You are on page 1of 16

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,

DURIAN DAUN,
75400 MELAKA

KERJA KURSUS
PISMP SEMESTER 2 TAHUN 1
NAMA PELAJAR: BATRISYIA NASUHA BINTI MOHAMAD NORSAL

ANGKA GILIRAN: 2021142340078

NOMBOR KAD PENGENALAN: 021030-10-1594

KUMPULAN/UNIT: PENDIDIKAN JASMANI

KOD DAN NAMA KURSUS: PJMS 3063 (KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI DAN KAEDAH
PENGAJARAN)
NAMA PENSYARAH: EN AZULHAIMI BIN AHMAD

TARIKH HANTAR: 2/11/2022

Pengakuan Pelajar Menerima Medium:


Maklum Balas Daripada
Pensyarah Individu

Kumpulan
Kuliah
TandaTangan Tarikh: 2/11/2022

UntukKegunaanPemeriksaSahaja
NO. MARKAH
TUGAS Pemeriksa Pemeriksa Pemeriksa
AN 1 2 3
1

JUMLAH
MarkahSelepasModerasi

Markahdalam 100 %
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : BATRISYIA NASUHA BINTI MOHAMAD Angka Giliran : 2021142340078


NORSAL

Kod : PJMS 3063 Nama Kursus : KURIKULUM PENDIDIKAN


JASMANI DAN KAEDAH PENGAJARAN
Pensyarah : EN AZULHAIMI BIN AHMAD
Tarikh Hantar : 2 NOVEMBER 2022 Tarikh Diterima (Diisi oleh pensyarah) :

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap
satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : _____________________________ Tarikh : 2 NOVEMBER 2022

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)


Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar : ________________________ Tarikh :__________________

PENGHARGAAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya setelah bertungkus lumus dapat
saya menyiapkan tugasan individu mengenai penulisan esei tentang refleksi pengalaman
berasaskan sekolah. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah mata
pelajaran PJMS 3063 (Kurikulum Pendidikan Jasmani dan Kaedah Pengajaran) kami iaitu Encik
Azulhaimi bin Ahmad. Beliau telah banyak membantu kami dalam menjalankan tugasan ini dan
telah berusaha memastikan agar segala penyampaian pengajarannya difahami oleh kami.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan
dan kerjasama yang erat kepada kepada saya semasa proses menyiapkan tugasan ini. Budi
baik rakan-rakan semua, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Tanpa mereka mungkin saya
tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih
dan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat. Sekian, Wassalam.
ISI KANDUNGAN

Isi kandungan Muka Surat

Penghargaan i

1.0 Pengenalan 1

2.0 Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah 1-3

3.0 Tugasan di Dalam dan di Luar Bilik Darjah 3-4

4.0 Sumber dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran yang Diaplikasikan 4-5

5.0 Kebolehan Menganalisis Kemahiran Mengajar Lakuan Kemahiran Sukan

dan Pergerakan dalam Pendidikan Jasmani 6-7

6.0 Mengorganisasi dan Persembahan Idea 7

7.0 Kesimpulan 8

Bibliografi

Lampiran
1

1.0 PENGENALAN

Menurut Munira Mohsin (2014), dalam konteks Pendidikan Jasmani, mata pelajaran ini
merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan berupaya membangunkan individu dari
pelbagai aspek dari kesepaduan antara domain kognitif, domain psikomotor dan domain afektif.
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini menekankan tentang pembentukan sikap, pengetahuan
dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang
unik dan menyeronokkan sehingga cara dan kualiti hidup seseorang dapat ditingkatkan. Bagi
mencapai matlamat seperti yang dinyatakan Munira Mohsin tersebut, guru mestilah bijak dan
kreatif dalam memilih strategi pengajaran dan pendekatan yang bersesuaian. Hal ini
memainkan peranan penting dalam mengekal dan meningkatkan minat dan kesediaan murid
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di samping mencapai hasil
pembelajaran yang ditetapkan. Berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang
telah dilalui selama empat hari bermula 10 sehingga 14 Oktober 2022 di Sekolah Kebangsaan
Taman Desa, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dapat diperhati serta
dianalisis bagi tujuan menyiapkan skop tugasan kursus Kurikulum Pendidikan Jasmani dan
Kaedah Pengajaran (PJMS3063). Saya telah melakukan pemerhatian, mengumpul maklumat,
berbincang dengan guru dan merekod maklumat berdasarkan pengajaran dan pembelajaran
yang telah dilaksanakan oleh guru Pendidikan Jasmani Sk Taman Desa iaitu Encik Muhammad
Fairul bin Abdul Rahim.

