You are on page 1of 18

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU

PIALA PERPADUAN, PERDANA MENTERI SEKOLAH JENIS


KEBANGSAAN CINA PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2021

Anjuran
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Kelolaan
Pejabat Pendidikan Daerah
Sarawak
KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

KERTAS KONSEP UTAMA PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA


PERPADUAN, PERDANA MENTERI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PERINGKAT
NEGERI SARAWAK TAHUN 2021

(EDISI SEMAKAN 2021)

PENGENALAN

Syarahan ialah pengucapan umum yang memerlukan seseorang pengucap menyampaikan idea-
idea melalui pemikiran logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik untuk
menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan topik. Penyampaian yang menarik semasa
bersyarah memerlukan penguasaan nada suara dan intonasi yang sesuai. Contohnya nada tegas
dan bersemangat untuk menarik perhatian, nada perlahan untuk merayu dan memujuk. Selain itu,
gaya persembahan yang matang, bersantun, bersahaja dan gaya bahasa yang menarik, dapat
difahami, memberikan kesan dan mampu menghuraikan dengan baik.

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Syarahan Perpaduan, Piala Perpaduan, Perdana Menteri untuk


Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2021

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menggalakkan murid-murid SJK Cina menguasai serta mempertingkatkan


taraf penggunaan Bahasa Melayu.
2.2 Menggalakkan murid-murid SJK Cina bertutur dalam bahasa Melayu.
2.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK Cina di Sarawak.
2.4 Menanamkan semangat perpaduan dan muhibah.
2.5 Menanamkan semangat ‘‘Cintailah Bahasa Melayu’’
2.6 Membiasakan murid-murid SJK Cina menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pertuturan harian mereka.
2.7 Membina elemen kebudayaan masyarakat Malaysia melalui pertandingan syarahan.
2.8 Membentuk watak murid abad ke-21 yang berketerampilan, yakin dan berani.

1 | Karnival eMAS 2.0


KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

3.0 KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT

3.1. Semua murid Tahap 2 warganegara Malaysia BUKAN bangsa Melayu di SJK Cina
dan bahasa ibundanya BUKAN bahasa Melayu layak mengambil bahagian.
3.2. Setiap murid hanya boleh menyertai SATU JENIS pertandingan sahaja. (Murid yang
menyertai Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu tidak dibenarkan menyertai
Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu).

4.0 PERINGKAT PERTANDINGAN


Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :

4.1 Peringkat Sekolah

4.1.1 Pihak sekolah perlu mengadakan pertandingan ini bermula pada peringkat
sekolah yang merupakan aktiviti sokongan kepada pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Melayu dan kemenjadian murid.

4.2 Peringkat Daerah dan Negeri

4.2.1 Pertandingan Peringkat Daerah dan Negeri perlu dikendalikan berpandukan


Kertas Konsep Utama Pertandingan Syarahan Piala Perpaduan Perdana
Menteri Edisi Semakan 2021.
4.2.2 Urusan Teknikal Pertandingan Syarahan perlulah dirujuk kepada Pegawai
Teknik Negeri yang telah dilantik oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk membantu pihak penganjur pertandingan dalam aspek teknikal
di negeri masing- masing.
4.2.3 TIGA ORANG PESERTA dari setiap PPD yang boleh menyertai
pertandingan pada peringkat negeri.

4.3 Peringkat Kebangsaan

4.3.1 Seorang peserta syarahan dari setiap negeri akan mewakili negeri masing-
masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.

2 | Karnival eMAS 2.0


KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

5.0 FORMAT PERTANDINGAN SYARAHAN

5.1 Format pertandingan syarahan dijalankan dalam DUA bahagian iaitu Bahagian
Pertama (Rakaman Video) dan Bahagian Kedua Spontan (Secara Dalam Talian).
5.2 Setiap peserta wajib bertanding dalam Bahagian Pertama (Rakaman Video).
5.3 LIMA (5) ORANG PEMENANG TERBAIK (Top 5 ) sahaja yang akan masuk ke
Bahagian kedua spontan (Secara Dalam Talian).
5.4 Pengacara majlis dan peserta syarahan TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri,
sekolah dan daerah masing-masing.

