You are on page 1of 27

Resipi Citarasawan

Bingka Cheese Sarawak


Posted: 30 Dec 2014 08:27 PM PST

Bingka Cheese Sarawak


Sumber : HaSue@Sue Hasue.blogspot
Bahan A
1 peket agar2 cap ros (13g)
3 cawan air
1 cawan gula pasir
Bahan B
250g mentega
250 cream cheese Philadelphia - lembutkan dahulu pada suhu bilik
1/2 tin susu pekat manis

1 1/2 cawan tepung hong kong


3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon
4 biji loyang bingka - gris dengan mentega
Cara-cara :
1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
4. Masukkan tepung, cream cheese, esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 175c
selama satu jam atau sehingga masak bergantung pada jenis oven)
7. Biarkan bingka betul-betul sejuk sebelum di potong dan di hidangkan.

** jika menggunakan loyang bingka, panaskan dahulu di atas api dapur sebelum di tuang adunan.

Bingka Che

Kek Lapis Red Velvet / Red Velvet Layer Cake


Posted: 11 Aug 2015 12:13 AM PDT

Kek Lapis Red Velvet / Red Velvet Layer Cake


Resepi Asal : Sury Abil
Sumber : Sunah Sakura (BM version)
Sumber : Alongroz@HomeKreation (English Version)
Bahan-bahan:
Adunan merah
250 gram mentega
5 biji telur ayam gred A
235 gram tepung gandum - diayak bersama serbuk koko
2 sudu makan serbuk koko
175 gram gula kastor
150 gram susu pekat manis
1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g) / buttermilk
1 sudu teh ovallette
pewarna merah

Adunan Cheese
500 gram cream cheese
3 biji telur ayam gred A

120 gram gula kastor


sedikit esen vanila
Loyang 8 x 8 in
Cara-cara membuatnya:
Adunan Merah :
Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan ovallette, telur satu
persatu, putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan susu pekat manis dan putar
lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko
yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan perlahan.
Campurkan yogurt/buttermilk bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke
dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan perlahan sehingga adunan
bertukar warna merah sepenuhnya.
Adunan Cheese: Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula,
putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan
sebati dan bahagikan kepada tiga adunan lebih kurang 250gm setiap mangkuk.
Panaskan oven 170-190'C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper. Mulakan
membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tak perlu
permukaan perang sangat. Bila dah nampak kering dan masak boleh lah sudukan satu
lagi lapisan, sebanyak 6 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian
pertama adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis
adunan merah dan seterusnya.... lapis sampai habis.

Resipi Citarasawan

Chocolate Lava Cake


Posted: 23 Jan 2015 02:28 AM PST

Chocolate Lava Cake


Sumber : FB Group Resipi Ringkas
Bahan-bahan
200g coklat masakan
100g mentega tawar
4 biji telur Grd A
6 sudu besar gula kaster
6 sudu besar tepung gandum (ayak)
4 sudu besar serbuk koko
8 biji remekin - gris dengan mentega

Cara-cara :
1. Cairkan butter dan coklat masakan menguunakan kaedah double-boiled
sehingga cair. Masukkan serbuk koko, kacau sampai larut.
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula sampai gebu dan warna
kuning pucat.
3. Masukkan adunan coklat dan tepung. Kacau sampai sebati hingga
adunan menjadi likat.
4. Sudukan dalam acuan cupcake atau cawan ramekin. Sejukkan dalam
30 minit.
5. Panaskan oven 180 darjah selama 10 minit api atas bawah dan bakar
selama 10-15 minit. Jangan terlebih bakar kerana kek akan masak
sepenuhnya. Pastikan permukaan atas kek masak, bila ditekan bahagian
tengah, kek lembut seperti kurang masak.
6. Keluarkan dari remekin, tabur gula icing sebagai hiasan.

Resipi Citarasawan

Puding Tofu Gula Melaka


Posted: 21 Jan 2015 07:49 PM PST

Puding Tofu Gula Melaka


Bahan-bahan
150gm tofu lembut (Soft Tofu)
600ml air
2 sudu kecil serbuk agar-agar
80gm gula pasir
Sirap Gula Melaka
100gm gula melaka
1/2 cawan air
1 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Masak hingga mendidih, tapis dan simpan semalam supaya pekat.
Cara-cara :
1. Kisar tofu bersama air, tapis ke dalam periuk.
2. Masukkan gula dan serbuk agar-agar. Masak hingga mendidih.
3. Tuang ke dalam acuan yang di basahkan terlebih dahulu. Simpan di dalam peti sejuk hingga beku.
4. Hidang bersama sirap gula melaka.