2.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan pada waktu 10 pagi hingga 10.30
pagi yang mana berlangsung selama 30 minit. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
25/1998, memaklumkan tentang peruntukan masa bagi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan adalah seperti gambar rajah 1 di bawah.
Rajah 1

Sumber: https://www.moe.gov.my/en/pekeliling/2052-surat-pekeliling-ikhtisas-bilangan-25-
tahun-1998-pelaksanaan-mata-pelajaran-pendidikan-jasmani-dan-pendidikan-kesihatan/file

Hal ini demikian kerana, berlakunya transformasi kurikulum iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mana mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dikategorikan sebagai Modul Asas Teras. Berdasarkan
pemerhatian, pada permulaan kelas, murid dijemput dari kelas oleh guru dan dibawa ke padang
kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti fizikal perlu dilaksanakan
di luar bilik darjah. Encik Fairul lebih memilih untuk melakukan sesi PdP Pendidikan Jasmani di
luar bilik darjah berbanding di dalam bilik darjah kerana beliau berpendapat bahawa masa
Pendidikan Jasmani adalah peluang kepada murid untuk beraktiviti dan bermain selepas
seharian berada di bilik darjah. Saya mendapati bahawa pengurusan masa dan pergerakan
murid adalah sangat terkawal serta guru sangat menitikberatkan aspek keselamatan dari segi
pemakaian dan tempat. Encik Fairul melakukan pemeriksaan pemakaian, kebersihan kuku dan
memastikan tempat terhindar daripada sebarang bahaya seperti serpihan kaca dan sebagainya.
Rajah 2 menunjukkan keadaan kelas semasa proses pdp bermula.

Rajah 2

Oleh kerana mempunyai pelajar yang ramai, Encik Fairul membahagikan murid kepada
dua kumpulan dan disusun kepada dua barisan seperti yang ditunjukkan di rajah 2. Encik Fairul
menyatakan bahawa penyusunan murid adalah untuk memastikan kawalan kelas adalah
sentiasa teratur. Namun yang demikian, saya berpendapat bahawa penyusunan murid adalah
tidak strategik kerana terdapat murid yang tidak dapat melihat pengajaran guru di hadapan
dengan jelas. Oleh itu, cadangan penambahbaikkan yang boleh dikemukakan adalah semasa
proses pengajaran, guru boleh menyusun murid dalam bentuk ladam kuda bagi memastikan
semua murid dapat melihat pengajaran dengan jelas yang sedang disampaikan oleh guru
tersebut. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran bilik kuliah yang baik dapat
meningkatkan kuasa pengajaran. Merujuk kepada kajian susun atur ladam kuda yang telah
dijalankan, ia menunjukkan bahawa kaedah tersebut memberikan hasil yang positif antaranya
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran,meningkatkan minat pelajar, mengurangkan

masalah disiplin di dalam kelas serta mengurangkan jurang tumpuan antara pelajar. Dengan
mengubah kaedah susunatur ini, keberkesanan pengajaran lebih terserlah dan objektif
pengajaran sampai kepada pelajar. Selepas itu, guru boleh mengubah susunan murid mengikut
keadaan berdasarkan kehendak pengajaran. Pada sesi pdp pada hari tersebut, Encik Fairul
mengajar tajuk kemahiran asas berlari berdasarkan DSKP Tahun 4 Harmoni. Murid diberikan
penerangan oleh guru tentang aktiviti iaitu berkaitan olahraga, acara balapan, asas berlari dan
permulaan larian iaitu kemahiran dekam. Encik Fairul melaksanakan demonstrasi dekam bagi
acara pecut dengan betul menggunakan trek padang 100-meter. Berdasarkan perbincangan,
penggunaan trek padang 100-meter adalah sangat berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana ia memberikan gambaran yang tepat kepada murid untuk melakukan
permulaan larian dengan kemahiran dekam yang betul. Murid juga mempunyai pengetahuan
sedia ada tentang cara permulaan larian, maka guru berperanan memastikan kemahiran dekam
dilaksanakan dengan cara yang betul bagi mempengaruhi kelajuan larian pada garis
permulaan. Oleh itu, tempat pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berlaku di luar bilik
darjah adalah berkesan dan dalam keadaan yang selamat.

