You are on page 1of 8

KAJIAN SASTERA DAN BUDAYA MELAYU

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), sastera dapat ditakrifkan sebagai
kesusasteraan hasil seni yang diwujudkan dalam bentuk karangan bebas atau dalam bentuk
puisi. Dalam erti kata lain, kesusasteraan ini bermaksud seni bahasa yang diungkap atau
disampaikan berdasarkan pengalaman, pemikiran atau idea melalui tulisan dan bacaan serta
secara lisan. Kesusasteraan Melayu merupakan satu cabang seni karya yang berbentuk
imaginatif iaitu terkandung daripada pelbagai aspek kehidupan manusia, budaya masyarakat
dan adat istiadat.

Pada masa kini, kesusasteraan Melayu tradisional berfungsi untuk menghubungkan


masyarakat moden dengan zaman lampau. Hal ini kerana, melalui sastera Melayu tradisional
ini, masyarakat kini dapat melihat serta mengetahui kehidupan dan suasana masyarakat zaman
dahulu. Sastera tradisional ini merupakan kesusasteraan Melayu lama yang selalunya
diceritakan dari mulut ke mulut oleh tukar cerita yang digelar sebagai penglipur lara.

Sejarah awal kesusasteraan Melayu bersifat kolektif iaitu milik bersama. Secara
umumnya, sastera awal kebiasaannya tidak dikenali kerana pengarangnya tidak mementingkan
nama. Kemudian, pada abad ke-17, sesetengah pihak mula menyedari tentang kepentingan
sastera Melayu untuk membukukan hasil sastera yang telah dibina. Pada awalnya, sastera ini
disampaikan secara lisan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu. Bukan itu
sahaja, sastera juga berfungsi sebagai satu hiburan bagi masyarakat zaman dahulu. Sastera ini
disampaikan dengan menarik dan menghiburkan terutamanya kepada golongan kanak-kanak.
Namun demikian, bukan hiburan semata-mata, terdapat juga mesej atau nilai-nilai pengajaran
yang menjadi pedoman dalam kehidupan seharian. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010)
menyatakan genre sebagai kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan
sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Oleh itu, sastera Melayu tradisional meliputi dua
genre iaitu prosa dan puisi.

Puisi merupakan karangan atau hasil sastera yang mempunyai rangkap. Menurut Za’ba
(2002), mendefinisikan puisi sebagai karangan yang digunakan untuk melafazkan fikiran
dengan bahasa yang indah. Puisi Melayu tradisional juga terbahagi kepada dua iaitu naratif dan
bukan naratif. Dalam hal ini, naratif bermaksud cerita atau kisah tentang peristiwa atau
pengalaman. Puisi berbentuk naratif terdapat satu sahaja iaitu syair.

Manakala puisi berbentuk bukan naratif pula adalah seperti pantun, gurindam, ghazal,
seloka, teromba dan mantera. Syair ialah puisi rakyat yang dilagukan semasa persembahan
antaranya syair Bidasari dan berfungsi untuk menceritakan atau mengisahkan sesuatu cerita,
nasihat, teladan dan larangan.

Pantun ialah karangan berangkap yang tidak bebas dari segi bentuk dan perkataan.
Gurindam juga merupakan bentuk puisi Melayu tradisional iaitu sejenis puisi yang bentuknya
tidak tentu. Seloka pada asalnya bukanlah daripada bahasa Melayu jati. Seloka ini merupakan
puisi yang bebas dari segi rangkap, baris dan ritma.

Prosa merupakan hasil kesusasteraan yang mudah difahami berbanding puisi. Dalam
erti kata lain, prosa hadir dalam bentuk cerita naratif ataupun bukan cerita. Bukan itu sahaja,
prosa berbentuk tulisan juga dikenali sebagai sastera rakyat. Prosa bagi kesusasteraan Melayu
tradisional terbahagi kepada dua iaitu naratif dan bukan naratif. Antara prosa tradisional ialah
Sastera Rakyat, Sastera Zaman Hindu, Sastera Pengaruh Islam dan Sastera Undang-undang.
Tokoh sastera bermaksud seseorang yang menghasilkan karya-karya yang penuh
dengan mesej serta sangat bermutu tinggi. Terdapat beberapa orang tokoh yang terkenal
dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Mereka ini banyak menyumbangkan hasil-hasil karya
antaranya A. Samad Said atau lebih dikenali dengan nama penanya iaitu Tongkat Warrant.
Nama penuh beliau ialah Abdul Samad Bin Mohammad Said yang dilahirkan pada 9 April 1935.
Beliau merupakan penulis yang tersohor pada zaman dahulu serta menjadi Sasterawan Negara
Malaysia pada tahun 1986. A. Samad Said merupakan seorang pengarang yang berani untuk
menulis berkaitan kehidupan masyarakat iaitu gejala sosial seperti pelacuran dan masalah
setinggan.

