You are on page 1of 8

RESIPI MUFFIN COKLAT CHIP

Masa:
Penyediaan: 10 Minit | Memasak: 30 Minit | Keseluruhan: 40 minit

Jumlah Hidangan : 12 cup

Bahan-Bahan:

 2 cawan tepung(plain flour)


 1/2 cawan gula kastor

 3 sudu teh baking powder

 1/2 sudu teh garam

 1 cawan susu dutch lady full cream

 1 biji telur

 1/2 cawan minyak sayur

 3/4 cawan coklat cip(semi sweet)

 2 sudu kecil essence vanilla

Cara Membuat:

1. Panaskan oven kepada 200 darjah Celsius


2. Dalam Mangkuk satukan tepung gula baking powder coklat cip dan garam, kacau
rata

3. Dalam mangkuk berasingan satukan susu, minyak, telur dan essence vanilla. Tuang
kedalam mangkuk bahan kering sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi
sebati. Adunan akan menjadi sedikit pekat dan berketul-ketul.

4. Isikan adunan kedalam muffin cup 2/3 penuh dan bakar selama 20-25 minit.

Tips
Muffin boleh dipastikan masak sepenuhnya apabila dicucuk kedalam muffin
menggunakan bilah pencungkil gigi(toothpick), apabila di tarik bilah keluar dengan
bersih(tidak melekat).

RESIPI MUFFIN PANDAN

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 40 minit

Jumlah Hidangan : 12 cup

Bahan-Bahan:

 180g butter
 140g gula halus

 2 sudu teh baking powder

 220g tepung gandum

 80 ml susu

 2 biji telur

 pandan paste

 coklat chip utk hiasan (optional)

 2 sudu kecil essence vanilla

Cara Membuat:

1. Panaskan oven kepada 180 darjah Celsius


2. Satukan tepung dan baking powder, ayakkan.

3. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji demi
sebiji. Putar pada kelajuan sederhana sehingga sebati. Masukkan pula adunan
tepung sedikit diselang selikan dengan susu. Kemudian masukkan esen vanila dan
pandan paste. Putar seketika.
4. Isikan adunan kedalam muffin cup 2/3 penuh dan bakar selama 20-25 minit.

Tips
Muffin boleh dipastikan masak sepenuhnya apabila dicucuk kedalam muffin
menggunakan bilah pencungkil gigi(toothpick), apabila di tarik bilah keluar dengan
bersih(tidak melekat).

Vanilla Muffins with Kismis

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (guna minyak jagung)
11/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
secubit garam

Bahan C
Kismis - letak kat atas dan dalam banyak sikit.

Cara-caranya:

1. Panaskan oven pada suhu 180c-190c


2. Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk
3. Buatkan lubang di tengah-tengahnya
4. Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul
rata, masukkan esen vanilla pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan
masukkan susu pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati)
5. Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah lubang mangkuk yang berisi tepung tadi
6. Kacau rata kaup balik TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak
berketul-ketul sedikit - tak mengapa)
7. Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2kali.
8. Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
9. Letakkan kismis kat atas & dalam muffin tadi. (yg dalam tekan bagi masuk)Bakar
muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada
oven masing-masing)

Resepi brownies / Resepi muffin coklat

Bahan-bahan :

140g mentega
400 gram coklat masak (coklat makan pun boleh)
100 gram gula halus (aku guna 80 gram je)
4 biji telur
120 gram tepung naik sendiri (kalau takde tepung naik sendiri, guna 120gram tepung gandum+1
sudu kecil baking powder)

Cara buatnya :