3.0 TUGASAN DI DALAM DAN DI LUAR BILIK DARJAH

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Encik Fairul melaksanakan


aktiviti pemanasan badan dan memfokuskan tentang kemahiran dekam bagi permulaan larian
serta melakukan aktiviti penyejukkan badan diakhir pembelajaran sehingga tamat waktu.
Selepas tamat waktu, Encik Fairul memberikan tugasan kepada murid berbentuk lembaran
kerja dan beliau menyatakan bahawa beliau akan menyemak tugasan pada kelas yang
seterusnya. Maka Encik Fairul dapat membuat penilaian terhadap murid-muridnya. Manakala,
murid dapat meningkatkan kemahiran kognitif mereka selepas kelas tamat.
Walaubagaimanapun, Encik Fairul menyatakan bahawa tugasan yang diberikan tidak perlu
rumit dan susah untuk murid kerana tidak mahu memberi tekanan kepada murid ketika
melaksanakannya. Oleh yang demikian saya bersetuju dengan penyataan Encik Fairul kerana
mata pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek yang membantu menghilangkan
tekanan belajar murid. Menurut Ainun Jaafar (2013), mata pelajaran Pendidikan Jasmani
merupakan ruang masa senggang yang memberikan peluang kepada murid-murid untuk
menstabilkan emosi mereka daripada sebarang tekanan yang melibatkan keperluan dan
tanggungjawab mereka untuk belajar. Namun yang demikian, terdapat murid yang tidak
menampal lembaran kerja dan meyebabkan kertas tersebut hilang. Sebagai candangan
penambahbaikkan, guru boleh memberikan lembaran kerja yang mudah dan diarahkan untuk
terus menampal di dalam buku latihan untuk dilakukan selepas tamat

pembelajaran dan dikumpulkan pada kelas yang seterusnya untuk semakan. Menurut Encik
Fairul, tugasan yang diberikan hanya terdiri daripada soalan struktur yang mudah untuk
dilaksanakan oleh murid serta tidak membebankan murid. Tugasan Pendidikan Jasmani yang
berbentuk lembaran kerja atau menampal nota boleh diberikan kepada murid bagi memberi
pendedahan tentang soalan peperiksaan akhir tahun kepada murid.

4.0 SUMBER DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG


DIAPLIKASIKAN

Pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Namun dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani, sumber
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pemerhatian yang saya buat adalah tertumpu
kepada teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura (1977). Menurut Siti Maisara (2015), teori
pembelajaran sosial adalah pembelajaran yang berlaku melalui proses interaktif dan timbal balik
antara tingkah laku manusia, persekitaran dan unsur-unsur dalaman. Ia dilakukan melalui
proses modeling iaitu melalui pemerhatian dan proses meniru. Sebagai contoh proses pdp
Encik Fairul, dalam pembelajaran kemahiran motor iaitu asas berlari, pelajar akan sedaya
upaya mempelajari kemahiran dekam dan permainan menerusi guru mereka atau rakan sebaya
yang mahir supaya mereka diterima dalam kumpulan dan dihargai. Justeru itu, guru dan murid
merupakan model atau sumber semulajadi di dalam sesebuah kelas. Misalnya, En Fairul
menujukkan demonstrasi cara melakukan kemahiran dekam yang betul dan murid meniru
pergerakan guru untuk menghasilkan pengalaman. Maka, murid dapat mempelajari secara
langsung kemahiran dekam yang betul dengan bantuan kemahiran peniruan bagi meningkatkan
kemahiran mereka sendiri. Namun, kelemahan yang dapat dikenalpasti adalah Encik Fairul
tidak dapat memfokuskan kemahiran dekam kepada setiap pelajar. Oleh itu cadangan
penambahbaikkannya adalah guru juga boleh menjadikan seorang murid yang mahir atau
merupakan atlet sekolah untuk menjadi role model yang boleh dicontohi oleh murid yang lain.
Hal ini dapat membantu memastikan semua murid menguasai kemahiran dekam tersebut.
Bukan itu sahaja, guru juga berperanan penting untuk sentiasa bersedia dengan kemahiran
komunikasi dan kemahiran yang ingin diajar agar setiap kali sesi demonstrasi pembelajaran di
dalam kelas jelas, dapat difahami dan dapat diikuti oleh murid dengan mudah dan tepat. Rajah
3 menunjukkan proses pemerhatian dan peniruan murid Tahun 4 Harmoni.

