You are on page 1of 14

Pendahuluan Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu

sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau berurutan. Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa. Bahasa bertindak melalui dua bentuk iaitu melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.

1.1

Definisi fonetik Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon

atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakanfonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975). Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Abdullah Hassan (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan.

1.2

Cabang-cabang fonetik Bidang fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik

auditori. Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia dan bahagian-bahagian (articulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur. Fonetik akustik pula mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud. Fonetik auditori pula mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyibunyi tersebut diinterprestasikan. Proses yang terlibat dinamakan sebagai mendekod, yang melibatkan

pendengar. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti

bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsir maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006).

1.3

Definisi fonologi Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi

tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci. Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik

deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (2005) pula, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa. 1.4 Perbezaan fonetik dan fonologi Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006), bidang fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyibunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi tersebut. Manakala bidang fonologi pula ialah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini. Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia yang direalisasikan melalui lambang-lambang tertentu. Manakala fonologi pula bertugas untuk merumus, menghurai dan menjelaskan segala bentuk bunyi sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik. Fonetik ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon) serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Manakala Fonologi ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa yang dikenali sebagai bunyi bahasa. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa manakala fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Fonem merupakan istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sesuatu bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi. Contohnya bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar".

Sebagai rumusan, didapati kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila sudah menguasai bidang fonetik, baharulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna. Dengan demikian dapat dilihat bahawa fonetik dan fonologi adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Garis pemisah antara keduaduanya adalah kurang jelas walaupun ada sarjana cuba meletakkan garis pemisahnya. 2.0 Kepentingan kaedah fonetik kepada guru bahasa Melayu Kaedah fonetik dianggap sebagai kaedah pengajaran bahasa yang saintifik. Kaedah ini dikenali juga sebagai kaedah Reform atau Kaedah Lisan. (Raja Mukhtaruddin, 1980). Melalui kaedah ini guru-guru boleh memulakan pengajaran dengan latihan mendengar, kemudian bergerak kepada latihan sebutan menurut susunan iaitu bunyi kepada perkataan, kemudian kepada rangkaikata, dan seterusnya kepada ayat. Kemudian, semua ini digabungkan menjadi dialog-dialog dan cerita-cerita. Melalui kaedah fonetik, tatabahasa disampaikan secara induktif, dan penulisan karangan pula berdasarkan bahan-bahan yang telah didengar dan dibaca. Kaedah fonetik ini membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa baharu. Kaedah ini membandingkan persamaan dan perbezaan bahasa yang telah diketahui oleh pelajar dengan bahasa yang telah dipelajari daripada segi bentuk-bentuk, fungsi, bunyi, struktur ayat, dan makna tetapi perbandingan daripada segi bentuk dan fungsilah yang lebih diutamakan. Kaedah ini menggunakan bahasa yang diketahui oleh pelajar untuk mempelajari bahasa baharu daripada segi bunyi dan menerangkan perihal nahu berdasarkan perbandingan antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang diketahui. Kaedah ini mengutamakan sebutan dan bahasa yang diajar ialah bahasa pertuturan. Isi dan bahan pengajaran dipilih, dikawal, dan disusun berdasarkan penyelidikan dan perbandingan antara bahasa ibunda pelajar dengan bahasa yang diajar. Perbendaharaan kata dan ayat-ayat yang diajar kepada pelajar disesuaikan dengan keperluan, peringkat umur, jenis, dan latar belakang pelajar. (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir) Oleh sebab kaedah fonetik ini mementingkan perbandingan bentuk dan fungsi-fungsi bahasa kandung dengan bahasa kedua, maka dapatlah guru-guru menyediakan bahan-bahan pengajaran yang diajar dengan lebih tersusun dan teratur. Oleh kerana penyediaan bahan-bahan pengajaran disediakan lebih awal oleh guru, maka kanak-kanak dapat dilatih dengan lebih sempurna bagi mengenal atau memahirkan bentuk-bentuk atau corak-corak ayat yang tertentu. Dengan demikian, murid-murid mendapat asas bahasa yang kukuh. Justeru, mereka dapat memahami tatabahasa yang dipelajari dengan jelas dan tepat. Selain itu, murid-murid akan cepat bertutur dan membuat ayat dalam bahasa yang dipelajari dengan mengikut bentuk-bentuk ayat bahasa ibunda mereka sendiri. 2.1 Teknik Pengajaran Kaedah Fonetik Untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik, guru perlu mendahulukan pengajarannya dengan mengajar sebutan bunyi perkataan-perkataan bahasa yang dipelajari, yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui. Guru kemudiannya membuat latihtubi bunyi-bunyi bahasa yang dipelajari, yang mempunyai perbezaan dengan bahasa yang diketahui kerana bunyi-bunyi inilah yang menimbulkan kesulitan untuk menyebutnya. Pilih bunyi-bunyi yang tidak ada dalam bahasa ibunda kanak-kanak, misalnya kepada kanak-kanak Cina, bunyi-bunyi dasar seperti b, r, j, d, itu patut diutamakan kerana dalam bahasa mereka bunyi-bunyi dasar ini tiada

