You are on page 1of 17

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

SULTAN ISMAIL PETRA INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE


KM12, Jalan Kuala Krai, Peti Surat 68, Nilam Puri, 15730 Kota Bharu, Kelantan Darulnaim
Tel: 609 – 712 9386, 712 9387 Faks: 609 – 712 9444
DK 214 (D)-JPT/BPP (D) 1000-701/406 (12) www.Kias.edu.my

MPU 2213
BAHASA KEBANGSAAN A

TAJUK : DIALEK DAERAH (4)

DISEDIAKAN OLEH:
NAME NO. MATRIK

MUHAMMAD ZULFAHMI BIN FIRDAUS 20111050

MUHAMMAD ZAKWAN BIN CHE RAMLI 21111060

NAMA PENSYARAH : NOORHANIS BINTI AMRAN

TARIKH SERAHAN : 5/9/2021


1.0 Pendahuluan

Pada dasarnya, bahasa adalah salah satu alat komunikasi yang sangat penting di dalam
kehidupan seharian. Menurut Asmah Haji Omar (1986), seseorang individu telah
menggunakan bahasa untuk bertutur melalui beberapa bahagian di dalam tubuh individu
tersebut. Contoh yang paling jelas, pertuturan boleh terhasil melibatkan penggunaan bibir,
lidah, lelangit dan pita suara. Fonologi diertikan sebagai ilmu kajian yang melibatkan bunyi
bahasa. Dalam erti kata lain, fonologi adalah kajian tentang bunyi-bunyi dalam sesebuah
bahasa. Inotasi fonetik, konsep dan istilah amat diperlukan dalam fonologi sebagai elemen
tambahan. Menurut Merriam Webster‟s Collegaite Dictionary, fonologi juga dapat diertikan
sebagai sains bunyi sesebuah ucapan termasuklah sejarah dan teori perubahan bunyi dalam
satu atau lebih daripada satu jenis bahasa. Adrian Akmajianet pula telah memberi pengertian
fonologi sebagai sub bidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi
dalam bahasa manusia. Istilah fonologi juga bertindak sebagai rumus yang mengawal bunyi
yang disebarkan di dalam pertuturan. Dialek pula bererti sesebuah bahasa yang sama
dibunyikan atau dituturkan dalam bunyi yang berbeza mengikut kawasan kependudukan.
Elemen dalam sebutan, kosa kata dan tatabahasa juga berbeza. Sesebuah bahasa yang
dituturkan dengan seragam telah diubah kerana telah dipengaruhi daripada pelbagai faktor
seperti faktor geografi. Seterusnya maksud dialek  mengikut kamus dewan bahasa dan
pustaka edisi ke-4 mukasurat 369, ‘dialek’ bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan
dalam sesuatu daerah atau sesuatu kelas sosial, berbeza daripada bahasa standard dan loghat.
Dialek ialah kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan , kosa kata dan tatabahasa
daripada bahasa baku. Dialek digunakan dalam situasi tidak rasmi dalam perhubungan
kekeluargaan dan perhubungan harian.
1.1 Pemilihan Dialek

Kami telah bercadang untuk memilih dialek Terengganu bergantung kepada beberapa
faktor. Dialek Terengganu biasanya akan digunakan dalam kehidupan seharian oleh
masyarakat negeri Terengganu yang menetap di dalam negeri itu sendiri mahupun di mana
sahaja mereka berada. Negeri Terengganu pula terletak di bahagian timur Semenanjung
Malaysia. Dalam kajian ini, dialek Terengganu dipilih untuk dikaji adalah kerana dialek ini
mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Keunikannya terserlah melalui
istilah dan makna sesebuah perkataan yang diucapkan. Sebutan yang terhasil memberi
perbezaan berbanding dengan bahasa baku. Penggunaan dialek Terengganu ternyata semakin
meluas berikutan faktor pendidikan dan penghijrahan seseorang yang berasal dari negeri
pantai timur itu. Ternyata dialek itu disambut baik oleh seluruh masyarakat sebagai
penghormatan atas keunikan bahasa yang digunakan bagi perlambangan negeri itu sendiri.
Dialek ini juga dapat disebarkan melalui media massa berikutan penggunaan dialek
Terengganu dalam sesetengah drama tempatan mahupun iklan-iklan di corong radio.
Masyarakat Malaysia rata-rata boleh memahami dialek yang dituturkan walaupun berbeza
daripada bahasa baku yang dipelajari di institusi pendidikan sebagai bahasa rasmi. Makna
yang berbeza dan pemahaman yang tidak setara adalah merupakan beberapa elemen yang
dititikberatkan dalam pemilihan dialek ini sebagai kajian kami.
1.2 Permasalah Kajian

