You are on page 1of 2

Sambutan Hari Lahir Saya

1. mengadakan majlis
2. membersihkan dan menghias rumah
3. menggantung belon-belon yang berwarna-warni
4. membuatkek dan memasak makanan yang sedap
5. menghidangkan makanan dan minuman di atas meja
6. menjemput kawan-kawan masuk ke dalam rumah
7. membawa hadiah
8. menyanyikan lagu hari lahir sambil bertepuk tangan
9. meniup lilin di atas kek
10. menikmati makanan
11. merakamkan gambar
12. bermain
Pada hari Sabtu yang lalu, ibu bapa saya mengadakan
sambutan hari lahir saya yang ke-10 tahun. Saya dan abang
membantu ibu bapa membersihkan dan menghias rumah dengan
cantik. Saya menggantung belon yang berwarna-warni manakala
abang menyusun meja dan kerusi dengan kemas di ruang tamu.

Ibu saya pula sibuk membuat kek dan memasak makanan


yang sedap di dapur. Bapa saya menghidangkan makanan di atas
meja.

Kawan-kawan saya datang ke rumah pada pukul 2.00 petang.


Saya menjemput kawan-kawan masuk ke dalam rumah dengan
mesra. Kawan-kawan saya membawa hadiah hari lahir untuk saya.

Acara sambutan hari lahir dimulakan pada pukul 2.30


petang. Selepas itu, kawan-kawan menyanyikan lagu hari lahir
sambil bertepuk tangan. Saya meniup lilin di atas kek hari lahir.
Bapa merakamkan gambar menggunakan telefon pintar.

Ibu bapa menjemput kawan-kawan untuk menikmati makanan


di atas meja. Selepas makan, saya dan kawan-kawan bermain di
halaman rumah.

Pada malamnya, saya membuka hadiah yang diberikan oleh


kawan-kawan. Walaupun letih tetapi saya sangat gembira kerana
majlis hari lahir saya sangat meriah.

You might also like