6.0 TAJUK SYARAHAN

6.1 Tajuk Syarahan Bahagian Pertama bertemakan PERPADUAN dan diperluas kepada
isu- isu semasa tetapi masih mempunyai nilai-nilai yang berkaitan dengan:
i. Perpaduan dan muhibah
ii. Kesopanan dan kesusilaan
iii. Integrasi kaum
iv. Patriotisme
v. Kebudayaan kaum-kaum di Malaysia
6.2 Peserta yang tidak menggunakan tajuk bertemakan PERPADUAN pada pusingan
pertama sekadar mendapat markah maksimum 30% sahaja.
6.3 Tajuk Syarahan Bahagian Kedua (spontan) akan disediakan oleh pihak urus setia
pertandingan di daerah, negeri dan kebangsaan. Tajuk hendaklah berdasarkan tema
yang terkandung dalam sukatan pelajaran (DSKP) BM SJK serta boleh diolah
mengikut tema-tema tersebut.
6.4 Tajuk syarahan spontan mestilah BUKAN bertemakan perpaduan seperti mana
Syarahan Bahagian Pertama.
6.5 Kupasan Syarahan Bahagian Pertama dan Syarahan Bahagian Kedua TIDAK
BOLEH menyentuh, membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu
sensitiviti berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa,
negeri, negara, nilai murni sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan
sensitif.

3 | Karnival eMAS 2.0


KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

7.0 PENYUSUNAN FORMAT TEKS SYARAHAN


7.1 Pengenalan Syarahan
7.1.1 Syarahan yang baik mestilah mengandungi pengenalan (introduction), isi
(body) dan penutup (conclusion).
7.1.2 Syarahan harus dimulakan dengan pembuka kata yang mengandungi
perkara- perkara yang berkaitan dengan kaedah memberikan hormat dan
mengucapkan salam kepada khalayak mengikut protokol dan pangkat
mereka. Ucapan yang biasa digunakan seperti “Selamat Pagi”, “Selamat
Sejahtera” dan sebagainya.
7.1.3 Selepas pembuka kata, peserta harus memperkenal dan mendefinisikan
tajuk secara KONSEPTUAL SAHAJA dan bukan secara literal (perkataan
demi perkataan).

7.2 Idea /Isi Syarahan

7.2.1 Susunan idea atau isi syarahan hendaklah disusun secara rapi, kemas dan
jelas bagi memudahkan khalayak mengikutinya.
7.2.2 Setiap isi perlu disertakan contoh, petikan, statistik atau bukti yang berfungsi
untuk menyokong dan menguatkan huraian isi.
7.2.3 Sebelum memulakan isi-isi yang baharu, peserta-peserta hendaklah
melafazkan kata-kata berbentuk meraikan atau menghormati seperti “Hadirin
yang dihormati”, “Hadirin sekalian”, “Hadirin yang dimuliakan” atau yang
seumpamanya.

7.3 Penutupan Syarahan

7.3.1 Penutupan syarahan merupakan bahagian akhir sebuah syarahan. Perlu


diingatkan bahawa penutupan syarahan sama pentingnya dengan bahagian
pengenalan syarahan. Jika pengenalan bertujuan menarik perhatian khalayak,
penutupan syarahan adalah untuk mewujudkan kesan yang mendalam kepada
khalayak.
7.3.2 Langkah yang perlu dititikberatkan semasa mengakhiri syarahan seperti
membuat rumusan pada keseluruhan isi secara ringkas untuk
mengembalikan tumpuan khalayak agar mereka mengingati fakta utama
semula yang telah disampaikan. Penggunaan bahasa berirama / frasa,
ungkapan menarik / peribahasa / pantun dan lain-lain mengikut kreativiti amat
digalakkan. Mengakhiri syarahan dengan lafaz ucapan terima kasih.

4 | Karnival eMAS 2.0


KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

8.0 HAD MASA

8.1 Setiap peserta diberikan masa LIMA (5) minit sahaja.


8.2 Sekiranya peserta mengambil masa melebihi lima minit, markah akan ditolak. Setiap
30 saat selepas minit yang diperuntukkan, SATU (1) MARKAH akan DITOLAK
daripada markah yang diperoleh.
Cth panduan: 5.01 saat -5.30 saat (-1m), 5.31 saat -6.00 saat (-1m).