Gaya penggunaan dialek Terengganu oleh penutur adalah tidak kurang bezanya dengan
dialek negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, ianya terdapat perbezaan dari segi sebutan.
Elemen utama dalam penggunaan dialek ini ialah penambahan huruf „g‟ bagi setiap
perkataan yang diakhiri dengan huruf „n‟.

Bahasa baku Dialek Terengganu


Tangan Tangang
Makan Makang
Ikan Ikang
Badan Badang
Taman Tamang
Hujan Hujang
Kemaman Kemamang

Di dalam dialek Terengganu juga, perkataan yang diakhiri dengan huruf „a‟ juga ditukar
kepada huruf „e‟.

Bahasa Baku Dialek Terengganu


Mana Mane
Siapa Sape
Apa Ape
Ada Ade
Berapa Berape
Kenapa Kenape
Bagaimana Guane
Terdapat beberapa istilah perkataan yang lain juga telah dituturkan dengan bunyi yang
berbeza seperti:

Bahasa baku Dialek Terenggaunu


Pantai Pata
Pandai Jupe
Sampai Sapa
Jumpa Panda

Perkataan yang di akhiri dengan huruf „s‟ juga dituturkan dengan pengakhiran huruf „h‟

Bahasa Buku Dialek Terengganu


Panas Panah
Lepas Lepah
Deras Derah
Bas Bah

1.3 Objektif Kajian

Terdapat beberapa objektif yang terkandung dalam pengajian dialek ini, iaitu:
1. Menjelaskan penggunaan huruf lain di akhir perkataan yang sebenar.
2. Menjelaskan pembabitan organ yang penting dalam penghasilan bunyi dialek.
3. Mendedahkan makna yang sebenar di dalam bahasa Melayu baku.

1.4 Batasan Kajian

Sesetengah perkataan yang dituturkan dalam dialek ini telah disalah ertikan oleh masyarakat
luar tempatan.
2.0 Sorotan Kajian Lalu

Kajian mengenai dialek Terengganu ini telah lama dilakukan oleh pengkaji-pengkaji bahasa
pada masa yang lalu. Walau bagaimanapun, kajian yang lepas dapat dijadikan rujukan oleh
para pengkaji terkini yang akan muncul dengan sesuatu penemuan kajian yang baru dan lebih
baik. Bahasa Melayu Terengganu merupakan bahasa lisan setempat yang telah dituturkan di
negeri Terengganu kecuali di Daerah Besut dan Pulau Perhentian. Hal ini terjadi adalah
kerana kebanyakan masyarakat di sana menggunakan dialek Kelantan. Selain itu, dialek ini
juga digunakankan di luar negeri Terengganu seperti di Kuantan, Pahang serta di Rompin,
Johor. Walaupun dialek ini kadangkala sukar difahami oleh penutur bahasa Melayu standard,
namun ia tidak jauh daripada maksud asal dan pengertiannya lebih kurang sama. Terdapat
beberapa kajian oleh pakar bahasa yang memberi pendedahan tentang dialek Terengganu
seperti Asmah Haji Omar dan Abdul Hamid Mahmood boleh dirujuk oleh pengkaji kini.

