You are on page 1of 27

Bahan-bahan:

110g mentega
25g gula kastor
20g tepung jagung
1 biji telur kuning
160g tepung gandum

bahan hiasan-
kuning telur
croquant (campuran gula, kacang hazel cincang dan badam cincang)

Cara Penyediaan:

Masukkan mentega bersama gula kastor ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang.

Setelah kembang, masukkan tepung jagung dan kuning telur. Kacau hingga sebati.

Masukkan tepung gandum dan uli hingga membentuk doh.

Canai adunan msetebal 1cm. Cetak mengikut bentuk yang disukai. Susun atas dulang pembakar yang telah
digris dengan mentega atau minyak masak.

Sapukan kuning telur pada permukaan biskut dan taburi croquant. 

Bakar pada suhu 170C selama 25 minit atau sehingga masak.

Setelah masak, boleh dihidangkan panas-panas atau biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas
kedap udara.
Bahan-bahan:
(hasil anggaran 5 dozen)

200g Tepung gandum


3 sudu besar Serbuk kari
½ sudu teh Lada sulah
¼ sudu teh Serbuk cili (paprika)
5 helai Daun kari – potong halus (jika suka)
100g Cornflakes – dihancur kasar
100g Keju cheddar parut
150g mentega atau marjerin
2 sudu besar gula
1 biji telur

Bahan hiasan (jika suka):


Bijan
Kuning telur – pukul sedikit
Keju cheddar parut

Cara Penyediaan:

Satukan tepung gandum, serbuk kari, lada sulah, serbuk cili, dan daun kari di dalam mangkuk. Gaul hingga
sekata. Kemudian masukkan conflakes dan keju cheddar parut. Gaul lagi hingga sekata. Ketepikan.

Dalam bekas lain, pukul mentega atau marjerin bersama gula dan telur sehingga sebati. Kemudian masukkan
campuran conflakes yang diketepikan tadi. Gaul hingga sebati sehingga membentuk doh yang lembut. 

Taburkan tepung atas meja kerja. Canai doh setebal 5mm. Terap dengan acuan biskut atau potong dengan
pisau tajam mengikut bentuk yang disukai. Susun di atas dulang pembakar yang telah dilenser. Jika suka, oles
nipis permukaan biskut dengan kuning telur dan taburkan sedikit bijan serta keju parut.

Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180ºC sehingga kekuningan, anggaran selama 15-20 minit.
CHOCOLATE SWIRL

1.
A

125 butter
50 gula aising (diayak)
1 biji kuning telur
1 sudu teh sirap chocolate Hersheys

B:
50 gm badam kisar
50gm coklat urai
25 gm tepung potato starch
25 gm tepung jagung
10 gm susu tepung
120 gm tepung gandum

C (hiasan)
Chocolate chips

Cara.
1. Gaul A sebati
2. Masukkan B. Masukkan Adunan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Picit
satu bulatan kecil. Hias dengan 2 biji chocolate chips
3. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit
2. CHERRY VANILA ICECREAM COOKIES

A:

220 butter
50 gm gula aising (diayak)
1 sudu the esen vanilla

B:
225 gm tepung gandum
25gm tepung jagung
50gm serbuk aiskrim

C (Hiasan)

Ceri merah dibelah dua


Chocolate cair

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B. Masukkan ke dalam piping beg yang mempunyai tips
bintang. Picit seperti bunga. Hias dengan ceri merah.
2. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit. Sejukkan.
3. Paipkan dengan coklat cair diatasnya sebagai hiasan
4. BISKUT KURMA LEMON

A: 

120 butter
30 gm gula castor
1 sudu the vanilla
1 biji kuning telur

B
1 sudu the parutan kulit lemon/oren
100 gm kurma (buang biji dan cincang halus)
30 gm kelapa panggang

C:
50 gm serbuk badam
150 gm tepung

D (Hiasan)
Telur merah
Gula castor

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B dan seterusnya C


2. Canai dan terap dengan acuan. Sapu kuning telur diatasnya. Bakar pada suhu 160
darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.
3. Tabur gula castor atas biskut sebaik sahaja dikeluarkan dari oven. Sejukkan.
4. HAZELNUT CROQUANT COOKIES 

A: 
220 butter
50 gula asing (ayak)
1 biji kuning telur

B:

225 gm tepung gandum


12 gm tepung ubi
12 gm tepung potato starch
20 gm tepung jagung
50 gm tepung susu

C (Hiasan)
Hazelnut croquant secukupnya
Chocolate cair

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B. 


