You are on page 1of 7

Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Km 10 Jalan Padang Tengku 27200 Kuala Lipis, Pahang Kerja Kursus Teknologi

Maklumat dan Komunikasi PPISMP Ambilan Julai 2009 Unit BM/PJ/PS (1)

PENGHARGAAN
Assalamualaikum Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang telah diamanahkan oleh pensyarah TMK saya iaitu Encik Shukur bin Ahmed.Tajuk kerja kursus yang telah diberikan oleh saya ialah Mengenali Anggota Tubuh Badan untuk murid-murid tahun dua.Kerja kursus ini amat penting buat kami semua memandangkan perkara ini merupakan sebahagian bagi pemarkahan ujian bagi subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi.. Sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek kami,Encik Shukur bin Ahmed kerana beliau telah memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.Beliau telah mengajar kami satu persatu cara untuk menyiapkan tugasan ini dari awal hihgga akhir.Selain itu,kami juga sangat menghargai jasa pensyarah subjek kami kerana memberikan bimbingan dan nasihat yang amat berguna untuk kerja kursus kami.Jasa beliau akan kami kenang ke akhir hayat. Di samping itu, tidak lupa juga kepada pihak Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan yang telah banyak member kemudahan kepada kami semua bagi menyiapkan tugasan ini.Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak institut kepada kami ialah telah menyediakan sebuah makmal komputer yang selesa untuk kami belajar.Kelas yang diadakan untuk subjek TMK ialah selama empat jam seminggu.

Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa saya yang telah memberi sokongan yang sepenuhnya kepada saya bagi menyiapkan tugasan

ini.Selain itu,saya berterima kasih kepada kawan-kawan kerana telah banyak membantu saya.Kami telah menyiapkan tugasan ini bersamasama sehingga tidur lewaqt malam.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus kami dijalankan.

CATATAN REFLEKSI
Pada 20 Ogos 2009, saya telah menerima tugasan ini daripada En. Shukur, pensyarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pada mulanya, saya tidak mempunyai apa-apa idea untuk melaksanakan tugasan ini. Bagi saya, tugasan ini amat sukar bagi saya untuk melaksanakannya kerana saya merupakan pelajar ambilan kedua bagi tahun saya.. Hampir dua minggu berlalu(30 Ogos 2009), saya masih membiarkan sahaja tugasan ini berlalu begitu sahaja tanpa memikirkannya.Tambahan pula saya terpaksa ke Putrajaya untuk menyambut hari kemerdekaan.Saya begitu malas untuk memulakan tugas yang diberikan. Namun, saya mula memikirkannya kembali kerana ini merupakan amanah daripada pensyarah kepada saya dan seharusnya saya menyelesaikan tugasan ini dengan sebaik yang mungkin. Saya mula merangka rancangan saya untuk melaksanakan tugasan ini. Saya meminta idea daripada kawan-kawan saya serta saya mula merujuk beberapa buah buku teks sekolah rendah bagi mendapatkan idea serta bahan-bahan yang berkaitan. Secara kebetulan, semasa saya sedang mencari-cari buku berkaitan tugasan saya di dalam perpustakaan ada seorang senior menawarkan kamus bergambar kepada saya.Katanya,bayak maklumat yang boleh saya dapat melalui kamus itu.Akhirnya saya menjumpai bahan-bahan yang lengkap untuk memulakan tugasan saya..Saya telah bertekad untuk membuat pembentangan bertajuk MENGENALI ANGGOTA BADAN. Saya bersama rakan sebilik saya mula merancang apa yang bakal di buat untuk tugasan ini. Setelah perancangan di buat, saya memulakan kerja-kerja saya.Hampir dua bulan berlalu(29.10.2009),Alhamdulillah sudah hampir siap tugasan yang saya.Saya rasakan inilah tugasan yang paling menarik yang pernah saya lakukan.Walaupun begitu,saya bersyukur kerana banyak perkara yang dapat saya dapat pelajari daripada sikap saya sebelum dan semasa saya menyelesaikan tugasan ini. Selain itu juga, banyak kekuatan dan kelemahan yang dapat saya temui sepanjang saya membuat tugasan ini. Antara kekuatan dan kelemahan yang dapat saya ceritakan seperti berikut :