i) Menurut pengkaji pertama iaitu Asmah Haji Omar: Bahasa boleh dipecahkan kepada
beberapa kelompok kawasan. Terdapat lima kelompok bahasa yang telah diterangkan oleh
beliau dan dialek Terengganu ternyata berada di dalam kelompok Timur. Di dalam kajian
beliau, Asmah telah menggariskan dialek Kelantan, Terengganu, dan Pahang sebagai satu
kelompok pertuturan bahasa. Dialek negeri ini lazimnya akan digunakan dalam pertuturan
sesama masyarakat yang menetap di Darul Iman itu mahupun anak jati negeri itu yang
menetap di luar penempatan tersebut. Dialek ini telah turut dijadikan sebagai alat komunikasi
dalam pergaulan harian bagi mewujudkan sesebuah kemasyarakatan yang harmoni dan
bermuafakat. Di samping itu, dialek unik ini bukan sahaja diucapkan oleh masyarakat
berbangsa Melayu, malah kaum Cina dan India turut menuturkan dialek ini tanpa dipengaruhi
dengan pelat bahasa ibunda mereka sendiri. Menurut beliau lagi, subdialek yang dituturkan di
Kuala Terengganu telah diangkat sebagai dialek Terengganu standard. Selain itu juga, beliau
telah mengulas bahawa Kuala Terengganu merupakan salah sebuah kawasan pusat budaya di
mana kerja pentadbiran juga dilakukan selain daripada urusan perniagaan. Hal yang
demikian, subdialek yang dituturkan di Kuala Terengganu juga sedikit sebanyak telah
menjadi sumber rujukan bagi pencetusan dialek negeri tersebut.
ii) Menurut pengkaji bahasa lain iaitu Abdul Hamid Mahmood pula: Abdul Hamid Mahmood
telah merujuk kepada Mario Pei yang telah menyatakan bahawa dialek merupakan variasi
daripada sesuatu bahasa tertentu yang digunakan dalam percakapan seharian oleh sesebuah
masyarakat di sesuatu kawasan. Dialek yang dituturkan oleh masyarakat di sesebuah kawasan
yang tertentu amat berbeza dengan bahasa melayu baku yang dipelajari secara rasmi dalam
pendidikan. Dialek sesebuah negeri amat berlainan baik dari segi sebutan, tatabahasa,
mahupun penggunaan kata-kata yang tertentu. Walau bagaimanapun, dialek ini tidaklah
membawa kepada bahasa yang baru. Dialek negeri Terengganu bukan sahaja digunakan
dalam percakapan oleh penduduk negeri Terengganu. Dialek ini juga turut digunakan oleh
masyarakat yang menetap di sekitar sempadan negeri Terengganu iaitu Kelantan dan Pahang.
Menurut pengkaji bahasa ini, dialek Terengganu mempunyai keunikan yang tersendiri dan
ternyata mempunyai perbezaan dengan bahasa Melayu baku yang digunakan baik dari segi
bunyi, tetapi juga dari segi morfologi.
3.0 Metodologi

Seperti yang telah diketahui, setiap bunyi atau fonologi sesuatu dialek bahasa Melayu dapat
dibezakan dari sudut makna, dan juga gaya penuturan perkataan pada setiap akhir kata.
Terdapat beberapa konsonan telah digantikan dalam sesuatu perkataan yang dituturkan
melalui dialek Terengganu ini. Selain itu, berikut merupakan beberapa konsonan yang telah
ditukar dalam penuturan dialek Terengganu seperti konsonan „l‟, „t‟, dan „r‟ yang telah
ditukar dalam sebutan dialek negeri ini.

Bahasa Baku Dialek Terrenganu


Hal Ha
Kapal Kapa
Buat Buak
Pakat Pakak
Gebar Gebo
Hantar Ato
Besar Beso

Fonologi yang dipraktikkan dalam penuturan dialek ini telah ditunjukkan dalam carta di atas
berkenaan dengan beberapa konsonan yang berbeza.
3.1 Dialektologi Generatif