Kesusasteraan Melayu moden berbeza dengan kesusasteraan Melayu tradisional.


Secara umumnya, sastera Melayu moden ini kebiasaannya disebarkan melalui tulisan
berbanding dengan sastera Melayu tradisional yang tersebar melalui lisan. Bukan itu sahaja,
sastera Melayu moden juga merupakan hasil karya yang dikumpul dalam bentuk imaginasi,
pengalaman dan pemikiran.

Sejarah kesusasteraan Moden telah berkembang maju dalam tiga peringkat. Pada
peringkat pertama, sejarah Kesusasteraan Melayu moden telah berkembang sejak zaman
penjajahan di tanah Melayu. Hal ini kerana, semasa zaman awal kedatangan penjajah, banyak
penulis seperti Abdullah Munsyi telah mula bergiat aktif dalam penulisan karya-karya.

Selain itu, pada peringkat yang kedua pula, penulisan kesusasteraan Melayu Moden
telah berkembang dengan pesat sekali apabila munculnya golongan nasionalisme dalam
menghalang dan mencegah kemasukan penjajah di tanah Melayu. Maka, rentetan daripada hal
ini, golongan agamawan terlah bertindak untuk menerbitkan pelbagai karya yang terdiri
daripada puisi dan prosa bagi membangkitkan lagi semangat juang orang Melayu.

Kemudian, pada peringkat yang terakhir pula, rentetan daripada pengaruh yang telah
ditinggalkan, penulisan sastera moden telah berkembang dengan jayanya sehingga ke hari ini.

Bagi sastera Melayu moden juga terbahagi kepada dua genre iaitu prosa dan puisi.
Prosa bermaksud karangan yang ditulis dalam bahasa yang biasa atau karangan bebas,
manakala puisi pula bermaksud karangan yang berbentuk sajak seperti syair dan pantun.
Dalam hal ini, kedua-kedua sastera tradisional dan moden mempunyai genre yang sama iaitu
puisi dan prosa, tetapi masing-masing mempunyai ciri-ciri yang berbeza.
Menurut Muhammad Haji Salleh (1984), istilah ‘puisi’ membawa konotasi bahawa karya
yang dimaksudkan dalam satu-satu pembicaraan itu mencapai peringkat yang tinggi. Puisi bagi
kesusasteraan Melayu moden ialah sajak. Sajak ialah sejenis puisi moden yang bebas dan
tidak terikat seperti puisi Melayu tradisional.

Prosa bagi kesusasteraan Melayu moden ialah novel, cerpen dan drama. Novel
ditakrifkan sebagai cereka yang berbentuk prosa. Dalam erti kata lain, novel merupakan satu
jenis prosa yang panjang berpandukan kepada satu tema dan beberapa persoalan. Cerpen
pula merupakan singkatan daripada perkataan cerita pendek dan secara tidak langsung sudah
tentu ceritanya tidak panjang. Akhir sekali, drama pula merujuk kepada gambaran hidup yang
diceritakan oleh pengarang secara dipentaskan bukan untuk dibaca.

Memetik salah satu tajuk dari akbar Utusan, 2 Januari 2002, iaitu ‘Hamzah Fansuri
tokoh sastera moden ?’ Hamzah Fansuri merupakan seorang penyair yang terkenal pada
zaman kegemilangan Acheh. Hamzah Fansuri seorang yang gemar untuk mengembara serta
merantau ke serata tempat seperti Mekah, Madinah dan Pahang bagi menambahkan ilmu
pengetahuan beliau. Oleh sebab itu, beliau seorang yang mahir mengenai ilmu fikah, tasawur,
sejarah dan sastera. Dalam kesusasteraan, beliau banyak mengarang penulisan puisi-puisi
yang berunsurkan keagamaan amat menitik beratkan tentang isi yang terkandung
menyebabkan ia sukar ditandingi oleh ahli sastera yang lain.

