You are on page 1of 1

Faedah Membaca Buku

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan
Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru dan rakan seperjuangan yang dihormati
sekalian. Syarahan yang ingin saya sampaikan pada hari ini bertajuk“Feadah Membaca Buku”.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Membaca merupakan satu amalan yang dapat memanfaatkan diri kita. Amalan ini harus
diamalkan setiap hari kerana dengan membaca kita dapat menambah pengetahuan tentang sesuatu
perkara yang tidak diketahui. Oleh itu, kita tidaklah dianggap sebagai katak di bawah tempurung.

Selain itu, kita dapat memperbaiki dan menguasai kemahiran berbahasa kita menerusi amalan
membaca buku. Penguasaan perbendaharaan kata juga akan menjadi lebih kukuh. Dengan adanya
amalan membaca buku, kemahiran penulisan karangan juga akan menjadi lebih mantap.

Tambahan pula, masa lapang kita dapat digunakan dengan berfaedah dengan mengamalkan
amalan membaca. Selain mendapat pengetahuan baharu, kita juga dapat mengelakkan diri daripada
terlibat dengan gejala yang negatif.

Akhir sekali, membaca akan membantu kita menilai dan membezakan sesuatu perkara sama
ada baik atau buruk. Apabila kita banyak membaca, kita tidak mudah ditipu oleh orang lain kerana kita
mempunyai pengetahuan yang luas.

Kesimpulannya, membaca sememangnya memberikan banyak faedah kepada kita. Oleh itu,
amalan membaca ini perlulah dipupuk sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

You might also like