Menurut Zaharani (1993), dialektologi generatif adalah merupakan bidang teori nahu
transformasi generatif yang berfungsi dalam penghuraian dan perbandingan kelainan yang
wujud di antara beberapa dialek. Di samping itu, aspek fonologi adalah sebuah aspek yang
mengandungi paling banyak perbezaan antara penuturan dialek sesebuah negeri dengan
sesebuah negeri yang lain. Menurut Newton (1972) pula, dialek-dialek yang digunakan oleh
masyarakat di pelbagai tempat mempunyai andaian yang sama memandangkan dialek yang
dituturkan mereka berasal daripada satu bahasa yang sama. Perbezaan-perbezaan yang wujud
dalam dialek bahasa Melayu ini telah terhasil daripada pelaksanaan rumus fonologi ke atas
bentuk dalaman ini. Justeru itu, dalam analisis teori dialektologi generatif, bahasa sumber itu
dianggap sebagai representasi dalaman, manakala dialek-dialek turunannya dianggap sebagai
representasi permukaan. Kewujudan dialek dalam bahasa Melayu juga telah terjadi
berdasarkan beberapa faktor seperti:

 .Penambahan rumus.
 Penghilangan rumus.
 Atur rumus.
 Simplikasi rumus.
3.2 Penambahan Rumus

Penambahan rumus merupakan sebuah bentuk perubahan bunyi yang melibatkan


pertambahan satu rumus. Selain itu, apabila terdapat banyak penambahan rumus yang banyak
boleh menyebabkan dialek menjadi bahasa sukuan. Hal ini akan terjadi apabila sudah wujud
keadaan saling tidak memahami dialek pertuturan yang digunakan antara satu sama. lain.
Perubahan bunyi yang berlaku adalah disebabkan oleh proses fonologi yang terdiri daripada
proses:

 Pengguguran
 Perubahan
 Penyisipan

3.3 Penghilangan Rumus

Menurut King (1969), penghilangan rumus bermaksud rumus yang pada asalnya wujud
dalam bahasa sumber, tetapi tidak lagi dikekalkan dalam dialek keturunannya. Lazimnya
kaedah perbandingan sinkronis digunakan untuk menentukan rumus asal dalam bahasa
sumber. Apabila sesuatu rumus itu dimanifestasikan dalam kebanyakan dialek turunan, maka
rumus itu dapat dianggap sebagai rumus asal yang wujud dalam bahasa sumber.
3.4 Perbezaan Atur Rumus

Dalam teori fonologi generatif diandaikan bahawa rumus-rumus fonologi itu dilaksanakan
mengikut turutan. Satu rumus harus mendahului satu rumus yang lain. Atur rumus sangat
penting kerana aturan yang berbeza akan menghasilkan bentuk permukaan yang berbeza.
Perbezaan atur rumus boleh menghasilkan dialek yang berbeza berdasarkan konteks kajian
dialek.

3.5 Simplikasi Rumus

Simplikasi rumus merupakan rumus yang asalnya terbatas pada satu bunyi tertentu sahaja,
dan kemudiannya dipermudahkan dengan penglibatan beberapa bunyi lain. Bunyi-bunyi „i‟
biasanya tergolong dalam satu kelas natural yang sama. Misalnya, rumus pengguguran /r/ y
wujud dalam bahasa Melayu sumber hanya melibatkan konsonan /r/ sahaja. Rumus ini
beroperasi secara aktif dalam dialek negeri Johor. Namun, dalam dialek negeri pantai timur
seperti Kelantan dan Terengganu, rumus pengguguran ini telah dipermudahkan dengan
menggugurkan semua bunyi likuida dan penggeluncuran iaitu bunyi /l, r, j, w/.
4.0 Hasil Kajian

Dialek Terengganu mengandungi maksud yang telah dinyatakan iaitu dialek yang
mempunyai ciri-ciri tertentu yang tersebar di kawasan Terengganu, dan ciri-ciri inilah yang
membezakan dialek ini dari dialek-dialek lain. Dalam kajian yang dijalankan ini,akan
membandingkan beberapa subdialek untuk menentukan kawasan penyebaran dialek
Terengganu itu. Selain itu, dialek ini menentukan kawasan peralihan atau kawasan yang
menerima pengaruh dari luar. Subdialek-subdialek.

