You are on page 1of 11

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP TAHUN 2014

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


AMBILAN JANUARI 2011

Nama pelajar : Izmir Fadzil Bin Ibrahim
No kad pengenalan : 910202-05-5521
Nama sekolah : SK PERMATANG TOK MAHAT
Nama projek : RUNNINGMAN (ENGLISH EXPLORACE)
Tempoh pelaksanaan : 10 JULAI 2014 (8:30 pagi 10:30 pagi)

OBJEKTIF.
Program ini adalah berrtujuan menyahut seruan kerajaan dalam
memperkukuhkan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Malaysia.
Dengan adanya acara ini ,akan dapat memupuk minat dalam kalangan
pelajar terhadap Bahasa Inggeris dan cadangan aktiviti kepada pihak
sekolah dalam usaha melahirkan murid yang berilmu bahasa inggeris.
Dapat mendedahkan tentang keunikan dan keseronokan dalam
mempraktikkan bahasa kedua kepada murid di sekolah ini.

STRATEGI PELAKSANAAN
SEBELUM PELAKSANAAN
Pelajar guru semester lapan telah diberi taklimat Internship sebelum tempoh
praktikum bermula yang memerlukan para pelajar guru melaksanakan projek di
sekolah. Dengan tempoh masa empat minggu yang diberikan, pelajar guru haruslah
merancang dan melaksanakan sekurang kurangnya tiga projek.
Setelah perbincangan dilakukan bersama rakan- rakan praktikum, kami telah
mengemukakan beberapa idea untuk dibentangkan pada pihak pentadbiran sekolah.
Idea- idea tersebut adalah berdasarkan keperluan akademik, kokurikulum dan juga
kurikulum sekolah dan juga kesesuaian persekitaran sekolah termasuk lokasi dan
juga latar belakang warga Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat (SKPTM).
Kami juga telah berbincang dan mendapatkan pandangan dan rujukan dari guru
pembimbing kami bagi mendapatkan idea projek yang paling sesuai.
Hasilnya, kami telah merangka satu kertas kerja yang bertajuk Runningman
(English Explorace). Kami telah berjumpa denga Tuan Guru Besar, Pn. Che Hjh
Jamaliah dan telah mencadangkan tarikh pelaksanaan, iaitu pada 10 Julai 2014.
Kami telah memberikan gambaran secara kasar pada beliau tentang tujuan program
ini dianjurkan. dan juga pelaksanaan program ini. Namun begitu, beliau meminta
agar kami memberikan lakaran Namun begitu, beliau meminta agar kami
memberikan lakaran yang lebih jelas tentang permainan yang akan dijalankan. Kami
juga sedar bahawa lakaran akan membuatkan penerangan menjadi lebih jelas dan
akan membuatkan beliau lebih mudah untuk memahami objektif program ini. Beliau
juga telah memberikan pandangan dan idea yang bernas untuk menambahbaik
cadangan dari pihak kami. Berdasarkan pandangan dan idea dari beliau, kami telah
berjaya mendapatkan beberapa idea baru sebagai penambahbaikan pada cadangan
kami.
Setelah mendapatkan sokongan dan semakan dari guru pembimbing kami,
kami telah mengusulkan draf kertas kerja yang baru dengan bersertakan lakaran
dan juga spesifikasi setiap permainan dengan lebih teliti. Namun begitu, terdapat
beberapa kesalahan kecil format dan juga ejaan yang telah dikenalpasti oleh guru
pembimbing kami dan ianya telah dibaiki sebelum ditunjukkan pada pihak
pentadbiran.
Setelah kertas kerja disahkan oleh pihak pentadbiran, kami telah bersama-
sama meluangkan masa bagi membuat persiapan barang dan juga alatan yang akan
digunakan di dalam permainan tersebut. Antara bahan dan alatan permainan yang
memerlukan masa untuk disiapkan adalah, tikar dam ular. Kami telah
memperuntukkan masa selama tiga hari untuk membuat persiapan secara
keseluruhan.
Akhir sekali, sehari sebelum program berlangsung, kami telah memanggil
seramai 20 orang peserta dalam kalangan murid tahun 5 dan juga tahun 4 bagi
memaklumkan aturacara program dan juga persiapan yang perlu mereka lakukan
seperti pakaian dan juga alatan yang perlu dibawa.



SEMASA PELAKSANAAN

Seawal jam 7:30 pagi, kami telah berada di sekitar kawasan permainan bagi
menyusun dan membuat persiapan terakhir bagi memastikan program berjalan
seperti yang telah dirancang. Persiapan bagi menyusun alatan terpaksa dilakukan di
hari perlaksanaan adalah untuk memastikan tempat dan juga alatan yang telah di
atur tidak diganggu.
Tepat jam 8:30 pagi, setelah kesemua peserta telah berada di dewan,
taklimat ringkas dan ucapan alu- aluan telah diberikan oleh pengarah projek iaitu
saudara Muhammad Jazli Jahari dan juga Nabilulfikri Othaman. Taklimat tersebut
merangkumi penerangan tentang peraturan dan juga syarat pertandingan.
Setiap peserta juga telah diberi lencana mengikut kumpulan masing- masing.
Selesai taklimat tersebut, permainan dimulakan dengan para peserta berlari dengan
penuh semangat ke stesyen permulaan masing- masing. Para peserta perlu
bergerak ke stesyen seterusnya apabila mendengar tiupan wisel. Mereka perlu
bergerak dan mengambil belon di setiap stesyen sebagai tanda mereka telah
menamatkan permainan. Para peserta juga telah diberi kertas catatan untuk
merekodkan apa yang telah mereka pelajari di setiap stesyen.
Pemenang telah ditentukan melalui jumlah catatan masa yang terbaik bagi
setiap stesyen. Ini bermakna, pasukan yang berjaya menghabiskan permainan
dengan masa yang terpantas di setiap stesyen akan menjadi pemenang bagi
Runningman ini. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan dengan jayanya
oleh Pn. Rasyidah bt Hj. Mohamad








Tentatif program Runningman 2014.
NO. DATE TIME PROGRAM
1. 22.07.2014 8.30a.m.-8.45a.m.