2. Masukkan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Paip mengikut corak yang
diingini. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit. Sejukkan.
3. Celup dengan coklat cair dan tabor hazelnut croquant
5. BISKUT KASIH

A: 

112 butter
25 gula aising
½ sudu the vanilla

B:
125 tepung gandum
Secubit garam

C (hiasan)
Gula-gla manik berbentuk hati

Cara:

1. Gaul A sebati. Masukkan B. Masukkan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang.
Sapu sedikit dengan telur putih dan hias dengan gula-gula manik berbentuk hati.
2. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.
6. BLACK FANTASIA

A:

120 gm butter
70gm gula aising
1 biji kuning telur

B:

20 gm serbuk bijan hitam


30 gm tepung jagung
100 gm gula-gula manik berwarna
50gm serbuk badam
150gm tepung gandum

C (hiasan)
Kuning telur
2 sudu besar serbuk roti (berwarna putih)
2 sudu besar gula-gula manik berwarna

Cara:
1. Gaul A sebati. Masukkan B. Canai dan terap dengan acuan. Sapu dengan kuning telur
dan tabur campuran serbuk roti dan gula-gula manik
2. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit
7. BISKUT KARAMEL RANGUP 

A:

100 gm butter
50 gm gula castor
100 gm gula perang

B:
½ cawan kelapa kering
½ cawan cornflakes
½ cawan hirisan badam
½ cawan black currant

C: (hiasan)
Gula-gula manik berwarna
Gula-gula M&M
Kertas papercup saiz paling kecil

Cara:

1. Cairkan A atas api. Tuang ke dalam campuran B. Gaul sebati. 


2. Gunakan sudu kecil, masukkan adunan ke dalam kertas papercup. Tabur dengan gula-
gula manik.
3. Bakar sekejap pada suhu 150 darjah celcius selama 2 hingga 3 minit sahaja.
4. Letakkan gula-gula M&M atas biskut sebaik sahaja keluar dari oven. Sejukkan.
Resepi Biskut   Raya
RESEPI KUIH RAYA
 
Resipi Biskut-Biskut Cornflake
BISKUT BADAM CORNFLAKES
Bahan-bahannya
1 cawan tepung naik sendiri
2 cawan cornflakes di kisar halus
1.1/2 cawan serbuk badam
150 gam mentega
100 gm gula kastor
1 biji telur
1/2 camt vanilla
  
Hiasan
Coklat putih di cairkan
Coklat masakan di cairkan

Cara Membuatnya
Ayak tepung, kemudian gaulkan dengan cornflakes yang telah di kisar dan
badam. Ketepikan. Pukul mentega, gula, telur dan esen vanilla. Kaup
balikkan adunan tepung hingga sebati dan menjadi doh yang lembut. Canai
setebal 3 mm, terap denga penerap biskut kegemaran anda. Susun di atas
dulang pembakar yang telah di lenserkan. Bakar dalam ketuhar pada suhu
180 darjah celcius selama 15 minit. Sejukkan di atas redai kuih.
Sementara itu cairkan coklat masakan putih dan coklat. Sapukan coklat
putih di atas permukaan biskut. Ambil lidi dan celupkan kedalam coklat
cecair berwarna coklat dan corak/lukiskan di atas permukaan biskut yang
telah di sapukan coklat putih. Biarkan coklat membeku dan simpan di
dalam bekas kedap udara.
Biskut Cornflakes

