You are on page 1of 2

BORANG SINOPSIS BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK SERI SENTOSA

KOD SEKOLAH : WEB0230

1. Nama AIDA BINTI MOHD SERUAN


2. Judul Melangkah ke Hadapan
3. Bidang Profesional
4. Nama Pengarang Amin Senin
5. Bilangan Muka Surat 51
7. Sinopsis:

Buku ini mengisarkan tentang gerak kerja dan fokus tumpuan KPM bermula 2018 yang
difokuskan kepada empat tema iaitu pendekatan, sasaran mikro, bidang tumpuan dan
program strategik. Buku ini memberi pendekatan mengenai perspektif sistem,
merangkai titik-titik, sudut pandang pemegang taruh, mudah capai dan komunikasi
menyeluruh. Ia juga memberi tumpuan kepada pembelajaran berorientasi pertumbuhan,
pentaksiran dan peperiksaan serta pentaksiran bilik darjah yang memfokus kepada
kualiti sekolah dan kualiti kemenjadian murid. Program strategik yang perlu
dilaksanakan di sekolah pula ialah komuniti pembelajaran professional (PLC), Program
Transformasi Sekolah dan Dialog Prestasi dalam Program Transformasi Daerah (DTP).

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran:

Nilai pengetahuan yang diperoleh ialah guru perlu berusaha melaksanakan program
strategik di sekolah dan gigih, bekerja sama dalam mendidik murid-murid dari akar
umbi untuk memastikan kemenjadian murid lebih menyerlah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P:

Menggunakan teknik pembelajaran Abad ke 21 dalam P&P, mentaksir murid


berpandukan DSKP mengikut tahap pencapaian murid-murid. Membimbing murid-
murid yang lemah agar dapat mencapai tahap yang memuaskan. Menjadikan mata
pelajaran yang diajari lebih mudah difahami dan diminati oleh semua murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(Pn. Aida Binti Mohd Seruan) (En. Aminudin Bin Abu Bakar)
Pengetua, SMK Seri Sentosa.

You might also like