You are on page 1of 5

Sejarah linguistik

Sejarah Perkembangan Linguistik


Zaman Yunani
Orang Yunani orang pertama yang terlibat dalam pengkajian linguistik.
Pengkajian bermula pada 500 tahun sebelum masihi.
Kajian bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran falsafah.
Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, pada abad ke-6 Sebelum Masihi
Tokoh pengkajian bahasa zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle.
Plato ahli falsafah yang pertama menyelidik bahasa melalui karyanya berbentuk di
Cratylus.
Cratylus menerangkan bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan
anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar
sepenuhnya.
Plato pula menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dan
kata kerja.
Plato meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada prediket dan kata kerja
sebagai penerangan kepada perbuatan.
Zaman aristotle 384-322 sebelum masihi. Tambah satu lagi pembahagian tatabahasa
iaitu kata penghubung.
Aristotle memperkembangan falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato.
Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah menganggap bahawa fungsi
bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi.
Pada zaman yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Kaedah kajian bersifat logik dan
tidak saintifik.
Perkembangan ilmu linguistik ini bermula pada Zaman Yunani, iaitu melalui tokoh-tokoh
seperti Plato, Aristotle, Thrax dan lain-lain lagi. Sarjana-sarjana linguistik Yunani ini telah lama
cenderung dan maju dalam mengkaji ilmu falsafah dan bahasa adalah sebahagian daripada
bidang kajian mereka. Mereka cenderung mengkaji ilmu atau falsafah secara keseluruhan.
Oleh sebab orang Yunani itu lebih mementingkan falsafah, maka mereka lebih suka mengkaji
apa yang kita anggap sebagai etimologi, iaitu pengkajian tentang bagaimana kata-kata
terbentuk. Perbincangan ini berputar di sekeliling pendapat yang mengatakan sama ada
perkataan-perkataan terbentuk dengan cara semula jadi ataupun dibentuk oleh manusia
melalui kebudayaan.
Abdullah Hassan (1978), menyatakan bahawa terdapat dua puak yang bertentangan
pendapat mengenai bagaimana kata-kata tebentuk iaitu puak naturalis dan puak konvensyen.
Naturalis mengatakan bahawa kata-kata terbit secara dengan cara kebiasaan. Perbezaan ini
berterusan ke peringkat lain dalam sejarah perkembangan linguistik dan bahkan juga ke
akhir-akhir zaman ini masih ada lagi ahli-ahli linguistik yang masih berbincang tentang
konsep-konsep ini. Perbezaan antara naturalis dengan konvensyen telah timbul dalam bentuk
lain iaitu analogi dan anomali pada peringkat selanjutnya dalam perkembangan linguistik.
Zaman Iskandariah
Pada abad ke-3 tahun masihi. Merupakan sebuah tanah jajahan Yunani.
Penumpuan bahasa lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan.
Mengkaji sistem fonetik dan membahagi kepada adverb, perticipal, ganti nama dan
kata depan.
Memperkenalkan bidang sintaksis iaitu ayat merupakan satu unit deskriptif yang terdiri
daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

Zaman Rom
Mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh.
Mengambil ilmu bahasa kajian bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin.
Perubahan sistem bahasa Yunani kepada bahasa Latin.
Kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu bahasa.
Setelah runtuhnya kegemilangan Yunani, pusat pengkajian berpindah ke Romawi. Abdullah
Hassan (1978), menyatakan bahawa setelah runtuhnya kegemilangan Yunani, pusat
pengkajian berpindah ke Romawi. Pada zaman ini, kajian linguistik ini berkembang agak
pesat dan di zaman inilah ditimbulkan tatabahasa Latin yang agak lengkap. Pada zaman
ini sarjana-sarjana Romawi hanya mengubahsuai saja segala tinggalan sarjana Yunani
tersebut dan digunakan untuk bahasa latin.

