You are on page 1of 3

TUGASAN 3 (10%)

Huraikan kesenian salah satu daripada budaya yang dinyatakan di bawah dalam aspek
bidang konsep dan nilai serta karya-karya terkenal.
BUDAYA CHINA
1.0

PENGENALAN
Kesenian ialah sesuatu yang mengindahkan sehinggalah dapat menimbulkan

kepuasan kepada orang lain apabila berlakunya proses penghayatan seni. Setiap penilaian
terhadap kesenian pastinya mempunyai nilai-nilai estetika kerana seni adalah sebahagian
daripada kehidupan manusia. Ketinggian dalam bidang kesenian merupakan salah satu
faktor yang membantu negera China ataupun Tamadun China untuk mencapai
kegemilangan. Hal ini kerana perkembangan kerja-kerja kesenian China sering mendapat
perhatian oleh bangsa asing sejak zaman Klasik China lagi.

2.0

SENI ORIENTAL CHINA

2.1 CATAN CHINA


Catan Cina biasanya menggunakan media seperti berus dan kerta China. Setiap
media tersebut mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Bahan media seperti berus China, ia lebih
kurang sama dengan berus biasa yang digunakan oleh pelukis untuk lukisan cat air di
negara barat yang lain namun, berus China ini mempunyai bulu yang lebih halus berbanding
dengan berus barat. Kertas yang digunakan untuk catan budaya China dikenali sebagai
rice paper dalam bahasa Inggeris. Dalam penggunaan warna, cara penggunaan warna di
China berbeza berbanding dengan cara penggunaan warna di Barat. Warna yang digunakan
di negara China biasanya pudar sahaja. Hal ini kerana tujuan warna yang digunakan pada
masa itu bukan digunakan untuk menunjukkan bayang pada sesuatu objek tetapi digunakan
untuk menunjukkan ciri-ciri objek tersebut.
Di samping itu, terdapat banyak perlambangan dalam catan China. Perlambangan
dan falsafah ini mempunyai makna yang tersendiri dan merupakan perlambangan bagi
setiap satu objek. Antaranya ialah, Shan gunung, qi- atmosfera dan hsing bentuk.
Ketiga-tiga objek ini merupakan tiga unsur yang biasanya muncul dalam sesebuah catan
Cina. Gunung berlambangkan kesuburan, keturunan, kekuatan, kesungguhan serta boleh
mempengaruhi perasaan dan penghayatan seseorang melalui perubahan atmosfera. Awan
cerah melambangkan keharmonian, malah awan gelap menimbulkan suasana kemuraman.

Jika ikan yang bewarna keemasan melambangkan status kaya, manakala hitam
melambangkan kehidupannya biasa sahaja. Ikan kelisa melambangkan kekayaan dan
keuntungan juga. Sungai pula melambangkan kegembiraan dan keharmonian.

2.2 SENI ARCA DAN UKIRAN CHINA


Selain itu, perkembangan seni arca China bermula pada zaman Dinasti Tang seiring
dengan perkembangan seni lukis. Agama Buddha banyak memainkan peranan dalam seni
arca China. Hal ini dapat dikesan melalui patung-patung yang dihasilkan di kuil.
Kemudiannya, orang China telah menggantikan patung-patung keagamaan itu secara
beransur-ansur dengan membuat patung-patung berbentuk kuda dengan ukiran-ukirannya
sekali. Patung-patung kuda yang bersama dengan penunggang dibuat kerana patung
tersebut dapat menggambarkan sifat kepahlawanan China.
Seni ukiran China pula dapat dilihat pada patung-patung yang dibuat daripada batu
jed, batu, tanah liat dan kayu. Tambahan pula, seni ukiran China juda dibuat di kubur dan di
dinding gua. Pada Dinasti Shang, pengukirnya menggunakan batu marmar, batu jed dan
batu kapur untuk mengukir patung-patung kecil.

2.3 SENI KALIGRAFI CHINA


Kaligrafi China adalah salah satu seni kaligrafi tertua di dalam sejarah peradaban
manusia. Terdapat banyak gaya penulisan dalam seni kaligrafi China. Misalnya, skrip cop
mohor (zhuanshu), skrip rasmi (lishu), skrip rumput atau dikenali sebagai tulisan kursif
(caoshu), skrip standard (kaishu), skrip berlari atau dikenali sebagai tulisan separa kursif
(xingshu). Ahli kaligrafi boleh menulis dalam bentuk aksara tradisional atau diringkaskan,
tetapi mereka agak menjurus kepada bentuk tradisional bagi seni tradisi lama. Seperti abjab
Rumi, terdapat pelbagai mukataip yang wujud untuk pencetakan bahasa Cina, yang mana
sebilangan besarnya banyak berteraskan gaya-gaya arts individu atau sekolah-sekolah
kaligrafi.
Terdapat beberapa ciri penting yang diberikan perhatian dalam menghasilkan suatu
karya yang berkualiti. Antaranya ialah unsur tebal tipis goresan, komposisi dan teknik sang
kaligrafer ketika menggoreskan tinta.
Kaligrafi ini juga membawa kepada banyak lagi bentuk seni di Asia Timur, termasuk
mengukir cap mohor, penindih kertas hiasan dan batu dakwat. Lukisan kaligrafi China ini
menghiasi dinding-dinding rumah atau toko milik warga keturunan Cina. Kaligrafi ini

mengandungi makna dan filosofi tertentu bagi mereka yang mengerti. Seni kaligrafi China
digunakan untuk mempersembahkan berbagai-bagai ungkapan, seperti kata-kata mutiara,
duka cita, ucapan perkawinan atau ulang tahun.

3.0

KESIMPULAN
Konklusinya, kesenian budaya China mempunyai sejarah yang lama dan padat serta

masih berterusan sehingga banyak mempengaruhi kehidupan seharian orang ramai. Melalui
karya seni yang dihasilkan juga dapat mengajar dan membawa falsafah-falsafah baik
kepada generasi akan datang. Justeru itu, bidang kesenian Cina perlulah diperkembang lagi
dalam kalangan pelajar bukan sahaja kepada kaum Cina tetapi kepada kaum-kaum yang
lain. Hal ini kerana apa yang positif perlulah kita serapkan supaya kita dapat hidup dalam
alam yang harmoni, bersih dan indah ini.

You might also like