You are on page 1of 15

DOKUMENTASI

LAPORAN PEMERIKSAAN
KESIHATAN
(SUNTIKAN HPV 2018)

SMK SERI SENTOSA


2018

12 - 16 MAC 2018 & 3 - 5 SEPT 2018


UNIT KESIHATAN SEKOLAH
ANJURAN
KLINIK KESIHATAN KUCHAI
KUALA LUMPUR
1
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 3

2.0 LATAR BELAKANG 5

2.1 TARIKH PELAKSANAAN 7

2.2 JAWATANKUASA PELAKSANAAN 7

2.3 OBJEKTIF 7

2.4 KAEDAH PELAKSANAAN 7

2.5 PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN (BAHAN-BAHAN

PERALATAN YANG DIGUNAKAN) 8

3.0 HURAIAN TUGASAN 8

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI 9

5.0 KEMAJUAN/ MASALAH 9

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 10

7.0 PENUTUP 10

LAMPIRAN - GAMBAR 11

2
1.0 PENGENALAN / PRAKATA

1.1 Pelalian HPV dan Kanser Serviks

Kanser serviks adalah kanser yang ketiga tertinggi di kalangan wanita di Malaysia.
Dianggarkan 1,500 kes baru dikesan setiap tahun dengan kadar insiden 12.2 kes bagi
setiap 100,000 penduduk wanita dan kadar ini meningkat di kalangan wanita berusia
melebihi 30 tahun (National Cancer Registry, Malaysia Cancer Statistics, Data and Figure,
Peninsular Malaysia 2006). Pada tahun 2005, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
melaporkan 99.0% kanser serviks adalah berkait rapat dengan jangkitan HPV. Saringan
pap smear adalah satu pendekatan yang efektif bagi mengesan kanser servik. Walau
bagaimanapun penemuan vaksin HPV telah memberi pendekatan baru dalam pencegahan
dan pengawalan kanser serviks.

1.2 Vaksin HPV

Vaksin HPV mengandungi protin dari lapisan luar virus HPV. Protin ini membentuk
sfera-sfera kecil yang dikenali sebagai virus-like particle (VLP).

1.3 Dos Pelalian

Satu dos vaksin HPV adalah sebanyak 0.5ml dan diberi melalui suntikan intramuskular
di bahagian atas lengan.

1.4 Jadual Pelalian

Bagi mendapatkan perlindungan yang optima, vaksin HPV perlu diberi dalam 3 dos
mengikut jadual seperti berikut:

Dos Jadual Pelalian

Pertama 12 MAC – 16 MAC 2018

Kedua 3 SEPT – 5 SEPT 2018

1.5 Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar bagi Program Kebangsaan Pelalian HPV adalah :

i. Pelajar perempuan yang bersekolah dalam Tingkatan 1 tanpa mengira usia


sebenar dan status kewarganegaraan.

ii. Remaja perempuan warganegara yang Ɵdak bersekolah berusia 13 tahun.

3
1.6 Syarat:

Mempunyai kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga

1.7 Kontraindikasi

Kontraindikasi terhadap pelalian HPV adalah

i. Sejarah alahan yang teruk.

ii. Sejarah penyakit sawan.

iii. Sejarah pengsan selepas menerima pelalian.

2.0 LATAR BELAKANG

HPV dan ujian Pap adalah ujian yang dibuat oleh doktor untuk memeriksa
perkembangan kanser serviks atau perubahan prakanser kepada sel-sel serviks
(dipanggil lesi) Lesi-lesi ini boleh berkembang menjadi kanser serviks dalam tempoh
kira-kira 10 hingga 20 tahun. Ujian HPV memeriksa sama ada seseorang wanita
yang ada jangkitan HPV boleh membawa kepada kanser serviks. Jika ujian HPV
adalah positif, ia mungkin bermakna terdapat perubahan prakanser di serviks.
Terdapat banyak jenis ujian HPV. Salah satunya dipanggil ujian HC2. Ujian Pap
memeriksa sama ada sel-sel serviks adalah abnormal. Sel-sel serviks abnormal diuji
sebagai 'gred rendah ke gred tinggi' mungkin bermakna terdapat perubahan
prakanser di serviks yang boleh membawa kepada kanser serviks. Satu jenis ujian
Pap adalah 'sitologi konvensional' dan satu lagi adalah 'sitologi berasaskan cecair'.
Bergantung kepada ujian, jika ianya positif serviks seseorang wanita mungkin perlu
diperiksa atau boleh menerima pembedahan untuk lengeluarkan lesi prakanser.