Kuih Poli Ubikayu / Lopes Ubikayu

Posted: 21 Jan 2015 02:18 AM PST

Kuih Poli Ubikayu / Lopes Ubikayu


Bahan-bahan
1 kg ubi kayu
1 1/2 cawan air + 6 helai daun pandan (kisar, ambil jusnya)
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau - jika suka
Kelapa parut + sedikit garam (kukus sebentar)
Loyang 10 x 10 (Alas plastik tahan panas)
Sirap Gula Melaka
100 gram gula melaka / gula merah
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
Masak sirap hingga mendidih. Tapis dan simpan semalaman untuk mendapat sirap yang pekat.
Cara-cara :
1. Parut ubikayu, toskan dengan penapis dalam sebuah bekas.
2. Biarkan selama 20 minit. Buang air jernih di permukaan bekas dan ambil mendapan pati ubi.
3. Gaul pati ubi bersama parutan ubikayu, jus pandan dan garam. Gaul rata dan masukkan ke dalam
loyang.

4.
5.
6.
7.

Kukus selama 30 minit hingga masak.


Sejukkan dahulu sebelum di potong kiub dengan pemotong plastik.
Gulingkan potongan ubi ke dalam kelapa parut.
Makan bersama dengan sirap gula melaka.

Fruity Tutty Cheesecake


Posted: 19 Jan 2015 12:54 AM PST

Fruity Tutty Cheesecake


Recipes by Chef Amy Heng
Adunan Kek
Bahan A
5 biji kuning telur
1 sudu kecil essen vanilla
125gm gula caster
125ml air
125ml minyak jagung
175gm tepung kek (superfine)
2 sudu kecil baking powder
Bahan B
5 biji putih telur
1/2 sudu kecil cream of tartar

125gm gula caster


Filling
1 tin mixed fruit cocktail - Toskan buah dan sirapnya
60ml sirap fruit cocktail
250gm cream cheese - lembutkan pada suhu bilik
150ml UHT whipping cream - putar hingga kental
70gm gula caster
1 1/2 sudu besar gelatin
Hiasan
300ml fresh cream (non diary)
Hirisan buah-buahan segar, strawberry, berry, kiwi, peach
Loyang 9in
Loyang 9in (Loose base tin)
Cara-cara :
1. Adunan Kek : Alas dasar loyang 9in dan kelilingnya dengan kertas minyak. Panaskan oven pada
suhu 170C.
2. Pukul bahan A dengan hand whisk hingga sebati. Ketepikan.
3. Pukul bahan B hingga kembang dan kental.
4. Kaup balikkan bahan B ke dalam bahan A hingga bergaul rata. Masukkan ke dalam loyang dan bakar
selama 40-45min di rak tengah hingga masak.
5. Angkat dan telengkupkan di atas redai.
6. Bila kek telah sejuk, potong kepada 3 lapisan.
Filling
1. Tabur gelatin ke dalam mangkuk berisi sirap cocktail. Panaskan secara double boiler hingga gelatin
larut. atau boleh cairkan beberapa saat di dalam microwave oven.
2. Putar cream cheese dan gula hingga licin, masukkan UHT whipping cream dan buah cocktail, gaul
rata. Bahagikan kepada 2 bahagian.
3. Ambil sekeping kek, masukkan kedalam loyang 9in loose base, siram dengan sedikit sirap cocktail di
atas kek.
4. Ratakan 1 bahagian filling ke atas kek, ulangi dengan lapisan yang kedua. Akhir sekali letakkan
lapisan yang ketiga di atas filling dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam.
6. Keluarkan dari loyang, untuk menghias, putar fresh cream hingga kental, ratakan ke seluruh kek dan
hias dengan hirisan buah-buahan segar.

Terung Sambal Udang Kering


Posted: 18 Jan 2015 01:21 AM PST

Terung Sambal Udang Kering


Resipi : CMG@Dapur Tanpa Sempadan
Bahan-bahan
2 biji terung ungu saiz sederhana
Sedikit garam
1 camca besar minyak zaitun
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bahan Sambal Udang Kering
1/2 cawan udang lering, cuci dan rendam 10 minit
1/4 cawan cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
20 biji cili padi
3 biji buah keras, dihiris
2 biji tomato yang masak ranum, dicincang
Minyak untuk menumis
Cara-cara :
1. Sambal : Toskan udang kering, perah sedikit kemudian tumbuk hancur, tak perlu sampai lumat.
Ketepikan.
2. Sementara itu dalam alat pengisar (blender), kisar buah keras dan bawang putih hingga halus,

Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan cili padi. Kisar hingga hancur tak perlu sampai halus
(guna butang 'pulse' pada alat pengisar anda semasa mengisar). Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali (kurang lebih 1 cawan). Tumis bahan2 kisar tadi hingga harum,
masukkan cili kisar dan masa hingga naik minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa. Tambah
udang kering tumbuk dan tomato cincang. Kacau dan terus memasak hingga tomato hancur.
4. Masukkan pes asam jawa, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (kalau nak guna
serbuk perasa pun boleh). Kacau dan terus memasak hingga sambal pekat dan naik minyak. Rasa dan
jika ok boleh matikan api. Sejukkan sebelum disimpan dalam botol untuk kegunaan kemudian.
Untuk Terung Salai
Terung di kerat 3 (ikut saiz terung yang anda guna). Kemudian belah 2 setiap keratan. Gaul dengan
sedikit garam dan minyak zaitun (kalau takde, guna saja minyak masak). Panaskan non-stick pan,
kemudian salai terung tadi hingga lembut dan perang pada kedua2 bahagian. Angkat dan ketepikan
Untuk menghidang, Susun terung salai dalam pinggan sesuai. Kemudian sudukan sambal udang kering
tadi secukupnya atas terung salai dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang untuk hiasan. Hidangkan
bersama nasi panas, ikan goreng dan lauk2 kegemaran anda....Selamat mencuba!!.

Popia Basah
Posted: 17 Jan 2015 12:21 AM PST

Popia Basah
Olahan dari FB Group Resipi Ringkas
Bahan Kulit Popia : (12 kpg)

2 cawan tepung gandum


1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam
Bahan Inti
1 cawan sengkuang parut
1 cawan lobak merah parut
1 cawan taugeh
1 cawan zuchini atau timun
3 ulas bawang putih - cincang halus
garam dan serbuk lada sulah
1 cawan kacang tanah goreng - tumbuk kasar
1/2 cawan bawang goreng
Cadangan lain : Tauhu goreng hiris halus dan telur dadar - jika suka
Daun Salad

Cara-cara :
1. Inti : Panaskan sedikit minyak, goreng bawang putih hingga keperangan. Masukkan lobak merah
dahulu, di ikuti sengkuang, taugeh dan timun. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah.
2. Kacau sebentar hingga rata, kemudian angkat.
Cara-cara : Kulit Popia
1. Campurkan kesemua bahan kulit ke dalam mangkok adunan, gaulkan (macam buat cokodok)
kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
2. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali non stick leper.
3. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu dan kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa
tepung yang masih ada di tangan.
4. Ratakan membulat di dalam kuali non stick, biarkan seketika hingga masak.

5. Angkat kulit popia dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2, (tak lekat).
6. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sos, tabur dengan kacang tanah. Letak 2 keping
salad serta inti dan dan taburan bawang goreng

7. Lipat dan gulung dan sedia untuk dimakan


Bahan Sos :
3 sudu besar cili kisar
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering - rendam dan tos
1 biji ubi kentang (kecil) - rebus
2 sudu besar bawang goreng
1 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar gula pasir (sos perlu manis)
1/2 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1/4 cawan air asam jawa
Cara-cara :
1. Masukkan kesemua bahan sos ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama 1 cawan air dan biarkan mereneh dengan api perlahan sehingga
pekat.
3. Masukkan air asam jawa, kicap, gula, gula melaka dan garam secukupnya. Reneh sehingga kuah
hampir pekat.

Popia Basah

Kerabu Jantung Pisang Kelantan


Posted: 15 Jan 2015 05:37 PM PST

Kerabu Jantung Pisang Kelantan


Bahan-bahan
1 biji jantung pisang
1 biji bawang besar - mayang halus
1 tangkai bunga kantan - mayang halus
6 tangkai cili padi - potong kecil
3 biji limau nipis - ambil jusnya
2 sudu besar budu
1/2 cawan santan pekat - panaskan dahulu, jika suka
Bahan Tumbuk
1 cawan kelapa parut - sangai hingga perang
3 ekor ikan sardin / 1 ekor ikan kembong - di bakar, ambil isi
1 sudu besar lada hitam
4 ulas bawang merah
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
1. Jantung pisang di belah 4, kemudian rebus dengan sedikit garam hingga lembut. Toskan airnya.
2. Hiris jantung pisang dan campurkan dengan hirisan bawang, bunga kantan dan cili padi dalam
sebuah bekas.
3. Tumbuk bawang dan lada hitam hingga lumat, kemudian masukkan isi ikan dan kelapa parut.
Tumbuk hingga bergaul rata bersama garam dan gula secukupnya.
4. Gaulkan bersama jantung pisang, masukkan santan dan perasakan dengan jus limau nipis, dan budu.

