You are on page 1of 8

Tugasan individu 2

1. Apakah bunyi bahasa? Apakah yang membezakan bunyi bersuara dan yang tak
bersuara?

Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang
bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, kitar
suara, rongga takak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Udara yang kelar itu
akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi.

Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di seluruh
dunia. Bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.
Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan. Pada
hakikatnya, bahan yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi-bunyi. Kita sedia
memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Ini kerana apabila
dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Oleh itu, bunyi
bahasa itu ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Alat
artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang berfungsi dalam mengeluarkan
bunyi-bunyi bahasa.

Bunyi bahasa dikaji dalam bidang fonetik dan mempunyai sistem atau pertuturan
yang dikaji pula dalam bidang fonologi. Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi?
Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2013), bunyi ialah kesan
yang didengar oleh telinga yang berlaku apabila udara dari paru-paru keluar melalui pita
suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke rongga mulut atau rongga hidung.

Bidang fonetik yang mengkaji bunyi bahasa dapat dipecahkan kepada tiga iaitu
artikulatori, auditori, dan akustik. Cabang fonetik adalah mengkaji bagaimana bunyi
bahasa terhasil, bagaimana bunyi diklasifikasikan serta bagaimana setiap bunyi yang
dikeluarkan berbeza. Bertil Malmberg pada tahun 1968 mendefinisikan fonetik sebagai
pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Tambahanya lagi, fonetik menekankan pelahiran
bahasa dan bukan kepada kandungannya. Dengan kata lain, unit-unit yang digunakan
dalam bahasa pertuturan ialah bunyi-bunyi dan kumpulan-kumpulan bunyi yang boleh
dibezakan oleh telinga manusia tanpa ragu-ragu.

Fonologi pula ialah kajian sistem bunyi bahasa. Kajian fonologi dapat
dibahagikan kepada enam tujuan iaitu untuk melihat kemestaan bahasa, pemenggalan
bunyi bahasa, pola dan kelas bunyi bahasa, variasi bunyi, proses fonologi, dan
perubahan bunyi. Abdullah Hassan mendefinisikan fonologi adalah bidang yang
mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.

Terdapat beberapa perbezaan antara fonologi dan fonetik. Antaranya ialah,
fonetik mengkaji subdisiplin linguistik kajian tentang bunyi sebagai fenomena dalam
dunia fizikal, fisiologi, anatomi, neurologi dan psikologi manusia yang menghasilkannya.
Sebaliknya, fonologi pula merupakan subdisiplin linguistik yang mengkaji bahasa iaitu
tentang fungsi perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik. Selain itu, fonetik
juga merupakan kajian tentang sifat-sifat semulajadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi
bahasa yang dihasilkan. Namun, berbeza pula dengan fonologi di mana fonologi
merupakan kajian ssitem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semulajadi sistem-sistem
tersebut secara umum.

Melalui fonetik dan fonologi bahasa Melayu, pelbagai manfaat diperolehi dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antaranya adalah untuk memberi
pengetahuan tentang ilmu fonetik dan fonologi bahasa Melayu untuk diaplikasikan
secara praktik. Hal ini kerana, ilmu fonetik dan fonologi merupakan asas kepada
pembentukan bahasa baku. Oleh itu, pembentukan kata serta makna adalah lebih
cenderung ke arah kefahaman yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
tiada unsur-unsur campuran bahasa rojak dan slanga yang kadang-kadang sukar untuk
difahami. Dengan itu, ilmu fonetik dan fonologi yang dipelajari perlu dipraktikkan untuk
melatih diri dalam berbahasa Melayu yang betul.

Selain itu, mempelajari fonetik dan fonologi juga dapat membantu kita untuk
mengetahui dan memahami tentang bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa. Dalam
kehidupan, manusia menghisap udara setiap hari. Menurut Indirawati Zahid dan
Mardian Shah Omar (2006), udara merupakan sumber tenaga utama dalam
penghasilan bunyi bahasa. Hal ini penting dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah apabila seseorang guru membincangkan tentang fungsi serta bunyi-bunyi yang
terhasil dan tidak terhasil melalui organ badan manusia. Sebagai contoh, bunyi bahasa
yang terhasil daripada penghasilan konsonan, vokal dan diftong. Dalam penghasilan
vokal, pelbagai bentuk bunyi bahasa yang terhasil seperti vokal depan luas, vokal
depan sempit, vokal depan separuh sempit, vokal depan luas. Selain itu, terdapat juga
vokal tengah, vokal belakang sempit, dan vokal belakang separuh sempit. Dengan
mempelajari fonetik dan fonologi juga, kita dapat mengenalpasti konsonan asli dalam
bahasa Melayu. Dengan itu, mudahlah bagi kita untuk mengenalpasti bunyi bahasa
apabila sesuatu sebutan keluar daripada sebutan kita. Melaluinya, pengenalan yang
lebih mendalam kepada alat-alat artikulasi dalam penghasilan bunyi bahasa dan bukan
bunyi bahasa. Sebagai contoh, vokal depan sempit (tinggi) [i] menghasilkan bunyi
bahasa seperti:

Awal perkataan Tengah perkataan Akhir perkataan
[ikan] [tiba] [tali]
[ijab] [kila] [bli]
[insan] [kita] [padi]

Mengenal pasti perbezaan bunyi bukan bahasa seperti ketawa, menepuk tangan dan
berdehem adalah sebahagian daripada manfaat mempelajari fonetik dan fonologi.
Sekiranya pembelajaran berlangsung, pelajar dapat membezakan apa itu bunyi bahasa
dan bunyi bukan bahasa. Hal ini kerana, bunyi bahasa dalam pengajaran fonetik dan
fonologi adalah bunyi yang terhasil daripada sekatan alat-alat artikulasi yang
menerbitkan perkataan dan mempunyai makna serta dapat difahami. Sebaliknya, bunyi
berdehem atau ketawa bukanlah sebahagian daripada bunyi bahasa kerana ianya tidak
menerbitkan apa-apa makna atau perkataan.

Menurut Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain (1965), manfaat utama seseorang
pelajar mempelajari ilmu fonetik dan fonologi adalah dapat mengatasi masalah yang
berkaitan dengan sebutan terutamanya pelajar bahasa kedua. Penyelesaian masalah
ini dapat dilakukan dengan meneliti secara fonetik variasi-variasi sebutan dialek-dialek
satu-satu bahasa itu. Seperti yang diketahui, setiap pelajar yang mempelajari satu-satu
bahasa kedua pasti akan menghadapi masalah dan kesukaran kerana tidak ada dua
bahasa yang sama. Malah dalam satu bahasa pun terdapat variasi-variasi dan
kelainan-kelainan yang diistilahkan sebagai dialek-dialek tertentu untuk menguasai
bahasa sendiri sepenuhnya sebagai satu mata pelajaran di sekolah-sekolah. Fonetik
dan fonologi bermanfaat dalam penggunaan bahasa.
Contohnya:
/#Dia memberi saya sebulan gaji#/

Ayat ini akan sukar disebut oleh pelajar-pelajar Cina yang menuturkan bahasa Cina
sebagai bahasa pertama apabila mereka mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa.
Pelajar-pelajar Cina itu akan menyebutnya seperti:
[dia mmbli saj sbulan gai]

Tedapat dua bunyi bahasa yang digantikannya iaitu [r] ke [l] dan [j] ke []. Kedua-dua
bunyi [r] dan [] tidak terdapat dalam bahasa Cina. Oleh yang demikian kedua-dua bunyi
ini digantikan oleh mereka dengan bunyi yang paling dekat yang terdapat dalam bahasa
mereka. Oleh hal yang demikian, dengan mempelajari fonetik dan fonologi, semua ini
boleh dibantu dengan bahan-bahan yang dianalisi secara fonetik dan oleh guru-guru
yang tahu ilmu fonetik. Latihan-latihan yang mencukupi perlu diberi dan bahan-bahan
ini boleh disediakan dan dari analisaan fonetik. Melaluinya, pelajar sama ada pelajar
bukan bahasa kedua atau pelajar bahasa pertama dapat mempelajari bagaimana cara-
cara untuk meggerakkan alat-alat sebutan atau artikulasi mereka dengan betul.
Misalnya pelajar Cina yang tidak dapat mengeluarkan bunyi [r] dalam bahasa Melayu,
dengan bantuan guru, mereka dapat serta boleh mempelajari cara-cara bagaimana
hendak menggerakkan alat-alat sebutan mereka untuk mengeluarkan bunyi [r] itu. Hal
ini juga sama seperti pelajar yang mempelajari sebutan standard seperti pelajar-pelajar
Terengganu yang dengan mempelajari fonetik dan fonologi, mereka dapat
membunyikan bunyi bahasa dengan betul. Sebagai contoh,

[dia mmbri say sbula gaji]

Disebabkan dialek tidak lekang dari sebutan, maka sebutan [n] akan menjadi [].
Namun, dengan mempelajari ilmu fonetik dan fonologi, sebutan standard mereka dapat
diubah dengan sebutan yang betul. Apabila pengetahuan telah bertambah tentang ilmu
fonetik dan fonologi tentunya membolehkan seseorang pendidik mengenali pelbagai
variasi bahasa yang dituturkan oleh murid, dan keadaan ini membolehkan seorang
pendidik membetulkan kesilapan dengan tepat dan berkesan serta dapat membimbing
murid supaya mahir membunyikan dan menyebut sesuatu dengan betul.