9.0 FORMAT PERTANDINGAN (PEMERINCIAN)

9.1 Format pertandingan dijalankan dalam DUA bahagian iaitu Bahagian Pertama
(Hafalan) dan Bahagian Kedua (Spontan).
9.2 Syarahan Bahagian Pertama (5 minit)
Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing dengan tajuk yang telah
disediakan oleh pihak sekolah yang mengambil bahagian. Tema tajuk mestilah
Perpaduan berdasarkan perkara 6.1.
9.3 Peserta yang tidak mematuhi perkara 6.1, hanya layak mendapat markah
maksimum 30% daripada setiap hakim.
9.4 Syarahan Bahagian Kedua (3 minit)
9.4.1 Masa penyampaian syarahan spontan maksimum 3 minit sahaja.
9.4.2 Selepas 3 minit para hakim tidak akan menilai dan memberikan markah
persembahan peserta.
9.4.3 Juruacara pertandingan berhak memberhentikan peserta jika
peserta menyampaikan syarahan spontan melebihi 4 minit.
9.4.4 Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing secara
spontan berdasarkan tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.
9.4.5 Peserta dikehendaki memilih sampul yang mengandungi tajuk spontan
yang disediakan oleh jawatankuasa pertandingan.
9.4.6 Juruacara akan membacakan tajuk tersebut (DUA KALI) apabila peserta
telah bersedia berada di atas pentas.
9.4.7 Masa persediaan (1) satu minit bermula sebaik sahaja juruacara selesai
membacakan tajuk syarahan spontan. Semasa persediaan di pentas,
peserta TIDAK DIBENARKAN untuk mendapatkan bantuan dan sokongan
daripada mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan
alat elektronik.

5 | Karnival eMAS 2.0


KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

9.4.8 Loceng akan dibunyikan SEKALI menandakan bermulanya masa persediaan


dan DUA KALI menandakan tamatnya masa persediaan.
9.4.9 Peserta akan memulakan syarahan spontan sebaik sahaja masa persediaan
telah tamat.
9.4.10 Peserta tidak dibenarkan memulakan syarahan spontan sebelum tamatnya
masa persediaan.
9.4.11 Permintaan bacaan tajuk semula oleh peserta selepas loceng persediaan
tamat dibunyikan tidak dibenarkan.

10.0 PERATURAN PEMARKAHAN BAHAGIAN PERTAMA (RAKAMAN)

10.1 Idea/Isi (20 markah)


Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan tiga (3) idea/isi. Isi/idea
hendaklah bernas yang disokong oleh data/bahan yang tepat/logik sebagai
peneguh huraiannya.
Panduan Pemarkahan:

Idea/Isi tepat - 2 markah


Huraian - 3 markah
Data/Contoh - 1 markah

Markah penuh bagi setiap isi / idea ialah 6 markah


(6 markah x 3 isi =18 markah + 2 markah takrifan tajuk [konseptual] = 20 markah).

10.2 Bahasa (30 markah)

Peserta syarahan akan diadili dari segi jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya
bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

Panduan Pemarkahan:

Tatabahasa - 10 markah
Gaya Bahasa - 10 markah
Sebutan baku - 10 markah

6 | Karnival eMAS 2.0


KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

10.3 Gaya Persembahan (50 markah)

10.3.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan
meyakinkan, gaya yang menarik, matang, bersederhana, bersahaja,
santun dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan
akan MENJEJASKAN markah persembahan).

10.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. Nada suara yang tinggi, menjerit, tempik,
menyanyi, berlakon, dialog, bersyair, atau bercerita tidak dibenarkan dan
akan menjejaskan markah persembahan.

10.3.3 Peserta syarahan WAJIB memberikan ucap selamat dan kata alu- aluan

sebelum memulakan syarahan.


10.3.4 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan
bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan TIDAK
LAYAK untuk diumumkan sebagai pemenang pertama, kedua, dan ketiga
pada semua peringkat pertandingan.

10.3.5 Lima(5) markah maksimum AKAN DIPOTONG jika peserta menyentuh isu
sensitif/menunjukkan perlakuan/ tutur kata yang kurang sopan.

11.0 PERATURAN PEMARKAHAN BAHAGIAN KEDUA (SPONTAN)

11.1 Isi ( 40 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan dua idea/isi. Idea/isi hendaklah
bernas/logik dan dihuraikan dengan jelas.

Panduan Pemarkahan

Idea/ isi – 5 markah

Huraian – 10 markah

Data/contoh – 4 markah

Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah (19m x 2= 38 markah + 2 markah
takrifan tajuk = 40 markah).