Bahan-bahan:
105 gm mentega
2 cawan cornflakes (dihancurkan) jgn kasar sangat
½ cawan gula halus
2 sudu madu
1 biji kuning telur
¾ cawan tepung naik sendiri
1 biji parutan kulit limau sunkist

Cara :
Pukul mentega+gula sampai kembang. Masukkan telur dan pukul hingga
sebati. Masukkan tepung naik sendiri, cornflakes, parutan kulit limau
dan madu. Sudukan kecil2 atau bulatkan sebesar ibu jari. Bakar.
Biskut Cornflakes Cococrunch

Bahan-bahan:

2 cwn tepung jagung

2 cwn planta/mentega

2 cwn gula

4 cwn tepung gandum di goreng dahulu & diayak

1 kotak kecil cornflakes/cococrunch (250/275 g)

2 biji telur – kuning saja

1 sudu teh baking powder

sedikit esen vanila

Cara :

pukul mentega dan gula sehingga kembang masukkan tepung, telur, tepung

jagung, baking powder, essen vanila – uli hingga sebati akhir sekali

masukkan cornflakes/cococrunch yg telah dihancurkan.


Bentukkan mengikut
kesukaan dan bakar sehingga masak.
*Boleh dihias dengan ceri atau manik mutiara.
*Untuk biskut cococrunch boleh dihias dengan cococrunch yg tidak
dihancurkan
Biskut Cornflakes Oren Bercoklat

Bahan A
150 gm tepung naik sendiri
100 gm tepung jagung
100 gm cornflake di kisar kasar
Bahan B
125 gm mentega/marjerin
100 gam gula kastor
1 biji telur
1 camt parutan limau oren
1 camt vanilla

Cara membuatnya

Ayak tepung naik sendiri dan tepung jagung.


Campurkan cornflakes. Gaul
rata dan ketepikan. Mentega dan gula di pukul sebati, masukkan telur,
esen vanilla serta kulit oren. Gaulkan mentega dengan campuran tepung
dan cornflakes tadi. Gaul sehingga menjadi doh lembut dan terap mengikut
acuan kegemaran anda. Lenserkan dulang pembakar dan aturkan biskut.
Bakar dalam ketuhar selama lebih kurang 15 minit di dalam suhu 180
darjah celcius. Sejukkan di atas redai kuih. Apabila telah benar-benar
sejuk, celup setengah bahagian biskut dalam coklat cair. Taburkan
sedikit badam cincang. Simpan dalam bekas kedap udara.
CORNFLAKES CHOCOLATE MACAROONS

Bahan-bahannya
140 gm Conflakes
200 gm Chocolate Chips
140 gm Gula Kastor (Castor)
6 biji putih telur
1/2 sudu teh Serbuk Vanilli
Sedikit garam

Cara-caranya
1. Masukkan sedikit garam ,1/2 sudu teh serbuk Vanilli, Putih telur
diadun dlm mesin pengadun hingga sebati.
2. Kemudian perlahankan mesin pengadun masukkan gula sedikit demi
sedikit kemudian adun dgn kelajuan hingga sebati.
3. Setelah sebati keluarkan adunan tadi ke dlm berkas masukkan Conflake
dan kacau perlahan-lahan berselang-seli dgn Chocolate Chips kacau hingga
rata.
4. Ambil Paper Cup susun diatas dulang kemudian ambil sudu dan ambil
sedikit adunan tadi (ikut cita rasa) letakkan ke dlm paper cup tadi.
Setelah penuh diisi satu dulang kemudian masukkan ke dlm ketuhar dgn api
yg cukup perlahan 120 darjah selama 20 minit.
CORNFLAKE CRUNCHIES

Ingredients
105 grams butter or margarine
1/2 cup castor sugar
1 egg yolk
3/4 cup self raising flour, sifted
100 grams cornflakes, lighted crushed
1/4 cup red glace cherries, chopped
1/4 cup toasted almond, skinned and chopped
Method

1. Cream butter and sugar until light and creamy. Add egg yolk and mix

well. Fold in flour, cornflakes, cherries and almonds, and mix well.

