You are on page 1of 4

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 1 Tahun 3 dan Tahun 4

PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR


(KUIZ 2)

NO. KOD 10 Disember


: LASS3013 TARIKH 2021
ANGKA
GILIRAN: 2 0 1 8 0 9 2 3 4 0 0 2 5 MASA 30 MINIT
IPG KAMPUS
: Dato’ Razali Ismail

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi 2 soalan.

2. Jawab semua soalan dalam kertas jawapan yang disediakan.

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

SOALAN MARKAH JUMLAH

1
( 5 markah )

2
( 10 markah )

JUMLAH KESELURUHAN

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 4 HALAMAN BERCETAK


No. Kod : LASS3013 Angka Giliran: 2018092340025

Jawab semua soalan.

1. Berikan lima aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi subjek pelajaran di sekolah
yang boleh dilaksanakan di sekolah untuk penerapan Pendidikan Lestari Alam Sekitar.

Antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan di


sekolah adalah guru boleh melakukan simulasi untuk menanam pokok kepada murid
terutamanya dalam mata pelajaran Sains. Selain itu, guru juga boleh menganjurkan
pertandingan melukis poster yang berkaitan dengan alam sekitar. Seterusnya, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan adalah dengan membawa murid
untuk melakukan aktiviti gotong-royong di sekitar sekolah bagi memupuk semangat cinta
alam sekitar dalam kalangan murid. Di samping itu, guru juga boleh mengajar murid untuk
menulis karangan pendek bertemakan alam sekitar terutamanya dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Akhir sekali, guru juga boleh mengadakan aktiviti main peranan yang
bertemakan alam sekitar. Misalnya, guru meminta murid untuk melakonkan situasi
gotong-royong di dalam bilik darjah.

( 5 markah)

2 SULIT
No. Kod : LASS3013 Angka Giliran: 2018092340025

2. Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) bukanlah satu program atau projek tertentu,
tetapi lebih kepada payung untuk pelbagai bentuk pendidikan yang sedia ada, baharu
dan yang bakal diwujudkan. Pendidikan Alam Sekitar adalah salah satu usaha ke arah
Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD).
Bincangkan strategi untuk memperkasakan Pendidikan Alam Sekitar dalam sistem
pendidikan di Malaysia untuk merealisasikan konsep ESD.

Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) merupakan satu misi pendidikan


yang bertujuan untuk mencari keseimbangan di antara kesejahteraan manusia dalam
kalangan murid. Bagi merealisasikan konsep ESD, terdapat beberapa strategi untuk
memperkasakan Pendidikan Alam Sekitar dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Antara strategi yang boleh dilakukan untuk memperkasakan Pendidikan Alam Sekitar
adalah melalui peranan pendidikan di sekolah. Dalam hal ini, pendidikan amat
berperanan penting untuk memperkasakan Pendidikan Alam Sekitar di sekolah.
Misalnya, pihak sekolah mengajurkan bulan alam sekitar secara berterusan seperti
menganjurkan pertandingan melukis poster dan pertandingan pidato yang berkaitan
dengan alam sekitar.
Seterusnya, strategi yang boleh dilakukan adalah melalui aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru amat berperanan penting
bagi memperkasakan Pendidikan Alam Sekitar. Guru perlu melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan alam sekitar. Sebagai contoh,
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, guru boleh mengajar esei yang berkaitan
dengan punca pembuangan sampah yang tidak terkawal di kawasan berhampiran.
Dengan itu, secara tidak langsung Pendidikan Alam Sekitar dapat diperkasakan bagi
merealisasikan konsep ESD.
Di samping itu, antara strategi untuk memperkasakan Pendidikan Lestari Alam
Sekitar dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk merealisasikan konsep ESD ialah
dengan menjadikan subjek Pendidikan Alam Sekitar sebagai subjek formal di sekolah.
Hal ini kerana bagi memastikan semua pelajar menjalani proses pengajaran dan
pelajaran subjek Pendidikan Alam Sekitar selaras dengan subjek teras yang lain.
Perkara ini secara langsung dapat menjadikan murid lebih serius tentang pendidikan
subjek ini kerana mereka perlu mempunyai pengetahuan yang luas bagi menduduki
peperiksaan.

3 SULIT
No. Kod : LASS3013 Angka Giliran: 2018092340025

Selain itu, penglibatann NGO dan masyarakat setempat juga penting bagi
memperkasakan Pendidikan Alam Sekitar dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk
merealisasikan konsep ESD. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan
menganjurkan kempen ‘ Sayangi Alam Sekitar’. Melalui kempen tersebut, jaringan
kolaboratif boleh dirancang antara pihak sekolah dengan institusi kerajaan, swasta
dan NGO dapat menjayakan usaha untuk memperkasakan Pendidikan Alam Sekitar
di sekolah.
Akhir sekali, setiap guru juga perlu mengikuti kursus atau program yang
berkaitan dengan alam sekitar. Hal ini kerana, guru merupakan contoh teladan kepada
murid untuk dijadikan contoh yang baik kepada setiap murid. Sebagai contoh, guru
bleh menyertai seminar atau kursus yang berkaitan dengan Pendidikan Alam Sekitar.
Bukan itu sahaja, guru juga perlu menyediakan modul atau latihan yang berkaitan
dengan Pendidikan Alam Sekitar. Dengan itu, segala usaha dan strategi yang telah
dijalankan dapat memperkasakan Pendidikan Alam Sekitar dalam sistem pendidikan
di Malaysia untuk merealisasikan konsep ESD.

[10 markah]

4 SULIT

You might also like