Rajah 3

Menurut Mok Soon Sang (2010), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Sebagai seorang guru, guru mestilah bijak memilih
pendekatan serta cekap merancang kaedah dan teknik yang sesuai dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mencapai objektif pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan minat
dan kesedian murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pemerhatian, Encik
Fairul menggunakan kaedah demonstrasi (tunjuk ajar) iaitu kaedah pengajaran yang
memusatkan pemerhatian murid kepada langkah-langkah pengajaran. Encik Fairul Menyusun
murid dalam formasi, memperkenalkan tajuk, melakukan demontrasi mengikut kadar
pergerakan sebenar, memberi penekanan kepada butiran pengajaran, memberi penjelasan
tentang pergerakan yang dilakukan dan mengulang pelakuan dengan kadar yang perlahan.
Kaedah Demonstrasi memberi ruang dan peluang kepada murid-murid melihat kemahiran
dekam secara langsung dengan perlakuan dan langkah-langkah yang tepat. Namun yang
demikian, Encik Fairul tidak mempraktikkan kaedah ansur maju. Oleh yang demikian, terdapat
murid yang lemah yang tidak dapat mengikut pergerakan Encik Fairul dengan baik. Oleh itu,
cadangan penambahbaikkan yang boleh dikemukakan adalah Encik Fairul perlu
menambahkankan kaedah ansur maju supaya dapat membantu murid untuk menguasai
kemahiran dekam yang dipelajari. Menurut Noor Badariah (2011), kaedah ansur maju
merupakan perkembangan pengajaran yang menunjukkan pemeringkatan sesuai dengan
kebolehan murid secara teratur dan terkawal. Pembelajaran kaedah ansur maju juga menjadi
lebih mudah untuk dikuasai dan akhirnya mencapai objektif dan matlamat yang telah ditentukan
tegas Noor Badariah lagi. Selain itu, Encik Fairul melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan guru dan murid serta mempraktikkan pembelajaran masteri kepada muridnya.
Menurut Munira Mohsin (2014), pembelajaran masteri merupakan suatu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran
yang dihasratkan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah kepada unit pembelajaran
seterusnya. Maka murid dapat menguasai kemahiran dengan baik.

5.0 KEBOLEHAN MENGANALISIS KEMAHIRAN MENGAJAR LAKUAN KEMAHIRAN


SUKAN DAN PERGERAKAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Encik Fairul sentiasa


memerhatikan muridnya dalam memastikan muridnya dapat menguasai kemahiran dekam
dengan baik. Encik Fairul akan membetulkan kesalahan lakuan muridnya secara individu. Hal
ini dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang lakuan kemahiran dekam yang betul serta
dapat meningkatkan keyakinan murid. Bukan itu sahaja, Encik Fairul juga sering memberikan
kata-kata pujian untuk murid-muridnya yang dapat melakukan kemahiran dekam dengan baik.
Oleh yang demikian, murid akan lebih bersemangat dan bersedia untuk menerima pengajaran
dan pembelajaran yang diberikan. Selain itu, murid juga akan rasa gembira dan seronok untuk
melaksanakan pembelajaran pada hari tersebut. Rajah 4 menunjukkan pembetulan serta merta
yang dilaksanakan oleh Encik Fairul kepada muridnya.