2. Shape the dough into small balls and lightly flatten the tops with a

wet fork. Place on a lightly greased baking tray. Bake in a preheat

170 degree celsius oven until lightly browned.


Cornflakes Madu

Bahan-bahan

1/4 cawan mentega

1/4 cawan madu

1 sudu makan gula

4 cawan cornflakes

1/2 cawan kacang yg telah digoreng tanpa minyak (buang kulit)-tumbuk

kasar

Cara-cara

Mentega, madu dan gula dimasukkan ke dalam periuk. Masak dengan api yg

kecil, kacau sehingga mentega cair. Cornflakes dan kacang dicampurkan ke

dalam mangkuk. Tuangkan bancuhan mentega dan madu tadi kedalam mangkuk

yg berisi cornflakes dan kacang tadi. Gaul rata dan masukkan dlm cawan

kertas menggunakan sudu makan, kemudian susun dalamloyang dan bakar

selama lebih kurang 10 minit.


CORNFLAKES PERMATA

Bahan-Bahan:

125 gm mentega

100 gm gula

1 biji telur

175 gm tepung gandum

1 sudu teh serbuk penaik

125 gm cornflakes

Ceri merah

Mangkuk kertas hitam

Cara:

Pukul gula dan mentega hingga kembang.


Masukkan telur dan esen vanila.
Ayak tepung bersama serbuk penaik. Campur tepung dan cornflakes ke dalam
adunan mentega. Gaul rata.
Ambil secubit-secubit dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Bubuh ceri
sebagai hiasan.
KEPINGAN WALNUT & CORN FLAKES RANGUP

Bahan-Bahan
Bahan A:

45 gm mentega

60 gm gula aising , diayak

1 1/2 biji telur, dipukul

1 1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan B:

50 gm tepung gandum

40 gm walnut dicincang kasar

2 cawan corn flakes

Cara Cara

1. Alas bekas pembakar berukuran 3 cm X 30 cm dengan kertas aluminium

dan dilenser sedikit

2.Krim bahan (A – mentega dan gula aising), kemudian masukkan telur, di

ikuti esen vanilla selepas itu bahan (B) – gaul sebati.

3. Letak campuran keatas bekas yang disediakan. Ratakan nipis – nipis


4. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 150°C selama 10 – 15 minit atau
hingga kekuningan
5. Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan hingga sejuk

6. Apabila telah sejuk, pecahkan menjadi kepingan.

*anda boleh juga menggunakan acuan kertas jika suka.

 
 
 
CORN FLAKES COOKIES – Kak Nor’s
 
200g     Plain Flour
100g     Custard Powder
1 tspn   Baking powder
100g     Corn Flakes
100g     Mixed fruit
200g     Margarine
125g     brown sugar
1 tspn   Vanilla Essence
1          egg yolk
 
 
1. Sift together ingredients
-          flour / custard powder / baking powder / corn flakes / mixed fruit
2. Butter , sugar, vanilla essence – beat until fluffy and add egg yolk. Beat well.
3. Fold in mixture and mix until it forms a soft dough.
4. Drop 1 teaspoonful of dough on lightly greased baking trays.
5. Bake in preheated oven at 180 for 15-20 minutes or until golden brown.
 
 
 
 
 
 
 
 
CRUNCH CHOCOLATE RICE

BAHAN A
160 GM MENTEGA
70 GM GULA CASTOR

BAHAN B
300 GM TEPUNG KEK
300 GM TEPUNG BERAS

BAHAN C
250 GM OAT
125 GM COKLAT URAI

BAHAN D

1 SUDU TEH ESEN VANILA

1 BIJI telur

1. PUKUL BAHAN A SEHINGGA KEMBANG.

2. MASUKKAN BAHAN D DAN ADUN SEBATI..

3. MASUKKAN BAHAN B DAN C.

4. BENTUKKAN DOH KECIL-KECIL DI ATAS DULANG PEMBAKAR DAN BAKAR DI DALAM KETUHAR

SELAMA 10 MINIT PADA SUHU 180’C.

