan menjadi hangat sehinggalah
Sayidina Umar menyuruh Sayidina Abu Bakar menghulurkan tangannya lalu Sayidina Umar
mengambil tangan Sayidina Abu Bakar dan memberi bai'ah kepadanya. Tindakan Sayidina
Umar diikuti Muhajirin dan Ansar. Selepas mendapat bai'ah, Sayidina Abu Bakar mencari az-
Zubair dan Sayidina Ali yang tiada di pertemuan itu. Kedua-dua mereka dipanggil dan
memberi bai'ah kepada Sayidina Abu Bakar apabila mereka tiba. Saidina Abu Bakar wafat
pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat
mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan
dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum
kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab
sebagai khalifah yang baru.
Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-
Nabawi yang terletak di Madinah.

Sebab memilih Abu Bakar sebagai suri teladan


Sumbangan Abu Bakar As-Siddiq
Di antara sumbangan-sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam siri pemerintahannya
ialah:

Dalam Medan Dakwah


Selepas Abu Bakar As-Siddiq memeluk Islam, beliau mula berdakwah. Peribadi Abu Bakar
telah dikenali oleh kaumnya sebagai seorang yang mulia dan selalu menolong orang lain.
Oleh sebab itu, banyak orang yang selalu datang kepadanya untuk meminta tolong dan
disebabkan oleh keperluan perdagangan. Dalam kesempatan baik seperti ini, beliau selalu
mengajak teman akrabnya untuk masuk Islam. Antara teman akrabnya yang memeluk Islam
dari dakwahnya adalah Zubair bin Awwam, Usman bin Affan, Talha bin Ubaidah, Saad bin
Abi Wakas dan Abdurahman bin Auf r.a.

Memerangi Tentera Rom


Abu bakar menjadi khalifah pertama dalam kerajaan Khulafa al-Rasyidin. Beliau memerintah
selama dua tahun iaitu dari 11 hingga 13 Hijrah atau 632 hingga 634 Masihi. Perintah
pertama yang dikeluarkan sesudah Abu Bakar diangkat menjadi khalifah ialah mengerahkan
dan meneruskan perjalanan tentera Usamah bin Zaid. Pasukan Usamah ialah pasukan yang
telah disiapkan Rasulullah untuk menggempur barisan tentera Rom di Perbatasan Utara.

Membebaskan Dari Cengkaman Rom Dan Parsi


Sumbangan lain ialah membebaskan negeri-negeri yang berada di bawah cengkaman Rom
dan Parsi. Beliau telah berjaya membebaskan negeri-negeri di bawah naungan Rom dan
Parsi. Tentera Islam yang diketuai panglima Khalid bin al-Walid turut berjaya
mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar seperti Parsi di sebelah Timur dan
serangan kerajaan Byzantine (Rom Timur) di sebelah Barat.

Memerangi Golongan Murtad


Selain itu, Abu Bakar juga menghapuskan golongan murtad dan nabi palsu sekaligus
mendaulatkan kerajaan Islam Madinah. Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka
bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin,malah ada di antara mereka
mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan
perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang
digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah.
Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid
berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.

Memerangi Golongan Yang Enggan Membayar Zakat


Abu Bakar dalam dakwahnya ialah menghapuskan kaum yang enggan membayar zakat.
Pemberontakan dan kekacauan itu sangat hebat sehingga mengakibatkan terdapat kabilah-
kabilah Arab yang hampir murtad habis-habisan, melepaskan kepercayaan Islam seluruhnya
manakala ada di antaranya yang masih tetap di dalam Islam tetapi enggan memenuhi salah
satu daripada rukun Islam yang kelima iaitu zakat.

Membahagikan Tanah Arab Kepada Sepuluh Wilayah


Di samping itu, beliau turut berusaha untuk melicinkan lagi pentadbiran kerajaan Islam
dengan membahagikan lagi Tanah Arab kepada sepuluh wilayah iaitu Mekah, Taif, Yaman,
al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut dan Nijran. Dalam dasar
pemerintahannya, beliau turut melantik seorang amir atau ketua untuk mentadbir wilayah-
wilayah tersebut. 2.7. Memperkenalkan Sistem Bayaran Gaji Kepada Tentera
Saidina Abu Bakar as-Siddiq turut memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui
Ghanimah atau harta rampasan perang. Malah undang-undang tanah seperti bayaran cukai al-
Kharaj atau cukai tanah dan Jizyah atau cukai perlindungan bagi orang kafir dan melindungi
golongan mawali iaitu orang bukan Arab yang memeluk Islam.