Kari Kambing Bawang Goreng

Posted: 14 Jan 2015 06:42 PM PST

Kari Kambing Bawang Goreng


Sumber : Linapg.blogspot.com
Bahan-bahan
1kg daging kambing
1 paket rempah kari daging
1 paket rempah kurma
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar gula merah
1 cawan bawang goreng - ramas halus
1-2 sudu besar susu pekat manis - K1 tk letak
1 tin kecil tomato puri / sos tomato
1 paket kerisik
3 biji ubi kentang - belah 4
2 sudu besar kicap manis - jika suka
2 sudu besar sos tiram - jika suka
air secukupnya
Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

1 labu bawang besar


1/2 in halia
1/2 in lengkuas
Bahan Tumis
2in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 helai daun pandan - simpul
Minyak untuk menumis
Cara-cara :
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga naik bau dan garing. Masukkan cili kisar, tumis lagi.
3. Masukkan gula merah, pes rempah, tumis hingga pecah minyak. Masukkan tomato puri, kacau
sekejap.
4. Masukkan daging, gaul sebati, renehkan sebentar hingga daging kecut dan mesra dengan rempah.
5. Tambah air hingga paras daging (kuah jangan terlalu pekat), masukkan bawang goreng yang di
ramas, kerisik dan susu pekat manis.
6. Masak hingga daging hampir empuk, masukkan ubi kentang dan biarkan mereneh hingga kentang
empuk. Perasakan dengan garam secukupnya.
7. Akhir sekali masukkan kicap dan sos tiram jika suka untuk memberi rasa dan warna. Reneh hingga
kuah agak pekat.

Resipi Citarasawan

Kuih Mangkuk Kastard Pulut Hitam


Posted: 10 Jan 2015 02:51 AM PST

Kuih Mangkuk Kastard Pulut Hitam


Doh Kulit
1/2 cawan pulut hitam
1/2 cawan pulut putih
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan santan
Inti Kastard
1 biji telur A
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1 cawan santan sederhana pekat
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
Acuan lompang 13 biji - gris dengan minyak masak
Cara-cara :
1. Satukan bahan kulit, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh seperti doh buah
melaka.
2. Ambil doh dan tekan ke dalam acuan lompang, buat seperti membuat kulit tart. Trim bahagian

atasnya. Kulit jangan terlalu tebal, buat nipis supaya tidak keras.

3. Satukan semua bahan kastard, whisk hingga rata dan tapis ke dalam periuk. Masak hingga naik wap
sahaja. Bila berketul di dasar periuk, tutup api kacau hingga licin. Masukkan ke dalam jug kecil dan
tuang ke dalam doh kulit tadi.

4. Panaskan pengukus dan kukus selama 20-25 minit dengan api sederhana.
5. Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.

Kuey Teow Kungfu


Posted: 05 Jan 2015 10:43 PM PST

Kuey Teow Kungfu


Bahan A
1 packet kuey teow
3 biji telur - pukul ringan
sedikit minyak
Bahan B
6 ekor udang segar - buang kulit
100gm isi ayam - hiris nipis
2 biji fish cake - hiris nipis
3 ulas bawang putih - cincang halus
100 gm brokoli - di potong
1/2 batang lobak merah - potong kecil memanjang
3 tangkai putih jagung - di potong
1 tangkai cili merah - hiris
2 sudu besar minyak masak
3 cawan air
1 sudu besar tepung jagung (larutkan dengan 2 sudu besar air)
garam dan lada sulah secukup rasa
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar sos tiram

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali, tuang telur kemudian masukkan kuey teow, goreng hingga bergaul rata
dan telur kekuningan dan masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga keperangan. Masukkan ayam, fish cake dan udang.
3. Masukkan air, kiub pati ayam, sos tiram, putih jagung, cili dan lobak merah. Biarkan seketika.
4. Tuang larutan tepung jagung, kacau rata.
5. Masukkan brokoli. Tutup api dan kacau rata.
6. Masukkan kuey Teow ke dalam mangkuk dan tuang kuahnya.

Kuey Teow Kungfu

Kek Lapis 3 rasa


10 oz mentega
10 biji telur ayam
1 gelas gula
1 tin susu manis
2 gelas tepung roti marie
1 tin kaya kecil
1 gelas horlick
gelas milo
1 botol kecil browning
Vanilla
1 bungkus roti oreo
Pukul mentega, gula, telur hingga kembang, masukkan susu, tepung
marie, vanilla. Kemudian bahagikan kpd 3 bahagian.
1
milo & browning
2
horlick
3
kaya
Kaya + warna hijau
Horlick ( oreo)
Milo + browing

16 oz butter
10 telur ayam gred A
1 gelas gula halus
1 gelas horlick
1 tin sederhana kaya
gelas milo
tin kecil susu manis
gelas tepung roti mirie
1 gelas tepung gandum
11/2 bungkus salted cheese
2 bungkus masam manis
Sedikit vanilla
Pewarna
Adunan
Keranji
Adunan
Roti cheese
Adunan
1 buku butter
cawan gula
1 cawan tepung jagung
21/2 cawan koko crunch (kisar)
cawan kelapa kering
2 cawan tepung gandum
1 biji telur

You might also like