You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,

KOTA KINABALU,SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


-KERJA KURSUS -
KOD KURSUS : EDUP 2132
PROFESONALISME KEGURUAN

KANDUNGAN: PENULISAN 40%

No. Angka Giliran : 2022072410029


Nama : ATIKAH BINTI YUSOF
Program : PDPP AMBILAN OKTOBER 2022
Semester/Sesi : Dua
No. Telefon Bimbit : 018-2831995
Alamat E-mel : 1792-24-atikah@epembelajaran.edu.my
Nama Pensyarah Kursus : Raffaee bin HJ Musleh

A. Pengesahan Pelajar: (diisi semasa menghantar tugasan)


Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat di dalamnya. Saya faham
implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu.

Tandatangan Pelajar: Atikah Yusof Tarikh: 24 April 2023

B. Pelajar Menerima Maklum balas Hasil Tugasan: (diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada pensyarah)
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 DEFINISI PROFESIONALISME KEGURAN 1

2.0 CIRI-CIRI PERIBADI BERKUALITI 1

3.0 PUNCA GURU MELANGGAR KOD ETIKA PERGURUAN 2

4.0 CARA MENGATASI 3

5.0 RUMUSAN 3

6.0 RUJUKAN 5
1.0 DEFINISI PROFESIONALISME KEGURAN

Profesionalisme keguruan merupakan suatu pekerjaan yang memerlukan Pendidikan,


kecekapan, kemahiran serta Latihan yang khusus. Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti
pendidik, pengajar dan pengasuh, Hishamuddin Jabbar (2011). Profesion perguruan adalah
pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.
Pembangunan professional guru adalah merupakan proses di mana guru menambahkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memastikan keberkesanan Pembelajaran
dan Pemudahcaraan di bilik darjah secara berterusan.

Seorang guru yang professional perlu memenuhi kriteria-kriteria seperti berilmu,


berketrampilan dan mempunyai kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, serta
mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh teladan dan ikutan kepada para pelajar dan juga
msyarakat sekeliling. Antara ciri-ciri sahsiah yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah
berkeperibadian mulia dan mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjayakan apa sahaja
tanggungjawab yang diberikan.

Selain daripada itu, guru yang professional juga seharusnya mempunyai enam konsep
berikut iaitu berkemampuan dalam melaksanakan amalan profesionalisme di dalam bilik
darjah, menjalankan amalan professional di sekolah, bertingkah laku secara professional di
dalam bilik darjah serta sekolah, bersikap tanggungjawab untuk meningkatkan profesion,
menerima kursus latihan dan pendidikan pembangunan yang professional dan tanggungjawab
sebagai ejen reformasi masyarakat, Habibah (2017).

2.0 CIRI-CIRI PERIBADI BERKUALITI

Seseorang guru yang penyabar adalah guru yang mampu mengawal perasaan marah dan
perasaan diri. Guru yang mengamalkan sikap ini tidak akan mudah meradang dalam apa jua
keadaan. Guru yang mudah menunjukkan kemarahannya tidak akan dapat menjalin
perhubungan yang erat dengan murid-muridnya. Akibatnya, sifat kurang sabar ini akan
menjejaskan pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya murid-murid tidak akan menyukai guru
tersebut dan tidak meminati pelajaran yang diajar oleh guru.

Tugas yang diamanahkan kepada guru untuk mengajar murid-murid adalah amat
penting. Oleh yang demikian, sifat bertanggungjawab mestilah ada di dalam diri seseorang

1
guru. Ini secara tidak langsung akan membolehkan guru sentiasa berusaha menjalankan
tugasnya dengan sempurna.

Sifat kurang yakin yang ada pada guru sendiri adalah merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan wujudnya masalah disiplin di dalam bilik darjah. Ini kerana guru yang
mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila guru membuat satu-satu tindakan atau
keputusan. Murid-murid akan menghormati guru yang boleh mengambil tindakan yang tegas.

Murid selalu menganggap guru sebagai pemimpin yang baik yang akan diikutinya.
Oleh yang demikian seseorang guru haruslah mewarisi sifat kepimpinan agar murid-muridnya
akan mematuhi segala tunjuk ajar. Selain itu guru yang mempunyai kualiti kepimpinan
mempunyai tarikat yang tersendiri terhadap murid-muridnya. Dengan kualiti kepimpinan ini,
segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dengan berkesan.

Sifat ingin tahu yang ada pada diri seseorang guru akan mendorong seseorang guru itu
sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuannya. Guru akan selalu mempelajari
dan menyesuaikan diri dalam perubahan-perubahan, baik daripada kurikulum mahupun kaedah
mengajar demi kepentingan pekerjaannya sebagai guru, Fazurini (2011).

3.0 PUNCA GURU MELANGGAR KOD ETIKA PERGURUAN

Seorang guru perlu mendalami diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat
mengimbangi pemikiran dan emosinya supaya setiap tindakan yang diambil tidak menjejaskan
etika profesionnya yang akan meninggalkan kesan ke atas semua pihak termasuklah dirinya
sendiri. Sememangnya banyak isu yang akan timbul jika seorang guru melanggar etika
perguruan. Etika seorang guru yang perlu dipatuhi melibatkan tanggungjawabnya terhadap
semua pihak yang terlibat dengannya secara langsung atau tidak langsung. Pelanggaran etika
perguruan sebagai profesionnya akan mengakibatkannya dilabel sebagai individu gagal dan
bersahsiah negatif.

