You are on page 1of 7

JAWATANKUASA TEKNIKAL SYARAHAN KEBANGSAAN KEMPEN

BAHASA
MALAYSIA

KERTAS KONSEP
SYARAHAN PERPADUAN
KEMPEN BAHASA MALAYSIA
SJK(C) DAN SJK(T)
PERINGKAT KEBANGSAAN

A. PENGENALAN

Syarahan ialah pengucapan umum yang memerlukan seseorang pengucap menyampaikan


idea-idea melalui pemikiran logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik
untuk menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan topik. Penyampaian yang menarik
semasa bersyarah memerlukan penguasaan nada suara dan intonasi yang sesuai.
Contohnya nada tegas dan bersemangat untuk menarik perhatian, nada perlahan untuk
merayu dan membujuk. Selain itu, gaya persembahan yang matang, bersantun, bersahaja
dan gaya bahasa yang menarik, dapat difahami, memberikan kesan, dan mampu
menghuraikan dengan baik.

Penyusunan format syarahan

Syarahan yang baik mestilah mengandungi pengenalan (introduction), isi (body) dan penutup
(conclusion).

Pengenalan syarahan

Syarahan harus dimulakan dengan pembuka kata yang mengandungi perkara-perkara yang
berkaitan dengan kaedah memberikan hormat dan mengucapkan salam kepada khalayak
mengikut protokol dan pangkat mereka. Ucapan yang biasa digunakan seperti “Selamat
Pagi”, “Selamat Sejahtera” dan sebagainya. Selepas pembuka kata, peserta harus
memperkenal dan mendefinisikan tajuk secara KONSEPTUAL SAHAJA dan bukan secara
literal (perkataan demi perkataan).

Isi syarahan

Seterusnya susunan isi kandungan syarahan hendaklah disusun dengan rapi bagi
memudahkan khalayak mengikutinya. Setiap isi perlu disertakan contoh, petikan, statistik dan
bukti yang berfungsi untuk menyokong dan menguatkan sesuatu syarahan. Sebelum
memulakan isi-isi yang baru, peserta-peserta hendaklah melafazkan kata-kata berbentuk
meraikan atau menghormati seperti “Hadirin yang dihormati”, “Hadirin sekalian”, “Hadirin
yang dimuliakan” atau yang seumpamanya.

Penutupan syarahan

Penutupan syarahan merupakan bahagian akhir sebuah syarahan. Perlu diingat bahawa
penutupan syarahan sama pentingnya dengan bahagian pengenalan syarahan. Jika
pengenalan bertujuan menarik perhatian khalayak, penutupan syarahan adalah untuk
mewujudkan kesan yang mendalam kepada khalayak.

Langkah yang perlu dititikberatkan semasa mengakhiri syarahan:

1. Membuat rumusan pada keseluruhan isi secara ringkas untuk mengembalikan tumpuan
khalayak agar mereka mengingati fakta utama semula yang telah disampaikan.

2. Penggunaan bahasa berirama/frasa, ungkapan menarik /peribahasa/pantun dan lain-lain


mengikut kreativiti amat digalakkan.

3. Mengakhiri syarahan dengan lafaz ucapan terima kasih.

1
JAWATANKUASA TEKNIKAL SYARAHAN KEBANGSAAN KEMPEN
BAHASA
MALAYSIA

1. NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Syarahan Perpaduan, Piala Pusingan Perdana Menteri untuk


Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil), Kempen Bahasa
Malaysia (KBM), peringkat kebangsaan.

2. OBJEKTIF

2.1 Untuk menggalakkan murid-murid SJK (Cina) dan (Tamil) menguasai serta
mempertingkatkan taraf penggunaan Bahasa Melayu.
2.2 Menggalakkan murid-murid SJK (Cina) dan (Tamil) bertutur dalam Bahasa
Melayu.
2.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK (Cina) dan (Tamil) di
Malaysia.
2.4 Menanamkan semangat perpaduan dan muhibah.
2.5 Menanamkan semangat ‘‘Cintailah Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia’’.
2.6 Membiasakan murid-murid SJK (Cina) dan SJK (Tamil) menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian mereka.
2.7 Membina elemen kebudayaan bangsa Malaysia melalui pertandingan
syarahan.
2.8 Membentuk watak murid abad ke-21 yang berketerampilan, yakin, dan
berani.

3. KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT

3.1 Semua murid warganegara Malaysia BUKAN bangsa Melayu di SJK (Cina)
dan (Tamil) dan bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu Tahap 2 layak
mengambil bahagian.
3.2 Peserta-peserta yang telah berjaya memenangi johan dan naib johan
Peringkat Kebangsaan pada tahun-tahun sebelumnya tidak dibenarkan
menyertai pertandingan ini.
3.3 Setiap murid hanya boleh menyertai SATU JENIS pertandingan sahaja.

