You are on page 1of 6

Resepi Chocolate Vanilla Viennese Cookies

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 20 biji
Bahan-Bahan:

175g (3/4 cawan) unsalted butter

40g (3 sudu besar) gula ising

1/2 sudu kecil esen vanilla

175g (1 1/2 cawan) tepung gandum

40g (3 sudu besar) tepung jagung

1 sudu besar serbuk koko

Cara Penyediaan:
1.

Panaskan oven kepada suhu 170C.

2.

Griskan dulang dengan mentega atau lapik dengan kertas parchment atau kertas minyak.

3.

Menggunakan paddle attachment (mixer), pukul gula ising bersama butter sehingga putih dan kembang. Masukkan
esen vanilla dan pukul seketika.

4.

Ayak tepung gandum dan tepung jagung kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi. Putar sehingga sekata
dan lembut.

5.

Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian digaulkan bersama serbuk koko sehingga sekata. Satu bahagian lagi
tidak perlu ditambah apa-apa lagi kerana itu adalah adunan vanilla.

6.

Menggunakan plastik piping yang diletakkan nozzle berbentuk bintang, masukkan doh coklat di sebelah bahagian
plastik piping, dan sebelah lagi dimasukkan doh vanilla. Lurutkan ke bawah supaya doh rapat dan tiada ruang udara.

7.

Paipkan di atas dulang dan bakar selama 12-15 minit, atau sehingga biskut keperangan.

8.

Angkat dan sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Che Nom sangat suka dan pastinya akan jadi biskut utama
hidangan hari raya nanti.
Kak Wan gunakan Mocha emulco, tapi Che Nom gantikan
dengan Cappuccino Paste yang di dibeli di kedai bakery.
Satu lagi bahan yang anda tak boleh tinggalkan
ialahemplex iaitu bahan untuk merangupkan biskut.
Kalau tak letak emplexbiskut akankurang
rangup dan teksturnya menjadi agak kurang menarik. Sila
lah cuba :)

Resipi Biskut Coklat Mocha ini diambil dari blog Resipi


Citarasawan. Memang sedap sangat biskut ni..anak-anak

Ditulis oleh : Che' Nom

Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 80 biji
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk biskut:

200g mentega

50g shortening

150g gula perang

1/2 sudu besar paste cappucino

40g putih telur

coklat chip untuk hiasan (Che Nom guna white choc chip)

Bahan untuk diayak:

340g tepung gandum

1/2 sudu teh serbuk penaik

1/4 sudu teh emplex

10g serbuk koko

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk biskut :

1.

Pukul mentega hingga lembut dan putih kemudian masukkan gula dan paste cappucino dan pukul sebati.

2.

Masukkan putih telur, teruskan pukul sehingga sebati.

3.

Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan 2 jam atau lebih
(Che Nom rehatkan 1 jam sebab tak cukup masa).

4.

Masukkan doh ke dalam acuan terap dan terap di atas dulang pembakar yand dilapik dengan kertas minyak (kak
Wan gunakan nozzle 866 untuk picitkan doh). Hias dengan white coklat di tengah-tengah.

5.

Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit.

6.

Angkat dan sejukkan, kemudian baru simpan di dalam bekas kedap udara.
yang sangat-sangat sedap kerana mempunyai rasa lemak
yang 'rich' dengan kombinasi butter, krim masam dan coklat.
Anda harus menggunakan premium unsalted butter dan
coklat yang berkualiti tinggi, pasti akan puas hati dengan
rasanya.
Ditulis oleh : Che' Nom

Resepi Kek Marble yang harus dicuba, kek


Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 45 minit | Keseluruhan: 65 minit
Jumlah Hidangan : 4
Bahan-Bahan:

190g / 1 1/2 cawan tepung gandum

113.4g/ 1/2 cawan unsalted butter

225g/ 1 cawan gula kastor

161.2g/ 2/3 cawan krim masam atau sour cream

2 biji telur saiz A, pada suhu bilik

2 sudu kecil esen vanila

1 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil garam halus

2 sudu kecil serbuk koko

80g ketulan coklat masakan

Cara Penyediaan:
1.

Putar butter dan gula sehingga kembang dan putih, kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit. Pastikan telur
dikacau sedikit sebelum dimasukkan ke dalam mixer.

2.

Masukkan esen vanila, sour cream dan putar sehingga sebati.

3.

Ayak tepung gandum bersama baking powder dan garam. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Paslikan
dikacau dalam kelajuan perlahan.

4.

Asingkan 1/3 adunan untuk dimasukkan coklat. Ayak serbuk koko dan coklat bar yang telah dicairkan menggunakan
kaedah double boiler. Kacau sebati.

5.

Gunakan tin kek panjang berukuran 8", griskan dengan butter. Tuang adunan vanilla dan coklat berselang seli,
kemudian gunakan lidi atau pemengang sudu untuk membuat bentuk swirl. Hentakkan tin adunan beberapa kali
supaya tiada udara terperangkap.

6.

Bakar pada oven bersuhu 160 darjah C selama 40-45 minit.

7.

Angkat dan biarkan selama 1/2 jam di dalam tin kek sebelum dikeluarkan di atas rak penyejuk.

Tips:Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi. Jika lidi bersih apabila ditarik keluar itu menunjukkan kek telah masak.

ovenkecil@blogspot.com. Sungguh sedap dan sangat


rangup. Pasti menjadi biskut kegemaran di hari raya.
Ditulis oleh : Che' Nom

Resep
i Biskut Nestum Rangup diinspirasikan dari blog

Masa:
Penyediaan: 15 | Memasak: 20 | Keseluruhan: 35 minutes
Jumlah Hidangan : 36
Bahan-Bahan:125 gram butter, premium Anchor butter

1/2 cawan gula kastor

1 sudu teh esen vanilla

1 biji telur

1 cawan tepung gandum

1 1/2 sudu teh serbuk penaik

1 cawan Nestum original, kisar halus

1 cawan Nestum original, tak perlu kisar

Bahan untuk hiasan:

Ceri merah atau hijau, hiris kecil

Sedikit Nestum original, tabur atas pinggan untuk salutan doh

Cara Penyediaan:
1.

Untuk bahan kering, ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Satukan dengan serbuk Nestum kisar dan juga
Nestum yang kasar.

2.

Dalam mangkuk berasingan, pukul butter (yang sudah dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula kastor sehingga
putih dan berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sehingga kembang.

3.

Masukkan bahan kering tadi. Kacau sehingga betul-betul sebati menjadi doh yang lembut.

4.

Rehatkan doh seketika. Uli menjadi bentuk bulat sebesar guli (kecil sedikit jika anda suka biskut yang kecil).
Gulingkan doh di atas Nestum dan susun di atas dulang yang telah digris dengan butter. Tekan dengan garfu dan
hiaskan dengan ceri.

5.

Bakar pada suhu 175, selama 15-20 minit.

Tips:
Pastikan anda rehatkan doh seketika, boleh juga rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 10 minit. Tidak mengapa jika doh
agak melekit pada mulanya. Selepas direhatkan, doh akan menjadi lebih senang diuli.

You might also like