perbezaan. Oleh

sebab

itulah

terdapat

kanak-kanak

Cina

menyebut baju sebagaimaju, bulu sebagai mulu, rumah sebagai lumah, rokok sebagai lokok, jalansebagai y alan, dalam sebagai lalam dan lain-lain lagi. Apabila mengajar kosa kata, guru haruslah memulakan dahulu pengajaran perbendaharaan kata yang mudah yakni perbendaharaan kata yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui. Semasa memilih perkataanperkatan itu hendaklah didahulukan perkataan-perkataan yang serupa. Antaranya ialah coffee dengan kopi, radio dengan radio, seumpamanya. Ketika mengajar struktur-struktur ayat, struktur-struktur yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui perlulah didahulukan. Kemudian baharulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang tiada atau berlainan dengan bahasa yang diketahuinya. 2.2 Konsep Membaca Kaedah Fonetik Kaedah belajar membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari sistem ejaan suku kata kepada sistem bacaan secara fonetik. Pendekatan ini digunakan kerana strategi pengajarannya yang lebih dinamik berbanding sistem kaedah membaca secara tradisional. Pengajaran membaca menggunakan kaedah tradisional dikesan mengambil masa yang agak lama bagi membolehkan kanak-kanak mahir dan menguasai kemahiran membaca. Kaedah fonetik sebenarnya telah lama dipraktikkan di negara-negara maju. Kaedah fonetik memfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza dengan kaedah tradisional yang menekankan teknik penghafalan nama huruf. Kaedah ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kanak-kanak untuk menghafal. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kaedah fonetik mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini adalah berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini boleh dimulakan dengan pengenalan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan seperti berikut: biscuit dengan biskut, bag dengan beg, computer dengankomputer, dan yang

a.

Bunyi vokal a e i o u aaa eee iii ooo uuu

b.

Bunyi konsonan

b c d f g h j k l

beh ceh deh feh geh heh jeh keh el

n p q r s t v w y

en peh qeh rer sss teh vev weh yeh

em zez m z Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk membentuk suku kata, dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. Guruguru boleh menggunakan gambar-gambar ilustrasi untuk menarik minat murid-murid sebagai sokongan. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, sukukata pula boleh dibina, kemudian baru digabungkan suku kata-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari. 3.0 KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara. Kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Hal ini adalah kerana otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu.

Rujukan

Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu . Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Arbak Othman. (1983). Permulaan ilmu linguistik: Suatu pengenalan konsep dan bidang kajian secara toritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Teori bahasa: Implikasinya terhadap pengajaran tatabahasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. (2006). Teks bahasa Melayu STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain. (1980). Kaedah dan teknik mengajar bahasa: Dengan rujukan khas kepada pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu. Sheikh Roslam Sheikh Abdullah & Aminuddin Bin Mamat (2011). Modul PGSR: WAJ3104 Literasi bahasa. IPG Kampus Kota Bharu. Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

PENDAHULUAN Ilmu fonetik akustik melibatkan pengkajian gelombang udara yang membawa bunyi ke telingan.fonetik akustik merupakan aspek kedua yang dikaji selepas fonetik artikulasi.Fonetik akustik melibatkan ciri fizikal ucapan bahasa.Ketiga-tiga cirri tersebut ialah nada,kelantangan dan kepanjangan.Kesemua cirri ini boleh diterangkan dengan menggunakan spectrogram.