2.1 TARIKH PELAKSANAAN

2.1.1 Suntikan HPV Dos 1

Tarikh : 12 – 16 Mac 2018


Masa : 2.00 pm – 5.00 pm
Tempat: Bilik Kesihatan, SMK Seri Sentosa

4
2.1.2 Suntikan HPV Dos 2

Tarikh : 3 – 5 Sept 2018


Masa : 2.00 pm – 5.00 pm
Tempat: Bilik Kesihatan, SMK Seri Sentosa

2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Aminudin Bin Abu Bakar


Penyelaras : Pn. Hasni Bt. Hassan
Guru Kesihatan : Pn. Yusniza Hani Bt. Ahmad
AJK Kesihatan
Penyelaras Tingkatan 1 : Pn. Aida Binti Mohd Seruan

2.3 OBJEKTIF

2.3.1 Pelalian perlu dijalani untuk melindungi murid daripada mendapat kanser servik di
masa akan datang.
2.3.2 Tanpa pelalian, setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.

2.4 KAEDAH PELAKSANAAN

Jadual 3.1 Proses Kerja Pemberian Pelalian HPV di Sekolah


Penerangan / Proses Pegawai
Bil Perkara Bertanggungjawab Bahan Rujukan
Kerja
1 PROSES KERJA PRA LAWATAN SEKOLAH
1.1 Senarai sekolah i. Dapatkan senarai • Jururawat • Borang
dan nama murid nama sekolah, Kesihatan KSK
menggunakan alamat, no. telefon Sekolah/ Pasukan 101/HPV
borang KSK dan emel sekolah. Pelalian HPV • Senarai
101/HPV ii. Mohon pihak sekolah • Pihak Pengurusan enrolmen murid
merekod maklumat Sekolah perempuan
pelajar perempuan mengikut kelas
maklumat pelajar
perempuan ke dalam
buku rekod dasar
KSK 101/HPV.
1.2 Jadual lawatan i. Semak takwim • Jururawat • Takwim
sekolah sekolah Kesihatan sekolah
untuk pelalian ii. Sediakan jadual Sekolah/ Pasukan • Jadual
HPV untuk ketiga-tiga dos Pelalian HPV Lawatan
pelalian HPV • Pihak Pengurusan • Surat
mengikut sekolah Sekolah permohonan
5
iii.Hantar surat
permohonan untuk
memberi pelalian
HPV mengikut jadual.
1.3 Kebenaran i. Hantar borang • Jururawat • Borang
Pelalian kebenaran dan Kesihatan kebenaran
HPV daripada ibu risalah melalui Sekolah/ Pasukan Pelalian HPV
bapa/penjaga dan sekolah selewat- Pelalian HPV • Risalah
maklumat lewatnya 2 minggu • Pihak Pengurusan Pelalian
pelalian HPV. sebelum tarikh Sekolah HPV
lawatan ke sekolah. Ibu bapa/penjaga
ii. Dapatkan semula
borang kebenaran
semasa lawatan ke
sekolah.
2 PROSES KERJA SEMASA LAWATAN KE SEKOLAH
2.1 Maklum dan i. - Maklum kepada • Jururawat • Borang
mohon kerjasama pengetua atau Kesihatan kebenaran
pihak pengurusan pengurusan sekolah Sekolah/ Pasukan • Enrolment
sekolah untuk mengenai Pelalian HPV pelajar
jalankan pelalian - Tujuan lawatan, • Pihak Pengurusan
- Keperluan bilik Sekolah
untuk suntikan
- Perlunya guru
pengiring bagi
setiap kelas
ii. Mohon pihak
pengurusan sekolah:
- Menyediakan bilik
untuk pelalian
- Menyediakan dan
menguruskan
pelajar
2.2 Pendidikan i. Beri ceramah • Alat pandang
kesihatan mengenai pelalian dengar
berkaitan Pelalian HPV kepada murid-
HPV HPV kepada murid mengikut kelas • Bahan
pelajar sebelum merangkumi: pendidikan
sesi pelalian. - Apa itu kanser kesihatan yang
serviks berkaitan.