Rajah 4
Encik Fairul mempunyai kebolehan untuk menganalisis kemahiran mengajar lakuan kemahiran
sukan dan pergerakan dalam Pendidikan Jasmani kerana beliau telah menguasai kemahiran
dekam tersebut kerana telah didedahkan dengan ilmu konten dan pedagogi semasa menjalani
kursus mengajiannya. Maka, ia memmudahkan Encik Fairul untuk mengenalpasti tahap
penguasaan murid-muridnya semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran. Namun yang
demikian, masih terdapat murid yang tidak dapat melakukan lakuan kemahiran dengan betul.
Hal ini mungkin terjadi atas faktor, murid tersebut memerlukan lebih perhatian daripada guru
untuk menguasai kemahiran tersebut. Oleh itu, cadangan penambahbaikkan yang boleh
dilakukan adalah Encik Fairul boleh menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mengatasi
kelemahan murid. Menurut Mohd Khir Kassim (2009), Guru-guru harus kreatif dan mencipta
kaedah sendiri

yang berkesan kerana kaedah yang digunakan perlu dipelbagaikan kerana kelemahan murid
pun berbeza-beza. Sebagai contoh, guru berjumpa dengan murid tersebut diluar waktu sekolah
untuk membantu pelajar tersebut menguasai kemahiran dekam dengan baik secara individu.
Hal ini bagi membantu meningkatkan tahap penguasaan murid yang lemah untuk menguasai
perlakuan kemahiran dekam dengan lakuan yang betul.

6.0 MENGORGANISASI DAN PERSEMBAHAN IDEA

Pemerhatian secara keseluruhannya dibuat yang mana Encik Fairul telah


memanfaatkan penggunaan trek padang 100-meter sepenuhnya bersama murid-murid bagi
memberikan pengalaman sebenar kepada murid-murid untuk melakukan kemahiran dekam
semasa permulaan garis mula bagi asas berlari. Selain itu, pengawalan kelas Encik Fairul
adalah sangat teratur kerana semua murid dalam keadaan fokus dan memberikan tindak balas
yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, beliau bersikap
tegas terhadap murid tetapi bukannya garang. Menurut Mohd Khir Kassim (2009), murid-murid
perlu diberikan penerangan tentang sebab-sebab guru perlu bertindak dengan tegas semasa
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu guru-guru perlu mendampingi
murid-murid dan bimbinglah mereka kerana mereka sebenarnya memerlukan bimbingan.
Seterusnya, berdasarkan pemerhatian, idea pengajaran Encik Fairul yang menarik perhatian
saya adalah Encik Fairul memberikan arahan dalam bentuk arahan kawad mudah. Sebagai
contoh, ke kanan pusing dan ke kiri pusing. Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah
sendiri yang berkesan untuk menarik perhatian murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh yang demikian, guru dapat memberikan arahan yang jelas dan telah
memasukkan elemen merentas kokurikulum semasa pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Manakala murid pula dapat menerima arahan dengan jelas dan patuh terhadap
arahan yang diberikan kerana guru menggunakan pendekatan arahan kawad. Namun, terdapat
seorang murid yang terlalu aktif serta sering mengganggu rakan yang lain untuk melakukan
aktiviti kemahiran dekam walaupun sudah ditegur oleh Encik Fairul. Cadangan
penambahbaikkan yang boleh dilakukan adalah Encik Fairul menetapkan peraturan yang jelas
sebelum melaksanakan proses pdp. Berdasarkan Model Disiplin Asertif Canter (1976)
merupakan satu model untuk memodifikasikan tingkah laku seseorang murid. Guru
menerangkan kehendak dan peraturan yang diingini kepada pelajar. Penerangan ini penting
kerana setiap tingkah laku pelajar akan memberi kesan sama ada positif atau negatif. Oleh
yang demikian Asertif Canter mencadangkan, guru perlu memberi peneguhan terhadap
tindakan pelajar dengan wajar serta guru harus merangka sistem dendaan dan ganjaran yang
boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkahlaku yang baik dan buruk.