Ciri-ciri Fizikal bahasa i)Nada Nada bunyi bergantung pada frekuensi(KEKERAPAN) getaran pita suara,Ada beberapa jenis nada yang mempunyai kualiti yang berbeza.selalunya bagi bunyi-bunyi vocal dan bunyi-bunyi bersuara lebih ketara didengari berbanding dengan nada bagi bunyi-bunyi tidak bersuara dan bunyi bisikan. Suara perempuan mempunyai nada jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan suara lelaki.Suara perempuan mempunyai 240 pusingan bagi setiap saat.Sementara suara lelaki pula 150 pusingan bagi setiap saat.paras nada suara berbeza antara individu dan antara bunyi yang diucapkan oleh seorang penutur.

ii)Kelantangan Suatu bunyi suku kata boleh jadi lebih lantang jika dibandingkan dengan suku kata yang lain.Ini dapat dikesan daripada cirri bunyinya yang lebih panjang daripada bunyi yang didampinginya.Ia boleh dikaitkan dengan kepadatan semasa penghasilan bunyi.Kelantangan juga ada kena mengena dengan saiz dan amplitid getaran serta perasaan pendengar semasa memberi penekanan bunyi.Bunyi yang lantang akan menghasilkan getaran dan kesan daripada itu amplitude yang luas tercipta.Dengan kata lain,apabila bunyi atau sukukata ditekan,tekanan udara bertambah dan kesannya lebih luas amplitude getaran dapat dihasilkan. Contohnya [s] dan [ ] mempunyai kepadatan dan sebagai hasilnya pola forman yang lebih hitam dapat dikesan jika dibandingkan dengan bunyi [f] dan [ v] Getaran dalam satu tempoh masa tidak mengambil kira amplitude.Satu pusingan boleh disempurnakan dalam jangka masa waktu yang pendek ataupun panjang berdasarkan masa dan kepanjangan masa.Jumlah pusingan bagi setiap saat = Frekuensi bagi getaran. Rajah (a) akan menunjukkan apa itu satu pusingan sementara rajah (b) pula ialah apa itu amplitud.

Satu pusingan ialah dari tempat permulaan kea rah titik amplitude yang maksimum dalam satu arah dan dari situ kembali ke titik yang satu lagi.

iii) Kepanjangan Dengan ,menggunakan osilogram atau spectrogram,kita boleh mengukur sempadan bagi suatu bunyi dan suku kata.Tempoh kepanjangan bagi bunyi atau suku kata bergantung pada kelajuan susuatu ujaran.pukul rata 6-20 fonem atau segmen dihasilkan dalam 21 saat.

BUNYI PERIODIK DAN APERIODIK Dalam fonetik akustik kita mempunyai dua jenis bunyi iaitu bunyi periodic dan bunyi aperiodik I) Bunyi periodic terhasil apabila jarak antara pusingan adalah sama.Bunyi periodic memberi sensasi nada yang jelas.Ketinggian nada boleh dikaitkan dengan frekuensi getaran.Semakin tinggi frekuensi semakin tinggi nada.Bunyi-bunyi periodic mempunyai bentuk sinusoid.Contohnya:

Tetapi ada juga bunyi periodic yang kompleks.

Lebih kompleks sesuatu bunyi periodic semakin banyak komponen sinusoid yang perlu dibina

Komponen sinusoid mempunyai bunyi periodic yang komples dikenali sebagai harmoni.Ketinggian harmoni boleh didapati dengan mendarab harmoni yang terendah yang dikenali sebagai frekuensi dasar dengan frekuensi yang mempunyai 100 pusingan bagi setiap saat. Rajah di bawah ialah alat yang digunakan untuk mengukur frekuensi dasar.

ii) Bunyi Aperiodik Bunyi aperiodik ia tidak mempunyai harmoni dasar. Bunyi bising yang dihasilkan wujud di setiap ruang frekuensi menyebabkan kita tidak dpat mendengar nada bunyi sejelas bunyi periodik.Contoh frekuensi bagi bunyi aperiodik.

Rajah di sebelah menunjukkan contoh gambaran bunyi yang dihasilkan dengan alat bantuan spectrogram.

ALAT-ALAT MENGUKUR FONETIK AKUSTIK. Ciri ciri fizikal bunyi sebagaimana yang dibincangkan bagi bunyi-bunyi tuturan yang berbeza boleh diterangkan dengan menggunakan spectrogram dan osilograms.

i)

Spektrogram Spektrogram ialah alat yang menterjemah bunyi ke representsi visual dalam bentuk komunikasi frekuensi berdasarkan tanda yang gelap.Bunyi vocal selalunya boleh dilihat dengan jelas dalam spectrogram dan lebih luas jika dibandingkan dengan bunyi-bunyi konsonan. Gambar di bawah menunjukkan rupa bentuk spectrogram dan gambaran berskema bagaimana spektogram itu bekerja.