Pembangunan guru juga bermula daripada pembangunan individu dan ia dipengaruhi


oleh beberapa faktor seperti baka dan persekitaran, Nurmadhiyah (2021), Lee Chloe (2023).
Tahap Pendidikan dan penghayatan ilmu membantu perkembangan dan pembangunan sahsiah
kearah yang lebih positif. Jika terdapat guru yang mempunyai sahsiah buruk dan menimbulkan
isu negatif di sekolah, pembangunan sahsiah di kalangan guru dianggap tidak berjaya dan ia

2
merupakan sesuatu yang membimbangkan memandangkan guru adalah golongan yang
diharapkan untuk membangunkan bangsa dan negara.

4.0 CARA MENGATASI

Langkah yang paling efisien dalam menangani masalah ini adalah bermula daripada kesedaran
guru sendiri. Guru perlu mempunyai semangat dan motivasi dalam memahami
tanggungjawabnya dalam meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberikan
perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap dan dedikasi supaya
setiap murid yang diajarnya akan berjaya mencapai keputusan akademik yang cemerlang,
Amin Senin (2008). Dalam hal ini, guru hendaklah sentiasa berazam dalam menambahkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas
mengajar dengan cekap dan sempurna. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah mengikuti
kursus Pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan atau daripada institusi-
institusi pengurusan pendidikan di dalam jabatan kerajaan contohnya kursus untuk
meningkatkan profesionalisme keguruan. Kehadiran guru ke kursus-kursus Pendidikan seperti
ini adalah penting bagi guru demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasi guru dalam
bidang tugasnya yang kian kompleks, canggih dan kian mencabar.

Selain itu, jika guru tersebut masih mengikuti latihan mengajar, guru tersebut perlu
diawasi dan dinilai oleh pegawai-pegawai yang berkelayakan kemudian mengeluarkan laporan
prestasi guru tersebut. Laporan yang dikemukakan adalah bertujuan untuk mempertimbangkan
langkah yang selanjutnya bagi meningkatkan prestasi guru. Penyeliaan secara berterusan perlu
diperkukuhkan oleh badan kepimpinan sekolah untuk memantapkan lagi kualiti seseorang guru
di sesebuah sekolah seterusnya mempengaruhi pencapaian murid yang cemerlang.

5.0 RUMUSAN

Sebagai rumusan, seorang guru memerlukan Pendidikan akhlak iaitu Pendidikan yang mampu
membina keyakinan, penghayatan, kefahaamn dan nilai murni. Apabila guru berupaya
melaksanakan Pendidikan akhlak, maka penyampaian model atau contoh teladan dapat dilihat
oleh murid seterusnya melahirkan murid yang cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu
akademik dan sahsiah. Matlamat Pendidikan negara termasuklah juga mendidik pelajar supaya
memilih dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Membina sesebuah negara bangsa

3
bukanlah sebuah perkara yang mudah lebih-lebih lagi Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang etnik dan kaum. Guru memainkan peranan signifikan dalam pembinaan insan
cemerlang dan rakyat yang bertanggungjawab terhadap negara. Oleh itu, guru perlu menyedari
hakikat ini sebagai seorang pendidik agar terus komited dalam melahirkan warganegara yang
mempunyai semangat bersatu padu, cinta dan taat kepada negara.

4
6.0 RUJUKAN

Amin Senin. (2008). Pembangunan Profesional Guru. Utusan Publications.

Fazurini. KKD 2063 Pembangunan Sahsiah. Diperolehi pada 2 Nov 2011 daripada
https://www.scribd.com/doc/71254664/KKD-2063-Pembangunan-Sahsiah

Lee Chloe. GPP1063 Profesionalisme Keguruan. Diperolehi pada 2 Mac 2023 dari
https://www.academia.edu/38395495/GPP1063_PROFESIONALISME_KEGURUAN

Nurmardhiyah25. Profesionalisme Keguruan & Sekolah. Diperolehi pada 28 Mac 2021


daripada https://www.coursehero.com/file/86064745/PROFESIONALISME-KEGURUAN-
SEKOLAHpptx/#:~:text=Page%20of%2012-
,DEFINISI%20PROFESIONALISME%20KEGURUANSuatu%20pekerjaan%20yang%20m
emerlukan%20pendidikan%2Ckecekapan,yang%20berkaitan%20dengan%20peranan%20tug
as%2C

Habibah@Artini Binti Ramlie (2017) Pembangunan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam


Berasaskan “Riyadhah Ruhiyyah”. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan Universiti
Malaya Kuala Lumpur.

Hishamuddin Jabbar. Profesionalisme Dan Akauntabiliti Guru. Diperolehi pada 29 September


2011. https://www.slideshare.net/HishamuddinJabar/profesionalismedanakautabilitiguru

You might also like