- Kaitan di antara • KSK 101/HPV


kanser serviks dan
jangkitan HPV • Reten PKK 201

- Tujuan, kaedah
pemberian dan
jadual pelalian HPV

- Kontraindikasi
pelalian HPV

- Kesan sampingan
6
selepas suntikan

- Nasihat untuk
mendapatkan
rawatan dan
laporkan segera ke
klinik kesihatan
yang berdekatan
sekiranya berlaku
sebarang kesan
sampingan

- Ingatkan pelajar
supaya menyimpan
dan membawa kad
pelalian HPV dan
borang pemantauan
kesan sampingan
semasa sesi
pelalian seterusnya
dan jika
mendapatkan
rawatan di klinik
kesihatan
2.3 Senarai kehadiran i. Semak senarai nama • Jururawat • KSK 101/HPV
mengikut senarai murid dan borang Kesihatan
nama dan Borang kebenaran Sekolah/Pasukan • Borang
Kebenaran ii. Sekiranya ada Pelalian HPV kebenaran
Suntikan Pelalian tambahan pelajar • Pihak Pengurusan Suntikan
HPV. baru, tambah Sekolah Imunisasi HPV
bilangan enrolmen
iii. Sekiranya ada murid
bertukar sekolah,
tolak bilangan murid
dari enrolmen
sekolah.
- Kenalpasti murid
tidak mendapat
persetujuan bertulis
ibu bapa
- Tidak hadir semasa
sesi lawatan
- Borang kebenaran
yang tidak
ditandatangani ibu
bapa / penjaga
iv. Buat tindakan
susulan
2.4 Borang i. Dapatkan sebab • Jururawat • Borang
Kebenaran kenapa borang tidak Kesihatan Kebenaran
Suntikan Pelalian ditandatangani dari Sekolah/ Pasukan Suntikan
HPV murid. Sekiranya: Pelalian HPV Imunisasi HPV
yang tidak - Ibu bapa tidak • Pelajar

7
ditandatan- bersetuju
gani - serah borang
kebenaran kepada
murid untuk
ditandatangani oleh
ibu bapa di ruangan
tidak bersetuju.
- Borang tidak diberi
kepada ibu bapa:
• Hubungi ibu bapa
pelajar untuk beri
penerangan yang
berkaitan
• Serah borang
kebenaran untuk
di tandatanani
semula dan beri
temujanji baru
untuk pelalian.
2.5 Kenalpasti pelajar i. Pelajar yang • Jururawat • Borang Rujukan
samada layak mempunyai sejarah Kesihatan kepada Pakar
atau tidak layak AEFI serius/status Sekolah/ Pasukan Perubatan
untuk diberi kesihatan yang tidak Pelalian HPV Keluarga /
pelalian HPV pasti: • Pakar Perubatan Pegawai
- Tangguh pelalian Keluarga/Pegawai Perubatan
- Rujuk dengan Perubatan
menggunakan • Ibu bapa/penjaga
borang Rujukan • Pelajar
HPV kepada Pakar
Perubatan Keluarga
atau Pegawai
Perubatan
ii. Pelajar yang sakit
pada hari lawatan:
- Tangguh pelalian
- Beri temujanji baru
di sekolah atau
pusat program
pelalian HPV
iii. Bagi pelajar yang
bermasalah,
dapatkan
maklumbalas status
kelayakan untuk
menerima pelalian
daripada Pegawai
Perubatan/Pakar
Perubatan Keluarga
2.6 Pemberian i. Rujuk Proses Kerja • Jururawat • Proses
pelalian HPV Pemberian Pelalian Kesihatan kerja
HPV di sekolah Sekolah/ Pemberian
ii. Pastikan selepas Pasukan Pelalian Pelalian
pelalian diberi, HPV HPV di

