You are on page 1of 3

MODUL ACARA SUKAN TRADISIONAL

Bil. Perkara Huraian


1. Nama Permainan Dam Haji 2020
2. Jenis Permainan Anjung
3. Cara Bermain i. Mengikut persetujuan pemain, mana-mana
pihak boleh bermula dahulu. Setelah
pemain pertama menggerakkan satu buah,
giliran pemain kedua pula.
ii. Setiap buah dam cuma boleh bergerak satu
petak secara pepenjuru, sama ada ke kiri
atau ke kanan, sekiranya petak tersebut
masih kosong
iii. Haji (buah dam yang telah sampai ke
hujung papan sebelah lawan) bergerak
dengan cara yang sama, tetapi boleh pergi
seberapa banyak petak yang dikehendaki.
4. Peraturan Permainan i. Sekiranya ada peluang memakan buah
lawan, pemain diwajibkan melakukannya.
Kegagalan untuk memakan buah lawan
akan menyebabkan pihak lawan berhak
mengambil buah pemain yang gagal
memakan dan mengeluarkannya dari
permainan.
ii. Sekiranya ada perancangan, pemain
menggerakkan buah untuk di makan oleh
pihak lawan, pihak lawan di wajibkan untuk
memakan buah tersebut.
iii. Sekiranya terdapat pilihan untuk memakan
buah lawan, pemain boleh memilih untuk
memakan mana-mana buah yang
dikehendaki.

5. Pemarkahan i. Seorang pemain kehilangan semua buah


damnya. Dia dikira kalah.
ii. Seorang pemain tidak dapat menggerakkan
buahnya kerana disekat. Permainan dikira
seri.
iii. Seorang pemain menyerah kalah.
iv. Kedua-dua pemain bersetuju untuk seri,
biasanya kerana kedua-dua pemain
mepunyai buah haji yang tidak dapat
dimakan atau disekat.

6. Papan permainan yang digukan sentiasa


Inovasi berbentuk segi empat sama. Papan ini akan
dibahagikan kepada (biasanya) 64 atau 100
petak segi empat sama, dengan warna petak
yang berselang-seli gelap dan cerah. Buah
dam boleh dibuat dari hampir apa sahaja.
Yang penting ia boleh disusun dua sekali
untuk menjadi "haji". Di warung kopi
misalnya, kadang-kadang tutup botol
digunakan sebagai buah, maka satu pihak
akan menelangkupkan tutup botol manakala
pihak lawan akan menelentangkan tutup
botol. Namun demikian, kanak-kanak
sekarang lebih menggemari kepada
penggunan teknologi maklumat dan
komunikasi TMK. Oleh itu, satu permainan
tradisional iaitu ‘dam haji’ telah diaplikasikan
kepada penggunaan TMK bagi menarik minat
kanak-kanak pada masa kini.

7. Senarai Alatan Komputer riba, projector lcd

You might also like