You are on page 1of 8

KERTAS

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2014




SK BUKIT RAYA DALAM
JALAN SEKOLAH, KG. BUKIT RAYA DALAM,
06700 PENDANG,KEDAH.

KERTAS KERJA
PROJEK INTERNSHIP:
KECERIAAN MURAL ANJURAN GURU PELATIH INTERNSHIP
SK BUKIT RAYA DALAM,PENDANG.



DISEDIAKAN OLEH:
PISMP TESL SEMESTER 8 IPG KAMPUS PERLIS



KERTAS

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2014

1.0 PENGENALAN:
Internship merupakan salah satu program latihan di lapangan yang
bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
dan dan pengamalan sedia ada sebagai seorang guru. Guru pelatih dikehendaki
merancang, melaksana dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah
menjadi amalan dan budaya sekolah.

Sehubungan dengan itu, kami guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru
Kampus Perlis telah memilih untuk melaksanakan beberapa projek yang
berkaitan dengan komuniti sekolah bagi menjayakan internship yang bermula 6
Julai 2013 sehingga 7 Ogos 2014 di Sekolah Kebangsaan Bukit Raya Dalam,
Pendang, Kedah.

Program keceriaan mural merupakan projek yang dikelolakan hasil
kerjasama guru pelatih program internship IPG Kampus Perlis dengan pihak
sekolah SK Bukit Raya Dalam. Sekolah merupakan institusi pendidikan yang
dapat membangunkan insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan
kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menimbulkan
keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan
aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian.
Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat
KERTAS

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2014
berjalan dengan lancar dan sempurna. Projek mural pada kali ini melibatkan
sogokan kata-kata motivasi kepada semua warga pelajar SKBRD khususnya
pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Kata-kata motivasi
yang akan dipamerkan dapat memberi semangat secara tidak langsung kepada
mereka untuk berusaha mencapai kecermalangan dalam peperiksaan UPSR
kelak.
Oleh itu, guru-guru pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan
perkarangan bilik darjah dengan kata kata semangat yang dapat mewujudkan
suasana P&P yang kondusif serta menyeronokan bagi para pelajar dan guru-
guru sekolah.

2.0 TAJUK :
PROJEK KECERIAAN MURAL (WISDOM WORDS)

3.0 TARIKH :
6 JULAI 2013 7 OGOS 2014

4.0 RASIONAL :
Pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama serta salah
satu budaya yang menjana kecemerlangan akademik para pelajar.Persekitaran
yang positif dapat mendorong para pelajar untuk menunjukkan prestasi yang baik
dalam bidang akademik. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan
KERTAS

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2014
dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa
lebih mesra.
5.0 OBJEKTIF :
Antara objektif pelaksanaan projek ini adalah untuk:
Untuk menjadikan koridor bilik darjah Tahun 6 sebagai satu tempat dorongan
dan tumpuan yang bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung
ke sekolah.
Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh
pihak sekolah.
Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani
internship di sekolah ini.
Memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan
sekolah bagi mendepani realiti kerjaya sebagai seorang guru semasa
berkhidmat pada masa akan datang.

6.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN :
Tempoh : 13 Julai - 23 Julai 2014
Tempat : Koridor bilik darjah Tahun 5 dan 6 SK Bukit Raya Dalam.



KERTAS

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2014
7.0 AHLI JAWATANKUASA :
Penaung : Puan Hjh Samyah Bt Ahmad
Guru Besar SK Bukit Raya Dalam

Pengerusi : En.Tuan Azmi Bn Tuan Mat
Penolong Kanan Pentadbiran

Naib pengerusi : i) En.Husin Bin Ahmad
PK Hal Ehwal Murid

ii) Pn.Rashidah Bt Hashim
PK Kokurikulum

Penasihat : Puan Azizah Bt Azizan
Mentor Projek Internship

AJK : Cik Sri Maheswary A/P Somasundaram
Cik Nur Syuhada Binti Ibrahim


8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Kuantiti
Harga seunit
(RM)
Jumlah
(RM)
1
Berus (2 saiz besar dan 3
saiz kecil)
5
(2 saiz besar
2.50 12.50
KERTAS

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2014
dan 3 saiz
kecil)
2
Cat pelaka
- Merah (1)
- Biru (1)
- Kuning (1)
- Putih (2)

5 12.00 60.00
3 Bekas pembancuh warna 2 1.80 3.60
Jumlah 76.10

9.0 SUMBER KEWANGAN

Sekolah Kebangsaan Bukit Raya Dalam,Pendang,Kedah.

10.0 PERANCANGAN PROJEK

Bil. Aktiviti Tarikh
1 Perbincangan mengenai projek 6 Julai 2014
2 Pembinaan kertas kerja 7 Julai 2014
3 Perbincangan bersama pihak pentadbiran 9 Julai 2014
4 Projek dimulakan 13 Julai 2014
5 Refleksi dan dokumentasi 23 Julai 2014
KERTAS

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2014

11.0 PENUTUP

Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan
dikendalikan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Perlis. Kami berharap projek keceriaan
mural ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek seperti ini akan menjadi
satu pengalaman secara tidak langsung kepada guru-guru pelatih mengenai
pengurusan keceriaan bilik darjah di samping mengeratkan hubungan antara guru-guru
pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan Bukit Raya Dalam,Pendang,Kedah.
Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran
Sekolah Kebangsaan Bukit Raya Dalam.
Sekian, terima kasih.








KERTAS

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP 2014
Disediakan oleh;

..
(SRI MAHESWARY A/P SOMASUNDARAM)
Guru Pelatih IPG Kampus Perlis.

Disemak oleh;


(PN.AZIZAH BT AZIZAN)
Mentor Projek Internship

Disahkan oleh;


(PUAN HJH SAMYAH BT AHMAD)
Guru Besar SK Bukit Raya Dalam.

You might also like