Gambar rajah di sebelah menunjukkan bagaimana alat spektogram berfungsi.Bunyi-bunyi akan dirakam di bulatan pita bermagnet dan dianalisis apabila diulang sebut.Penganalisis akan membentuk daerah gelap dan terang pada kertas yang disediakan.

(Sumber : Colin Painter 1979. An Introduction to In strumental Phonetics.)

(Sumber : Colin Painter 1979. An Introduction to Instrumental Phonetics)

Salah satu kegunaan spectrogram adalah untuk mengajar orang pekak bertutur.Orang yang normal pendengaran mereka mampu belajar bercakap dengan menggunakan sepenuhnya faedah daripada mendengar berdasarkan kesan-kesan akustik yang dihasilkan oleh pergerakkan pita suara.Tetapi lain pula halnya dengan orang yang cacat pendengaran.Mereka hanya boleh melihat pola spektrografi yang terbentuk ketika mereka bercakap. ii) Sinar Katod Selain Spektrogram,kita boleh menggunakan sinar katod sama ada sinar katod sama ada sinar katod osiloskop memaparkan bentuk gelombang di muka tiub serupa sebagaimana yang terpancar di televisyen. Osilomink ialah penulisan dakwat osilograf.Kelemahan alat ini ialah ia tidak dapat mencatat semua bunyi kerana pen yang digunakan tidak selaju bunyi bahasa yang keluar.Pada halaman menunjukkan catatan osilomink bagi frasa apples,lemons dan cherries.Garis atas ialah bentuk gelombang,Garis kedua ialah frekuensi dasarnya(ditunjukkan dengan nada), garis ketiga ialah kepadatan(ditunjukkan dengan kelantangan),garis keempat ialah kepadatan dengan frekuensi yang tinggi dan garis terakhir ialah penanda masanya.

KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN SPEKTROGRAM i) Kebaikan -Ukuran merupakan sumber yang boleh dipercayai untuk mengukur kepanjangan sesuatu bunyi.Ia lebih baik jika dibandingkan dengan bentuk gelombang.Perbezaan antara bunyi v okal nasal dan sisian boleh dilhat pada spectrogram.

-Penunjuk yang boleh dipercayai untuk melihat kualiti vocal.Jarak serta forman pertama dan kedua tergambar berdasarkan darjah belakang sesuatu vocal. Boleh menerangkan cara artikulasi daripada spectrogram.Kita boleh melihat sama ada bunyi letupan lebih terang formannya dibandingkan dengan bunyi frikatif atau geluncuran dan sebagainya. Kita boleh asingkan bunyi getaran dan tamparan,bunyi bersuara dan bunyi tak bersuara.

ii)

Keburukkan

Darjah kesengauan sesuatu bunyi atau melihat titik artikulasi tidak boleh diukur.Kita tidak boleh menentukan titik artikulasi dengan berpandukan spectrogram.Ini kerana fungsi spectrogram lebih kepada mengukur sesuatu yang abstrak seperti nada dan kelantangan.daripada mengukur sesuatu yang konkrit seperti bibir dan gusi.

FONETIK AUDITORI 2.0 PENDAHULUAN Fonetik Auditori adalah berkenaan dengan pendengaran dan proses yang wujud apabila kita menerima bunyi dan bagaimana bunyi itu dirasai.Fonetik auditori melibatkan otak dan telinga.Gelombang bunyi yang sampai ke telinga sebenarnya adalah getaran mekanikal bagi partikel-partikel udara.Bunyi yang boleh didengar dan dirasa mestilah mempunyai jurang frekuensi dan kepadatan tertentu. 2.1 Fungsi telinga dan otak. Penerimaan tuturan tidak boleh bergantung semata-mata pada analisis akustik.Ia adalah bentuk pengenalan pola dengan input akustik yang menyediakan isyarat bagi identifikasi bunyi dan perkataan tetapi tidak mencukupi untuk mengenalinya.Penerimaan pertuturan dipengaruhi oelh sistem fonologi dan merupkan hasil daripada proses pembelajaran bahasa.Proses penerimaan bahasa terutamanya merupakan satu bentuk yang kompleks dalam mengenal pola-pola bunyi bahasa. Faktor utama dalam pengenalan bunyi bahasa bergantung pada operasi bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi yang sampai. Faktor utama dalam pengenalan bunyi bahasa bergantung pada operasi bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi yang sampai.Walaupun otak boleh digunakan untuk mengukur gelombang bunyi tnapa bantuan telinga,kita tidak akan mampu untuk menyatakan tentang apa-apa tentang bunyi bahasa.Jumlah maklumat diterima begitu banyak dan luas dengan baantuan telinga menapisnya sahaja.Kita boleh mengasingkan sesuatu yang releven,yang tidak releven yang penting atau berguna. 2.2 Struktur seta tugas telinga dan Otak Telinga mempunyai tiga fungsi utama iaitu: a) Memungut ransangan b) Memindahkan ransangan c) Kadang-kadang menganalisis ransangan

