You are on page 1of 3

CORNFLAKES PERMATA Bahan-Bahan: 125 gm mentega 100 gm gula 1 biji telur 175 gm tepung gandum 1 sudu teh serbuk

penaik 125 gm cornflakes Ceri merah Mangkuk kertas hitam Cara: 1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. 2. Masukkan telur dan esen vanila. 3. Ayak tepung bersama serbuk penaik. Campur tepung dan cornflakes ke dalam adunan mentega. Gaul rata. 4. Ambil secubit-secubit dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Bubuh ceri sebagai hiasan.

Biskut Oren Sunquick


Bahan-Bahannya:320gm tepung gandum 180gm mentega 55gm kelapa goreng 20gm tepung jagung 2 biji kuning telur 2 sudu besar perisa 'Orange Sunquick' 1 sudu besar esen oren 1/2 sudu besar emplek/lacinta(perangup kuih) Badam halus Ceri merah Cara membuatnya:1. Pukul mentega, kuning telur, esen oren, perisa 'Orange Sunquick' dan emplek hingga sebati. 2. Masukkan tepung jagung, tepung gandum, kelapa goreng dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. 3. Bulatkan-bulatkan doh ini, celupkan ke dalam putih telur dan golekkan pada badam halus, kemudian masukkan ke dalam mangkuk kertas. Hiaskan dengan ceri dan bakar hingga kuning.

BISKUT KURMA LEMON

Bahan A 120 butter 30 gm gula castor 1 sudu teh vanilla 1 biji kuning telur Bahan B 1 sudu the parutan kulit lemon/oren 100 gm kurma (buang biji dan cincang halus) 30 gm kelapa panggang Bahan C 50 gm serbuk badam 150 gm tepung Bahan D (Hiasan) Telur merah Gula castor Cara: 1. Gaul A sebati. Masukkan B dan seterusnya C 2. Canai dan terap dengan acuan. Sapu kuning telur diatasnya. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit. 3. Tabur gula castor atas biskut sebaik sahaja dikeluarkan dari oven. Sejukkan.

TAT ROS Bahan-bahan 3/4 cawan gula aising 1 cawan mentega 1 cawan tepung jagung 1 biji kuning telur Sedikit tepung gandum ikut lembut Jem sbg inti Cawan kertas Cara-cara 1. Putar gula aising bersama mentega seketika. 2. Masukkan kuning telur, putar lagi. 3. Masukkan tepung jagung, gaul sebati. 4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai. 5. Canai setebal 3/4cm, terap dgn acuan kuih bentuk bulat. 6. Sapukan jem di permukaan ciskut dan lipat dua. 7. Buat dua keeping dan cantumkan. 8. Masukkan ked lm cawan kertas sebelum dibakar hingga masak.

You might also like