You are on page 1of 2

Malaysia Negara yang Unik

Cantik sungguh gelang manik,


Dibeli ibu dari pekan,
Malaysia Negara yang Unik,
Tajuk syarahan saya sampaikan.

Yang dihormati guru-guru warga pendidik dan rakan-rakan


seperjuangan yang dikasihi. Selamat petang dan salam sejahtera.

Secara ringkasnya, syarahan saya pada hari ini bertunjangkan


kepada ciri-ciri keunikan Malaysia.

Warga dewan sekalian,

Malaysia sebuah Negara yang unik kerana menjadi tarikan


pelancong asing dari negara Eropah Timur Tengah dan Asia Timur. Para
pelancong datang ke Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat ciri-ciri
dan amalan kebudayaan pelbagai kaum. Sebagai buktinya, Malaysia
telah menjadi destinasi pelancong yang paling selamat apabila dipilih
sebagai negara kedua paling aman oleh Institusi Keamanan pada tahun
2015.

Bukan itu sahaja, amalan rumah terbuka Malaysia pada musim


perayaan jelas mencerminkan amalan kebudayaan pelbagai kaum
dan memperlihatkan nilai perpaduan dalam kalangan msyarakat Malaysia.
Yang ziarah menziarahi makan bersama dan beramah mesra. Juadah
seperti rendang ayam, ketupat, kuih bakul dan tose menjadi
hidangan bersama dan sungguh enak.

Warga dewan yang budiman,

Secara tuntasnya, semangat perpaduan dan kepelbagaian yang


diamalkan menjadikan negara Malaysia unik. Kita seharusnya
bersyukur dan bangga kerana dilahirkan di bumi yang bertuah ini.
Oleh itu, marilah kita bersatu tanpa mengira budaya bangsa dan
agama kerana Malaysia negara yang unik.

Sekian, terima kasih.


Bahasa Melayu Bahasa Perpaduan

Enak sungguh rasa durian,


Dibeli ibu dari pekan,
Bahasa Melayu Bahasa Perpaduan
Tajuk syarahan saya sampaikan.

Yang dihormati guru-guru warga pendidik dan rakan-rakan


seperjuangan yang dikasihi. Selamat petang dan salam sejahtera.

Secara ringkasnya, syarahan saya pada hari ini bertunjangkan


kepada bahasa penyatuan kaum rakyat Malaysia.

Warga dewan sekalian,

Bahasa Melayu bahasa perpaduan bangsa Malaysia. Hari ini


Malaysia dikagumi seantero dunia kerana rakyat berbilang bangsa
hidup bermuafakat dengan bahasa kebangsaan sebagai pengikat. Jelas
menunjukkan bahawa bahasa Melayulah wahana pembentukan
indentiti bangsa Malaysia.

Bukan itu sahaja, bahasa Melayu nadi perpaduan negara.


Bahasa Melayu menyatukan kita dalam kepelbagaian etnik.
Sesungguhnya, bahasa Melayulah yang mengajar kita makna
perpaduan dan kebudayaan. Bahasa Melayu jualah yang mengajar
kita makna kemerdekaan. Nyatalah bahasa Melayu menjadi komponen
penting sebagai nadi perpaduan negara. Maka usah biarkan
bahasa Melayu di tanah pusaka ini hilang.

Warga dewan yang budiman,

Konklusinya, bahasa Melayu bahasa perpaduan. Ini menunjukkan


kesepaduan rakyat Malaysia hidup ibarat seikat bak sireh
serumpun bak serai. Maka, bahasa Melayu bukan semata-mata
unuk bangsa Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia bangsa
Malaysia.

Sekian, terima kasih.

You might also like