You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
(PISMP)

[BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH]


(AMBILAN JUN 2019)
KERJA KURSUS
SEMESTER 2 TAHUN 2
SESI JAN – MEI 2021

:MOHD KHAIRUL NA’AIM BIN PENCHARI


:MUHAMMAD ALIFF BIN MOHAMMAD ZAINI
:MOHD FAHMY HAKIMI BIN NAZRIN
NAMA PELAJAR :990128126741
NO KAD PENGENALAN :000226141085
ANGKA GILIRAN :000926130117
KUMPULAN/UNIT : 2019072340069

SESI/TAHUN :2019072340071

KOD/NAMA KURSUS :2019072340068


: PISMP / Bahasa Melayu
: JAN – MEI 2021
: PRKA 3012

TUGASAN 3
TAJUK TUGASAN
Penulisan Reflektif Mikro Berkumpulan

TARIKH MULA 20/02/2021

TARIKH HANTAR 27/02/2021

NAMA PENSYARAH: PN KHADIJAH BT ADENAN


JABATAN / UNIT: PENGAJIAN MELAYU

TANDATANGAN TARIKH
Dengan ini saya mengaku bahawa saya
telah menerima maklum balas dari
pensyarah kerja kursus ini dan saya telah 27/02/2021
merujuk dan memahaminya.

1
Isi Kandungan Halaman
Penghargaan 2
1.0 Pengenalan 3
2.0 Laporan Perbincangan Hasil Simulasi Pengajaran Mikro 4
3.0 Rumusan 5
4.0 Rujukan 7

2
Penghargaan

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya kami masih diberi
kesempatan untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Segala pujian kepada sang pencipta
kerana kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Nikmat kehidupan yang dikurniakan
merupakan satu kesyukuran yang tidak terhingga sebagai seorang hamba. Terima kasih yang
tidak terhingga kepada pensyarah PRKA 3012, PN Khadijah Adenan kerana telah memberi tunjuk
ajar serta bimbingan dalam menjayakan tugasan ini. Tanpa bantuan beliau, pasti tugasan ini tidak
mampu untuk disiapkan dengan sempurna mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Beliau
merupakan pensyarah yang berdedikasi serta mempunyai komitmen yang tinggi. Segala tunjuk
ajar beliau telah kami adaptasi sepanjang melakukan tugasan ini dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Secara tidak langsung juga terima kasih ini kami ingin ucapkan kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sering membantu kami dalam setiap masalah yang dihadapi. Mereka
membantu tanpa ada sebarang rungutan mahupun meminta balasan. Setiap masalah yang
diutarakan dijawab dengan baik. Mereka jugalah yang banyak membantu jika kami mengalami
masalah dalam menyiapkan tugasan ini. Nasihat mereka agar tidak mudah untuk berputus asa
menjadi kekuatan saya tatkala dilanda masalah. Tidak lupa juga penghargaan ini kami berikan
kepada semua warga IPG Kampus Gaya kerana telah memberi kerjasama yang baik.

3
1.0 Pengenalan
Asasnya, Pengajaran Mikro merupakan sebuah model atau mekanisme praktikal penampilan
dasar mengajar bagi seorang guru yang diimplementasi secara mikro atau disederhanakan, dari
aspek waktu, materi dan jumlah murid. Rentetan itu, dalam pengajaran mikro guru yang telah
dikaji, kumpulan tersebut telah memilih tema “Alam Sekitar dan Teknologi Hijau” yang
merangkumi Standard Pembelajaran 1.2.1 bagi kemahiran “Dengar Tutur” yang menerangkan
subtema “Alamku Sayang”. Dalam hal ini, guru tersebut telah memliih langkah pengajaran set
induksi bagi pengajaran mikro. Pelaksananya mengambil masa tidak lebih daripada 5 minit
secara sistematik. Bagi aspek pelaksanaan, guru telah menggunakan teknik penyoalan iaitu
dengan bertanya teka teki kepada murid perihal subtema yang dibincangkan. Antara teknik yang
dilaksanakan, guru merangsang respon murid untuk menjawab teka teki yang diutarakan
sehingga mampu menarik perhatian murid terhadap teka teki tersebut. Selepas pelaksanaan
langkah pengajaran tersebut, jawapan yang telah diutarakan oleh murid akan mendapat respon
yang positif daripada guru dan kesinambungan antara tajuk pengajaran akan dilaksanakan
dengan sistematik dan terancang oleh guru. Tambahan lagi, penulisan laporan pembelajaran
mikro ini telah dinilai serta ditaksir berpandukan Seno Tini Mila (Lampiran 1) dengan sistematik.