Gelombang bunyi disalurkan melalui satu terusan yang boleh menyebabkan gegendang telinga bergetar.Bahagian tengah telinga mengandungi tiga tulang kecil yang disambungkan ke gegendang telinga dank e bahagian dalam telinga.Bhagian tengah telinga merupakan satu rongga kecil yang dipenuhi oleh udara.Bahagian tengah telinga di sambungkan ke hidung dan boleh digunakan untuk menyeimbangkan tekanan udara dari luar dn di dalam telinga.Bhagian tengah telinga juga memanjangkan getaran sebelum menyalurkan gelombang-gelombang bunyi ke bahagian dalam telinga. Di bahagian dlam telinga terdapat koklea yang mempunyai dua jendela iaitu jendela bujur dan jendela bulat.Jendela bujur boleh bergetar dn menyalurkan gelombang bunyi kepada cecair yang terkandung di dalm koklea.Sementara jendela bulat menentukan perubahan tekanan dalam cecair tersebut.Apabila melalui cecair tersebut,getaran ino akan menyebabkan pembahagi membrane turut bergetar akhirnya maklumat akan disalurkan ke otak melalui nadi auditori.

Proses yang berlaku dalam otak merupakan proses yang berterusan.Sama ada kita yang bercakap atau kita yang mendengar,aktiviti otak tetap berterusan.Telinga akan tetap menerima gelombang bunyi yang dihasilkan daripada ujurn penutur.Tetapi ini masih belum dpat menjamin kejaaan kita menyahkod kesemua mesej.Jika mesej yang disampaikan dlam bahasa asing yang tidak diketahui oleh pendengar,sudah tentu si pendngar tidak akan terus menyahkod mesej yang disampaikan. Gelombang dan maklumat yang mampu dipilih oleh otak akan diproses dan kemudian diberikan garis kasar pad mesej tersebut supaya dapat diterima akal.Kemudian pendengar akan merangka semula ayat yang berasal dari otak si penutur. Pendengar mampu untuk merangka semula kerana pengetahuan yang lebih awal mengenai bahasa telah pun diam otak simpan dalam otak pendengar.Pengetahuan ini digunakan terutama sekali di peringkat awal menyakkod mesej.ia ada kena mengena dengan maklumat akustik yang dibekalkan oleh gelombang bunyi

2.3 Ciri-ciri Fizikal Bunyi Penerimaan bunyi dalam fonetik auditori berasaskan kepada tiga perkara iaitu nada,kelantangan dan kualiti bunyi. 2.3.1 Nada Kita dapat mendengar perbezaan nada antara bunyi seminimum tiga pusingan bagi satu saat jaraknya.Kita dapat mengesan perbezan penerimaan nad dan hubugannya dengan getarn pita suara atau frekuensi dasar bagi bunyi periodic dan getaran aperiodik bagi bunyi lain. 2.3.2 Kelantangan. Kelantangan dikaitkan dengan kepadatan bunyi.Bahagian tengah telingan mamainkan peranan penting dal yang mempunyai kepadatan bunyi yang rendah. Nada yang paling tinggi dan rendah frekuensinya memerukan faktor kepadatan bagi kita merasai perbezaannya. Bunyi hanya boleh didengari jika kepadatanya melebihi 4000 pusingan bagi setiap saat.Skil fon bagi tahap kelantangan digunakan dan ukuran skilnya dikenali sebagai skil intensif.Alat ini membolehkan kita mengukur mengikut susunan meningkatan magnitude.Sementara skil berangka dicipta dan memilih son bagi unit kelantangan. 2.3.3 Kualiti Kualiti bunyi pula dapat dihubungkan dengan pola spectra dan gerakan pita suara yang menghasilkan spectra tersebut.Perbezaan dar segi saiz dan rupa bagi rongga vokal setiap individu,struktur pita suara,pengawalan pada getaran dan cirri pengaliran udara semuanya memberi kesan pada kualiti bunyi.

You might also like