8
perhatikan dan • Pelajar sekolah
nasihatkan pelajar • KSK
berehat selama 15 - 101/HPV
20 minit. • Buku
iii. Selepas 15 - 20 minit, RKM1
pelajar pulang ke
kelas jika tiada
masaalah / kesan
sampingan
iv. Isikan kad Pelalian
HPV dan berikan
kepada pelajar
v. Nasihat pelajar
mengenai AEFI
2.7 Dokumentasi i. Catat penerimaan • Jururawat • Borang
selepas pelalian dalam Kesihatan KSK101/H
pemberian RKM 1 dan Borang Sekolah/ Pasukan PV
pelalian KSK 101/HPV Pelalian HPV • RKM1
2.8 Sesi lawatan i. Untuk sesi pelalian • Jururawat •Proses Kerja
untuk pelalian dos ke 2. Kesihatan Pemberian
HPV dos ke 2 - Dapatkan Sekolah/ Pelalian HPV di
Maklumat Pasukan Pelalian sekolah
mengenai AEFI HPV • Borang
menggunakan KSK101/HPV
borang • Buku RKM1
Pemantauan
Kesan Sampingan

2.5 BAHAN-BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN

1. Surat permohonan lawatan ke sekolah

2. Jadual lawatan ke sekolah

3. Surat jawapan daripada sekolah

4. Senarai enrolmen murid (KSK 101/HPV)

5. Borang Kebenaran SunƟkan Pelalian HPV

6. Kad Pelalian HPV

7. Borang notifikasi awal kes KSSP (AEFI) serius (1 jam pertama)

8. Borang siasatan kejadian KSSP (AEFI)

9. Report On Suspected Adverse Drug ReacƟons, National Centre For Adverse Drug
Reactions Monitoring

10. Borang rujukan kepada Pakar Perubatan/ Pegawai Perubatan samada pelajar boleh
diberi pelalian HPV
9
11. Kotak sejuk

12. Pek ais

13. Dial thermometer

14. Vaksin HPV secukupnya

15. Sharp bins

16. Tray suntikan dengan penutup

17. 3 gallipots

18. 1 kidney dish

19. 2 dissecting forceps

20. Gauze yang steril

21. Dressing set

22. Sarung tangan pakai buang

23. Kapas

24. Alchohol swab

25. Dressing towel/ kertas crepe

26. Beg kuning

27. Beg domesƟk (beg hitam)

28. Peti kecemasan (first aid kit) yang mengandungi:

a. Bandages (triangular/crepe)

b. Elastoplas

c. Tongue depressor

d. Losyen Flavin

e. Dressing scissors

f. Sphygmomanometer (BP set)

g. Stethoscope

h. Thermometer

i. Tablet Paracetamol 500 mg

10
j. Losyen Calamine

29. Peralatan untuk intravenous line terdiri dari:

a. IV drip set

b. 0.9% Normal saline

c. 16 G branula (green)

d. Micropore

e. Tournique

2.6 ANGGARAN PERBELANJAAN LAIN

Tiada perbelanjaan yang dikeluarkan.

3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN

Bidang Tugas & Ahli Jawatankuasa Catatan / Tanggungjawab


1. Pn. Yusniza Hani Binti Ahmad 1. Mengedarkan risalah dan surat
( Ketua Guru Kesihatan ) kebenaran ibubapa kepada guru AJK
Kesihatan Tingkatan 1 untuk edaran
kepada setiap guru kelas tingkatan 1.
2. Memastikan tempat pemeriksaan dan
suntikan pelalian yang dijalankan di bilik
kesihatan sekolah dalam keadaan bersih,
kemas dan teratur.
3. Memaklumkan jadual suntikan pelalian
terhadap pelajar Tingkatan 1 kepada
pentadbir sekolah.
4. Megutip semula semua borang
kebenaran daripada penyelaras AJK
Kesihatan Tingkatan untuk semua kelas
Tingkatan 1 dan menyerahkan kepada
Penolong Kanan HEM, Pn. Hasni bt.
Hassan.
5. Berhubung terus dengan pihak Klinik
Kesihatan untuk memastikan program
berjalan lancar seperti yang telah
dijadualkan.
2. Pn Aida Binti Mohd Seruan 1. Mengedarkan surat kebenaran ibubapa
( AJK Kesihatan Tingkatan 1 ) kepada guru-guru kelas Tingkatan 1

11
untuk diedarkan kepada pelajar kelas
masing- masing.
2. Mengutip semula surat-surat kebenaran
tersebut daripada guru-guru kelas.

