You are on page 1of 4

BORANG CADANGAN PROJEK

INISIATIF KERJASAMA UNIVERSITI


KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN 4

Program Transformasi Luar Bandar atau RTP merupakan pelengkap program transformasi
menyeluruh negara. RTP akan mentransformasikan kawasan luar bandar supaya mampu
menarik pelaburan swasta, menyediakan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi serta
menggalakkan generasi muda kembali berkhidmat.

YAB PERDANA MENTERI dalam ucapan Bajet 2012


7 Oktober 2011

Strategi Lautan Biru Kebangsaan dilaksanakan dengan empat prinsip utama iaitu:

1. HIGH IMPACT (BERIMPAK TINGGI)

Program/Projek yang dicadangkan memberi kesan/keberhasilan yang tinggi kepada


kumpulan sasar.

2. LOW COST (KOS RENDAH)

Kos untuk melaksanakan projek/program adalah lebih rendah berbanding dengan


penggunaan kaedah konvensional/tradisional yang lazim diamalkan.

3. RAPID EXECUTION (PELAKSANAAN PANTAS)

Projek/Program boleh dilaksanakan dengan kadar segera dan impak daripada


projek/program boleh dicapai dengan pantas

4. SUSTAINABLE (MAPAN)

Projek/Program mampu dilaksanakan secara berterusan oleh kumpulan sasar

MAKLUMAT PROJEK

1. Institusi : Universiti Malaysia Sabah

2. Nama Projek : Program SMART LEARNING

3. Tarikh Projek : 17 Februari 2018 sehingga 26 Mei 2018

4. Lokasi : Sekolah Menengah Tamparuli.

5. Tempoh : 6 jam setiap sesi pembelajaran/dua minggu sekali.

6. Kumpulan Sasar : Pelajar tingkatan tiga/50 orang

1
7. Individu Universiti/Politeknik/Kolej Komuniti/IPGM Yang Terlibat :

1. Universiti Malaysia Sabah


2. Mohd Johari Bin Mohd Shafuwan ( Ketua )

8. Kerjasama dengan Agensi Lain :

1. Pejabat pendidikan daerah Tuaran

9. Ringkasan Projek

Didalam kepesatan dunia dalam bidang teknologi selari dengan banyaknya


golongan bijak pandai yang menyumbang kepada kepesatan tersebut kita tidak
boleh membiarkan golongan luar bandar tidak dapat menyumbang kepada
kepesatan teknologi tersebut, Justeru satu program dalam membantu pelajar luar
bandar yang lemah dalam pelajaran terutama dalam subjek matematik, sains dan
bahasa inggeris akan dijalankan.

Program SMART LEARNING ini merupakan program tuisyen secara


percuma kepada kumpulan pelajar yang terpilih di SMK Tamparuli. Kumpulan
sasaran ialah pelajar tingkatan tiga yang lemah dalam subjek matematik , sains
dan bahasa inggeris. Pelajar tingkatan tiga menjadi kumpulan sasar kerana
semasa tingkatan tiga pelajar akan menduduki peperiksan Penilaian Tingkatan
Tiga atau PT3. Untuk memasuki bidang professional pelajar perlu memasuki kelas
sains semasa tingkatan empat dan hanya mereka yang mendapat keputusan baik
semasa PT3 sahaja akan dimasukkan ke kelas sains tersebut. Atas dasar itu
pelajar tingkatan tiga merupakan kumpulan sasar bagi program SMART
LEARNING ini.

Setelah kumpulan sasar ini dikenal pasti proses pembelajaran akan


dijalankan dua kali seminggu selama enam jam bagi setiap sesi iaitu dua jam bagi
setiap subjek. Pelajar akan dibahagikan dalam kumpulan kecil mengikut
kesusaian agar mentor dapat memberikan perhatian yang lebih kepada kumpulan
sasar tersebut. Bagi mengetahui impak kepada kumpulan sasar tersebut
perbandingan keputusan peperiksaan sebelum program dan selepas program
akan dilakukan.

Kita sedar dan faham akan kebanyakan pelajar lemah disebabkan


kurangnya semangat untuk berjaya dan tarikan untuk belajar. Oleh itu, dengan
adanya program SMART LEARNING ini diharapkan mampu menaikkan semangat
untuk belajar dan berjaya .

2
Di samping itu, program ini memberi peluang kepada duta dan mahasiswa
yang terlibat dalam menyumbang tenaga dan masa dalam menyumbang dalam
pembangunan modal insan di Malaysia.

10. Aktiviti

1. Tuisyen Percuma

Duta dan sukarelawan akan mengajar kumpulan sasar tiga subjek iaitu
matematik , sains dan bahasa inggeris. Kumpulan sasar akan dibahagikan
kepada kumpulan kecil bagi memaksimakan tahap keberkesanan proses
pembelajaran . Tempoh selama enam jam iaitu dua jam bagi setiap subjek
akan diperuntukkan.

11. Implikasi Kewangan

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH (RM)


1. Makanan
1. Sarapan 6 ORANG X 7 sesi 2.00 84.00
2. Tengah hari 6 ORANG X 7 sesi 7.00 294.00
2. Pengangkutan
1. Kereta sewa 1 x 7 sesi 80.00 560.00
2. Minyak kereta 7 sesi 50.00 600.00
JUMLAH (RM) 1288.00

12. Tentatif

MASA PERKARA
0600H BERGERAK KE DESTINASI
0800H TIBA DI DESTINASI
0830H SUBJEK MATEMATIK
1030H REHAT
1045H SUBJEK SAINS
1245H REHAT
1315H INGGERIS
1515H TAMAT
1530H BERGERAK PULANG KE KAMPUS

3
13. KRA, Objektif dan Sasaran

KRA 1. Penghasilkan pelajar yang mempunyai semangat untuk berjaya.


2. Peningkatan peratusan masyarakat yang berpelajaran yang mampu menyumbang kepada
kemajuan negara kelak.

SASARAN (KPI)
OBJEKTIF
OUTPUT OUTCOME
1. Menyuntik dan memberikan 1. Seramai 60% daripada kumpulan sasar
1. Seramai 50 jumlah pelajar dapat melibatkan
motivasi kepada pelajar luar mendapat motivasi untuk berjaya seterusnya
diri dalam program yang dijalankan.
bandar khususnya kepada mendapat keputusan yang cemerlang didalam
pelajar tingkatan 3. peperiksaan.
2. Menyuntik semangat
kepada para pelajar untuk
menyambung pelajaran
hingga ke peringkat IPT.
3. Memupuk dan membina
semangat kepimpinan dan
kerjasama dalam kalangan
mahasiswa yang terlibat.

14. Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Diluluskan Oleh:


Mohd Johari Bin Mohd Shafuwan TNC HEPA / Pengarah Hubungan Industri
Duta Universiti Sesi 2017/2018 Universiti
mdjohari91@yahoo.com
014-8751069

You might also like