You are on page 1of 8

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

SULTAN ISMAIL PETRA INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE


KM12, Jalan Kuala Krai, Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu, Kelantan Darulnaim
Tel: 609 – 712 9386, 712 9387 Faks: 609 – 712 9444
DK 214 (D)-JPT/BPP (D) 1000-701/406 (12) www.Kias.edu.my

KDI 2293
KAEDAH FIQH

TAJUK : KAEDAH FIQH BESERTA CONTOH

DISEDIAKAN OLEH:
NAME NO. MATRIK

MUHAMMAD ZAKWAN BIN CHE RAMLI 21111060

NAMA PENSYARAH : ROSLIZA BINTI ISMAIL

TARIKH HANTAR : 16/12/2021


PENDAHULUAN
Syariat Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia atas kesyumulan Islam yang
mampu mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh manusia berdasarkan pelbagai cara dan
kaedah (usul fiqh) yang telah ditetapkan oleh syarak yang ditentukan oleh Allah SWT, iaitu
nas al-Quran dan as-Sunnah. Nas ijmak dan qias merupakan sumber dalam menentukan
hukum-hukum permasalahan usul fiqh yang disepakati oleh para ulama. Oleh itu, para ulama
bersepakat menyelesaikan masalah dengan kaedah fiqh.

PENGERTIAN KAEDAH FIQH


Kaedah Fiqh (Qawaid Fiqhiyah) adalah salah satu cabang ilmu dalam ilmu Usul Fiqh.
Prinsip-prinsip Fiqh terdiri dari dua suku kata, iaitu kata kaedah (qawaid) dan kata fiqh
(fiqhiyah). Oleh itu, kaedah Fiqh bermaksud asas Fiqh. Prinsip-prinsip Fiqh mengandungi
prinsip-prinsip universal untuk pelaksanaan perundangan (hukum) Islam (Fiqh) yang berlaku.

Kaedah fiqh adalah kaedah umum dalam masalah fiqh, yang dapat diterapkan pada beberapa
masalah fiqh. Dengan mempelajari usul fiqh, kaedah fiqh dapat mengetahui dalil dan hukum
Allah SWT mengenai suatu masalah yang memerlukan penerangan hukum dari segi ibadah,
perkahwinan, perubatan, ekonomi dan sebagainya. Pembentukan formula kaedah fiqh adalah
berlandaskan tiga sumber, iaitu Al-Quran, hadis dan atshar sahabat (pendapat sahabat) iaitu
para sahabat nabi yang sempat menimba ilmu dengan Rasulullah SAW. Dengan cara itu,
penyalahgunaan dalil dalam menentukan suatu hukum dapat dielakkan.
Kaedah Fiqh terbahagi kepada dua iaitu :

1. Al Kulliyyah Al-Kubra
2. Kaedah Fiqh Al- Sughra

Al- Kuliyyah Al-Kubra

Iaitu kaedah yang disepakati oleh kebanyakan ulama yang merangkumi 5 kaedah
keistimewaanya boleh diaplikasi :
i- Dalam semua bab fiqh bermula dari bab taharah sehingga bab Jihad
ii- Dalam pelbagai bidang dalam kehidupan manusia seperti sains, Pelancongan,
hospitaliti dan sebagainya kaedah.

Kaedah Fiqh Al-Sughra

Iaitu himpunan sejumlah besar kaedah-kaedah fiqh yang skop aplikasinya lebih kecil
berbanding dengan kaedah fiqh al kuliyyah al-kubra.

1. Maksud Kaedah
Jika terdapat kesulitan atau kesukaran untuk menunaikan perintah Allah SWT, maka perintah
itu akan diberi rukhsah (diringankan). Rukhsah yang diberi mestilah dilakukan mengikut
kadar kemampuan dan cara ditetapkan oleh oleh ajaran islam.
Rukhsah tersebut adalah dengan memberikan beberapa kelonggaran dalam melaksanakan
kewajipan tersebut. Contohnya, orang yang sakit dibenarkan duduk sekiranya dia tidak
mampu berdiri atau baring.

2. Dalil Sandaran

Sandaran daripada Al-Quran:


Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah: 185

ْ ‫س َر َواَل يُ ِري ُد بِ ُك ْم ا ْل ُع‬


‫س َر‬ ْ ُ‫يُ ِري ُد هَّللا ُ بِ ُك ْم ا ْلي‬
Maksudnya: "(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran."
3.0 PERBINCANGAN KAEDAH
3.1 SEBAB DIBERIKAN KERINGANAN IALAH:
 Orang melakukan perjalanan melebihi dua marhalah walaupun dengan kaedah yang
paling canggih diberikan keringanan seperti solat jamak dan qasar.
 Orang yang diuji dengan sakit dibenarkan untuk bertayamum, dibenarkan solat dalam
keadaan duduk dibolehkan berubat dengan najis pada pandangann sebahagian ulama
mazhab Hanafi.
 Orang yang dipaksa melakukan sesuatu perbuatan tanpa kerelaanya tidak dianggap
berdosa apabila dia melakukan perbuatan dipaksa tersebut seperti minum arak,
melafazkan kalimah kufur (dengan syarat di hati beriman), membunuh dan lain-lain.
 Orang yang terlupa melakukan sesuatu larangan dianggap tidak berdosa seperti
makan, minum, melakukan hubungan suami isteri dalam keadaan terlupa pada siang
hari bulan ramadhan.
 Jahil atau tidak mengetahui sesuatu hukum juga diberikan kemaafan seperti baru
memeluk islam.
 Kesukaran yang terjadi secara menyeluruh seperti mengkebumikan jenazah yang
ramai dalam sebuah kubur apabila ditimpa musibah tsunami dan gempa.
 Akal yang tidak sempurna kerana gila, kanak-kanak dan hamba.
3.2 BAHAGIAN-BAHAGIAN RUKHSAH (KERINGANAN) DIBERIKAN OLEH
SYARAK:
 Takhif Isqat - Keringanan dengan menggugurkan kewajipan seperti tidak wajib
menunaikan solat jumaat kerana sakit dan tidak perlu qada' solat bagi perempuan
yang didatangi haid dan nifas.
 Takhif Tanqis - Keringanan dengan meringkaskan ibadah seperti mengurangkan
bilangan rakaat solat fardu daripada empat kepada dua ketika bermusafir.
 Takhif Ibdal - Keringanan dengan menggantikan cara bersuci seperti menggantikan
wuduk dan mandi dengan tayamum.
 Takhif Takdim - Keringanan dengan mendahulukan solat fardu sebelum waktunya
seperti pensyariatan solat jamak ta'khir.
 Takhif Takkhir - Keringanan untuk melewatkan masa menunaikan ibadah daripada
masa sebenar. Sebagai contoh, Jamak Takkhir iaitu melewatkan solat zohor dalam
waktu asar sedangkan waktu zohor telah berlalu.

4. PECAHAN KAEDAH
Daripada kaedah ini, terbentuk beberapa pecahan daripada kaedah al-masyaqayah tajlibu
taysir iaitu:

  ‫ع‬ َ َّ‫ات‬
َ ‫س‬ ‫ق اأْل َ ْم ُر‬ َ ‫إ َذا‬
َ ‫ضا‬

a) Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas.


 Bermaksud apabila berlaku keadaan darurat/sempit, ruang bagi hukumnya akan
terbuka luas dan mudah.
 Contoh: Seorang wanita keluar bekerja untuk menyara dirinya sedangkan dia masih
dalam idah kematian suami. Hukumnya tidak berdosa berdasarkan kaedah. Wanita itu
pada asalnya tidak boleh keluar rumah kerana beriddah, tetapi hukumnya telah
menjadi mudah/longgar kerana dia terpaksa menyara dirinya.
b) Apabila sesuatu itu luas, hukumnya menjadi sempit.
Bermaksud apabila keadaan darurat/sempit tiada lagi atau keadaan telah kembali kepada
asalnya, hukum bagi perlaksanaannya kembali kepada asal.
Contoh: Seseorang yang lapar memilik semua makanan, hanya boleh makan makanan yang
halal sahaja. Tidak boleh makan makanan yang haram.
CONTOH KAEDAH
1. Seseorang yang melancong dengan tujuan yang baik diberi kelonggaran dalam menunaikan
solat seperti orang yang bermusafir tersebut kerana adanya kesulitan.

2. Musafir juga dibenarkan untuk berbuka puasa terlebih dahulu dan menggantikannya pada
hari yang lain.

3. Keharusan meninggalkan solat Jumaat bagi orang yang bermusafir dengan syarat yang
tertentu.

4. Seseorang yang sakit diberi keringanan untuk solat secara duduk, jika tidak mampu boleh
keadaan baring, jika tidak mampu lagi dibenarkan menggunakan isyarat mata, jika tidak
mampu menggerakkan matanya, maka boleh menggunakan hatinya.

5. Seseorang yang keadaan darurat/susah dan tidak mampu mendapatkan makanan dan
minuman yang halal, maka boleh makan dan minum yang haram jika tiada sumber makanan
dan minuman yang halal dengan syarat tertentu.
RUMUSAN

Berdasarkan kaedah fiqh ketiga tersebut, setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan atau
keringanan dalam hidupan seharian kita. Islam telah menitikberatkan dalam masalah ini
dengan adanya kaedah fiqh yang memberi keterangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Selain itu, keadeh fiqh ketiga ini memberi manfaat kepada umat manusia agar kehidupan
sebagai muslim tidak menyusahkan diri mereka. Kaedah Fiqh ini perlulah mematuhi syarak-
syarak yang ditetapkan oleh para ulama agar urusan kehidupan terutama hal ibadah supaya
keringanan diberikan tidak melampaui batasnya. Oleh itu, kita perlulah bersyukur kerana
ajaran Islam ini tersusun dari semua aspek kehidupan umat manusia seperti aspek sosial,
ekonomi dan seumpamanya. Akhir kata ini, semoga ilmu yang disampaikan ini memberi
manfaat kepada semua umat Islam, serta diberkati oleh Allah SWT.
RUJUKAN

1. https://www.slideshare.net/asrrien79/aa211-hospitaliti-dan-pelancongan-dalam-islam

2. https://ushulfiqih.com/pengertian-kaidah-fiqih/

3. Tuan Mohd Nor Bin Raja Omar (2019). Modul Pembelajaran Syariah STPM Penggal 2
(SMK Tunku Abdul Rahman Putra)

You might also like