3.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Program yang telah dijadualkan berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik
daripada semua guru kelas dan guru-guru mata pelajaran sepanjang program suntikan pelalian
HPV dijalankan oleh pihak kakitangan Klinik Kesihatan Kuchai, Kuala Lumpur.

4.0 KEMAJUAN / MASALAH

5.1 KEMAJUAN

5.1.1 Semua guru kelas dan mata pelajaran sangat bekerjasama.

5.1.2 Program yang dijadualkan berjalan lancar.

5.1.3 Kakitangan daripada Klinik Kesihatan Kuchai, Kuala Lumpur memberi komitmen
yang sangat baik.

5.2 MASALAH

5.2.1 Ramai dikalangan pelajar yang mengambil mudah dan sambal lewa akan
kebenaran ibu bapa untuk mengisi borang kebenaran ujian saringan. Surat
kebenaran tidak diberikan kepada ibubapa.

5.2.2 Pelajar tidak memulangkan borang walaupun telah diminta berkali-kali oleh guru
kelas.

5.2.3 Pelajar tidak turun tepat pada waktu apabila dipanggil untuk suntikan pelalian.

5.2.5 Terdapat pelajar melencong ke tempat lain apabila diminta menjalani suntikan
pelalian.

12
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

6.1 Edaran surat kebenaran perlu diberikan kepada pelajar semasa hari orientasi
kerana ibu bapa hadir bersama murid. Tindakan ini dapat memudahkan guru-
guru mengumpul semua borang dengan lengkap daripada setiap pelajar.

6.2 Pihak guru-guru perlu membenarkan pelajar keluar tepat pada waktunya apabila
dipanggil ke bilik kesihatan agar program berjalan lancar seperti yang
dijadualkan..

7.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya program buat tahun ini berjaya memberi kesedaran kepada
guru-guru dan pelajar khasnya tentang pentingnya menjalani suntikan pelalian HPV bagi
mengetahui status kesihatan mereka. Ini sebagai persediaan awal untuk mengelakkan mereka
menerima penyakit Kaser Serviks.

Program ini telah diadakan dengan jayanya melalui bantuan langsung mahupun tidak
langsung daripada guru-guru, para pelajar Tingkatan 1 serta pihak Klinik Kesihatan Kuchai
Kuala Lumpur. Dengan adanya program seperti ini diharap objektif sekolah dan kementerian
tercapai supaya dapat memupuk kesedaran di kalangan pelajar tentang penyakit Kanser
Serviks serta rawatan susulan yang di syorkan bagi menjalani kehidupan yang lebih sempurna
dan sihat.

Diharapkan agar lebih ramai kalangan ibu bapa pelajar yang memberi kebenaran untuk
pelajar menjalani suntikan pelalian HPV yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia demi menjamin kesihatan dan keharmonian masyarakat Malaysia umumnya.

13
LAMPIRAN

PETUGAS DARI KLINIK KESIHATAN

JURURAWAT BERTUGAS

1. SN NASHA NAZIRA BINTI ZAKARIA


2. SN NURUL TAHIRAH BINTI RAMLI
3. SN IRHAM AISYAH BINTI MUSTAFA KAMAL
4. SN NURUL NABILA BINTI ISAK

GAMBAR TAKLIMAT HPV SEBELUM SUNTIKAN & SUNTIKAN PELALIAN HPV

14
Disediakan oleh : Tarikh :

( AIDA BINTI MOHD SERUAN )

GURU KESIHATAN TING 1


SMK SERI SENTOSA

Disahkan oleh : Tarikh:

( PN. HASNI BT. HASSAN )

PEN. KANAN HAL EHWAL MURID


SMK SERI SENTOSA

15

You might also like