You are on page 1of 2

macadamia chocolate chip cookies

(sumber : Siti Kalsum Edi)

Bahan
250 g mentega
125 g Crisco
50 g gula perang
90 g gula caster
125 g kekacang Macadamia, dibakar sebentar dan dicincang
125 g chocolate chip
125 g oat
250 g top flour }
150 g tepung naik sendiri } ....diayak
1/2 sudu teh bicarbonate of soda }
1 sudu teh vanilla

CARA
Mentega, Crisco, gula perang dan gula caster dipukul hingga kembang. Masukkan oat,
chocolate chip dan kekacang Macadamia. Gaul sehingga rata. Masukkan pula campuran
tepung yang telah diayak sedikit-sedikit dan gaul lagi sehingga menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit adunan, bentukkan seperti bebola kecil dan tekan sedikit dengan garfu.
Aturkan didalam dulang pembakar. Bakar dengan kepanasan 160 — 170 darjah C selama
10 — 15 minit atau sehingga masak.
Bahan-bahan Resepi Rahsia Cookies Famous Amos Yan;
(1 adunan anggaran 100-150 biji*bergantung kepada saiz yang korang bentukkan)
3 cawan butter (125 gram mentega)
5 cawan tepung gandum
1 cawan nestum
6 sudu besar gula perang
6 sudu besar gula putih
1 sudu esen vanilla
½ sudu kecil bicarbonate
1 biji telur
Chocolate chip/ badam/ gajus secukup rasa
Tips tambahan:
**kalau korang tak nak guna gula perang. korang boleh gantikan 6 sudu besar gula perang tue
kepada 3 sudu milo. Then, adjust gula putih dari 6 sudu besar gula putih tue kepada 4 sudu besar
gula putih je. (sebab milo dah manis)
**kawan cik tom cerita pengalaman dia pernah buat jugak sekali tue dia gantikan gula perang
kepada 6 sudu koko. Tapi bila rasa adunan before bentukkan terpahit sebab terlebih koko. Jadi dia
tambah gula untuk cover rasa pahit koko. So, gula putih jadi dalam 10-12 sudu besar.
Cara-cara Membuat Resepi Rahsia Cookies Famous Amos Yan;
1. Masukkan mentega serta gula dan diputar sehingga kembang.
2. Kemudian campur bicarbonate, esen vanilla serta telur dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan nestum bersama milo/koko dan gaul lagi.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati. *Jangan sampai
adunan menjadi keras. nanti biskut korang pun keras)
5. Akhir sekali masukkan chocolate chip. *tips untuk elakkan chocolate chip mendap ke bawah semasa
dibakar- boleh gaulkan chocolate chip dengan sedikit gandum.
6. Sudu dan bentukkan adunan cookies di atas loyang. *sapu majerin di atas loyang untuk elakkan
cookies melekat pada loyang selepas dibakar….biskut nie kembang so pandai2 bajet nak buat
besar mana dan jarakkan ye.
7. Bakar adunan yang telah dibentuk dengan suhu 180ºC selama 20-30 minit. *nak tahu masak ke
tak?..bawah cookies tu agak keperangan sikit.
Senang je rupanya resepi cookies ni ek? Yang tinggal tahap kerajinan yang tinggi untuk bentukkan
adunan atas loyang 100++ biji? Boleh berjam je kalau sorang-sorang ni. Hihi.. Terima kasih pada
yan sudi berkongsi banyak tips untuk resepi cookies famous amos ni. Yelah orang dah
berpengalaman mesti dah tau bila dah banyak kali buat kan.
K

You might also like