7 | Karnival eMAS 2.0


KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

11.2 Bahasa ( 30 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang jelas dan baku (struktur dan
sebutan) gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak
disampaikan.

11.3 Gaya Persembahan ( 30 markah )

11.3.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan
meyakinkan, gaya yang menarik, matang, sederhana, bersantun,
bersahaja dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan
akan menjejaskan markah persembahan).

11.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. Nada suara yang tinggi, menjerit, tempik,
menyanyi, berlakon, dialog, bercerita atau bersyair tidak dibenarkan dan
akan menjejaskan markah persembahan).

11.3.3 Peserta syarahan WAJIB memberikan ucap selamat dan kata-kata aluan
sebelum memulakan syarahan. Markah keseluruhan akan terjejas sekiranya
peserta tidak memberi ucap selamat terlebih dahulu. Lima (5) markah
maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/menunjukkan
perlakuan/tutur kata yang kurang sopan.

12.0 Bagi peserta yang mendapat markah yang sama, kedudukannya akan ditentukan
berdasarkan MARKAH SPONTAN yang lebih tinggi mengikut susunan kriteria
seperti yang berikut:

(j) Idea (40%)

(ii) Bahasa (30%)

(iii) Persembahan (30%)

8 | Karnival eMAS 2.0


KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

13.0 PROSEDUR PENYERTAAN

13.1 Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.


13.2 Semua butiran dalam pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan lengkap dan betul.
13.3 Video yang terpilih bagi mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing
perlu dimuat naik ke Google Forms pendaftaran yang disediakan oleh PPD pengelola.
13.4 Fail video perlu dinamakan dengan caption
NamaPPD_NamaSekolah_TajukSyarahan sebelum dimuat naik ke pautan
pendaftaran.
Contoh : PPDKch_SJKC BINTAWA_PERPADUAN ASAS KEMAJUAN
13.5 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh sekolah.
(Lampiran 1)
13.6 Senarai borang/dokumen yang perlu dilengkapkan dan dimuat naik ke Google Forms
pendaftaran:
13.6.1 Lampiran 1- Borang Penyertaan
13.6.2 Lampiran 2- Borang Kebenaran Ibu Bapa
13.6.3 Lampiran 3- Borang Persetujuan Menggunakan Salinan Sijil Lahir dan
Gambar/ Imej Individu
13.6.4 Gambar murid (saiz passport)
13.6.5 Satu salinan sijil lahir (untuk tujuan verifikasi kaum)
13.6.6 Rakaman Video
13.67 Satu skrip pertandingan yang disertakan
i. dalam format PDF
ii. nama penuh peserta dan tajuk syarahan

14.0 PENGESAHAN PENYERTAAN

14.1 Senarai peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada PPD
masing-masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke Google Forms
pendaftaran.

9 | Karnival eMAS 2.0


KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

15.0 PERATURAN RAKAMAN VIDEO

15.1 Persembahan adalah dalam bentuk video yang dirakam mesti asli tanpa sebarang
ubah suai suara dengan bantuan alat elektronik dan berlatar belakang. Saiz video:
AVI atau MP4 dengan resolusi 1080P/720P.
15.2 Rakaman video penuh secara melintang yang menampakkan peserta dari bahagian
kepala hingga ke kaki.
15.3 Rakaman video tidak melebihi 5 minit 15 saat termasuk dengan permulaan
paparan nama penuh peserta dan tajuk syarahan sahaja. Seterusnya persembahan
pusingan pertama.
15.4 Tidak boleh meletakkan maklumat atau identiti sekolah, daerah dan negeri pada
paparan video dan skrip pertandingan.
15.5 Rakaman video dijalankan mengikut tempat yang bersesuaian dan tidak melibatkan
ramai orang berkumpul serta mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan
Malaysia.
15.6 Video tidak boleh diedit dan tiada sokongan latar belakang seperti gambar, muzik
dan sebagainya. Latar belakang yang digalakkan warna hijau epal (apple green),
merah darah/pekat, putih, atau biru langit (sky blue)
15.7 Video peserta tidak akan dinilai oleh juri/hakim sekiranya gagal mematuhi syarat dan
markah maksimum sebanyak 30% sahaja akan diberikan oleh setiap juri kepada
peserta pertandingan.