7.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, selama empat hari saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) di SK Taman Desa, saya mendapati bahawa sesi P&P Pendidikan Jasmani (PJ) di
sekolah ini berjalan dengan baik secara amnya. Namun, bagi meningkatkan keberkesanan
dalam sesi pdp Pendidikan Jasmani, guru bolehlah mengambil beberapa inisiatif untuk menarik
minat murid-murid menumpukan perhatian kepada isi pembelajaran seterusnya memahami dan
mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini
demikian kerana, kemenjadian murid adalah berkait rapat dengan kualiti pengajaran guru.
Untuk menjadi guru yang berkualiti, ilmu pengetahuan yang dipelajari serta kemahiran pedagogi
perlu diaplikasi dalam pengajaran guru supaya dapat difahami murid dan seterusnya dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan murid. Untuk melaksanakan tugas ini, guru bukan sahaja
harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka
juga perlu memastikan pengajaran mereka berkesan. Ini bermakna, guru perlu mewujudkan
suasana pembelajaran yang dapat meransang minat murid di samping sentiasa memikirkan
kebajikan dan keperluan mereka.
BIBLIOGRAFI

Eleanor Ann Tan Lye Neo, Munira Mohsin, et al. (2014). Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan

Jasmani: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.

Abdul Shukor Abdullah. (1998). SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 25/1998: Pelaksanaan

Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Diakses pada 30


Oktober

2022 daripada https://www.moe.gov.my/en/pekeliling/2052-surat-pekeliling-ikhtisas-


bilangan-25-tahun-1998-pelaksanaan-mata-pelajaran-pendidikan-jasmani-dan
pendidikan-kesihatan/file

Ainun Jaafar. (2013). Penulisan Akademik Pendidikan Jasmani. Diakses pada 30 Oktober 2022

daripada https://www.scribd.com/doc/177144795/PENULISAN-AKADEMIK-
PENDIDIKAN-JASMANI

Nursyafiqah Madnan. (2014). Kawalan Kelas Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Diakses pada 30 Oktober 2022 daripada


https://www.academia.edu/35773857/Kawalan_Kelas_Semasa_Proses_Pengajaran_da
n_Pembelajaran

Lukman Hakimi. (2014). KEBERKESANAN SUSUNATUR LADAM KUDA DI BILIK KULIAH

UNTUK MENINGKATKAN MUTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI


SUBJEK SAINSGUNAAN II DI KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH: KAJIAN TERHADAP
PELAJAR STM 4A. Diakses pada 30 Oktober 2022 daripada
https://www.scribd.com/embeds/133128400/content?
start_page=1&view_mode=scroll&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf

Moltar Andy. (2014). Topik 6 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani. Diakses pada

30 Oktober 2022 daripada https://www.scribd.com/doc/242095991/Topik-6-Pengajaran-


Dan-Pembelajaran-Pendidikan-Jasmani

Mohd Khir Kassim. (2009). Kaedah Pengajaran Murid Sederhana dan Lemah. Diakses pada

30 Oktober 2022 daripada http://khirkassim.blogspot.com/2009/02/kaedah-pengajaran-


pelajar-sederhana-dan.html

Noor Badariah. (2011). Kaedah Ansur Maju. Diakses pada 30 Oktober 2022 daripada

https://www.scribd.com/embeds/59520257/content?
start_page=1&view_mode=scroll&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf

Salina Saad. (2012). Beza kbsr & kssr dalam pj. Diakses pada 30 Oktober 2022 daripada

https://www.slideshare.net/SalinaSaad/beza-kbsr-kssr-dlm-pj

Siti Maisara. (2015). Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Diakses pada 30 Oktober 2022

daripada https://www.scribd.com/document/253207168/Sumber-Pengajaran-Dan-
Pembelajaran
LAMPIRAN

Pemanasan badan

Aktiviti kemahiran dekam


Penyejukkan badan

You might also like