Memperkenalkan Sistem Gaji Kepada Tentera


Saidina Abu Bakar as-Siddiq juga memperkenalkan bayaran gaji kepada golongan tentera
Islam. Gaji para tentera dibayar melalui harta rampasan perang atau ghanimah.

Selain itu, Khalifah juga mewujudkan undang-undang tanah seperti bayaran cukai al-Kharaj
(cukai tanah) dan Jizyah (cukai perlindungan) bagi orang kafir.

Pada masa ini, diberikan juga perlindungan kepada golongan Mawali iaitu orang bukan Arab
yang memeluk Islam. Mereka turut diberikan keistimewaan seperti kaum Arab Muslim, tetapi
dikenakan cukai tambahan.

Pengumpulan al-Quran
Sumbangan terbesar Saidina Abu Bakar als-Siddiq ialah beliau telah mengumpul semula
semua naskah al-Quran dan mengkitab mukjizat Rasullullah itu menjadi panduan umat Islam
sehingga kini. Hal ini kerana beliau telah mula runsing dengan kemunculan golongan murtad
dan nabi palsu, maka beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit supaya mengumpulkan
semua tulisan ayat al-Quran serta menyalinnya semula. Salinan tersebut telah disimpan
olehnya dan telah diamanahkan kepada Saidina Umar bin al-Khattab, Hafsah (isteri kepada
Nabi Muhammad) dan Saidina Uthman bin Affan. Sebagai pengiktirafan kepada jasanya itu,
beliau telah digelar sebagai Penyelamat Umat Islam.

Sistem Pengurusan Jama’ah Haji


Selain itu,beliau juga merupakan sahabat awal yang mendapat gelaran Amirul Hajj. Ini
berlaku pada tahun ke-9Hijrah. Tugas Amirul Hajj adalah memimpin jemaah haji ke Mekah
sehingga kepulangan mereka di samping memberikan pengawalan dan menjaga keamanan
mereka. Tugas sebagai Amirul Hajj juga adalah sebagai pembimbing pelaksanaan syiar
ibadah haji di Mekah, Arafah dan di pelbagai daerah-daerah tanah suci.

KESIMPULAN
Banyak permasalahan yang berlaku dalam pemerintahan keempat-empat khalifah akibat
sikap perebutan kuasa dikalangan masyarakat.
Pemerintahan khulafa tersebut telah banyak memberi sumbangan kepada tamadun islam serta
meluaskan wilayah islam.

Selepas pemerintahan khulafa' al-rasyidin, sistem pemerintahan islam telah bertukar daripada
sistem syura kepada sistem warisan, namun begitu,sistem berkhalifah masih kekal hingga ke
zaman Turki Uthmaniyyah. Antara kerajaan yang memerintah zaman itu ialah kerajaan Bani
Umaiyah,kerajaan Abbasiyah,kerajaan Turki uthmaniyah dan diikuti oleh kerajaan islam di
India, China dan Nusantara. 

RUJUKAN
1. http://merecikcrew.blogspot.com/p/khalifah-abu-bakar-as-siddiq.html
2. https://akumuslim.asia/abu-bakar-as-siddiq-khalifah-pertama-khulafa-ar-rasyidin/
3. https://tzkrh.com/8-sumbangan-abu-bakar-as-siddiq-sebagai-khalifah-pertama-umat-
islam/
4. http://islamitupeace.blogspot.com/2012/08/biodata-saidina-abu-bakar.html
5. (laman web) Cikgustpm.blogspot.my
6. 2. Mahayudin Hj. Yahya. (2014) Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918)
Penggal 2 Edisi Kemaskini, Shah Alam: Oxford Fajar.
7. 3. Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, (2014). Teks
STPM Pra U Sejarah Islam Penggal 2, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd: Bandar Baru
Bangi).
8. 4. Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong,Teks Pra U STPM Sejarah
Penggal 2, Pearson Malaysia Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
9. 5. Al-Kandahlawy, Muhammad Yusof (1984). Kehidupan Para Sahabat Rasulullah
SAW, Show Towers, Singapura : Pustaka Nasional PTE LTD Singapura
10. https://www.slideshare.net/gurusejprau/sumbangan-khalifah-abu-bakar-
alsiddiqsumbangan-khalifah-abu-bakar-al-siddiq

You might also like