You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN (PISMP)


AMBILAN JUN 2018
SEMESTER 2 TAHUN 2

TUGASAN 4: PENULISAN REFLEKTIF

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD AMMEER AIMAN BIN ABD JALIL


NOMBOR TELEFON : 019-9625270
ANGKA GILIRAN : 2018092340025
NO KAD PENGENALAN : 9905230-07-5235
KUMPULAN/UNIT : BAHASA MELAYU 2
KOD : PRKA3012
: BMMB3093
NAMA KURSUS : PERANCANGAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
: PENGAJARAN ASPEK SENI BAHASA DAN
TATABAHASA BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH : DR. HJH SURIANY BINTI MAT NOOR
: ENCIK AHMAD BIN OMAR
TARIKH HANTAR :
TARIKH TERIMA :
Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda Tangan Pelajar : Tarikh :


ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

2.0 Ulasan Reflektif Pengajaran Makro 1

3.0 Penutup 3

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN
1.0 Pengenalan

Satu pemerhatian telah dilakukan terhadap pengajaran makro bagi pengajaran Bahasa
Melayu tahun 5. Berdasarkan video yang telah dipilih daripada Youtube, pengajaran makro
tersebut telah dijalankan oleh guru dari Sekolah Kebangsaan Berungis iaitu Encik Amirul Ikmal.
Standard kandungan yang telah dipilih pada pengajaran tersebut adalah 4.1 Menyebut dan
memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. Manakala Standard
Pembelajaran bagi pengajaran tersebut adalah 4.2.2 Mengujarkan cerita dengan menggunakan
bahasa yang indah untuk menyampaikan idea dengan bahasa badan yang kreatif. Dengan itu,
satu pemerhatian telah dilakukan untuk menyempurkan tugasan 4 kerja kursus PRKA 3012 iaitu
melakukan penulisan reflektif.

2.0 Ulasan Reflektif Pengajaran Makro

Berdasarkan pengajaran makro tersebut, antara kekuatan yang dapat dilihat adalah pada
penggunaan alat bantu mengajar. Dalam hal ini, beliau telah menyediakan alat bantu mengajar
yang dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dijalankan.
Menurut S.Nathesan dalam buku ‘Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu’, bahan
bantu mengajar yang baik perlu dihasilkan guru untuk mengoptimumkan mutu pengajaran. Hal
ini kerana, beliau berpendapat bahawa bahan bantu mengajar yang baik dapat membantu guru
dalam mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Pada set induksi, beliau telah
menggunakan kotak beracun yang berwarna hitam. Kemudian, beberapa orang murid telah dipilih
melalui undian untuk meneka apa yang terdapat dalam kotak tersebut. Murid yang terpilih diminta
untuk memakai sarung tangan dan meneka objek yang terdapat dalam kotak tersebut. Seteleh
itu, guru menunjukkan objek yang terdapat dalam kotak tersebut iaitu buah nenas. Beliau
kemudiannya merumuskan topik pengajaran pada hari tersebut iaitu pertanian. Berdasarkan
aktiviti yang dijalankan, murid kelihatan amat tertarik dan bersemangat untuk meneruskan sesi
pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

Pada langkah pertama, guru meminta murid untuk membuka buku teks yang
mengandungi lirik lagu mengenai nenas. Kemudian, guru menyanyikan lagu tersebut bersama-
sama murid. Pengajaran tersebut dilihat amat menarik kerana guru tersebut bijak untuk
menggunakan alat bantu mengajar iaitu gitar. Seterusnya, guru menanyakan maksud rangkap
bagi setiap lirik lagu yang telah dinyanyikan tersebut. Murid dilihat amat berminat untuk
melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Dalam hal ini, guru telah menjalankan aktiviti soal

1
jawab. Bagi menarik minat murid, guru telah menyediakan ganjaran kepada murid yang berjaya
menjawab soalan dengan betul. Dengan itu, bilik darjah dapat dikawal dengan baik serta dapat
mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Aktiviti yang dijalankan ini amat memberi kesan yang positif kepada
murid kerana ia menggalakkan murid untuk menjana idea bagi mengeluarkan jawapan yang tepat
berdasarkan soalan yang telah diberi.