-Gather at hall.
2 8.45a.m.- 9.00a.m. -Briefing of rules and regulations of
games.
3

9.00a.m.-9.40a.m. -Games start off.
Station 1: Snake ladder
Station 2: Song translation
Station 3: Blind men
Station 4: Idioms puzzle
Station 5: Wordscram
4 9.40a.m.-10.15a.m. -Headmistresss speech.
-Closing ceremony.
-Dismiss.











REFLEKSI PROJEK Runningman 2014
KEKUATAN

1. Projek ini mampu mengeratkan silaturrahim antara para peserta pertandingan
sama ada antara ahli kumpulan masing-masing, mahupun antara kumpulan
yang lain. Ia juga mampu menguatkan hubungan antara guru-guru dan guru
dengan murid.
2. Projek ini mempromosikan daya saing yang sihat antara murid dalam setiap
permainan. Ini adalah kerana, mereka berlumba-lumba untuk mengatasi
pencapaian kumpulan yang lain dalam mengumpul markah dan untuk tampil
sebagai juara secara adil.
3. Projek ini membantu dalam menambahkan ilmu pengetahuan murid dalam
bahasa Inggeris dari segi kosa kata, peribahasa, dan juga penggunaan
bahasa Inggeris dalam perbualan harian.
4. Projek ini bertindak sebagai pencetus minat dan motivasi murid untuk
mempelajari serta mengaplikasikan bahasa Inggeris dalam kehidupan
seharian. Ini tercapai oleh kerana mereka didedahkan dengan pembelajaran
secara didik hibur.
5. Projek ini mampu mengubah konsep pemikiran murid bahawa bahasa
Inggeris itu susah serta membosankan.
6. Projek ini membantu dalam mengembangkan idea para guru dalam mengajar
bahasa Inggeris secara lebih kreatif, inovatif, meluas dan bermakna.

KELEMAHAN
1. Projek ini memakan perbelanjaan yang agak besar kerana memerlukan
pelbagai bahan yang agak mahal untuk membina instrumen-instrumen atau
bahan bantu mengajar.
2. Projek ini memerlukan tenaga kerja yang agak banyak dalam penyediaan
bahan-bahan bantu mengajar bagi setiap stesen di dalam pertandingan
tersebut.
3. Projek ini memerlukan kawasan yang agak luas untuk dilaksanakan.
4. Projek ini melibatkan jumlah murid yang agak terhad.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Pembinaan tikar dam ular gergasi memakan masa, tenaga kerja dan wang
ringgit yang banyak. Hal ini mampu diatasi dengan cara membeli atau
mengupah khidmat pembuatan kain rentang yang sudah ada di pasaran.
2. Penggunaan kawasan yang luas dapat dikecilkan secara menggunakan
ruang dewan dengan sebaiknya ataupun menukarkan jenis permainan
kepada yang lebih praktikal dan memerlukan kawasan yang kecil.
3. Penglibatan murid yang agak terhad boleh diatasi dengan cara melibatkan
lebih ramai pelajar, mungkin mewajibkan setiap darjah untuk melibatkan diri,
atau melibatkan 2 atau 3 kumpulan bagi setiap kelas yang terlibat. Hal ini juga
memerlukan lebih banyak stesen supaya pertandingan dapat berlangsung
dengan lebih teratur dan lancar.
4. Projek ini seharusnya dijadikan satu titik permulaan bagi mewujudkan suatu
budaya sekolah. Ianya mungkin boleh dilaksanakan pada setiap minggu
bahasa Inggeris mengikut giliran setiap darjah supaya setiap murid dapat
menimba pengalaman tersebut.
5. Projek ini juga boleh diteruskan secara tetap dengan menyediakan sebuah
bilik didik hibur bahasa Inggeris di sekolah supaya ianya dapat digunakan
oleh guru bahasa Inggeris di sekolah. Ianya mungkin dapat dikembangkan ke
subjek lain seperti bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam.













Kesimpulan

Dengan perlaksanaan program Runningman 2014 ini, kami berharap
persepsi dan juga minat terhadap Bahasa Inggeris ini dapat ditingkatkan seterusnya
menyumbang kepada peningkatan penguasaan bahasa Lingua Franca ini.
Program ini amat memberi faedah kepada peserta dan juga para pendidik
sebagai satu cara mempelajari Bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan
dan berkesan. Selain itu, kerjasama dan juga kesungguhan para fasilitator dan juga
sokongan dari guru- guru dan pihak pentadbiran amat dihargai.
Diharap program seumpama ini akan dapat diadakan lagi pada masa yang
akan datang dengan penglibatan secara maksima dari semua pihak. Semoga
dengan penganjuran program dan usaha yang diadakan ini, ia akan dapat
menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik pelajar SKPTM khususnya
dalam Bahasa Inggeris, seterusnya mengharumkan lagi prestasi dan nama baik
Sekolah Permatang Tok Mahat.












Taklimat Fasilitator

Sesi Taklimat

Snake Ladder

Wordscram

Idioms Puzzle

Song Translation

Blind Men


Sesi Bergambar

You might also like