Selain itu, mempelajari fonetik dan fonologi juga boleh membantu pelajar
menggunakan secara tepat sifat-sifat bunyi seperti panjang-pendek, tekanan dan tinggi-
rendah suara dalam bahasa yang dipelajari. Fonetik dan fonologi dikatakan boleh
membantu kerana dalam bidang tersebut terdapat teori-teori mengenai sifat-sifat
bunyibahasa. Dalam bahasa melayu, penyelidikan mengenai perkara-perkara ini belum
lagi dilaksanakan dengan meluasnya kerana penggunaan fonetik dan fonologi secara
berkesan dalam bidang pengajaran bahasa belum dilaksanakan lagi. Namun demikian,
pengetahuan fonetik dan fonologi daripada guru yang mengajar bahasa boleh sedikit
sebanyak membantu.

Dalam bahasa Melayu, panjang-pendek dan tekanan tidak berfungsi selari
seperti dalam bahasa Inggeris. Bagi pelajar-pelajar bahasa Melayu, kedua-dua sifat
bunyi ini dipelajari sebagai gaya dalam bahasa Melayu sahaja. Perbezaan-perbezaan
dari segi dua sifat bunyi ini juga boleh ditinjau dari segi variasi-variasi di dalam dialek-
dialek ataupun variasi-variasi di antara dialek atau dialek-dialek dengan bahasa melayu
standard. Variasi-variasi dari segi panjang-pendek dan tekanan menurut dialek ini boleh
dikaji dan diteliti dan hasilnya amat berguna untuk pengajaran dan pembelajaran
bahasa.

Di samping itu, pembelajaran fonetik dan fonologi turut memberi manfaat
dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak. Hal ini kerana penggunaan kaedah fonetik
dapat membantu kanak-kanak membunyikan suku kata dan menggabungkan bunyi-
bunyi bahasa menjadi perkataan. Aktiviti bermain dengan abjad, suku kata dan
perkataan menggunakan kaedah fonetik sangat sesuai dengan kanak-kanak yang baru
mula belajar membaca. Kaedah fonetik membolehkan kanak-kanak membina perkataan
daripada bunyi-bunyi bahasa. Contohnya, bunyi vokal /e/ dapat dibunyikan oleh kanak-
kanak dengan betul sama ada ianya [a] ataupun []. Contoh lain adalah perkataan yang
mempunyai sama ejaannya tetapi berlainan maksud dan sebutan. Dengan mempelajari
fonetik dan fonologi ini membolehkan kanak-kanak ataupun pelajar menyebutnya
dengan betul seperti perkataan /perang/. Apabila ditranskripsikan, perkataan ini boleh
membawa kepada dua maksud sama ada [pra] atau [para].

2. Apakah yang dimaksudkan alat artikulasi aktif?
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 93), alat artikulasi ialah organ atau organ
yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat
dalam mengeluarkan bunyi bahasa, iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang
keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Alat artikulasi terbahagi
kepada dua, iaitu alat yang boleh digerak- gerakkan dengan bebas dan boleh
diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut serta daerah pengeluaran.
Menurut Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar(2006: 30) dalam buku fonetik dan
fonologi, alat artikulasi adalah alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat
ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas
gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Alat artikulasi terbahagi kepada dua,
iaitu yang pasif dan aktif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan
manakala yang pasif pula adalah sebaliknya.
Anak tekak
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz , anak tekak
berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut, khususnya
dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau
atau tidak.

Lidah
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bahagian
hadapan, tengah, belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi- bunyi vokal, iaitu
vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Hujung lidah pula berfungsi untuk
menyekat perjalanan udara.

Pita suara
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, pita suara
berperanan penting dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan itu
bersuara ataupun tidak bersuara.
Rahang
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rahang
berperanan penting dalam pembuyian vokal.

Rongga
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rongga
berperanan dalam menetukan penghasilan bunyi-bunyi bahasa.

Bibir
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir berfungsi
untuk menyekat perjalanan udara. Bibir juga berfungsi untuk membuat sekatan kepada
udara yang keluar melalui rongga mulut.

Gigi
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi berfungsi
untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut. Gigi
juga berperanan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa, tetapi peranannya tidaklah
aktif. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof

Gusi
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi berfungsi
sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan dan tidak boleh digerak-digerakkan.
Gusi juga berperanan dalam pengeluran bunyi-bunyi bahasa dengan bantuan hujung
lidah yang berfungsi untuk membuat penyekatan, misalnya ketika mengujarkan bunyi
[ t ] dan [ d ].

Lelangit
Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, lelangit keras
berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam mengeluarkan bunyi- bunyi bahasa. Lelangit
lembut berperanan dalam menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bunyi oral
atau bunyi nasal. Menurut Linguistik Pengenalan yang ditulis oleh Radiah Yussoff dan
Nor Aini Ismail, lelangit lembut berfungsi untuk mengawal udara untuk sama ada keluar
melalui mulut atau hidung.

Epiglotis
Menurut buku linguistik untuk bukan ahli linguistik yang ditulis oleh Frank Parker,
epiglotis berfungsi menutup peti suara semasa makan, justeru itu ia melindungi saluran
ke paru-paru. Menurut buku yang ditulis oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar,
epiglotis berfungsi sebagai penutup kepada masuknya makanan dan minum ke trakea.

You might also like