16.0 PANDUAN KEPADA PANEL JURI/HAKIM

16.1 Peserta syarahan setiap bahagian akan diadili daripada segi isi/idea, bahasa dan
persembahan.
16.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta syarahan yang membaca nota/teks,
menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya)
sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.
16.3 Juri atau Panel Hakim perlu membuat keputusan dengan MENGGUNAKAN SISTEM
MARKAH.
16.4 Keputusan panel Juri/Hakim MUKTAMAD.

10 | Karnival eMAS 2.0


KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

17.0 PAKAIAN PESERTA

17.1 Peserta wajib berpakaian tradisional masyarakat Malaysia sebagai imej perpaduan
dan kebudayaan negara (markah khas).

18.0 TARIKH DAN TEMPAT

Perakara Tarikh

Pendaftaran dan Muat Naik Karya 06 September hingga 10 September


2021

Penghakiman Pertandingan Syarahan 15 Sepetember hingga 27 September


2021
(rakaman Video)

Penghakiman Syarahan Spontan dalam talian 29 September 2021


(secara langsung)

Tempat Secara dalam talian

PPD Pengelola PPD Betong

19.0 HADIAH-HADIAH

Johan : Hadiah dan Sijil Pencapaian

Naib Johan : Hadiah dan Sijil Pencapaian

Tempat Ketiga : Hadiah dan Sijil Pencapaian

Tempat ke-4 : Hadiah dan Sijil Pencapaian

Tempat ke-5 : Hadiah dan Sijil Pencapaian

Tempat ke-6 hingga ke-10 : Hadiah dan Sijil Penyertaan

Penyertaan : Sijil Penyertaan

11 | Karnival eMAS 2.0


KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

20.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI

20.1 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri dipengerusikan oleh Unit


Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid, Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Jawatankuasa
Teknikal Syarahan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

20.2 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri berhak membuat keputusan yang


difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini
demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan.

21.0 HAL - HAL LAIN

21.1 Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa Teknikal
Syarahan Pertandingan Peringkat Negeri berdasarkan keperluan semasa.

22.0 AM

22.1 Konsep pertandingan peringkat negeri ini adalah selaras dengan konsep
pertandingan peringkat kebangsaan Tahun 2021.
22.2 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak.
22.3 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui Facebook pages Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak dan Facebook pages Unit Koku JPN Sarawak.

12 | Karnival eMAS 2.0


KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

Lampiran 1

PERTANDINGAN SYARAHAN PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2021

BORANG PENYERTAAN

PPD

NAMA SEKOLAH

NO. TELEFON SEKOLAH

TAJUK SYARAHAN

MAKLUMAT PESERTA

NAMA PESERTA
NO. SIJIL LAHIR
TARIKH LAHIR
JANTINA
KAUM
NO. TELEFON

MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

NAMA GURU
NO. TELEFON

Dengan ini, saya / kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal
saya / kami. Saya / kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini.

(Tandatangan Guru) Tarikh :

Pengesahan Guru Besar: Cop rasmi sekolah:

13 | Karnival eMAS 2.0


KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

Lampiran 2

PERTANDINGAN SYARAHAN PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2021

BORANG KEBENARAN IBU BAPA

Saya (Ibu,Bapa,Penjaga)
No. Kad Pengenalan membenarkan anak jagaan saya
No. Sijil Lahir
menyertai Pertandingan Syarahan Piala
Perpaduan Perdana Menteri SJKC Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2021.
Sekian, Terima Kasih.

Tandatangan: _
(Ibu Bapa/ Penjaga)

Tarikh:

14 | Karnival eMAS 2.0


KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

Lampiran 3

PERTANDINGAN SYARAHAN PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2021

BORANG PERSETUJUAN MENGGUNAKAN SALINAN SIJIL LAHIR DAN


GAMBAR / IMEJ INDIVIDU

Saya (Ibu,Bapa,Penjaga)
No. Kad Pengenalan bersetuju bahawa sijil lahir dan
gambar / imej anak saya ________________________________________(nama anak)
digunakan untuk Pertandingan Syarahan Piala Perpaduan Perdana Menteri SJKC
Peringkat Negeri SarawakTahun 2021.

Sekian, Terima Kasih.