2.0 Laporan Perbincangan Hasil Simulasi Pengajaran Mikro


2.1 Kekuatan
Meneliti aspek kekuatan yang dapat dilihat daripada kemahiran set induksi yang telah
dilaksanakan, guru dalam kumpulan tersebut mengaplikasikan pendekatan dedukif dengan cara
mewujudkan satu konsep umum berkenaan topik pembelajaran yang bakal ditelusuri. Dalam hal
ini, teknik teka-teki merupakan suatu permainan yang dapat merangsang sifat inkuiri murid
terhadap sesuatu perkara seperti pengimplementasian set induksi yang telah dilaksanakan.
Menurut Paintal (1980), kemahiran merancang set induksi merupakan kemahiran guru dalam
memulakan dan memperkenalkan sesuatu topik pengajaran yang hendak diajar. Izharnya, set
induksi yang unik dapat menarik perhatian murid dalam memulakan sesebuah topik pengajaran.
Selain itu, kelebihan pengarapan set induksi yang telah mereka laksanakan mampu
membina aliran fikiran murid agar mereka bersedia mempelajari topik yang telah dirangka.
Sebagai asas analognya, apabila terdapat murid yang menjawab dengan betul, guru akan
merumuskan jawapan murid dan membuat perkaitan dengan topik pembelajaran pada hari
tersebut. Perkara ini menjelaskan bahawa guru telah membuat perkaitan kognitif murid dan juga
menstrukturkan minda murid yang telah diselaraskan dengan hala tuju aktiviti pembelajaran yang
seterusnya.

4
2.2 Kelemahan
Kontradiksinya, kelemahan yang dapat dilihat dalam aktiviti kemahiran set induksi yang telah
dilaksanakan tidak begitu kreatif. Hal ini kerana, aktiviti teka-teki tersebut sangat ringkas
berbanding aktiviti set induksi seperti bercerita, permainan dan sebagainya. Seiring senario
pendidikan dasawarsa ini, guru perlu kreatif dalam memilih satu mekanisme pengajaran agar
input yang menyeluruh mampu diadaptasi oleh murid sekaligus objektif sesuatu pembelajaran
mampu dicapai.
Di samping itu, kelemahan yang dapat dikenal pasti melalui sesi pengajaram mikro ini
adalah daripada aspek ekspresi serta keterlibatan murid mendengar dan memberi tumpuan
aktiviti yang dijalankan. Guru tersebut menggunakan nada suara yang pelbagai untuk menarik
perhatian murid tetapi tidak menggunakan sebarang bahan bantu mengajar seperti audio, visual,
dan bahan bantu belajar semasa proses set induksi. Dalam hal ini, guru turut lemah dalam
pengaplikasian gerakan isyarat badan dan kontak mata. Impaknya, hanya sebahagian murid
yang mampu fokus dan terlibat secara langsung dalam aktiviti yang dilaksanakan.
2.3 Cadangan Penambahbaikan
Justeru, sebagai langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan adalah dengan
mengimplementasi elemen Pedagogi Abad Ke 21 dalam sesebuah sesi pengajaran. Prakarsa ini
mampu mewujudkan sinergi yang ampuh antara guru, murid dan bahan agar
pengimplementasian sesi pengajaran lebih sistematik, realistik serta holisitik. Dalam hal ini,
warga pendidik perlu mempersiapkan diri dengan Kemahiran Terkini dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Abad ke-21 bagi memacu anjakan paradigma dalam revolusi pendidikan.
Selain itu, pengarapan kemahiran non verbal dalam sesi pengajaran seperti penggunaan
bahasa badan, mimik muka dan nada suara yang menarik mampu menarik perhatian murid dan
mengekalkan fokus terhadap sesi pengajaran. Hal ini kerana murid lebih tertarik kepada
pergerakan badan dan mimik muka guru dalam melibatkan diri di dalam kelas. Disamping itu,
guru juga boleh menggunakan bahan bantu belajar dalam melaksanakan satu sesi pengajaran
agar murid mampu melahirkan satu gambaran umum terhadap topik pembelajaran yang akan
ditelusuri bersama.

3.0 Rumusan

5
Intihanya pengajaran mikro yang telah dilaksankan berjaya untuk menarik minat murid
sebelum fasa pengajaran yang seterusnya dilaksanakan. Penglibatan murid yang aktif
mewujudkan satu sesi pengajaran yang lebih bermakna dan signifikan terhadap proses
pengajaran yang direncana. Langkah mencungkil idea ini adalah salah satu langkah yang
sangat penting sebelum pembelajaran di mulakan bagi merangsang pengetahuan sedia ada
serta minat murid. Namun, dalam hal ini aspek kelemahan yang dikesan perlu diatasi dengan
prkarsa yang efektif agar objektif pembelajaran mampu dicapai secara menyeluruh.

6
RUJUKAN
A. Rashid,N. et al. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Aspek Seni Bahasa Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Tahun 5
SK/SJK. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Juriah Long (2008).Pendidikan Bahasa Melayu: Antara hasrat dengan pelaksanaan. Bangi:
Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan (2013). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia (2016) Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Bahasa


Melaysia Sekolah Kebangsaan Tahun 4.Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Koh Boh Boon (1990). Pengajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia: Prinsip dan Teknik. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Sdn. Bhd.

Pusat Pekembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Pusat


Perkembangan Kurikulum : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kurikulum lebih kreatif, menyeronokkan diperkenal. (2010, Februari
24). Berita Harian, m/s 5.

Tay Meng Guat (2015). Pembelajaran Menyeronokkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu.Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 12, 2015: Jabatan Pengajian Melayu.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2014).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thorndike, R. L. (2001). Measurement and evaluation in psychology and education (6thed.).


Merill, Upper Saddle River, New Jersey: Colombus.

7
Lampiran 1

PANDUAN SENO TINI MILA

You might also like