4.1 Sistem vokal

Ulu Telemong ialah kawasan yang terletak di pedalaman Terengganu. Ulu Telemong terletak
di antara daerah Kuala Terengganu dan Ulu Terengganu. Kawasan ini juga dikatakan tidak
banyak menerima pengaruh dari luar. Subdialek Terengganu mempunyai enam fonem vokal,
iaitu [ i ], [ ə ], [ e ], [ a ], [ u ], [ o ]. Dengan itu [ a ] akhir kata dalam ejaan diucapkan
sebagai [ ə ] dalam subdialek Ulu Telemong.

Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong


Baca Bacə
Kuala Kualə
Dia Diə
4.2 Diftong

Fonem [ a ] dalam subdialek Ulu Telemong dapat menduduki lingkungan akhir kata, tetapi
yang kesejajarannya adalah diftong atau [ ai ]. Vokal [ i ] akhir kata dalam bahasa standard
mempunyai kesejajaran dengan rangkap [ei ] yang diikuti oleh [ k ] dalam subdialek ini.
Contohnya:

Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong


Ubi ubeik
Tinggi tinggəik

4.3Konsonan Plosif

Semua konsonan plosif boleh menempati lingkungan pravokal dan antara vokal. Lingkungan
akhir kata, sebelum kesenyapan hanya boleh ditempati oleh hentian glotis [ q ] sahaja.
Dengan demikian [ p ] dan [ t ] yang dalam bahasa standard menempati lingkungan tersebut
mempunyai kesejajaran dengan [ k ] dalam subdialek ini. Contoh-contoh adalah seperti
berikut:

Bahasa baku Dialek ulu Telemong


Darat daghak
Ikut ikuk
Gelap gəlak
4.4 Konsonan Nasal

Berkenaan dengan konsonan nasal pula, hanya [ ng ] yang dapat menempati kesemua
lingkungan yang diperkatakan. Konsonan-konsonan nasal lainnya hanya dapat menempati
lingkungan pravokal dan antara vokal. Dengan itu [ ng ] dalam bahasa standard yang terletak
dalam lingkungan akhir kata mempunyai kesejajaran dengan [ ng ] dalam subdielek ini.
Sebagai contoh adalah seperti berikut:

Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong


Jalan jalong
Cawan cawong
Gunung gunong
Enam nong
Dalam daləng

4.5 Konsonan Frikatif

Konsonan frikatif [ s ] dan [ gh ] hanya terdapat dalam lingkungan pravokal dan antara vokal
sahaja, dan dengan demikian memperlihatkan ciri persamaan dengan dialek-dialek lain
seperti dialek Kedah, Kelantan dan Pahang. Konsonan [ h ] pula hanya terdapat dalam
lingkungan akhir kata sahaja. Berhubung dengan itu, [ s ] akhir kata dalam bahasa standard
mempunyai kesejajaran dengan [ h ] dalam subdialek Ulu Telemong. Perubahan [ s ] ke [ h ]
itu boleh jadi mempengaruhi nilai vokal sebelumnya. Khususnya vokal [ a ] yang berubah
menjadi [ ə ]. Demikian juga, vokal [ i ] berubah nilai bunyinya menjadi [ e ]. Contohnya
seperti:

Bahasa Baku Dialek Ulu Telemong


Deras dəghəh
Alih aləh
Tikus tikuh
4.6 Pengguguran vokal

Konsonan [ r ] akhir kata digantikan dengan kesenyapan. Penguguran konsonan tersebut


boleh mempengaruhi nilai vokal yang mendahuluinya, khususnya vokal [ a ] yang berubah
menjadi [ o ]. Sebagai contoh:

Bahasa baku Dialek ulu telemong


Tabir tabi
Fikir piki
Liar lio
Tidur tido
Liur liu
telur təlu

4.7 Konsonan Afrikat

Seperti dalam bahasa standard dan dialek-dialek lain, konsonan-konsonan afrikat dalam
subdialek negeri ini hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Konsonan-
konsonan tersebut tidak dapat menempati lingkungan sebelum kesenyapan.