Tandatangan: _
(Ibu Bapa/ Penjaga)
Tarikh:

15 | Karnival eMAS 2.0


KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

BORANG PEMARKAHAN
SYARAHAN PIALA PERPADUAN
SJK(C PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2021
Bahagian Pertama: 5 minit Peserta : ..................
Idea/ Isi Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah
(20 markah) Bilangan Idea/Isi
(2 markah) (3 markah) (1 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Idea/ Isi 1


-idea/ isi yang bernas
-huraian yang jelas Idea/Isi 2
-data / contoh yang tepat/logik Idea/Isi 3
-Maksimum 3 idea/isi
Takrifan tajuk Markah maksimum 2
Jumlah markah idea/isi dan takrifan
Bahasa (30 markah)

Tatabahasa (10 markah)


Peserta akan diadili dari segi: Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)
- bahasa yang jelas & kemas
- sebutan baku Sebutan baku (10 markah)
- gaya bahasa yang berkesan/ tepat
Jumlah markah bahasa
Penyampaian , persembahan , adab dan bonus.
(50 markah)
Peserta akan diadili dari segi: Kepetahan, kelancaran, dan intonasi suara ( 10 markah)
-kepetahan
-kelancaran Penyampaian/persembahan yang menarik (10 markah)
-intonasi suara
-gaya yang menarik/berkeyakinan Susunan idea/isi (10 markah)
-dapat mempengaruhi/menarik perhatian audiens Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan menarik perhatian audiens
-susunan idea/isi (10 markah)
Adab
Peserta akan dipotong 5 markah maksimum jika :- Adab (5 markah)
- menyentuh isu sensitif Keterampilan imej & nilai budaya (5 markah)
- menggunakan bahasa yang kurang sopan
- tidak sempat membuat kesimpulan Jumlah markah persembahan , penyampaian, adab dan
Bonus: Keterampilan imej keterampilan imej
Peserta akan diadili dari segi nilai budaya dan keterampilan imej
(busana tradsional)
Jumlah markah keseluruhan : 100 %
Disahkan oleh:
Tandatangan:……………………………………….
Nama Hakim :................................................................ Tarikh :.............................
16 | Karnival eMAS 2.0
KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU PIALA PERPADUAN KEMPEN
PERDANA MENTERI SJKC NEGERI SARAWAK TAHUN 2021 BAHASA MELAYU

BORANG PEMARKAHAN
SYARAHAN PIALA PERPADUAN
SJK(C PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2021
Bahagian Kedua: 3 minit Peserta: ................
Isi Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah
(40 markah) Bilangan Idea/isi (5 markah) (10markah) (4markah)
Isi 1
Peserta akan diadili dari segi:
-idea/ isi yang bernas Isi 2
-huraian yang jelas
Takrifan tajuk (2m) Markah maksimum 2
-data / contoh yang tepat/logik
-Maksimum 2 idea/isi
Jumlah markah idea/isi
Bahasa (30 markah)
Tatabahasa (10 markah)
Peserta akan diadili dari segi: Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)
- bahasa yang jelas & kemas
- sebutan baku Sebutan bahasa (10 markah)
- gaya bahasa yang berkesan/ tepat
Jumlah markah bahasa
Penyampaian ,persembahan , adab dan bonus.
(30 markah)
Peserta akan diadili dari segi:
-kepetahan Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara menyakinkan ( 5 markah)
-kelancaran
Gaya yang menarik (5 markah)
-intonasi suara
-gaya yang menarik/berkeyakinan Isi yang tertib (5 markah)
-dapat mempengaruhi/menarik perhatian audiens
-susunan idea/isi Penyampaian isi yang tersusun atau teratur (5 markah)
Adab . Adab (5 markah)
Peserta akan dipotong 5 markah maksimum jika :-
- menyentuh isu sensitif Istimewa & imej budaya (5 markah)
- menggunakan bahasa yang kurang sopan
- tidak sempat membuat kesimpulan
Bonus : imej budaya . Jumlah markah persembahan , penyampaian, adab dan istimewa
Peserta akan diadili dari segi persembahan keseluruhan,
kesopanan dan penampilan diri (busana tradisi)
Jumlah markah keseluruhan : 100 %
Disahkan oleh:
Tandatangan:……………………………………….
Nama Hakim:....................................................... Tarikh :.............................

17 | Karnival eMAS 2.0

You might also like