 
Nutchoc Mamamia

Bahan-Bahan
Coklat Masak (2 bar jenis yg manis tau-dicairkan)
Hirisan Badam
Walnut (dipanggang terlebih dahulu)
Koko Cruch @ Cornflakes
1 buku Buttercup (di cairkan)

okey mula-mula panaskan buttercup, kemudian masukkan kedalam mangkuk..


campurkan coklat masak yg telah dicairkan kacau hingga rata..
masukkan hirisan badam,walnut , koko cruch atau cornflakes
kacau hingga sebati
akhir sekali masukkan bahan-bahan tersebut kedalam cup kertas dan biarkan hingga coklat kering
@ sejuk…
sedia untuk dimakan….

pesanan penting….tak perlu di masukkan kedalam peti ais kerana coklat itu akan beku
sendiri..cubalah jgn x cuba gerenti sedap! ermm yummy!!

 
HAZELNUT RICOTTA COOKIES

A.

180 gm Butter
90 gm Gula Kastor
1 biji Kuning Telor
1/4 steh Butter Emulco

B.
220 gm Tepung Gandum
30 gm Tepung Jagong
30 gm Tepung Sago
20 gm Cheedar Cheese – Sagat
20 gm Croquant
20 gm Hazelnut-Kisar
40 gm Cheese Cracker – Kisar (Biskut Julies, cheese)
1/8 steh Baking Powder

Hiasan: Kunging Telur, Croquant, Chocolate Rice


1. Putar bahan A hingga sebati.

2. Masukkan Bahan B, gaul sebati.

3. Canai dan terap. Sapu kuning telur dan hiaskan dengan choc rice dan croquant.
CHOCOLATE NUT COOKIES

A.

100 gm Butter

75 gm Gula Icing

1 biji Kuning telur

1/4 steh Lemon essen

1/4 steh Garam

1/4 steh Emplex

B.

150 gm Tepung Gandum

20 gm Susu Tepung

30 gm Tepung Jagung

50 gm Kekacang(Pistachios, Badam, Gajus) (Dikisar Halus)

Secukupnya Gajus atau hazelnut (Inti dalam biskut)

Secukupnya Papercup Hitam

Dark Cooking Chocolate dan gula warna warni (Hundred Thousand)

1. Sebatikan semua bahan A

2. Masukkan Bahan B dan uli menjadi doh. Sukat adunan sukatan 1 steh dan

isi inti kacang.

3. Bakar.

4. Dah masak, masukkan dalam papercup hitam dan tuangkan coklat masakan dan

taburkan dengan hundred thousand di atasnya.


TIA MARIA

A.

125 gm Butter

30 gm Gula Perang

2 steh Nescafe (Bancuh dengan air panas)

1 steh Esen Vanilla

1 biji Kuning Telur

B.

180 gm Tepung Gandum

20 gm Tepung Jagung

30 gm Hazelnut Kisar

1 steh Koko Powder

30 gm Halwa Kundur (Cincang)

Hiasan: Chocolate Putih

Tabur colour rice di atasnya.

1. Putar bahan A, sebati.

2. Masukkan semua bahan B dan perap selama 10 minit, canai dan terap.Bakar.

3. Dah masak hiaskan dengan chocolate putih di atas biskut dan taburkan colour rice.

 
KUIH TIRAM 

Bahan-Bahannya 
500 g tepung gandum
1 biji telur gred A, dikacau sedikit
2 camca besar marjerin/mentega
1/2 camca teh garam
160 ml air (kurang lebih)
6 camca besar tepung jagung*
6 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau hingga menjadi paste)
Gula kastor secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya 

 Bancuh tepung jagung dengan minyak masak dan kacau hingga menjadi pes yang licin
dan tidak berketul2. Ketepikan.

 Gaul tepung, garam, telur dan mentega hingga rata. Tuang air sedikit demi sedikit
sambul terus menggaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk
adunan. Bulatkan dan bagi kepada 2 bahagian (mat bagi pada 3 bahagian). Ambil satu
bahagian, canai nipis dan sapu dengan pes tepung tadi rata (lebih kurang 1 1/2 camca besar).