Bahasa baku Dialek ulu Telemong


Cicak Cicok
Jerat Jeghak
Jaga Jagə

4.8 Konsonan Lateral


Kadangkala, konsonan [ o ] dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan [ u ]
dalam subdialek ini. Sebagai contoh :

Bahasa baku Dialek ulu telemong


Ekor Iku
Telur Tilu
5.0 Kesimpulan

Dari perbandingan di atas itu, boleh dibuat kesimpulan bahawa ciri vokal depan luas yang
disengaukan itu adalah ciri gangguan yang masuk ke dalam subdialek Ulu Nerus dari dialek
Kelantan, baik berdasarkan resapan ataupun perpindahan. Dengan itu juga, boleh dikatakan
bahawa dalam subdialek Ulu Nerus pada asalnya terdapat urutan “ang” sama seperti
subdialek Kuala Terengganu dan bahawa ciri asli dialek Terengganu pada keseluruhannya
ialah “ang”. Dibandingkan dengan subdialek yang dituturkan di Gong Terap yang terletak di
daerah Besut, maka didapati bahawa subdialek ini juga mempunyai ciri vokal depan luas
yang disengaukan pada akhir kata itu sebagai kesejajaran dengan “ang”. Dalam aspek-aspek
fonologi lainnya subdialek ini boleh dikatakan sama dengan subdialek Kuala Terengganu
kecuali dalam pengucapan [ a ] akhir kata, kerana dalam hal ini persamaannya ialah dengan
subdialek Ulu Telemong. Dari perbandingan yang dilakukan ke atas bahasa Melayu yang
dituturkan di berbagai-bagai tempat di Terengganu, kita dapat membuat kesimpulan sendiri.
Pertama, subdialek yang dituturkan di bandar Kuala Terengganu dapat dianggap sebagai
subdialek yang mewakili dialek Terengganu Standard. Kedua, Besut dan Ulu Nerus
merupakan kawasan peralihan antara dialek Terengganu dan dialek Kelantan. Ketiga,
subdialek Ulu Telemong mewakili ciri-ciri yang boleh dikatakan banyak juga menyimpang
dari subdialek bandar Kuala Terengganu. Ciri-ciri penyimpangan itu mencerminkan proses
perubahan yang berlaku dalam masa yang silam. Bahawa subdialek bandar Kuala
Terengganu tidak mengalami proses itu adalah disebabkan hubungannya yang terus menerus
dengan dialek lain, khususnya dialek Johor, barangkali melalui penutur-penutur golongan
atasan, misalnya di kalangan istana. Dari sejarah, kita ketahui bahawa antara istana
Terengganu dan istana Johor terdapat hubungan yang erat. Di samping itu juga Terengganu
pernah menjadi sebahagian dari kerajaan besar Johor. Selain dari itu ciri-ciri persambungan
dialek juga boleh menyebabkan bertahannya ciri-ciri seperti epepet dalam lingkungan akhir
kata dan bertahannya a dalam –ang. Dalam hal ini kita lihat bahawa Kuala Terengganu lebih
dekat hubungannya dengan Pekan daripada dengan Kota Bharu. Keempat dan akhir sekali,
kawasan-kawasan bandar (A), walaupun kecil , lebih banyak memperlihatkan persamaan ciri-
ciri pertuturannya dengan bandar Kuala Terengganu (B) dibandingkan antara bandar Kuala
Terengganu dengan kawasan pedalaman (C) walaupun jarak antara A dengan C lebih dekat
daripada A dengan B. Kelima, kesinambungan antara subkawasan-subkawasan dialek itu
jelas dari ciri-ciri pertuturannya, dan dengan itu tidak ada pemisahan yang mendadak.
Bibliografi

1. Asmah Haji Omar, 2008.“Susur Galur Bahasa Melayu”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

2. Zaharani Ahmad,2006. “Kepelbagaian Dialek Dalam Bahasa Melayu: Analisis

Tatatingkat Kekangan.Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan

Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

3. Asmah Haji Omar,1977. “Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu”.Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah. 2007. Linguistik Fonetik dan

FonologiBahasa Melayu. Kuala Lumpur. Aslita Sdn.Bhd

You might also like