4. BILANGAN PESERTA

4.1. Setiap negeri layak menghantar DUA (2) orang peserta sahaja untuk
menyertai pertandingan di Peringkat Kebangsaan.

5. TAJUK

5.1 Tajuk pertandingan bertemakan perpaduan dan diperluas kepada isu-isu


semasa tetapi masih mempunyai nilai-nilai yang berkaitan dengan:

i. Perpaduan dan muhibah


ii. Kesopanan dan kesusilaan
iii. Intergrasi kaum
iv. Patriotisme
v. Kebudayaan kaum-kaum di Malaysia
vi. Kupasan syarahan TIDAK BOLEH menyentuh, membangkitkan,
mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan politik,
agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara,
nilai murni sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan
sensitif.

2
JAWATANKUASA TEKNIKAL SYARAHAN KEBANGSAAN KEMPEN
BAHASA
MALAYSIA

6. HAD MASA

6.1 Setiap peserta diberi masa LIMA (5) minit sahaja. Sekiranya peserta mengambil
masa melebihi lima minit, markah akan ditolak. Setiap 30 saat selepas minit yang
diperuntukkan SATU (1) MARKAH akan DITOLAK daripada markah yang diperoleh. Loceng
akan dibunyikan sekali seminit sebelum masa sebenar tamat. Loceng akan dibunyikan DUA
(2) kali apabila masa sebenar tamat.

7. FORMAT PERTANDINGAN

Format pertandingan dijalankan dalam DUA (2) bahagian dan setiap peserta wajib
bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian
ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Jawatankuasa
Pertandingan. Pengacara majlis dan peserta syarahan TIDAK DIBENARKAN
memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing-masing.

7.1 Bahagian Pertama

Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing dengan tajuk yang


telah disediakan oleh pihak sekolah yang mengambil bahagian. Tema tajuk
mestilah berdasarkan tema Perpaduan.

7.2 Bahagian Kedua

7.2.1 Pertandingan syarahan secara spontan ini dijalankan selepas sahaja


selesai pertandingan syarahan bahagian pertama.

7.2.2 Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing secara spontan


berdasarkan tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.

7.2.3 Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan


di meja Ketua Hakim dan menyerahkannya kepada juruacara tanpa
membuka sampul tersebut.

7.2.4 Juruacara akan membaca tajuk tersebut apabila peserta telah


berada di atas pentas.

7.2.5 Masa persediaan (1) satu minit bermula sebaik sahaja juruacara
selesai membaca tajuk syarahan spontan. Semasa persediaan di
pentas, peserta tidak dibenarkan mendapat bantuan oleh mana-
mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat
elektronik.

7.2.6 Loceng akan dibunyikan (1) sekali menandakan bermulanya masa


persediaan dan (2) dua kali menandakan tamatnya masa persediaan
dan bermulanya masa syarahan spontan.

7.2.7 Peserta tidak dibenarkan memulakan syarahan spontan sebelum


tamatnya masa persediaan.

3
JAWATANKUASA TEKNIKAL SYARAHAN KEBANGSAAN KEMPEN
BAHASA
MALAYSIA

8. TAJUK

Tajuk bahagian pertama akan disediakan oleh pihak sekolah yang mengambil
bahagian dalam pertandingan syarahan ini dan tajuk tersebut boleh digunakan pada
semua peringkat pertandingan. Manakala tajuk bahagian kedua akan disediakan oleh
pihak urus setia pertandingan di sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

9. PERATURAN PEMARKAHAN BAHAGIAN PERTAMA

9.1 Idea / Isi (20 markah)

Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/ isi. Isi /
idea hendalah bernas yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logik
sebagai peneguh huraiannya.

Panduan Pemarkahan

Idea/Isi tepat - 2 markah

Huraian - 3 markah

Data/ Contoh - 1 markah

Markah penuh bagi setiap isi / idea ialah 6 markah (6mx3=18 markah
+ 2 markah takrifan tajuk [konseptual] = 20 markah)

9.2 Bahasa (30 markah)

Peserta syarahan akan diadili dari segi jelas, kemas, baku (struktur dan
sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang
hendak disampaikan.