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan adalah buku-buku


dan hasil seni persuratan yang menggunakan bahasa-bahasa indah dan baik serta mempunyai
manfaatnya tersendiri. Namun demikian, pada zaman kini, kesusasteraan Melayu semakin
dilupakan dalam kalangan remaja kerana terdapat alat-alat gajet dan teknologi yang kian
berkembang dengan pesat. Jika dilihat pada zaman dahulu, sebelum tidur ibu bapa akan
bercerita kepada anak-anak mereka mengenai sastera rakyat ini untuk dijadikan sebagai
nasihat dan pengajaran. Justeru itu, kesusasteraan Melayu ini perlulah diberi perhatian dan
perlu diperkenalkan semula kerana sastera Melayu ini merupakan bukti budaya dan adat tradisi
orang Melayu.

Kajian sastera kata serapan dalam pantun

Bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa yang menjadi perantaraan bagi


penduduk negara ini sebelum Inggeris mula bertapak di semenanjung Tanah Melayu. Bahasa
Melayu mempunyai pelbagai fungsi pada ketika itu misalnya bahasa Melayu berfungsi sebagai
bahasa pentadbiran dan perhubungan antara masyarakat yang bertutur menggunakan bahasa
Melayu. Bahasa Melayu juga telah berjaya mencapai kedudukan tinggi sehingga menjadi
bahasa Lingua Franca terutamanya pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Namun demikian,
selepas kedatangan Inggeris, dasar baru telah digubal dan bahasa Melayu telah jatuh
kedudukannya kerana bahasa Inggeris telah digunakan pada ketika itu. Oleh itu, sebilangan
perkataan bahasa Melayu mempunyai unsur serapan daripada bahasa asing agar bahasa
Melayu dapat diperluas dan diperkembangkan.

Pertembungan masyarakat luar yang datang berdagang dan mengembara


menyebabkan bahasa Melayu telah dipengaruhi oleh bahasa-bahasa lain. Misalnya, bahasa
Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa penjajah Barat iaitu bahasa Inggeris telah banyak
mempengaruhi bahasa Melayu. Pengaruh-pengaruh luar ini berlaku adalah disebabkan oleh
aktiviti-aktiviti penjajah seperti perdagangan dan penyebaran agama. Dalam bahasa Melayu,
kata serapan daripada luar digunakan bagi tujuan untuk mempertinggi dan memperkayakan
bahasa. Dalam erti kata lain, kata serapan boleh ditakrifkan sebagai kata yang berasal daripada
bahasa asing yang sudah digabungkan ke dalam suatu bahasa. Kata serapan ini juga telah
diterima pakai secara umumnya dalam bahasa Melayu.

Sejarah awal sistem pendidikan ialah British telah mengubah dasar menjadikan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan selepas perang dunia kedua
menyebabkan kedudukan bahasa Melayu kian tercabar. Berdasarkan Akta Bahasa
Kebangsaan, bahasa Melayu telah ditetapkan sebagai bahasa rasmi negara. Dalam
Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 juga ada menyatakan bahawa bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Namun, kedudukan bahasa Melayu tercabar apabila British telah
mengubah dasar iaitu telah menggunakan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan dengan
menggantikan bahasa Melayu.
Berdasarkan pantun yang telah dipilih, kata serapan bahasa Inggeris yang terdapat
dalam pantun tersebut ialah perkataan transformasi. Transformasi merupakan kata pinjaman
bahasa Inggeris kerana mempunyai unsur serapan daripada bahasa Inggeris iaitu perkataan
transformation. Ejaan asalnya dalam bahasa Inggeris iaitu transformation berakhir dengan tion.
Namun, akhiran tion itu akan menjadi si apabila digunakan dalam bahasa Melayu.

Hal ini kerana, perubahan yang berlaku ini adalah untuk menyesuaikan ejaan mengikut
peraturan pertuturan. Oleh itu, perkataan yang berakhir dengan sion, tion, tional atau sional
akan menjadi syen, si, sional atau sen bagi mengikut peraturan pertuturan.

Sejarah awal bahasa Sanskrit ialah dibawa oleh pedagang dari India dan disebarkan
oleh sami dan pendeta agama Hindu dan Buddha menerusi epik Hindu yang berjudul
Ramayana dan Mahabharata. Hal ini dapat dibuktikan apabila empat batu bersurat yang
bertulisan Pallava ditemukan pada zaman kerajaan Melayu Sriwijaya. Kata serapan bahasa
Sanskrit ini adalah terpengaruh dari segi sebutan, imbuhan dan kosa kata yang menghasilkan
perkataan baru bagi digunakan dalam bahasa Melayu.

