You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

“Pengurusan Tekanan Pembelajaran


Dalam Talian”

TARIKH:
11 Mei 2022

Platform:
Google Meet

ANJURAN:
UNIT KAUNSELING DAN KERJAYA
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
KOLEJ YAYASAN PELAJARAN JOHOR
KYPJ/HEP/ 411.8(02)/2022

KERTAS CADANGAN

1.0 LATAR BELAKANG

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan daripada Ketua Eksekutif KYPJ
bagi menjalankan Program Pengurusan Tekanan kepada pelajar-pelajar Yayasan Pelajaran
Johor yang sedang mengikuti pembelajaran dalam talian.

2.0 TUJUAN

Pandemik Covid-19 telah memberi implikasi yang besar kepada seluruh negara
termasuk Malaysia sehingga Kementerian Pendidikan Malaysia berganding dengan pelbagai
pihak terlibat memutuskan sesi pembelajaran perlu dilaksanakan di rumah secara dalam
talian. Namun begitu, pelaksanaan pembelajaran dalam talianmerupakan norma baharu yang
mendatangkan pelbagai cabaran dan kekangan terutama aspek emosi. Sehubungan dengan
itu, Unit Kaunseling dan Kerjaya KYPJ akan mengadakan Program Pengurusan Tekanan
kepada pelajar yang sedang mengikuti pembelajaran dalam talian. Program ini dijalankan
sebagai usaha membuka minda pelajar tentang teknik dan terapi pengurusan tekanan untuk
diaplikasikan dalam kehidupan harian. Kesimpulannya pengurusan tekanan yang baik dalam
menangani gejala stres mampu membendung masalah kesihatan mental dan meningkatkan
kualiti pembelajaran, bahkan mampu mengukuhkan lagi jati diri, motivasi sekaligus
membina modal insan yang baik.

3.0 OBJEKTIF
 Memberi pendedahan kepada pelajar secara keseluruhan tentang gejala tekanan
dalam kehidupan seharian.
 Memupuk sikap yang positif dalam kehidupan pelajar terutama apabila berhadapan
dengan keadaan tekanan.
 Memberi pendedahan pelajar tentang cara mengurus tekanan melalui kaedah terapi
yang boleh membantu mengurangkan perasaan tekanan.
 Membentuk gaya hidup yang positif di kalangan pelajar agar mereka lebih bersedia
dan berkeyakinan untuk menghadapi cabaran yang mendatang dalam kehidupan
mereka.

2
KYPJ/HEP/ 411.8(02)/2022

4.0 KETETAPAN PROGRAM

Nama program : Progam Pengurusan Tekanan Pembelajaran Dalam Talian


Tarikh yang dicadangkan : 11 Mei 2022 (Rabu)
Platform : Atas Talian (Google Meet)
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang

5.0 PENGLIBATAN PELAJAR


Program adalah terbuka kepada semua pelajar KYPJ

7.0 PENCERAMAH
Ir. Ts. Dr. Nor Hasrul Akhmal Bin Ngadiman
Pensyarah Kanan
Universiti Teknologi Malaysia

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN MAJLIS

BIL PERKARA Harga Seunit Jumlah


(RM) (RM)

1. Bayaran Penceramah 2 Jam x RM 150.00 RM 300.00


1 Jam : RM 150.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 300.00

9.0 PENUTUP

Diharapkan kertas kerja ini akan mendapat perhatian serta pertimbangan yang sewajarnya di
dalam mencapai matlamat dan objektif program. Melalui aktiviti ceramah dan bengkel ini
diharapkan agar pelajar-pelajar dapat memanfaatkan pengalaman-pengalaman yang berguna
tentang kaedah menguruskan tekanan dan mengaplikasikan segala yang dipelajari dengan baik
agar dapat meningkatkan lagi produktiviti diri dalam pelajaran. Kerjasama dan sokongan daripada
pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

3
KYPJ/HEP/ 411.8(02)/2022

Disediakan oleh,

............................................
AZURA BINTI MD ZAHARI
Kaunselor

Disemak oleh,

............................................
SHAHRIM BIN ADON
Timbalan Ketua Eksekutif HEP

Disokong oleh,

..............................................
HJ MUHAMAD JABERIDIN BIN HJ MESRON
Ketua Eksekutif KYPJ

You might also like