Pada langkah kedua, guru telah melaksanakan aktiviti secara berkumpulan. Setiap ketua
kumpulan dipanggil ke hadapan untuk mengambil objek yang terdapat dalam kotak hitam. Kotak
tersebut mengandungi buah-buahan antaranya adalah kurma, pisang dan limau. Secara
berkumpulan, murid dikehendaki untuk bercerita mengenai buah yang telah diperolehi dalam
bentuk lagu. Dalam pada itu, guru telah memberikan peneguhan secara terus kepada murid yang
tidak menjawab dengan betul. Berdasarkan aktiviti yang dijalankan tersebut, guru telah
menjalankan aktiviti yang menepati serta mencapai kehendak Standard Pembelajaran yang telah
dipilih. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru tersebut amat menepati
dan bersesuaian dengan topik pengajaran pada hari tersebut. Bukan itu sahaja, guru tersebut
juga telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 iaitu penggunaan lampu isyarat. Penggunaan
lampu isyarat dalam bilik darjah merupakan salah satu cara penilaian yang dapat dilakukan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Pada langkah ketiga, guru meneruskan aktiviti secara berkumpulan iaitu melakukan
pembentangan. Murid diminta untuk melakukan pembentangan berdasarkan tugasan yang telah
diberi iaitu menyanyikan lagu mengenai buah yang telah dipilih. Dalam hal ini, pengajaran makro
tersebut kelihatan amat berkesan dan positif kerana guru tersebut dapat mengawal bilik darjah
dengan baik. Hal ini kerana, guru bijak menarik perhatian murid dengan meminta murid
melakukan tepuk semangat sekiranya murid kelihatan tidak memberi tumpuan terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran. Dalam pada itu, beliau kelihatan telah melakukan persediaan yang
rapi sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pemilihan aktiviti
yang menarik pada sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu faktor bilik darjah
dapat dikawal dengan baik.

2
Pada penutup, guru meminta semua murid untuk berdiri. Selepas itu, guru bermain gitar
sambil menyanyikan lagu bersama-sama murid. Kemudian, guru menggunakan kotak ajaib untuk
memilih murid yang bertuah untuk merumuskan pelajaran pada hari tersebut. Murid yang terpilih
diminta untuk memberitahu apa yang telah dipelajarinya pada hari tersebut. Bagi penutup kognitif,
guru merumuskan isi pelajaran pada hari tersebut iaitu pertanian. Manakala penutup sosial pula,
guru memberi pujian dan penghargaan kepada murid yang berjaya menjawb soalan yang
diberikan. Bukan itu sahaja, guru juga telah memberikan buah-buahan kepada setiap kumpulan
kerana berjaya memberi tumpuan dan melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dijalankan pada
hari tersebut. Menurut Ee Ah Meng dalam buku ‘Sekolah dan Bilik Darjah’ ada memetik
kenyataan daripada Skinner yang menyatakan bahawa, prinsip motivasi yang diamalkan melalui
kaedah Perspektif Behavioris ialah dalam bentuk ganjaran dan dendaan. Dengan itu, murid akan
lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam pembelajaran dengan adanya ganjaran.

3.0 Penutup

Secara keseluruhannya, jelaslah bahawa pengajaran makro yang telah dijalankan oleh
guru tersebut merupakan pengajaran yang amat menarik dan berkesan. Bukan itu sahaja,
langkah pengajaran yang telah dilaksanakan tersebut dilihat amat bertepatan dengan standard
pembelajaran yang dipilih iaitu 4.2.2 Mengujarkan cerita dengan menggunakan bahasa yang
indah untuk menyampaikan idea dengan bahasa badan yang kreatif. Oleh itu, pengajaran yang
dijalankan tersebut ternyata dapat memberi impak yang positif terhadap murid serta
menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

3
Bibliografi

________. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Adenan Ayob, Kahirudin Mohamad. (2010). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor:
………Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (1994). Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Fuad Sam, Marina Majid, Rosnah Rajak, Nordin Yusof. (2012). Murid dan Pembelajaran.
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

S.Nathesan. (2006). Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Lampiran

Link video Youtube :

https://www.youtube.com/watch?v=Rs8BthK-hac&t=1s

QR Code :

You might also like