Menurut pantun yang telah dibuat, kata serapan daripada bahasa Sanskrit yang terdapat
dalam pantun tersebut ialah bangsa. Perkataan bangsa merupakan kata pinjam daripada
bahasa Sanskrit yang mengalami perubahan pada ejaannya. Ejaan asal bagi perkataan bangsa
ialah vangsa. Hal ini kerana, bunyi huruf b akan ditukar menjadi huruf v apabila dieja dalam
bahasa Melayu Kuno. Hal ini kerana salah satu ciri-ciri bahasa Sanskrit adalah bunyi b ialah v
dalam bahasa Sanskrit.

Dalam bahasa Sanskrit, terdapat juga bunyi konsonan yang diadakan seperti th, ph, dh, kh dan
h. kata serapan yang terdapat dalam pantun tersebut ialah perkataan cinta. Perkataan cinta
juga merupakan salah satu daripada kata pinjaman bahasa Sanskrit. Ejaan perkataan cinta
dalam bahasa Sanskrit ialah cintha. Ejaan ini mengalami perubahan kerana ejaan cinta terdapat
ejaan konsonan iaitu ta akan menjadi tha.

Tambahan pula, perkataan sejahtera juga merupakan kata serapan daripada bahasa
Sanskrit. Perkataan sejahtera dalam bahasa Sanskrit ialah sajahtara atau sjahtara. Dalam
bahasa Melayu kuno, tiada bunyi bagi e pepet seperti dalam bahasa Melayu terdapat bunyi e
pepet iaitu sejahtera. Namun demikian, ejaannya berbeza tetapi maksud bagi kedua-dua
perkataan ada sama iaitu aman dan makmur.
Bahasa Melayu banyak mengambil kata pinjam daripada bahasa Arab terutamanya perkataan
yang berkaitan dengan agama. Bahasa Melayu juga mengambil kata serapan yang mempunyai
ejaan dan intonasi sebutan yang tidak jauh beza daripada perkataan asalnya kerana untuk
mengekalkan maksud kata yang dipinjam tersebut. Hal ini kerana, jika sesuatu perkataan
diserap dari bahasa Arab, bahasa Melayu akan mengambil ejaan yang sama tanpa perubahan
sebutan dan intonasi yang ketara bagi mengekalkan maksud asalnya.

Jika dilihat pada kata serapan daripada bahasa Arab yang terdapat dalam pantun ialah
akrab. Perkataan akrab merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab iaitu ‘aqrab.
Perkataan akrab hanya mengalami sedikit perubahan sahaja daripada perkataan asalnya iaitu
aqrab.

Seterusnya, perkataan ukhuwah juga merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ukhuwah bermaksud persaudaraan. Hal ini
dapat dibuktikan bahawa sebilangan besar kata pinjaman daripada bahasa Arab adalah
berkaitan dengan agama Islam kerana perkataan tersebut berasal dari kitab Al-Quran. Namun
demikian, ejaan ukhuwah dalam bahasa Arab ialah ukhwah yang hanya mengalami sedikit
perubahan ejaan. Bukan itu sahaja, perkataan berkat juga merupakan kata pinjaman daripada
bahasa Arab. Sebutan bagi berkat dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab iaitu barakah
berbeza daripada sebutannya, namun maksud kedua-duanya adalah sama iaitu kurnia atau
rahmat Allah yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia.

Perkataan seterusnya ialah rakyat yang merupakan kata serapan daripada bahasa Arab
yang membawa maksud seluruh penduduk sesebuah negara. Perkataan rakyat berasal
daripada kata pinjaman bahasa Arab yang ejaannya sama iaitu rakyat. Ejaan bagi kedua-dua
perkataan ini adalah sama serta maksudnya juga adalah sama.

Secara keseluruhannya, bahasa Melayu merupakan bahasa yang telah lama digunakan
kerana terdapat bukti-bukti yang telah dijumpai seperti penjumpaan batu bersurat. Bukan itu
sahaja, melalui kata serapan yang telah dikaji, dapat dibuktikan bahawa bahasa Melayu banyak
menerima kata serapan daripada bahasa lain. Hal ini membuktikan bahawa bahasa Melayu
merupakan bahasa yang dinamik dan mampu untuk menerima kata serapan daripada bahasa
lain untuk menambahkan kosa kata dalam bahasa Melayu. Oleh yang demikian, penutur dan
pengguna bahasa Melayu seharusnya memelihara bahasa Melayu dengan sebaik mungkin
agar tidak diabaikan. Hal ini kerana, bahasa Melayu pada masa kini sedang mengalami satu
proses yang rencam oleh sebab timbul pelbagai isu yang mencabar kewibaan bahasa Melayu.

You might also like