You are on page 1of 1

Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah mengadakan majlis sambutan hari

lahir yang ke-12. Sambutan itu telah diadakan di rumah saya yang terletak di
Taman Intan Baiduri. Berbagai-bagai persiapan dan aktiviti telah dirancang
oleh ibu dan kakak saya.

Saya juga sibuk membuat persiapan di ruang tamu. Antaranya menghias dan
menggantung belon yang berwarna-warni dan juga menyusun kerusi dan meja.
Kemudian, saya membantu kakak menghidang pelbagai jenis makanan. Ramai
kawan yang telah diundang hadir untuk memeriahkan majlis hari lahir saya
pada petang itu.
Masanya telah pun tiba. Ibu meletakkan kek di atas meja. Ayah
membacakan doa selamat bagi memberkati majlis hari lahir saya. Selepas itu,
rakan-rakan menyanyikan lagu ucapan selamat hari lahir untuk saya. Mereka
turut memberikan hadiah kepada saya.

Kemudian, kami pun menikmati juadah yang terhidang di atas meja. Antara
juadah tersebut seperti nasi beriani, ayam goreng, kuih-muih dan kek.
Masing-masing begitu berselera kerana perut pun sudah lapar.

Setelah beberapa minit menikmati hidangan, beberapa orang rakan saya


telah membuat persembahan nyanyian. Selepas itu, kami telah menyusun
kerusi dalam bentuk bulatan untuk mengadakan aktiviti bermain kerusi muzik.
Sesiapa yang gagal duduk di kerusi apabila muzik dihentikan, akan terkeluar
daripada pertandingan tersebut. Kami tertawa geli hati apabila melihat
pelbagai aksi dan telatah rakan-rakan kami.

Seterusnya ialah acara membuka hadiah. Rakan-rakan saya


dudukberkerumun sambil memerhatikan saya membuka satu persatu hadiah
yang saya dapat. Saya berasa terharu kerana mendapat hadiah yang banyak
dan berguna buat diri saya. Saya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan yang memberi hadiah kepada saya.

Walaupun kepenatan melayan tetamu, saya berasa cukup gembira dan


berpuas hati dengan sambutan hari jadi yang diadakan ini. Pasti majlis ini
akan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya.

You might also like