KEKUATAN :

Dalam tempoh sebulan terakhir semasa saya menyiapkan tugasan ini, banyak perkara yang saya alami di mana menguji kesabaran saya. Saya saban hari berfikir adakah tajuk yang saya buat untuk tugasan ini menepati cita rasa dan kehendak pensyarah saya.. Bukan setakat itu sahaja,saya perlu memikirkan bahan-bahan yang sesuai untuk dimuatkan dalam tugasan ini. Memang banyak yang perlu di buat, namun atas sikap sabar yang saya miliki ini, akhirnya saya berjaya memperolehi bahan yang sesuai dengan tajuk yang saya pilih. Saya cuba untuk menyiapkan tugasan ini secepat yang mungkin supaya saya berkesempatan memberikan tugasan ini kepada En. Shukor untuk di semak terlebih dahulu agar saya dapat membaiki sebarang kesilapan dan menambah apa yang kurang. Hampir setiap malam saya tidur lewat bagi menyelesaikan tugasan ini. Alhamdulillah, berkat usaha serta kesabaran yang tinggi, saya berjaya menyiapkan tugasan yang di berikan. Sekali lagi kesabaran saya teruji dimana hasil kerja yang saya simpan di dalam tumbdrive tidak dapat di buka. Pelbagai usaha dan cara yang saya lakukan. Rakan saya juga turut membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut, namun tidak berjaya. Akhirnya, saya terpaksa memulakan semula tugasan tersebut dalam dua minggu yang terakhir sebelum tarikh penghantaran. Betul kata orang, setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Saya telah membuat tugasan yang baru dengan menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada yang asal. Saya amat berpuashati dengan hasil titik peluh saya sendiri. Saya bertambah gembira apabila En. Shukor berpuashati dengan hasil kerja saya. Kesimpulannya, setiap apa yang ingin kita lakukan, kita sehrusnya menanamkan sikap suka akan perkara tersebut agar kita berasa seronok dalam menyelesaikan sebarang tugasan yang di berikan. Di samping itu, kita juga akan melakukan tugasan tersebut dengan hati yang IKHLAS dan JUJUR..

KELEMAHAN :

Antara kelemahan yang dapat saya kesan di sini ialah dimana saya bersikap sambil lewa terutama semasa mula-mula tugasan ini di berikan. Seharusnya saya memulakan tugas ini dengan lebih awal. Ini kerana saya tidaklah perlu berjaga hingga ke lewat malam semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini. Itu merupakan kelemahan saya yang paling nyata. Selain itu juga, seharusnya saya menyimpan hasil kerja saya di dua tempat iaitu yang pertama di dalam tumbdrive dan di dalam desktop. Ini dapat membantu saya sekiranya berlaku sebarang masalah pada salah satu tempat penyimpan. Di sebabkan saya hanya menyimpan di dalam tumbdrive sahaja, saya tidak mempunyai salinan yang dapat menjadi pengganti kepada salinan saya yang mengalami masalah tersebut. Akhirnya, saya terpaksa membuat semula kerja-kerja saya. Sekali lagi saya terpaksa berjaga sehingga lewat malam untuk menyiapkan tugasan tersebut. Berhari-hari saya berusaha keras dengan segala kekuatan yang ada bagi menyiapkan tugasan tersebut. Saya terpaksa meneliti semula perancangan dan bahan-bahan yang ada agar saya tidak lari dari topik yang sebenar. Kesimpulannya, seharusnya saya membuat salinan atas semua kerja yang saya lakukan agar saya tidak mengalami perkara yang sama sekali lagi.

You might also like