Tatabahasa - 10 markah

Gaya Bahasa - 10 markah

Sebutan baku - 10 markah

9.3 Gaya Persembahan (50 markah)

9.3.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi persembahan yang lancar
dan menyakinkan, gaya yang menarik, matang, bersederhana,
bersahaja, santun dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan
yang keterlaluan akan MENJEJASKAN markah persembahan)

9.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai.( nada suara yang tinggi, menjerit,
menyanyi, berlakon, dialog, bersyair, berpantun tidak
dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan)

4
JAWATANKUASA TEKNIKAL SYARAHAN KEBANGSAAN KEMPEN
BAHASA
MALAYSIA

9.3.3 Peserta syarahan WAJIB memberikan ucap selamat dan kata alu-
aluan sebelum memulakan syarahan.

9.3.4 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan TIDAK LAYAK untuk diumumkan sebagai
pemenang pertama, kedua, dan ketiga pada semua peringkat
pertandingan.

9.4.5 Lima markah maksimum AKAN DIPOTONG jika peserta menyentuh


isu sensitif / menunjukkan perlakuan/ tutur kata yang kurang sopan.

9.4 Bagi peserta yang mendapat markah yang sama kedudukannya akan
ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi mengikut susunan kriteria
seperti di bawah:

i. Penyampaian (50%)
ii. Bahasa (30%)
iii. Idea/isi (20%)

10. Pembahagian Markah Syarahan Bahagian Kedua (Spontan)

10.1.1 Isi ( 40 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan dua idea / isi.
Idea/isi hendaklah bernas/logik dan dihuraikan dengan jelas.

Panduan Pemarkahan

Idea / isi – 5 markah


Huraian – 10 markah
Data / contoh – 4 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah (19m x 2 = 38
markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah).

10.1.2 Bahasa ( 30 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang jelas, kemas
dan baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan
tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

10.1.3 Gaya Persembahan ( 30 markah )

10.1.3.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi persembahan yang


lancar dan meyakinkan, gaya yang menarik, matang,
sederhana, bersantun, bersahaja dan susunan isi yang
tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan akan
MENJEJASKAN markah persembahan)

10.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang tinggi,
menjerit, menyanyi, berlakon, dialog, bersyair tidak
dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan)

10.1.3.3 Peserta syarahan WAJIB memberi ucap selamat dan kata-


kata aluan sebelum memulakan syarahan. Markah
keseluruhan akan terjejas sekiranya peserta tidak memberi

5
JAWATANKUASA TEKNIKAL SYARAHAN KEBANGSAAN KEMPEN
BAHASA
MALAYSIA

ucap selamat terlebih dahulu. Lima markah maksimum akan


dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif / menunjukkan
perlakuan/ tutur kata yang kurang sopan.

AM: Kedua-dua markah peserta dari setiap negeri ini akan digabungkan dengan markah

peserta-peserta bertulis negeri masing-masing untuk menentukan Juara Perpaduan


atau Juara Keseluruhan.

11. PANDUAN KEPADA PANEL HAKIM

11.1 Peserta syarahan setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea, bahasa dan
persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh oleh reaksi emosi / tepuk
sorak penyokong.

11.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta syarahan yang membaca
nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan
dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut /
mana-mana satu daripadanya) sebagai pemenang tempat pertama, kedua
dan ketiga.

11.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM


MARKAH. (rujuk AM di atas)

11.4 Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

12. PAKAIAN PESERTA

12.1 Peserta hendaklah memakai blazer berwarna gelap yang tidak menunjukkan
identiti sekolah.
12.2 Peserta lelaki juga dikehendaki memakai tali leher, kemeja putih dan
berseluar panjang berwarna gelap.
12.3 Peserta perempuan dikehendaki memakai tali leher, kemeja putih dan skirt
berwarna gelap.
12.4 Peserta turut digalakkan berpakaian tradisional masyarakat Malaysia
sebagai imej perpaduan dan kebudayaan negara.

13. HADIAH-HADIAH

13.1 Hadiah Perseorangan

Johan : Piala dan Sijil Pencapaian


Naib Johan : Piala dan Sijil pencapaian
Tempat Ke-3 : Piala dan Sijil Pencapaian
Tempat ke-4 hingga ke- 10 : Piala dan sijil Pencapaian

13.2 Hadiah Berpasangan

Johan : Piala dan Sijil Pencapaian


Naib Johan : Piala dan Sijil pencapaian
Tempat Ke-3 : Piala dan Sijil Pencapaian

6
JAWATANKUASA TEKNIKAL SYARAHAN KEBANGSAAN KEMPEN
BAHASA
MALAYSIA

13.3 Semua peserta yang mengambil bahagian akan mendapat sijil penyertaan.

14. Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Pengarah


Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ahli
Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pendidikan Negeri.

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusan


yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak
diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa.

15. HAL-HAL LAIN

15.1 Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa


Teknikal Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

15.2 Maklumat lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri


masing-masing.

16. AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan


Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like