1. Timbang mentega dan coklat. Kemudian, potong kecil-kecil coklat supaya nanti senang
cairkan.
2. Timbang gula dan tepung (ketepikan tepung) dan campurkan gula dengan 4 biji telur ke
dalam mangkuk lain dan kacau. Ketepikan.
3. Inilah kerja mencabarnya. Letak coklat dan mentega dalam sebuah periuk. Periuk
tersebut diletak dalam kuali berisi air. (konsep double boiler, supaya coklat tak hangus).
Kacau sehingga cair dan coklat nampak berkilat.
4. Sementara tu, susun bekas muffin.
5. Apabila selesai coklat dan mentega dicairkan, campurkan adunan telur dan gula tadi.
Kemudian, letak tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga semua tepung sebati
dengan adunan coklat.
6. Selepas adunan sebati, masukkan ke dalam bekas muffin menggunakan penyedok ais
krim atau senduk. Kemudian boleh tabur manik hiasan.
7. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 10 minit dan sedia masukkan tray ke dalam
oven dan turunkan suku kepada 160 darjah celcius selama 30 minit. Bahagian ini paling
mencabar. Jadi sentiasa pantau pembakaran dan jangan leka waktu ni. Untuk pastikan
kek dah masak, cucuk kek dengan lidi. Kalau dah masak, tiada apa-apa yang melekat
pada lidi. (mungkin adalah sikit-sikit).

RESIPI MUFFIN MUDAH

Bahan-bahan (Untuk 12-14 muffin)

- 1 1/2 cawan tepung atau 360 gram


- 3/4 cawan gula atau 180 gram
- 1/2 tin susu pekat
- 3 biji telur
- 80 gram butter/marjerin
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil perasa vanilla/ros/pisang/oren/pandan

Cara-cara

1. Masukkan butter/marjerin dan gula ke dalam bekas mixer dan gaulkan menggunakan mixer.
Kemudian masukkan telur 3 biji dan gaulkan sehingga kembang.

2. Setelah kembang, masukkan semua bahan-bahan di atas dan gaul sehingga rata. (Amaran:
Doh yang bakal siap akan menjadi agak keras/pekat, berhati-hati ketika menggunakan mixer
kerana boleh menyebabkan mixer tersebut rosak.)

3. Panaskan oven dengan suhu 175 darjah selsius.


4. Masukkan doh ke dalam acuan muffin dan letakkan ke dalam oven yang telah panas selama
20 minit. Siap!

Resepi Apple Crumble Muffin

Masa:
Penyediaan: 20 | Memasak: 25 | Keseluruhan: 45 minutes
Jumlah Hidangan : 12

Bahan-Bahan:
Bahan untuk muffin:
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan mentega
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur
1 1/2 sudu teh esen vanilla
2 biji epal, dipotong kiub
2/3 cawan susu full cream

Bahan untuk topping:


1/3 cawan gula perang
1/3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
3 sudu besar mentega
Cara Membuat:
Cara untuk muffin:

1. Di dalam mangkuk, ayak tepung serbuk penaik, garam dan baking soda.
2. Dalam bekas berasingan, pukul telur bersama gula dan mentega sehingga kembang.
3. Masukkan vanila kemudian diikuti tepung sedikit demi sedikit.
4. Tuangkan separuh susu dan kacau sebati. Kemudian masukkan epal dan tuangkan lagi
sedikit demi sedikit baki susu sehingga adunan sebati.
5. Sudukan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan dengan crumd topping.
6. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 170-180 celcius selama 18-25 minit.

Cara untuk crumb topping:


Satukan gula perang dan tepung. Kemudian gaulkan bersama butter dan serbuk kayu manis.

Tips
Muffin sudah masak sempurna jika dicucuk dengan lidi dan bersih apabila ditarik keluar.
RESIPI MUFFIN (ILAH)

BAHAN-BAHAN

Buttercup – 1 Ketul
Cup Kertas
180 g gula
240 g tepung (tepung kek / blukey / superfine / gandum)
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telur
60 ml susu fresh milk @ full cream (brand dutch lady)
1 sudu kecil serbuk penaik
Secubit garam halus

+ Tambah perisa esen oren @ sebagainya untuk bagi ada warna / rasa sikit (2 sudu kecil)
+ Tambah filing (blueberry / oren atau lain-lain) untuk filing tengah muffin
Cara-cara

1. Ayakkan tepung + garam + baking powder


2. Putarkan gula + butter + esen vanilla + perisa (pakai mixer)
3. Pecahkan telur sebiji demi sebiji semasa putar
4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi berselang seli dengan susu (kacau guna senduk)
5. Kalau nak buh filinf di tengah muffin, masukkan adunan setengah cup then topup atas
adunan dalam cup tadi
6. Bakar pada suhu 170 celcius selama 15 – 20 minit

You might also like