You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PROJEK INTERNSHIP (MINOR)


BENGKEL TEKNIK MEWARNA
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SENGGARANG
(KATEGORI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI)

TARIKH :
3 JULAI 2012 9 JULAI 2012

TEMPAT :
BILIK TAYANG
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK SENGGARANG







KERTAS KERJA
PROJEK INTERNSHIP (MINOR)
PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN
SENGGARANG
(KATEGORI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI)


1. PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk
mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada
dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki
merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah
atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada
peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam
pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor.
Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan
keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan
dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru
permulaan yang berkesan.

2. OBJEKTIF

Melalui program Internship, pelajar akan dapat:

1. Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam
situasi sebenar di sekolah.
2. Merancang, melaksana projek/aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak
sekolah.
3. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan,
akauntabiliti dan
integriti dalam melaksanakan tugas.
4. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan
tanggungjawab
yang diberikan.
4. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk
meningkatkan kejelekitan pasukan.
4. Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam
pelbagai
situasi.
4. Menguruskan masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai
dengan
sahsiah seorang guru.
4. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi
kehendak
program pendidikan semasa.
4. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran,
projek/
aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah serta menjana idea baru untuk
penambahbaikan yang berterusan.
4. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme
keguruan secara berterusan.

3. FOKUS PROJEK INTERNSHIP MINOR

Projek yang telah dibincangkan dan telah dipersetujui bersama
dengan pentadbir sekolah ialah bengkel mewarna untuk murid-
murid pendidikan khas. Bengkel mewarna ini bertujuan untuk
pemilihan murid yang berbakat serta berpotensi untuk ke
pertandingan peringkat daerah Batu Pahat.

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT

TARIKH : 3/7/2012 - 9/7/2012
TEMPAT : Bilik tayang Pendidikan Khas Integrasi SK Senggarang,
Batu Pahat Johor

5.0 ALATAN YANG DIPERLUKAN

BIL AKTIVITI BAHAN YANG
DIPERLUKAN
KUANTITI
1.


Bengkel Mewarna
(Disediakan oleh PPKI SK
SENGGARANG)
-Kertas A4
-Pensil Warna Swan

30 Helai
30 Kotak


6.0 JADUAL BENGKEL

BIL TARIKH AKTIVITI KELAS

1. 3 Julai 2012 Bengkel Mewarna
(Pemilihan Murid)
Terbilang
Bestari
2. 4 Julai 2012 Bengkel Mewarna
(Pemilihan Murid)
Cemerlang
3. 5 Julai 2012 Bengkel Mewarna
(Pemilihan Murid)
Gemilang
4. 9 Julai 2012 Bengkel Mewarna
(Murid yang terpilih)
Mohd Farid Bin Haron
(Cemerlang)
Nurhidayah Bt Tugiman
(Bestari)

Bengkel dijalankan selepas waktu rehat / kelas Pendidikan Seni Visual

7.0 PENUTUP

Penilaian pelajar dalam projek Internship ini dibuat oleh pengurus sekolah
dan mentor pada minggu akhir tempoh Internship. Penilaian dibuat secara
berterusan selama empat minggu melibatkan aspek-aspek perancangan,
pelaksanaan dan penilaian projek atau aktiviti yang dijalankan, kemahiran
interpersonal, sikap dan sahsiah.












PERKARA TANDATANGAN / ULASAN

Disediakan oleh,:
Nur Hidayah Binti Hainan
Setiausaha,
Bengkel Teknik Mewarna
Sekolah Kebangsaan Senggarang


Disemak oleh :
Pn. Zubaidah bt Sahri
Penyelaras Kurikulum
Pendidikan Khas Integrasi SK Senggarang.



Diluluskan oleh :
Pn. Rohana bt Ahmad.
Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi,
SK Senggarang.

You might also like