You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL

HALIM PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

BORANG MAKLUM BALAS TUGASAN KERJA KURSUS(TUGASAN


2)
Nama : AHMAD MUSTAKIM BIN Angka Giliran : D202152400033
SUPIAN
Kod : SJHK2082R Nama Kursus : PENTAKSIRAN MATA
PELAJARAN SEJARAH
SEKOLAH RENDAH
Pensyarah : HASLINDAWATI BINTI SAARI
Tarikh Hantar : 10 MEIl 2022 Tarikh Terima :
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar: MUSTAKIM Tarikh : 10 MEI 2022

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tanda tangan : Tanda tangan :


Tarikh : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Catatan

Tanda tangan Pelajar : MUSTAKIM Tarikh : 10 MEI 2022

SOALAN 1 :
Jelaskan konsep pentaksiran berasaskan Sekolah (PBS) bagi sejarah Sekolah
Rendah.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) direka bentuk selaras dengan dasar


pentaksoran pendidikan yang bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi
individu bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi diri sebagai modal insan.
PBS merupakan sistem pentaksiran yang dilaksanakan bagi menjamin pencapaian
seseorang murid supaya tidak hanya dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.
PBS melibatkan pentaksiran secara holistic terhadap pencapaian akademik dan
bukan akademik yang terangkum menerusi empat komponen iaitu pentaksiran
sekolah (PS), pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum(pajsk),
pentaksiran Psikometri (PPSI) dan juga Pentaksiran Pusat (PP).

Untuk menjalankan penilaian dan seseorang guru perlulah terlebih dahulu


melaksanakan pengujian dan kemudiannya memeriksa dan mengukur tahap
pencapaian muridnya. Setelah data pencapaian murid didapati barulah guru tersebut
boleh
menjalankan penilaian terhadap pencapaian muridnya sama ada murid tersebut lema
h dan sederhana,baik ataupun cemerlang. Kemudian & guru akan merancang
tindakan susulan untuk membantu murid-muridnya meningkat prestasi mereka.

Soalan 2 :

Kemukakan tahap-tahap penguasaan yang terkandung dalam Pentaksiran Bilik


Darjah

Pelaksanaan PBD dalam KSSR dan KSSM melibatkan penentuan Tahap Pengusaan
bagi setiap murid dengan merujuk kepada standard Prestasi. Tahap pengusaan
merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian yang menunjukkan aras
penguasaan yang disusun secara hierarki dan digunakan untuk rujukan pencapaian
murid bagi mata pelajaran sejarah. Terhadapa 6 tahap penguasaan. Tahap
penguasaan 1, murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberi respons terhadap perkara yang asa. Tahap 2, murid menunjukkan
kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk
komunikasi. Tahap 3, murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan
sesuatu kemahiran atau tugasan pada suatu situasi. Tahap 4, murid mengunakan
pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan iaitu mengikut
prosedur atau secara analitik dan sistematik. Tahap 5 pula murid mengunakan
pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan pada situasi
baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan
bersikap positif. Manakala tahap 6 pula, Murid berupaya menggunakan pengetahuan
dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik,
sistematik, bersikap positif, kreatid dan inovatid dalam penghasilan idea baharu serta
boleh dicontohi.

Sebagai contoh, untuk tahap penguasaan 1, ianya menguji atau mengesan keboleh
murid mengingati semula, tahu jawapan, berdasarkan hafalan dengan
menyenaraikan, menamakan, menyatakan dan memerihalkan, Sebagai contoh,
sejarah tahun 4 unit 1 berkaitan dengan mengenali sejarah, murid akan dapat
menyatakan pengertian sejarah yang diberikan oleh sejarawan. Untuk tahap 6 pula,
Murid mengetahuai nama sejarawan dan juga menyatakan maksud sejarah dan
melahirkan idea berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

You might also like