Zaman Pertengahan
Dikenali sebagai zaman Renaissance. Mula mengkaji bahasa termasuk tatabahasa
vernakular
Menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu
bahasa
Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasteraan.
Pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan
antara bahasa mula berkembang.
Golongan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman.
Mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris,
Zaman Arab
Perkembangan di Baghdad setelah eropah mengalami zaman gelap.
Ahli fikir yang terdiri daripada sarjana Islam yang mendapat sokongan daripada
pemimpin mereka.
Kajian tertumpu kepada Al-Quran dan ilmu fonetik berkembangan menjadi pesat dan
hampir menjadi sempurna.
Keruntuhan zaman Romawi menyebabkan perkembangan ilmu linguistik dan semua
bidang ilmu telah berpindah ke kerajaan Islam di Baghdad iaitu pusat pengajian tinggi dalam
sejarah Islam. Menurut Abdullah Hassan (1978), ada masa Eropah mengalami sejarah gelap,
sinar ilmu pengetahuan diteruskan oleh sarjana Islam dan pada masa ini munculnya ahli-ahli
bahasa dalam sejarah Islam seperti Al-Khalil dan Al-Masri.
Sesungguhnya tradisi orang Arab dalam bidang pengajian bahasa telah bermula sejak
beberapa lama, iaitu sejak terbinanya pusat pengajian dan pembelajaran tinggi di empayar
Islam pada zaman kegemilangannya. Pada waktu ini ilmu linguistik berkembang pesat di
negara Arab dengan pesat. Kajian mereka begitu maju dengan merangkumi penghuraian
fonetik yang lengkap dengan tujuan mengekalkan pengucapan al-Quran dengan betul. Selain
itu, paradigma digunakan dalam deskripsi bahasa, hal ini kerana dilakukan sehingga tidak
perlu diadakan golongan perkataan dalam bahasa Arab, hanya cukup merujuk kepada
paradigmanya sahaja.
Zaman India
Bahasa Sanskrit digunakan memberi kesan yang besar kepada ilmu linguistik.
Bahan kajian tidak berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda.
Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis
Pembaharuan yang dibuat ialah mengkaji bahasa secara saintifik.

Menurut Abdullah Hassan (1978), tradisi ilmu bahasa India tidak kurang pengaruhnya
terhadap perkembangan ilmu linguistik moden. Pengetahuan linguistik di India adalah lebih
awal daripada Yunani dan berkembang bebas daripada perkembagan di Yunani.
Bidang linguistik pada masa ini dikaji agak luas berbanding dengan Zaman Yunani dan
Romawi. Ahli bahasa India juga melebihi kejayaan ahli linguistik Yunani dan Romawi dalam
bidang fonetik dan morfologi. Dalam bidang morfologi, Padini tidak hanya mengkaji teks
agama tetapi juga bahasa sebutan semasa yang diketepikan oleh orang Yunani.
Kejayaan ahli tatabahasa India didapati melebihi daripada kejayaan ahli tatabahasa tradisi
linguistik Yunani dan Romawi. Kejayaan yang dicapai oleh mereka bukan sahaja dalam bidang
fonetik malahan dalam bidang morfologi krususnya melibatkan kajian struktur kata.

Zaman Linguistik Bandingan


Permulaan kepada linguistik moden pada abad ke-19.
Berkembang kepada bidang baru iaitu antropologi dan sosiologi.
Pendekatan kajian berdasarkan bukti nyata
Mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.
Hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada
satu rumpun yang sama.
Ahli bahasa pada zaman ini mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga
kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi.
Hukum baru mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.
Menurut Abdullah Hassan (1978), perkembangan sejarah linguistik moden boleh dikatakan
berada bermula pada abad kesembilan belas. Pendekatan yang agak objektif terhadap
pengkajian bahasa bolehlah dikatakan bermula kerana dipengaruhi oleh zaman-zaman baru
dalam pengkajian ilmu antropologi dan sosiologi. Ahli sosiologi seperti Durkheim, Malinowski,
Von Humboldt dan lain-lain adalah sarjana yang mengkaji ilmu kemasyarakatan.
Zaman Moden
Pada abad ke-20.
Pengkajian ilmu bahasa lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik
huraian.
Lebih bersistematik yang menekankan kepada sinkronis dan diakronis.
Pengkaji mengeluarkan satu teori baru iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena
sosial.
SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK
Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM hinggalah ke hari ini
Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman
Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman
Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.
Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal
800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian
ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan
penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah
diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah
berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di
Eropah.

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian
bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang
wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti
bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira
500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah,
maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk
falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum
masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang
menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu

SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK


Dalam sejaran ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian
bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang
wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti
bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira
500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah,
maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk
falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum
masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang
menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.
Tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu
murid Plato. Plato (427 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan
menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk
dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya,
iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan
logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak
nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama
berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat.
Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata
kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja
sebagai penerangan kepada perbuatan.
Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum masihi
dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau
memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh
Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala
atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi
bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa
itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek
tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi
subjek logika.

Secara umumnya, kita dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih
tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik
dan bukannya saintifik

You might also like