 Kemudian gulung kemas2 macam nak buat swiss roll. Ketatkan gulungan dan potong
lebih kurang 1.5 cm, seperti gambar di bawah.

 Ambil satu bahagian. Canai nipis memanjang seperti dalam gambar.

 Kemudian goreng dalam minyak sederhana panas, mat goreng 3 kuih sekali goreng
sebab yang mat buat ni besar, kalau nak buat kecil, doh (sebelum dicanai) tadi bagi kepada
bahagian yang lebih kecil, canai dan sapu pes tepung, gulung dan potong kecil, canai dan
goreng…tapi keje kena lebih laaa..Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan
minyaknya atas paper towel. Salut dengan gula kastor.

 
 
 SHORTBREAD MARBLE
 
Mula2 mat tengok resipi ni, terus jatuh hati dan esok jugak mat pi beli loyang khas untuk membuat
shortbread ni. Kalau ikut nama asal, shortbread ni, “Shortbread Batik”, tapi masa mat membuat
garisan dari coklat putih, hasilnya tak secantik macam mak lang buat, jadi mat mem”marble”kan
aje lah…habis cerita….
Pada asasnya tak delah sesukar mana nak buat shortbread ni, cuma perlu ada kesungguhan dan
jangan buat sambil lewa atau macam “mood’ tu tak stabil…hehehe…lagi satu, resipi asal, guna
loyang khas berpemotong, berukuran (10 x 12) inci, tapi mat guna acuan sama cuma berukuran
(12 x 12) inci. Sapa yang nak cuba tu dan nak tengoklah hasil yang asli dari mak lang, boleh
rujuk sini….

Bahan Shortbread:-
300 g tepung gandum
125 g gula halus
80 g serbuk badam
250 g mentega
110 g susu tepung

Coklat Topping:-
350 g coklat masakkan (mat guna jenama “tulip”)
1 camca teh shortening
200 g white cooking choclate

Cara membuatnya:-                                                     alat  pemotong khas….

1. Satukan semua bahan2 untuk shortbread dalam satu bekas, gaul hingga adunan
menjadi doh yang lembut. Keluarkan alat pemotong dari acuan, alas dasar tin dengan
kertas minyak, biar besar dari saiz tin.
2. Masukkan doh tadi ke dalam tin dan ratakan hingga memenuhi tin. Tekan2 supaya
sama rata dan seimbang. Masukkan kembali alat pemotong dan tekan perlahan hingga
rata. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit. Keluarkan dari oven, biar
suam dan keluarkan alat pemotong tadi dan biar shortbread betul2 sejuk.
3. Panaskan coklat masakan secara double – boiler, bila coklat cair, masukkan
shortening dan kacau hingga rata. Angkat coklat tadi dan tuang atas shortbread.
Ratakan coklat hingga memenuhi permukaan shortbread. Ketepikan sebentar.
4. Cairkan white cooking chocolate secara double – boiler. Bila cair masukkan dalam
piping beg dan paipkan beberapa garisan memanjang atas coklat tadi. Bila siap. Ambil
lidi sate atau chopstick, lorek ke kanan dan ke kiri secara melintang garisan coklat putih
tadi hingga mendapat corak yang diingini.
5. Kemudian, masukkan kembali alat pemotong tadi dan tekan perlahan2. Sejukkan
dalam peti sejuk hingga colat keras, keluarkan alat pemotong dan boleh diasing2kan
shortbread tadi sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..
 Resepi buah rotan

Bahan-bahan:
4 sudu besar gula
1 bungkus tepung pulut
5 biji telur
½ biji santan kelapa
Sedikit bijan
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
Tepung gandum digaul dengan telur.
Masukkan santan dan uli hingga sebati.
Apabila sudah sederhana lembut, bulat-bulatkan sebesar guli.
Golek-golek atas bijan.
Goreng hingga kekuningan.

You might also like